Home Novel Thriller/Aksi Epidemik T
Bab 15 Membeli-belah

Bawah Jambatan

10.00 Pagi, 1 April 2013

“Kita berhenti di sini,” tutur Arief sebaik sahaja menghentikan kereta perisai itu di bawah jambatan. “Aku nak tidur sekejap.”

“Kita berehat sekejap,” kata Ashraf menyokong kata-kata Arief yang sudah mencondongkan kerusinya itu ke belakang.

Mereka mengambil keputusan untuk berehat selepas bertarung semalaman mempertahankan EIA daripada tumbang. Namun, apakan daya, ketentuan ALLAH tu lebih hebat daripada usaha manusia.

Jambatan yang melintang di atas sebatang sungai itu menjadi lokasi rehat mereka kerana lokasinya yang terpencil dan jauh daripada lautan mayat hidup yang dipanggil zombi.

“Kita nak ke mana sekarang?” tanya Azmir ketika dia membuka pintu kereta perisai itu. Dia memilih untuk berehat di luar, mengambil udara segar daripada terperap di dalam bersama Arief yang sudah membuta. Arief hanya mengambil masa beberapa saat untuk terlelap dibuai mimpi indah.

“Aku ingatkan nak singgah ke mana-mana kedai serbaneka. Kita perlukan susu untuk Danny,” kata Ashraf sambil melemparkan pandangan ke arah Fera yang sejak tadi asyik mendukung Danny yang masih lagi tidur.

“Lepas tu?” tanya Azmir lagi.

“Rumah Ketua Menteri Eurasia, Datuk Hazman,” kata Arief yang menyertai mereka dari belakang. Iwan dan Ashraf yang sedang bersandar di kereta perisai Harimau Warriour itu menoleh ke arah Arief.

“Bukan kau tidur ke tadi?” tanya Iwan.

“Aku tak mengantuk. Tadi, aku uji radio kereta perisai. Aku dapat pesanan daripada orang Datuk Hazman Zafryl yang mereka sedang kumpulkan survivor epidemik ini di rumah agam Datuk Hazman Zafryl” kata Arief lagi.

“Jauh tak nak ke sana?” tanya Iwan.

“Sejam dari sini,” jawab Arief pendek.

Pasar Raya Mydin

10.10 pagi, 1 April 2013

“Berhenti-berhenti,” seru Fera tiba-tiba apabila sebuah pasar raya yang berdiri di tepi Lebuhraya Eurasia berjaya mencuri perhatiannya. Arief yang sedang memandu itu sekadar mengangkat bahunya.

Kereta Perisai itu semakin perlahan ketika menghampiri pasar raya yang kelihatan suram itu. Beberapa buah troli kelihatan terbalik di hadapan pintu masuk pasar raya itu. Terdapat banyak sampah berselerak di hadapan pasar raya.

“Kau nak buat apa?” tanya Arief.

“Nak ‘beli’ susu, pampers dengan baju untuk Danny,” ujar Fera. Danny tersenyum riang sebaik sahaja namanya dipanggil oleh Fera. Telatah Danny sangat mencuit hati dan membuatkan Fera semakin sayang.

“Beli?” ulang Azmir dalam nada menyindir. Fera sekadar tersengih, memahami maksud Azmir itu.

“Korang nak kirim apa-apa tak?” tanya Fera.

“Aku nak apa sahaja benda yang boleh dibuat makan. Perut aku dah meragam ni,” kata Azmir.

Same with him,” kata Arief pula.

“Sama,” balas Tasha pendek.

“Danny, kita nak pergi shopping dengan ayah. Jom?” kata Fera sambil mendukung Dany. Dany berdecit kecil. Dia suka apabila hidungnya dicuit oleh Fera.

“Kenapa pula saya?” tutur Ashraf yang kelihatan tidak puas hati itu.

“Tak ada kompromi. Pokoknya Ashraf kena ikut juga. Jangan lari daripada tanggungjawab. Ashraf ialah ayah kepada Danny,” marah Fera.

Ashraf mengeluh berat. Sempat juga dia menoleh ke arah Arief yang sekadar tersenyum.

***

Ashraf sedang menolak sebuah troli memasuki pasar raya kecil itu. Fera yang sedang mendukung Danny mendahuluinya di hadapan. Selaras Shotgun Benelli M4 Super 90 sepanjang 884 mm sedang terbaring kemas di dalam trolinya. Senjata itu dijumpai Ashraf di dalam kereta perisai.

“Assalamualaikum...” teriak Fera.

“Waalaikumussalam,” jawab Ashraf pendek.

“Memang tak ada orang langsung kat sini,” kata Fera sambil menoleh ke belakang. Ashraf sekadar menggelengkan kepalanya sambil setia menolak troli membontoti Fera dari belakang.

“Kita pergi ke bahagian susu dulu ya Ashraf?” kata Fera yang kelihatan luar biasa gembira. “Fera dah lama nak rasa nikmat mempunyai keluarga...”

Ashraf terkesima mendengarkan bait-bait kata Fera. Entah kenapa, dia merasakan ada satu aura yang sedang menyelubunginya.

“Ashraf, kenapa tercegat lagi berdiri kat situ? Cepatlah,” panggil Fera sekaligus mematikan lamunan Ashraf. Kelihatan senyuman terukir di bibir Ashraf.

***

Fera sedang mengukur baju yang mungkin sesuai untuk Danny. Akhirnya tiga buah baju jenama Pollo untuk Danny. Dia kemudian memakaikan Danny dengan sehelai baju berkoler berwarna merah jambu. Kemudian sehelai seluar jenama Quuaee yang berharga RM 22.90 disarungkan di kaki Danny.

“Sekarang anak mama dah comel,” kata Fera sambil mencium pipi Danny.

Ashraf hanya memerhatikan gelagat Fera melayan Danny.

Comel... anak dengan mamanya comel...

“Kita pergi cari pampers Danny pulak,” kata Fera lagi lalu meninggalkan Ashraf yang masih setia menolak troli, mengekori si gadis yang teruja menjadi ibu kepada bayi yang bernama Danny.

***

“Kita ambil air tin ni ya?” kata Fera ketika berhenti di bahagian minuman.

“Ambilah...” balas Ashraf malas.

Dia masih mengingati pesanan arwah ibunya.

“Ashraf kalau dah berkahwin nanti, Ashraf kena ingat yang orang perempuan ini kita kena ikut sahaja cakap mereka ketika mereka membeli-belah. Kalau tidak, mereka akan merajuk lama.”

“Mana mama tahu?” tanya Ashraf.

“Mama ni bukan perempuan ke?”

Ashraf tersengih.

“Ashraf tak nak kahwin. Ashraf nak jaga mama sampai Ashraf mati.”

“Cukup tak?” tanya Fera sekaligus membuatkan angan-angan Ashraf mati.

Troli yang dibawa oleh Ashraf suku penuh dengan makanan ringan yang dikaut oleh Fera.

“Cukup Fera,” jawab Ashraf pendek.

***

Ashraf hanya mampu tersenyum mendengarkan celoteh Fera. Gadis itu tidak habis-habis bercerita mengenai dirinya, Danny dan keadaan Eurasia yang telah bertukar menjadi neraka dunia bagi penghuni di dalamnya.

Bam! Bunti sesuatu terjatuh telah membuatkan jari Ashraf spontan menyentuh bibir Fera. Kemudian, bunyi sesuatu meraung memecahkan kesunyian baru sahaja mahu berleluasa. Shotgun Benneli M4 Super 90 dicapai oleh Ashraf.

“Jangan bising,” gumam Ashraf perlahan. Tubuh Fera dirangkulnya agar Fera lebih hampir, tidak terlalu jauh dengan dirinya. Suaranya hampir sahaja tidak kedengaran namun gerak bibirnya mampu dibaca oleh Fera yang sedang memeluk erat Danny.

“Sana,” gumam Ashraf lalu mengacukan senjatanya ke arah satu susuk tubuh yang sedang berlari dengan sangat pantas ke arah mereka berdua.

Bam! Kepala zombi itu bersepai di baham peluru Shotgun.

“Sana!” teriak Fera.

Sekumpulan zombi sedang berlari turun dari tingkat atas pasar raya itu. Danny sudah mula menangis. Fera hanya mampu menepuk-nepuk belakang Danny perlahan. Jelas bayi itu sedang ketakutan.

“Mereka sudah berubah,” gumam Ashraf serius sambil melepaskan beberapa das tembakan lagi. “Fasa dua jangkitan Virus T. Mereka bukan lagi jenis zombi yang hanya berkeliaran longlai tetapi mereka sudah mampu berlari.”

Fera sekadar mengangguk mendengarkan penjelasan Ashraf. Lelaki itu tahu banyak mengenai zombi.

“Lari dulu sementara aku uruskan zombi di sini. Kau kena bawa Danny dan barang-barang yang kita curi dari sini keluar. Aku akan perlahankan mereka,” kata Ashraf sambil melepaskan sedas lagi tembakan.

“Tapi awak...”

“Nyawa Danny dan awak lebih penting. Lagi pun dah menjadi lumrah dunia si ayah memainkan peranan mempertahankan ahli keluarganya, bukan?” soal Ashraf sambil tersenyum.

Air mata Fera sudah mula menitik. Danny diletakkan di dalam troli. Pergelenagan tangan Ashraf pula dicapai olehnya.

“Kita mati bersama daripada awak mati seorang!” tegas Fera.

***

Pintu keluar dari pasar raya itu terbuka. Rokok yang sedang bergayut di bibir Azmir terjatuh tatkala melihat Ashraf dan Fera yang sedang deras berlari ke arah kereta perisai mereka. Tasha sempat mencapai Danny yang sedang menangis ketakutan di dalam troli.

“Buka bonet!” arah Ashraf.

Azmir mengangguk lalu melakukan apa yang diarahkan. Arief pula mencapai sebuah M16 yang terdapat di dalam bonet kereta perisai itu. Dia sudah bersedia untuk beraksi.

“Zombi ke?” tanya Azmir ketika membantu Ashraf memungah barang-barang keperluan ke dalam bonet kereta perisai itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.