Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab33/2

Majlis pengkebumian Azman berjalan lancar, Allah permudahkan semuanya kalau ikutkan kes bunuh mungkin akan rumit tapi tidak untuk kes Azman. Semuanya berjalan lancar, kerana Zafril memberikan kerjasama 100 peratus kepada pihak polis. Polis telah mengklafikasikan kematian Azman sebagai kes bunuh dengan niat yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati. Namun tiada siapa tahu yang Zafril telah memasang niat yang dia sendiri mahu mencari Peng iaitu pembunuh ayahnya mati ditangan dia sendiri. ‘Kau belum kenal siapa aku.’

 

Zahira cuba mendekati Zafril yang sedang termenung seorang diri, dia tahu mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbicara tentang cinta mereka tapi niat dia menghampiri lelaki itu hanya sekadar seorang sepupu. Dia tahu Zafril sedang bersedih sekarang.

“Maaf kalau saya menggangggu. Boleh saya duduk sini?” Zahira memulakan bicara. Zafril hanya menganggukkan kepala tanda membenarkan.

“Awak dah makan?”soal Zahira lagi.

“Tak rasa lapar.”ringkas jawapan Zafril membuatkan Zahira tahu lelaki ini tidak berminat untuk berbicara dengannya.

“Maaf lagi sekali sebab kacau awak. Saya balik dulu.” Zahira segera bangun untuk beredar dari situ, dia bimbang jika lebih lama disitu hatinya akan lebih terluka.

“Saya rasa Allah sedang makbulkan doa saya selama ni.” mendengarkan sahaja suara Zafril, Zahira terus mematikan langkahnya. Dia terus berpaling dan memandang wajah lelaki itu, dan hatinya sebak melihat ada air mata yang mengalir dipipi lelaki itu.

“Apa maksud awak Zafril?”

“Sebelum ini saya pernah berdoa, kenapa DIA tak ambil saja mereka dari saya. Saya taknak hidup dengan insan yang menyebabkan saya lahir didunia ini. Dan hari ini DIA makbulkan doa saya. Allahhuakbar!” Zafril menekup mukanya, air mata semakin lebat mengalir. Hatinya sudah tidak kuat lagi untuk menahan rasa sakit ini.

“Aku berdosa ya Allah. Ampunkan aku.”

“Astaghfirullahhalazim, Zafril istighfar ingat Allah. Allah sedang menguji awak, DIA sayangkan awak.DIA suka mendengar rintihan doa awak, sebab itu awak diuji dengan ujian sebegini berat. Saya tahu awak kuat, Allah tak pernah zalim pada Hamba DIA.”Zahira meletakkan tangannya dibahu Zafril. Dia tahu saat ini Zafril sangat perlukan sokongan emosi dari orang yang terdekat. Jika dia ditempat Zafril entah tak tahulah bagaimana keadaannya.

“Saya dah tak kuat lagi. Saya dah tak berdaya. Saya lemah.” Zafril merintih hiba. Ingin sahaja Zahira memeluk tubuh lelaki itu, tapi dia masih ingat batas mereka. Zahira melutut dihadapan Zafril.

“Awak tengok saya.” Dengan perlahan Zafril mengangkat kepala dan memandang Zahira.

“Awak kena kuat, bukan untuk orang lain. Tapi untuk diri awak sendiri. Awak perlu redha dengan semua ini. Allah sentiasa ada dengan awak, semua yang hidup dekat dunia ni hanyalah sementara saja. Kita semua tak kekal dekat dunia ni, hari ini kita masih bernafas tapi esok belum tentu. Kita semua milik DIA. Tolonglah jangan lemah macam ni, kalau awak rasa dengan menangis boleh buat awak jadi tenang, menangislah sepuas hati awak. Saya akan selalu ada untuk awak, saya sayang awak.”

“Jangan Ira, jangan…awak isteri orang. Saya okay, pergilah balik. Terima kasih bagi saya kata-kata semangat.” Zafril bingkas bangun bila Zahira memegang erat tangannya dan mengatakan yang dia sayangkan dirinya. NO! dia takkan kacau rumahtangga orang.

“Saya bukan isteri sesiapa Zafril.” Namun kata-kata itu tidak dapat didengari oleh telinga Zafril, kerana lelaki itu telah pun membawa diri ke dalam rumah. Zahira terus termangu sendiri. Doanya semoga ada sinar kebahagiaan buat mereka suatu hari nanti. ‘Saya telah cuba untuk membuang rasa cinta pada awak, tapi saya takboleh. Hati saya tetap milik awak Zafril.’ Itulah kata Zahira saat ini, namun kata-kata itu tak terluah dihadapan pemilik empunya diri. Buat kesekian kalinya Zahira hanya mampu menyintai lelaki itu dalam diam sahaja.

Previous: Bab33/1
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania