Home Novel Thriller/Aksi Epidemik T
Bab 12 Kuarantin

Lapangan Terbang Eurasia

8.30 pagi, 1 April 2013

Ashraf dan Azmir sedang berjaga-jaga mengiringi Arief yang sedang berlari ke arah sebuah kereta perisai yang diparkir tepat di hadapan pintu gerbang EIA. Terdapat ratusan zombi dikeliling mereka namun tidak satu pun yang menunjukkan sebarang tanda bahawa zombi menyedari kehadiran mereka bertiga.

“Pelik...” gumam Ashraf sambil bersandar di sebuah kereta perisai yang bewarna hijau itu.

Harimau Warriour merupakan kereta perisai pertama ciptaan Malaysia yang fungsinya untuk bergerak di atas apa-apa bentuk muka bumi sekalipun. Kereta perisai itu juga kalis peluru dan boleh berjalan di atas air.

“Apa yang peliknya?” tanya Azmir sambil membelek M16 yang sedang digengam eratnya itu.

“Dia orang tak datang ke arah kita pun...” tutur Ashraf.

“Aku pun terfikir macam tu... kenapa ya?” tanya Azmir.

“Sekejap,” gumam Ashraf seperti sedang mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Walkite-talkie yang sudah rosak sedang erat berada di dalam gengaman tangannya.

“Kau nak buat apa?” soal Azmir.

Ashraf membisu. Matanya melilau melihat sekeliling sebelum melontarkan walkie-talkie jauh daripada mereka, ke arah dataran yang tersedia luas di hadapan mata. Banyak zombi-zombi yang bergelentangan tanpa tujuan. Mereka sekadar meraung-raung dan terhuyung hayang. Ada di antara mereka memandang langit seperti sedang menunggu makanan jatuh dari atas sana.

“Apa kau buat?” bisik Azmir apabila walkie-talkie itu menghasilkan bunyi yang amat kuat.

“Shyy...” kata Ashraf sambil meletakkan jari hantunya di bibir.

Matanya tajam ke arah dataran. Anehnya, ratusan zombi sedang berjalan ke arah punca bunyi yang terhasil apabila walkie-talkie yang dilemparkan oleh Ashraf bersepah. Ashraf hanya tersenyum memerhatikan apa yang berlaku. Benda itulah yang berlaku pada 1998 di Racoon City dahulu.

“Kenapa dan bagaimana?” soal Azmir yang tidak percaya melihat apa yang sedang berlaku.

Kedengaran bunyi Arief mengeluh ketika cuba menghidupkan kereta perisai itu. Ashraf tidak mempedulikan sebaliknya merenung dada langit yang sedang cerah, tidak langsung menggambarkan keadaan isi yang sedang dinaunginya.

Mama....

“Weyh Ashraf!” panggil Azmir.

Lamunan Ashraf tersentak.

“Macam mana kau tahu yang dia orang tertatik pada bunyi?” tanya Azmir ingin tahu.

Ashraf membisu. Jawapan itu ada pada 14 tahun yang lalu ketika dia baru sahaja berumur 7 tahun, ketika masih mentah untuk mengenali dunia. Dia pernah terperangkap dalam situasi yang sama seperti itu, di Racoon City, sebuah bandar yang terletak di Amerika Syarikat.

“Entah...” jawab Ashraf pendek.

Bunyi enjin kereta dihidupkan lantas mematikan perbualan mereka berdua. Kedengaran Arief menjerit kesukaan. Kereta perisai yang mampu memuatkan tujuh orang itu berderum apabila Arief bermain-main dengan minyak.

“Diamlah...” marah Azmir.

“Kenapa?” tanya Arief.

“Mereka tertarik dengan bunyi bising,” gumam Ashraf.

Ratusan zombi yang sedang membanjiri kawasan lapangan terbang itu sedang bergerak ke arah mereka. Benar kata Ashraf, zombi-zombi itu sangat tertarik kepada bunyi dan Arief baru sahaja mencuri perhatian mereka.

“Tak apa, biar aku yang akan uruskan mereka. Kau orang masuk dalam kereta perisai ni,” kata Arief sambil membunyikan hon.

Ashraf dan Azmir saling berpandangan sebelum akur dengan arahan Arief itu.

“Arief akan beraksi,” ujar Arief sambil melakukan pusingan dengan keretanya, seolah-olah mahu melihat lebih banyak zombi yang menghampiri mereka.

“Kau nak buat apa?” tanya Azmir dalam nada yang penuh kegusaran.

“Lihat aje,” kata Arief sambil menunjukkan ibu jarinya.

Tiba-tiba sahaja Arief memecut laju membuatkan Azmir hampir sahaja tercampak ke hadapan. Kereta perisai itu melanggar ratusan zombi yang sedang mengelilingi mereka. Seperti gaya seorang pemandu berpengalaman, Arief menekan pedal brek. Dia menghentikan keretanya dalam gaya yang cukup mengangumkan. Beberapa zombi tercampak jauh akibat dilanggar kereta perisai itu.

“Woah... hebatnya!” puji Azmir sambil bertepuk tangan di belakang Arief yang sedang memandu kereta perisai itu.

“Itu baru permulaan,” ujar Arief lagi. Adrenalin sedang menggelegak dalam urat sarafnya.

Sekali lagi kereta perisai itu memecut laju membelah lautan zombi yang semakin meningkat. Kereta perisai itu sedang bergerak ke arah tempat persembunyian Fera dan Tasha. Arief hanya mengambil masa selama 30 saat untuk tiba di bahagian parkir kereta.

“Ada kereta...” tutur Tasha yang terkejut dengan bunyi hon yang dibunyikan oleh Arief.

Bayi yang berada dalam gendongan Fera tiba-tiba menangis. Bunyi hon kereta yang dimainkan oleh Arief telah menggangu lenanya. Sambil melontarkan jelingan tajam ke arah Arief yang tersengih bodoh, Fera mendodoikan bayi itu supaya tidak menangis.

Ashraf dari balik cermin kereta perisai yang kalis cahaya itu, memerhatikan Fera dengan penuh kusyuk.

Dia ada sifat keibuan....

***

“Ashraf...” panggil Fera tiba-tiba.

“Ya?” balas Ashraf sambil memandang belakang, tempat Fera duduk.

“Budak ni tak ada nama pun. Ashraf nak bagi nama apa kat dia?” tutur Fera sambil menatap wajah bayi yang sedang digendongnya itu. Perbualan mereka berdua itu mencuri perhatian Arief, Tasha dan Azmir.

Ashraf mengerutkan dahinya mendengarkan soalan Fera itu.

“Kenapa pulak saya?” tanya Ashraf.

“Awak ayah budak ni. Saya ibu dia. Jadi, saya rasa si ayah lebih berhak untuk memberikan nama untuk dia,” jawab Fera.

Ashraf terlopong mendengarkan kata-kata Fera itu. Azmir merenung wajah Ashraf untuk mendapatkan kepastian. Arief yang sedang kusyuk memandu itu tiba-tiba membrek kereta, tidak percaya mendengarkan pertuturan Fera.

“Bila pulak kau orang kahwin?” tanya Arief.

“Tahniah Ashraf... kahwin tak beritahu aku,” sindir Azmir sambil menghulurkan tangan dari belakang untuk bersalam dengan Ashraf yang berada di tempat duduk hadapan.

“Kita tak kahwin. Mak budak ni yang amanahkan kat kita orang untuk jaga budak ni. Jadi, secara tak langsung Ashraf dengan Fera jadi mak dan ayah kepada budak ni,” tutur Fera. Bayi yang berada di dalam gendongan Fera itu tersenyum ketika Fera mengungkapkan perkataan ‘mak’ dan ‘ayah’ seolah-olah memahami kata-kata Fera.

Ashraf mengeluh lega apabila Fera pantas meleraikan kekusutan yang baru sahaja mahu melanda. Azmir sekadar membuat muka apabila Ashraf melontarkan pandangan ke arahnya. Tasha pula meminta izin untuk mendukung bayi itu.

“Aku namakan dia.. Muhammad Danny,” gumam Ashraf tiba-tiba.

“Danny ya?” ulang Fera. “Nama yang baik untuk budak ni. Hai Danny!” Fera mengacah Danny yang hanya berbalut tuala. Kesan darah masih tercalit pada tubuh bayi itu, darah yang keluar ketika proses melahirkannya.

Mujurlah Fera mempunyai pengalaman dalam menyambut kelahiran. Neneknya merupakan bidan di kampung. Jadi Fera mengetahui serba sedikit ilmu bidan ini.

“Kita nak ke mana?” tanya Azmir tiba-tiba.

“Lebuhraya Bawah Air Eurasia,” ujar Arief sambil membelok keretanya ke tepi. Ada banyak zombi yang berkeliaran di tepi jalan ketika kereta perisai itu meluncur di atas jalan raya.

***

Kereta perisai itu terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Kedengaran suara Arief membersut marah. Danny menangis ketika Arief membunyikan hon berulang kali. Ashraf kemudian menekan punat yang terdapat di dalam kereta itu. Tindakan Ashraf itu membawa kepada pembukaan ruang di siling kereta perisai itu.

“Bagi aku binokular,” minta Ashraf ketika dia memanjat kereta perisai itu, untuk mengetahui lebih lanjut situasi yang sedang melanda kawasan itu.. Arief menyelongkar laci kereta perisai lalu memberikan barang yang diminta oleh Ashraf.

Lebuhraya Bawah Air Eurasia (LBE)

9.15 pagi, 1 April 2013

Kelihatan ratusan anggota polis membuat rantaian manusia bagi menghalang sebarang kereta daripada menembusi Lebuhraya bawah air. Terdapat juga beberapa kon yang diletakkan di situ.

Di belakang rantaian manusia itu, kelihatan anggota Komando 69 yang sedang bersiap sedia untuk melepaskan sebarang tembakan sekiranya terdapat tanda-tanda bahawa zombi menghampiri kawasan itu. Anggota tentera dengan kereta kebal mereka juga kelihatan manakala kereta bomba sudah bersedia untuk memancutkan air jika keadaan rusuhan sudah tidak terkawal.

Seorang anggota polis sedang berdiri di hadapan rantaian manusia itu. Terdapat sekumpulan manusia yang sedang membuat demonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan menghalang penduduk Eurasia daripada keluar dari pulau itu.

Seorang lelaki yang dikenali Malaysia sebagai pemimpin parti pembangkang Malaysia sedang berteriak-teriak menggunakan pembesar suara. Kumpulan manusia di belakangnya pula memberi jeritan semangat kepada pemimpin parti pembakang sambil memegang sepanduk.

“KERAJAAN KEJAM!”

“KEJADIAN DI EURASIA BUKTI KONSPIRASI KERAJAAN!”

“KAMI MAHU KELUAR!”

Begitulah antara bunyi sepanduk yang dibawa. FRU yang baru sahaja tiba sudah bersiap sedia untuk mengambil tugas bagi mengawal situasi yang sedang huru-hara di salah satu daripada tiga pintu keluar Pulau Eurasia itu.

Tidak jauh dari situ, seorang wartawan dan jurukamera sedang berdiri. Kamera sedang dihalakan ke arah demonstrasi yang sedang berlangsung.

“Saya Pang Chin Fei melaporkan daripada Eurasia. Salah seorang pemimpin pembangkang sedang memimpin ribuan manusia yang sedang membuat demonstrasi di hadapan jalan masuk ke Lebuhraya Bawah Air Eurasia (LBE).

Perkara ini dipercayai berpunca daripada perintah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Shahrin Ruslan yang mengarahkan perintah berkurung kepada penduduk Eurasia dan melarang keras sebarang proses keluar daripada bandar Eurasia.

Dalam erti kata lain, proses kuarantin telah dijalankan ke atas penduduk Eurasia yang dipercayai dijangkiti virus baru yang misteri. Virus ini dikatakan telah mengubah manusia menjadi ganas dan kejam.”

Seorang anggota polis menghampiri wanita cina itu lalu merampas mikrofon yang ada di tangannya. Kemudian, anggota polis itu memijak mikrofon itu. Kamera itu menjadi mangsa kedua rampasan anggota polis yang bertugas lalu dilemparkannya sehingga rosak.

“Dilarang membuat rakaman atau lintas langsung,” tutur anggota polis itu.

“Tapi, kenapa?”

“Arahan daripada pihak atasan.” Pendek sahaja jawapan anggota polis itu lalu berlalu pergi.

***

Tangan Ashraf yang memegang binokular jatuh. Dia tidak sangka situasi Eurasia akan menjadi seteruk itu. Namun, separuh hatinya bersyukur kepada ALLAH kerana barisan pertahanan yang ditugaskan untuk mempertahankan LBE masih belum tumpas.

“Kenapa Ashraf?” tanya Arief ketika Ashraf menghempaskan punggungnya di atas kerusi dengan perasaan hampa.

“Azmir, kita kena tunggu Mejar Harish selamatkan anak perempuan si Shahrin tu. Kalau tidak, kita akan tetap terperangkap di dalam bandar ini,” tutur Ashraf.

Azmir yang memahami maksud Ashraf itu sekadar menggelengkan kepalanya dengan penuh kecewa. Fera dan Arief memahami maksud Ashraf itu. Seperti Ashraf dan Azmir, mereka juga dimaklumkan mengenai misi menghalang penduduk Eurasia daripada keluar.

Tasha sekadar memandang sekeliling, cuba mendapatkan jawapan.

“Apa sebenarnya yang terjadi?”

Fera mengeluh berat sebelum menepuk bahu Tasha, pramugari itu. Dia pun menceritakan apa yang sedang berlaku dan menimpa mereka. Tasha hanya mampu mengeluh berat.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.