8.00 pagi, 1 April 2013
Ruftup SMKDO
Rancangan Azim yang mahu
meninggalkan ruftup itu ranap. Ratusan pelajar SMK Dato’ Onn yang sudah
bertukar menjadi zombi sedang membanjiri setiap anak tangga.
“Tutup pintu tu Azim!” teriak Syamir
memberi arahan. Azim mengangguk lalu kembali mengunci pintu yang membawa mereka
ke ruftup.
“Syamir! Cari benda yang boleh
digunakan untuk menahan pintu ni,” teriak Azim pula.
Syamir melilau melihat
sekelilingnya. Ada timbunan meja yang tidak lagi digunakan tidak jauh darinya.
Kemudian, Syamir memasukan tapak tangannya ke dalam poketnya lalu menemui Sellotape
yang masih belum digunakan.
Tiba-tiba sahaja Syamir mendapat
satu akal. Matanya ditalakan ke arah pagar besi yang di bina mengelilingi
kawasan ruftup itu kemudian kembali ke arah pintu yang sedang ditahan oleh Azim.
Tanpa membuang masa, Syamir berlari ke arah timbunan meja tadi lalu
mengangkatnya.
“Kau buat apa tu?” tanya Azim.
“Kau tengok aje,” kata Syamir yang
meletakkan sebuah meja di hadapan Azim. Kemudian, Syamir menyusun meja itu
beberapa tingkat. Sellotape digunakan untuk membalut bahagian meja yang
bercantum antara satu sama lain. Kemudian, sisa sellotape yang tingal digunakan
oleh Syamir untuk melekatkan meja tadi dengan bahagian sisi pintu yang
menghubungkan ke kawasan ruftup. Syamir kelihatan membentuk sebahagian sellotape
yang ada seperti tali lalu menyambungkan meja tadi dengan pagar besi yang
mengelilingi kawasan ruftup itu bagi menguatkan meja yang dijadikan penghadang.
“Beres!” kata Syamir sambil
menepuk-nepuk tangannya. Azim pula terduduk keletihan.
“Boleh tahan ke rancangan kau ni?”
tanya Azim. “Sellotape? Kenapa tak benda lain?” tanya Azim.
Syamir menggelengkan kepalanya
mendengarkan pertanyaan Azim. Dia menumbuk lengan Azim.
“Auchh.. sakitlah,” rungut Azim
sambil mengusap-ngusap lengannya yang dibaluti baju kemeja lengan panjang. Ada
tompokan darah yang kelihatan dari luar baju putih itu.
“Tangan kau okey ke?” tanya Syamir
prihatin.
“Tangan aku okey. Kembali kepada
pertanyaan aku, kenapa kau gunakan sellotape?”
Syamir tidak terus menjawab
sebaliknya berjalan meninggalkan Azim. Dia sedang menghampiri Jiwon yang sedang
memeluk Izara yang sedang ketakutan berhampiran dengan tangki air.
“Izara, awak tak apa-apa?” tanya Syamir.
Izara yang sedang menekapkan
wajahnya sambil duduk bersandar mendongak, memandang Syamir. Senyuman terukir
di wajah Izara. Dia kenal benar jejaka yang sedang berdiri di hadapannya. Rakan
sepermainan sejak kecil lagi...
“Awak...” gumam Izara. Azim
menyertai dari belakang.
“Kau jangan nak menggatal dengan
buah hati aku,” seloroh Azim sambil menepuk bahu Syamir dari belakang. “Jawab
soalan aku dulu Syamir.”
Syamir, Azim dan Izara merupakan
tiga sahabat. Mereka selalu bersama sejak dari tadika sehinggalah pada saat
genting itu. Namun, pada ketika mereka menginjak zaman sekolah menengah,
hubungan mereka sedikit renggang apabila Izara lebih rapat dengan Azim.
Sebenarnya, Syamir sudah lama menyimpan perasaan pada Izara. Azim, jejaka yang
dilabelkan sebagai serba sempurna oleh Izara itulah yang mematikan niat Syamir
mahu meluahkan perasaan.
“Orang kata kau genius, tapi tak
akan benda sekecil ni pun kau tak tahu? Sellotape merupakan antara benda yang
paling kuat di dalam dunia. Ianya mampu menarik sebuah kapal terbang. Jadi, aku
rasa benda itu boleh digunakan untuk kita menahan pintu itu sementara kita
mencari idea untuk keluar dari sini,” jelas Syamir.
Azim tersenyum kemudian
menghadiahkan tepukan.
“Sahaja aku menguji kau. Tak sia-sia
aku jadi guru tuisyen kau,” balas Azim sinis yang kemudiannya mengundang
renungan bodoh daripada Syamir. Jiwon tiba-tiba bangkit lalu menghampiri sudut
ruftup, untuk mendapatkan pemandangan yang lebih jelas mengenai situasi yang
sedang melanda.
“Eurasia sudah hancur,” ujar Jiwon. Izara
menghampirinya dari belakang kemudian diikuti oleh Azim dan Syamir. Mereka
bertiga juga seperti Jiwon, menunjukkan reaksi terkejut.
Asap hitam kelihatan merata-rata di
seluruh bandar itu. Manakala beberapa pesawat sedang meluncur di atas pulau
yang merupakan salah satu daripada sumber rezeki negara Malaysia. Di dataran
sekolah pula, kelihatan ratusan pelajar yang sudah bertukar zombi.
“Lihat tu...” tutur Jiwon sambil
menundingkan jarinya ke arah dua orang pelajar perempuan yang sedang
dikelilingi oleh ratusan zombi. Tajam mata Jiwon... perhatian teralih pada dua
orang gadis itu.
Khaleeda dan Memey, dua orang
sahabat itu sedang berpegang tangan. Di tangan mereka terdapat sebatang kayu
yang mungkin dijadikan sebagai senjata pertahankan diri. Satu zombi cuba
menyerang Khaleeda tetapi Memey sempat membantu dengan menghadiahkan sebuah
hayunan mengenai kepala zombi.
“Saya akan sentiasa menolong awak,”
gumam Memey sambil mengeratkan lagi pegangan tangannya.
“Terima kasih awak,” balas Khaleeda.
Seakan-akan kedua-dua orang sahabat
itu sudah berjanji sehidup semati. Ratusan zombi masih menunggu untuk
menjadikan mereka sebagai sarapan. Kedua-duanya hebat bertarung namun....
mereka masih wanita. Kudrat mereka lemah.
Kayu yang dihayunkan oleh Memey
tercampak jauh apabila tangannya disambar oleh zombi yang sedang mengganas.
Memey kelihatan sedang berusaha untuk melepaskan diri.
“Memey, tolong saya!” teriak
Khaleeda apabila kakinya pula yang menjadi mangsa sambaran tangan zombi. Memey
kelihatan serba-salah. Ada jalan keluar sedang terbentang di hadapannya dan
dalam masa yang sama, rakannya sedang bergelut menghadapi maut. Dia dalam
dilemma...
Kaki Memey tiba-tiba dicapai oleh
Khaleeda yang terbaring di lantai.
“Tolong aku...” rintih Memey. Air
mata sudah melimpah dari kelopak matanya dan Khaleeda masih kaku berdiri sambil
memandang ruang kosong yang terbentang
dihadapan matanya.
“Lepaskan aku!” kata Khaleeda sambil
memijak tangan Memey. Dia membuka langkah seribu, cuba melarikan diri. Khaleeda
langsung tidak menoleh ke belakang manakala raungan Memey semakin bergema
meminta tolong.
Destinati Khaleeda ialah pintu pagar
yang sedang terbentang luas, dia semakin laju berlari sementara Memey sudah
tenggelam dalam lautan zombi yang sedang mengelilinginya. Sayup-sayup suara
Memey hilang.
Serentak itu, Khaleeda tersadung
batu yang terdapat di tanah. Dia jatuh tersembam. Mukanya yang cantik calar
balar kerana terkena jalan yang berturap di dalam sekolah itu. Khaleeda cuba
bangkit dan....
Zombi sudah mengelilingnya. Sepantas
itu dan... lehernya digigit oleh zombi. Darah merembes di udara dan jeritan
Khaleeda bergema di angkasa. Izara yang sedang berada di atas ruftup spontan
memeluk Azim, sambil menyembamkan wajah
di lengan sasa jejaka itu, tidak sanggup melihat adegan ngeri yang sedang
berlaku.
“Saat begini, mereka tidak lagi
mementingkan persahabatan...” gumam Jiwon.
Tiba-tiba sahaja bunyi hon
dibunyikan. Baru Syamir teringat sesuatu... kakaknya. Dia tinggalkan kakaknya
keseorangan di dalam kereta. Mata Syamir pantas mencari kereta yang diparkir di
hadapan pagar sekolah.
Kereta itu sedang dikelilingi oleh
ratusan zombi yang cuba memecah masuk ke dalam kereta. Ada zombi yang
menghentak-hentakkan kepala di cermin, cuba memecahkan cermin kereta.
“Kakak!” teriak Syamir.
“Kau bawa kakak kau sekali ke?”
tanya Azim.
Syamir mengangguk sambil melihat
sekelilingnya. Kalau tidak silap, terdapat stor di atas ruftup dan dari situlah
Syamir menjumpai timbunan meja yang tidak terpakai. Dia berlari ke arah stor.
Terdapai sehelai kain putih yang
agak panjang. Kain itu tergulung kemas di sebatang kayu. Azim dan Izara muncul
dari belakang.
“Ini kain yang akan digunakan untuk
hari sukan nanti,” kata Izara.
“Peduli apa aku. Yang penting kakak
aku selamat. Aku boleh jadikan kain ini sebagai tali yang akan aku gunakan
untuk turun dari ruftup,” balas Syamir dingin sambil meninggalkan Azim dan Izara.
“Kau tolong aku,” arah Syamir kepada
Jiwon ketika mengikat kain putih itu di pagar besi.
“Kau nak aku tolong pegangkan kain
ini sementara kau turun ke bawah, selamatkan kakak kau?” tanya Jiwon. Kali ini,
senyuman terukir pada wajah polos Syamir.
“Bijak. Aku nak turun dari sini,”
kata Syamir sambil menguji kekuatan ikatannya. Selepas berpuas hati, Syamir
mula menuruni banggunan itu sambil berpaut pada kain putih. Namun, kain itu
tidak cukup panjang. Ia hanya mampu sampai ke tingkat satu. Dari situ, Syamir
menghayunkan dirinya ke belakang sebelum menceroboh masuk ke dalam sebuah
kelas. Kedengaran bunyi kaca pecah memenuhi kelas itu dan Syamir tidak apa-apa.
***
“Budak lelaki tu memang hebat,”
komen Jiwon yang terduduk keletihan. “Kepala dia memang gila-gila.” Azim dan Izara
turut duduk.
Azim dan Izara saling berkongsi
pandangan.
“Dia sebenarnya dah gila,” kata Azim.
“Dia buat semua kerja gila. Ada ke dia berpaut pada kain putih untuk turun dari
ruftup ni. Tak patut...tak patut.” Azim menggelengkan kepalanya.
“Perasan sayang pada kakanya, Leen
mengatasi perasaan takut. Dia dah tak pedulikan nyawanya, yang penting kakaknya
selamat,” ulas Jiwon.
Azim sekadar mengangkat bahunya
sekali dua lalu mengeluarkan sekotak rokok. Dia mengambil sebatang rokok lalu
menyalakannya untuk dihisap. Tiba-tiba sahaja Izara mengambil rokok yang sedang
bertenggek di mulut Azim lalu mencampakannya ke lantai.
“Ke...napa?” tanya Azim yang
kelihatan sangat tidak berpuas hati.
“Rokok membahayakan kesihatan!” ujar
Izara sambil tersenyum. Azim sekadar mengangkat bahunya sekali dua sambil membuat
muka tidak bersalah apabila ditegur secara sinis oleh Izara.
***
Syamir membersihkan tubuhnya
daripada serpihan kaca. Selepas itu, dia mengambil kayu hoki yang terlepas dari
pegangan tangannya ketika memecah masuk ke dalam kelas tingkatan 1B itu.
Syamir melangkah penuh hati-hati
ketika meninggalkan kelas itu sambil berjaga-jaga. Takut-takut ada zombi yang
akan menyerang curi. Terdapat dua tiga orang zombi yang sedang berkeliaran
tanpa tujuan di koridor sekolah namun mereka semua tidak sedikitpun
menggoyahkan tekad Syamir.
Tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya
berdering sekaligus menarik perhatian tiga zombi tadi. Syamir melihat nama
kakaknya tertera di atas skrin telefon bimbit Blackberry 8320 Curve itu.
“Adik, tolong kakak, mayat hidup tu
dah makin ganas...” Prank! Kedengaran bunyi kaca pecah dan panggilan mati
begitu sahaja. Jeritan kakaknya sempat bergema... Syamir sudah tidak mempunyai
banyak masa. Bila-bila masa sahaja ajal akan menjemput kakaknya.
Tiga orang zombi tadi menghampiri Syamir.
Mereka berjalan terhuyung-hayang sambil meraung-raung. Salah seorang daripada zombi
itu merupakan guru disiplin yang sememangnya dibenci oleh seisi kelas, Encik
Ravi.
Syamir tersenyum apabila
menyedarinya. Dia menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket seluar
jeansnya. Kemudian, Syamir menarik nafas yang panjang lalu menghayunkan kayu
hokinya. Serentak itu, tiga kepala sedang merembeskan darah apabila menjadi mangsa hayunan kayu hoki Syamir.
Tanpa membuang masa, Syamir kembali meneruskan lariannya.
Dia tersempak dengan lebih banyak zombi
yang merupakan rakan sekolahnya ketika dalam perjalanan mencari tangga untuk
menuruni ke tingkat paling bawah banggunan sekolah. Syamir tidak memukul mereka
sebaliknya sekadar menolak keras agar zombi itu tidak menghalang jalannya.
Lama Syamir berlari dalam keadaan
yang berlumuran darah. Dia bertempur untuk beberapa saat ketika berada di
dataran sekolah, tetapi sekadar untuk membuka ruang dan jalan.
“Kakak!” teriak Syamir tidak percaya
apabila melihat kakaknya sedang rakus di ratah oleh ratusan zombi. Syamir
melihat sendiri bagaimana kaca kereta dipecah lalu kakaknya ditarik keluar,
kemudian...
“Lepaskan dia!” teriak Syamir
bengang sambil menghayunkan kayu hoki tanpa tujuan bagi menghalau zombi-zombi
yang mengelilingi Leen.
Tubuh Leen berlumuran darah. Leen
masih hidup ketika Syamir menghampirinya. Leen sempat juga menghadiahkan seulas
senyuman untuk adik kesayangannya itu.
Syamir meriba tubuh kakaknya. Rambut
kakaknya dibelai lembut.
“Adik... kakak sayangkan adik,”
tutur Leen sambil cuba menyentuh pipi adiknya.
Syamir terangguk-angguk. Air mata
sudah lebat membasahi pipinya. Tangannya pula sedang menggigil apabila melihat
kakaknya tercungap-cungap ketika nyawa sedang keluar dari tubuhnya. Zombi yang
sedang menanti untuk membaham dirinya serta Leen sudah tidak dipedulikan oleh Syamir
lagi.
Seeorang zombi cuba membaham leher Syamir
dan...
Kepala zombi itu tergolek di atas
lantai selepas dibaham oleh pedang samurai milik Azim. Izara dan Jiwon
kelihatan menyusul dari belakang. Izara menggunakan batang paip yang mungkin
dijumpainya di ruftup sebagai senjata manakala Jiwon masih setia dengan selaras
shotgun versi Browningnya itu.
“Bangkit Syamir!” kata Azim sambil
menyentuh bahu Syamir. Namun, Syamir masih memeluk jasad Leen yang sudah tidak
bernyawa lagi. Kedengaran Syamir menggumam seperti “salah aku.”
“Kau tolong pertahankan aku dari
jauh. Aku ada nampak bas kat sana. Sementara aku berlari ke arah sana, kau
tolong pujuk si Syamir ni,” ujar Azim sambil Jiwon dan Izara sedang kusyuk
berlawan.
“Okey,” jawab Jiwon pendek ketika
sedang mengisi peluru Shotgun.
“Kakak....” kedengaran Syamir
menggumam sendirian.