Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab22/2

“Saya tak salah kan dia. Saya yang salah. Saya akan jadi penderma Zafril tapi saya mintak semua orang yang tahu tolong rahsiakan semua ini dari Zafril. Dia tak boleh tahu.” Tuan Syarif dan Imran setuju dengan permintaan Azman walaupun mereka berharap sangat agarZafril tahu siapa orang yang sanggup mendermakan buah pinggang untuk selamatkan nyawanya.

“Auntie boleh Ira duduk sini?”

“Duduklah Ira.” Zahira melabuhkan punggung disisi Puan Aisyah yang sedang menangis. Dia menarik nafas dalam,bimbang apa yang akan dia katakan nanti akan membuatkan wanita disebelahnya berkecil hati.

“Saya mohon ampun pada Auntie atas semua dosa keluarga saya. Jika saya ditempat Auntie mungkin saya akan buat perkara yang sama. Pertama kali saya tahu tentang perkara ini saya jadi benci pada keluarga saya terutama Pakcik Azman. Saya malu dan tak nak mengaku yang dia ada pertalian darah dengan saya. Sebab dia saya hilang bakal suami yang sangat baik dimata saya. Saya bukan nak sebelahkan siapa-siapa. Saya cuma minta Auntie tolong maafkan Pakcik Azman. Saya…kesiankan dia Auntie. Saya bimbang kalau terjadi apa-apa pada dia semasa pembedahan nanti. Saya sayangkan Auntie macam ibu saya sendiri. Saya sayangkan Pak cik Azman.”

Airmata berhamburan dipipi, saat ini dia terbayangkan wajah Pak cik Azman yang basah dengan air mata semasa bercerita tentang kisah silamnya dulu. Malam tadi dia terdengar esakan halus Pakcik Azman saat menadah tangan berdoa. Saat itu dia yakin, Pakcik Azman benar-benar telah berubah.

“Auntie takut hilang Zafril. Auntie menyesal atas apa yang Auntie dah buat pada dia. 27 tahun dia tak pernah rasa bahagia. Hidup dia hanya ada nenek dan atuk. Tangan ini, tangan ini pernah mahu membunuhnya. Jahatnya Auntie.” Zahira merangkul tubuh Puan Aisyah. Puan Aisyah menangis seperti anak kecil.

“Auntie takut kalau dia tahu Azman yang selamatkan dia akan terus membenci dan menjauhi kami. Auntie juga banyak silap dan dosa dengan Zafril. Sepatutnya sebagai ibu, Auntie berikan dia kasih sayang, menjaga kebajikan dia. Tapi tidak Auntie buang dia, Auntie nak bunuh dia. Auntie malu ada anak…Aril maafkan ibu sayang. Maafkan ibu.”

“Kau tak salah Aisyah. Aku yang salah. Ampunkan aku Aisyah. Kau hukumlah aku jika itu dapat puaskan hati kau.”Puan Aisyah dan Zahira panggung kepala. Rupanya Azman, sedang berdiri dihadapan mereka dengan wajah yang basah dengan air mata.

“Kita sama-sama salah. Aku dah maafkan kau, aku bukan Tuhan untuk menghukum kau.” Air mata diseka laju.

“Terima kasih kerana mahu selamatkan Zafril.”

“Terima kasih kerana kau sudi maafkan aku. Aku janji aku takkan bagitahu Zafril tentang perkara ni. Dan aku janji takkan munculkan diri dihadapan dia lagi, aku takkan ganggu sesiapa lagi.” Azman terus berlalu meninggalkan Puan Aisyah dan Zahira. Mereka hanya memandang susuk tubuh Azman melangkah pergi. Zahira tahu Pakciknya sangat sedih dengan apa yang dia ucapkan tadi. Tapi sekurangnya dia bersyukur Puan Aisyah sudah maafkan Pakcik. Dosa pada Allah kita minta keampunan dariNya tapi dosasesama manusia jika tidak mendapat kemaafan didunia merangkak lah nanti diakhirat mencari untuk mendapatkan sebuah kemaafan.

 

“Abang.” langkah Azman terus berhenti. Dihadapannya kini adalah seorang wanita yang pernah berkongsi hidup dengan dia dulu, dan wanita ini juga pernah dia lukai hatinya.

“Aida? Allahhuakbar. Abang minta maaf Aida, ampunkan abang.” Airmata yang sedia mengalir semakin lebat. Puan Aisyah dan Zahira hanya memerhati dari jauh. Mereka sudah tahu apa hubungan Azman dengan Datin Aida juga siapa Suhaila yang sebenarnya.

“Abang, Alhamdulillah abang dah berubah. Aida dah lama maafkan abang. Kita semua tak pernah lari dari buat silap. Abang ini saya kenalkan, Suhaila..dia.. ” belum sempat Datin Aidamenghabiskan kata-katanya Azman terus memintas laju.

“Anak kita. Allahhuakbar.” Azman memandang wajah anaknya buat pertama kali. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.Namun kakinya melangkah dan tubuh anaknya dipeluk erat.

“Ampunkan ayah. Ampunkan ayah.”

“Ayah tetap ayah Su dunia danakhirat. Ayah tak salah dengan Su, terima kasih sebab hari ini ayah terima Su sebagai anak ayah.” Air mata Azman tidak berhenti mengalir. Allah, hari ini kau kabulkan semua doaku Ya Allah. Kau temukan aku dengan kedua-dua anakku.Allahhuakbar.

“Jom ayah kita pergi minum, Surindu dengan ayah. Jom.” Suhaila menarik tangan ayahnya, Azman tidak berkata apa hanya menurut langkah kaki anaknya. Suhaila gembira dapat berjumpa ayahnya,dia buang semua cerita buruk ayahnya. Dia cuma mahu cipta kenangan indah dan manis bersama ayah yang baru dia kenal hari ini. Datin Aida juga turut mengikuti mereka berdua sambil tersenyum gembira dengan penerimaan Azman kepada anaknya.

Previous: Bab22/1
Next: Bab23/1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania