Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 32

Zafril tarik nafas lega bila doktor bagitahu tiada apa yang serius cuma dia perlukan rehat yang lebih dari biasa. Dan doktor nasihatkan supaya dia tidak berada dalam keadaan yang tertekan kerana dia masih belum pulih sepenuhnya.

“Kena makan ubat lagi? hmm…” Zafril mengeluh lagi bila melihat seplastik ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital tadi.

Seperti yang dijanjikan Zafril segera pulang untuk membawa ayahnya berjumpa dengan PakNgah Azhar, kekok pulak rasanya nak memanggil Dato’ Azhar dengan panggilan itu. Kalau panggil abah ke papa ke taklah kekok, hmm berangan je lah Zafril.

Sampai diperkarangan rumah Zafril nampak ayahnya sedang bercakap dengan beberapa orang lelaki. Semuanya bertubuh besar, tangan mereka dipenuhi tattoo dan raut wajah yang bengis. Takkan kawan-kawan ayah kut?

“Assalammualaikum,ayah siapa semua orang ni?” tegur Zafril ingin tahu.

“Kawan lama.”

“Oh ni anak tak sah taraf kau ke? Kami semua kawan ayah kau, saja dating melawat.”jawab salah seorang lelaki tersebut. Zafril bengang bila anak tak sah taraf disebut, memang nak cari pasal ni.

“Pergi balik lah Kamil. Dah banyak kali aku cakap jangan cari aku lagi, tak faham bahasa ke?”

“Aku cuma nak bagi warning dekat kau sebab aku tahu Peng takkan lepaskan kau dan family kau. So aku nasihatkan jaga family kau baik-baik.” Kamil dan geng tattoo terus berlalu meninggalkan Azman dan Zafril yang masih tertanya-tanya siapa mereka semua.

“Siapa diaorang tu semua ayah? Macam gangster je. Siapa Peng?”soal Zafril sunguh-sungguh ingin tahu.

“Dah tak payah fikir, mereka semua tu gangster taik kucing je. Jom kita ke rumah PakNgah, dah lama dia orang tunggu kita.” Azman malas nak bersoal jawab lagi,dia bimbang Zafril akan menanyakan pelbagai soalan lagi. Azman tak tahu macam mana Kamil boleh cari dia sampai disini. Dia mulai bimbang tentang keselamatan Zafril dan Suhaila. Dia tahu amaran dari Kamil tadi bukan main-main, dia juga kenal siapa Peng. Apa perlu dia buat sekarang? Zafril dan Suhaila tak perlu tahu dan lalui semua ini.

 

Sampai dirumah Dato Azhar, Zafril meminta izin untuk duduk diluar sahaja, terasa panas didalam rumah kerana bukan hanya dia dan ayah yang menjadi tetamu Dato’ Azharhari ini tapi juga keluarga Arif. Menyesal pulak setuju dengan permintaan ayah tadi. Tambah menyakitkan hati bila melihat kemesraan Arif dan Zahira yang seperti sengaja dibuat-buat. Telefon didalam kocek berbunyi nyaring, dengan pantas Zafril mengeluarkannya dan pantas menjawab panggilan itu tanpa melihat siapa pemanggil disana.

“Hello,siapa ni?” terjah Zafril kasar.

“Abang..Balqis ni, abang busy tak sekarang?”

“Oh Balqis, tak busy pun. Kenapa ni, ada apa-apa yang abang boleh tolong?”

“Balqis ada di Bangi sekarang. Kalau Balqis nak jumpa sekejap boleh?”

“Sekarang,hmm okay nanti bagi abang location.  Okay bye.” Talian terus dimatikan, dan Zafril masuk kedalam rumah untuk maklumkan pada ayahnya yang dia perlu beredar sekarang. Suara Balqis yang kedengaran sedih buatkan dia bimbang. Dia yakin Balqis dalam masalah sekarang.

“Aril nak ke mana tu PakLong?” Zahira hairan melihat Zafril tiba-tiba tergesa-gesakeluar dari rumah, ada apa-apa yang jadi ke?

“Biasalah makwe call ada masalah, laju lah nak pergi jumpa.”jawab Azman sengaja mereka cerita. Dia dapat lihat reaksi terkejut dan kecewa di raut wajah anak saudaranya. Dua-dua ego, tengok sekarang masing-masing makan hati berulam jantung!

“Oh,hmm jom paklong kita makan. Semua dah lapar tu.”

“Lah ye ke, kenapa tak makan dulu.” Zahira hanya membiarkan Paklongnya berbicara sendiri sedang dia terus mengelamun fikirkan tentang Zafril dan makwe yang disebut bapa saudaranya itu tadi. ‘takkan dah dapat pengganti baru? Cepatnya cinta awak beralih arah. Kau da kenapa Ira nak sedih? Kalau dia dapat pengganti pun apa salahnya, kau bukan nak kahwin dengan dia pun.’bisik Zahira sendiritanpa dia sedar semua mata sedang tertumpu pada dia sekarang.

 

 

 

 

Berita yang disampaikan Balqis sangat mengejutkan Zafril, rasa bersalah melanda dirinya. Kalau lah dia terus cari Zul dan terangkan kedudukan yang sebenar tentu semua ini tidak akan terjadi. Zafril memandang wajah suram Zulaikha.

“Abang minta maaf Ika, semua ni salah abang. Sampai abang Zul merajuk bawak diri dan kemalangan macam ni.”

“Ika tak salahkan abang langsung. Cuma Ika dan Balqis nak minta tolong abang.”

“Tolong apa? Bagitahu je abang pasti akan tolong.”

“Tolong temankan kami ke London.”

Zafril tahu sekarang dua orang wanita dihadapannya ini sangat mengharapkan pertolongan dia. Dan Zul juga perlukan dia sekarang, dulu semasa dia susah lelaki itulah yang sentiasa ada untuk dia. Dan sekarang dia pasti pertolongan yang merekaperlukan ini hanyalah pertolongan kecil yang dia lakukan.

“Thanks Zafril sebab kau tolong adik aku dan Zulaikha.” ucap Kamal tersenyum memandang Zafril.

“Aku akan tolong orang yang banyak jasa dia dengan aku. Masa aku tiada siapa-siapa aku hanya ada Zul dan kau jadi sahabat juga keluarga aku.”

Banyak sungguh budi dan jasa Zul pada dia selama mereka berkawan di London dulu. Kalau tiada Zul tak tahulah apa jadi pada dia dulu dan tak tahu dimana dia berada sekarang. Zul kau kena kuat untuk adik dan keluarga kau. Mereka perlukan kau sekarang, tunggu aku datang untuk teman kau.

 

 

 

Terkilan dan kecewa bila Zahira tahu tentang kepergian Zafril ke London dalam waktu genting seperti ini, kata Pakngah Azman kawan study dia dulu kemalangan. Lelaki memang kebanyakannya begitu lebih pentingkan kawan dari segalanya. Nampaknya Zafril memang langsung tak kisah tentang hati dan perasaan dia. Zafril pergi tinggalkan dia begitu saja.

“Sungguh kali ini saya betul-betul penat untuk kejar cinta awak lagi. Saya doakan awak bahagia Zafril.” 7 tahun dia menanti dan menagih cinta dari seorang lelaki bernama Zafril, kali ini dia benar-benar penat. Tak mahu lagi berpaling kebelakang, dia mahu melupakan semuanya tentang Zafril. Semoga pilihannya untuk menjadi isteri kepada Arif adalah pilihan yang tepat.

 

Hariini adalah hari pernikahan Zahira dan Arif, Zahira sudah bersiap cantik bagaikan puteri raja. Walaupun sudah dihias cantik tapi masih tidak dapat menutup duka diwajah itu. Hampir seminggu dia seperti manusia yang tidak tentu arah, makan tiada selera, mandi tidak berasa basah, tidur tiada nyenyaknya.Orang lain yang mahu mendirikan rumah tangga gembira tapi tidak bagi dia. Rasamahu lari dari semua ini, tapi dia tidak mampu untuk melakukannya. Mana mungkin dia akan memalukan ibu dan abah.

“Hei raja sehari, kenapa ni? mendung sangat muka kau tu.” Usik Nayli mahu menceriakan hati kawan baiknya.

“Aku tak nak kahwin, kau ganti tempat aku.”

“Woi gila! Kalau ye pun kau tak nak kahwin tak payahlah suruh aku pulak gantikan tempat kau. Mengarutlah makcik ni!”

“Tolonglah,aku betul-betul tak nak kahwin.”

“Kau tak kesian ke dekat mak ayah kau, malu dia orang nanti Ira. Aku tahu Arif sayangkan kau, dia dah banyak berubah sekarang.” Pujuk Nayli lagi, bimbang kalau kawannya seorang ni tekad nak lari. Adui naya sungguh!

“Bukan sebab tu, aku…macam mana aku nak hidup dengan lelaki yang aku tak cinta?”

“Kenapa saat ni baru kau fikir semua ni? Kenapa tak sebelum ni? Kau tak kesiankan Arif ke? Sebelum ni kau ajak dia tunang then kau mintak putus, lepastu kau ajak dia kahwin pulak sekarang kau tak nak kahwin dengan dia? Atau kau rasa Zafril akan jadi hero datang selamatkan kau. Tapi tak..dia hilang entah kemana, tinggalkan kau macam tu je. Bila dia perlukan kau dengan slumbernya dia datang cari kau dan kau dengan lembut hati terima dia. Dan sekarang tengoklah, again! He leave you alone. Kau tak nampak lagi ke Ira yang dia tak cintakan kau, dia cuma mainkan kau je! Dan kau sendiri admit, dia tak pernah bersungguh untuk dapatkan cinta kau.” Nayli mahu Zahira sedar semua itu, kalau betul Zafril cintakan dia dah lama lelaki itu akan berusaha untuk mendapatkan semula cinta dia orang tapi tak. Lelaki itu tak bersungguh, dia hanya membiarkan Zahira berkahwin dengan lelaki lain. Zahira terus menangis, dia sedar semua ini berlaku atas kehendak dia sendiri. Dia yang mahukan perkahwinan ini jadi mengapa dia perlu bersedih?

“Ira okay tak sayang? Kenapa menangis?” soal Puan Ainul yang datang menjenguk anak gadisnya sudah bersiap atau belum.

“Ira ok ibu, menangis sebab happy bu. Ira mintak maaf bu.” Zahira memeluk erat tubuh ibunya.

“Jangan tipu ibu, ibu kenal anak ibu. Ira tak gembirakan dengan semua ni?” Zahira memandang tepat wajah ibunya dengan perlahan kepala diangukkan. Sekali lagi tubuh anaknya dibawa kedalam pelukan.

“Ibu tak nak Ira menangis lagi, ada orang nak jumpa Ira. Jom Nayli teman auntie turun bawah.”

“Siapa ibu?”

“Penyelamat Ira hari ini.” Puan Ainul terus menarik Nayli keluar dari bilik untuk memberi ruang kepada penyelamat yang dimaksudkannya tadi.

Previous: Bab 31
Next: Bab33/1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania