Home Novel Thriller/Aksi Epidemik T
Bab 7 Sekolah

SMK Dato’ Onn

7.20 pagi, 1 April 2013

Izara berjalan sendirian dalam pakaian sekolahnya, baju kurung dankainbiru. Jalan raya agak sunyi pada pagi itu. Tiada langsung kelibat kereta atau manusia yang selalunya akan memenuhi jalan raya pada pagi itu demi memenuhi tuntutan masing-masing, mencari rezeki dan menuntut ilmu. Namun, aktiviti harian manusia itu seperti tidak berlangsung pada hari itu dan itu telah menambahkan lagi resah Izara.

Tadi, ketika dia bangun pagi, ibu-bapanya tidak langsung kelihatan. Anak tunggal dalam keluarga sederhana itu tidak mengendahkan itu semuanya, dan perkara itu selalu berlaku. Izara selalunya akan ditinggalkan sendirian. Namun, pagi itu hatinya meronta-ronta cuba memberitahunya bahawa ada sesuatu yang buruk berlaku pada ibu dan bapanya.

Izara semakin laju melangkah. Sekolah yang merupakan wadah tempat gadis itu menuntut ilmu hanya 500 meter di hadapan, berdiri gagah sambil disinari oleh cahaya matahari yang semakin naik.

Sebaik sahaja Izara tiba di SMK Dato’ Onn, kelihatan pintu pagar terbuka luas dan keadaan sangat sunyi. Resah Izara semakin menggunung tetapi Izara tetap beranikan diri untuk masuk ke dalam perkarangan sekolah. Ketiadaan manusia bukan alasan untuk dia ponteng kelas. Izara seorang budak yang baik.

Dia menghampiri Blok A SMK Dato’ Onn yang sedang berdiri gagah di hadapannya. Kakinya diatur untuk memanjat tangga yang akan membawa dirinya ke kelasnya yang terletak di tingkat dua banggunan blok A.

Kosong... kelasnya kosong.

“Mana semua pergi?” tanya Izara pada dirinya sendiri. Bunyi sesuatu terjatuh mengejutkan Izara. Izara pantas menoleh ke arah belakang kelasnya dan tiga orang lelaki yang kelihatan sangat tidak kemas dengan uniform sekolah sedang melangkah ke arahIzara.

“Mujurlah....” belum sempat Izara menghabiskan kata-katanya, dirinya jatuh terlentang apabila salah seorang daripada pelajar lelaki tadi melompat dari belakang ke kelas lalu menerkam Izara. Izara meronta-ronta mahu melepaskan dirinya. Namun, dia tidak punya kekuatan untuk melepaskan dirinya, tenaga lelaki itu sangat kuat dan Izara hanya gadis yang lemah.

Ya ALLAH, selamatkanlah Izara...

Izara hanya mampu memejamkan matanya apabila pelajar lelaki tadi membuka mulutnya, cuba membaham leher Izara. Dia pasrah dan... darah merembes membasahi wajah comel Izara. Kaca mata gadis itu sahaja melindungi matanya daripada turut dibasahi oleh darah tadi. Izara terpisat-pisat membuka matanya. Pelajar lelaki itu tidak lagi berkepala sebaliknya lehernya terus memancutkan darah ke merata-rata sudut kelas itu.

Seorang lelaki tampan sedang berdiri sambil menghulurkan tapak tangannya untuk disambut oleh Izara. Ketua pengawas SMK Dato’ Onn, Muhammad Azim sedang berdiri sambil mengukirkan senyuman. Tangannya yang lain memegang sebilah pedang samurai.

“Azim...” tutur Izara.

“Awak kena pergi tandas. Bersihkan diri awak,” kata Azim sambil menolong Izara untuk berdiri. Gadis itu membetulkan kaca matanya. Tubuhnyamenggigil apabila melihat bajunya habis dipenuh darah lelaki tadi.

“Ke..napa awak bunuh dia?” tanya Izara. Azim berkerut dahi sambil menatap wajah polos Izara, gadis yang kelihatan sangat lurus bendul itu. Kemudian, Azim tersenyum lagi membuatkan Izara berkerut dahi.

“Awak ni dari dulu asyik senyum jer. Dalam situasi yang macam ni pun...” komen Izara.

“Untuk seorang gadis comel, saya memang akan senyum. Apa-apa pun, mereka semua itu bukan manusia lagi. Mereka ialah zombi,” jelas Azim yang tiba-tiba mencapai pergelangan tangan Izara. Izara sekadar membisu apabila Azim menyebut perkataan yang sangat asing pada hawa telinganya.

“Nak ke mana” tanya Izara pendek, sambil membetulkan beg galasnya. Azim tersenyum lagi lalu mencuit hidung mancung Izara.

“Pergi tandaslah sayang. Awak kan habis penuh dengan darah. Nanti orang ingat hantu pula,” seloroh Azim lalu terus menarik tangan Izara. Izara terhincut-hincut membontoti Azim dari belakang.


Taman Mahkota, Pulau Eurasia

7.20 pagi, 1 April 2013

Telefon bimbit Syamir berdering sebaik sahaja jejaka itu cuba menghidupkan kereta ayahnya. Leen yang duduk di sebelahnya menoleh ke arah Syamir manakala Jiwon sedang berbaring di belakang sambil memeluk selaras shotgun.

“Assalamualaikum Seng,” tutur Syamir sebaik sahaja menjawab panggilan telefon dari Azim. Nama Ah Seng sudah sinonim dengan Azim kerana raut wajah jejaka itu yang saling tak tumpah seperti orang cina. Tetapi kakak Syamir, Leen melabelkan Azim sebagai korean look.

“Waalaikumussalam bro. Datang sekolah sekarang juga. Selamatkan aku dan Izara kat sini,” tutur Azim namun belum sempat Syamir menjawab, panggilan terputus selepas jeritan Izara bergema di gegendang telinganya.

“Kita tukar arah kita. Kawan Syamir ada masalah,” kata Syamir sambil menoleh ke arah kakaknya Leen. Jiwon yang dari tadi asyik membisu tiba-tiba membuka matanya. Dia lantas duduk lalu menghulurkan kepalanya di tengah-tengah antara mereka.

“Kita nak pergi mana?” tanya Jiwon.

“Er...” Syamir jadi tergagap-gagap apabila raut wajah gadis jelita itu hanya seinci sahaja dari pipinya. Wajah Syamir merona merah yang lantas mengundang ketawa kecil daripada Leen. “Sekolah. Kawan saya...”

“Cepat sikit,” kata Jiwon yang kemudiannya kembali berbaring di belakang. Syamir menghidupkan kereta lalu memecut laju meninggalkan perkarangan kawasan rumahnya. Sepanjang kereta itu meluncur laju di atas jalan raya, beberapa orang zombie dilanggar tanpa belas kasihan oleh Syamir. Peristiwa pagi tadi telah mengajarnya bahawa dunia baru itu bukan untuk orang yang lemah dan lembut hati.

“Bagus budak kecik,” tutur Jiwon dari belakang. Syamir tersengih seperti kerang busuk apabila menerima pujian daripada Jiwon yang masih memejamkan matanya. Gadis itu memang luar biasa tenangnya dalam situasi seperti itu.

“Seronok langgar diaorang ni,” gumam Syamir apabila rakus membunuh zombi-zombi yang berkeliaran di atas jalan raya. Gaya pemanduan Syamir memang seperti seorang professional walaupun dia tidak mempunyai lesen.

“Adik...” panggil Leen. “Perlahan sikit...”

“Lajukan,” pintas Jiwon dari belakang.

Leen sekadar menjeling wajah Syamir yang kelihatan ghairah melanggar manusia-manusia yang sudah bertukar menjadi mayat hidup. Buat pertama kalinya, Leen melihat adiknya segembira itu.

“Saya mula suka dunia baru ini. Memang best. Macam main permainan video,” sekali-sekala Syamir menggumam. Syamir memandu pada kelajuan 120 kilometer sejam dan dalam masa sepuluh minit, dia tiba di kawasan sekolahnya. Kejutan yang tidak terhingga menjamah mata mereka. Lautan zombi sedang berkumpul di perkarangan sekolah itu.

“Masa untuk bergembira,” kata Jiwon sambil menggeliat seperti baru bangun dari tidur. Dia kembali menggengam erat shotgun lalu menjadi orang pertama membuka pintu kereta itu, meninggalkan Syamir dan Leen yang terpinga-pinga.

“Syamir nak ikut dia. Kakak staykat dalam ni,” arah Syamir serius lalu mencapai kayu hokinya. Jiwon sudah mara lebih jauh ke dalam kawasan perkarangan sekolah itu sambil melepaskan beberapa das tembakan mengenai zombi-zombi yang berkeliaran di situ.

“Syamir!” teriak Azim dari atas ruftup blok A. Dia jelas sedang bertarung hebat dengan pedang samurai. Syamir tersenyum lalu melambaikan tangannya. Ah Seng... Izara sekadar duduk berpeluk tubuh di sudut ruftup itu.

Izara Aishah...

“Jiwon, kita naik atas sana,” teriak Syamir ketika memukul-mukul kepala zombi-zombi yang cuba menyerangnya dengan kayu hoki yang erat digenggamnya. Jiwon mengangguk lalu mendahului Syamir menaiki tangga blok A.

Syamir sempat lagi menghancurkan beberapa buah kepala sebelum mengekori Jiwon dari belakang. Sepanjang menaiki tangga itu, belasan zombi tumbang dibaham peluru shotgun Jiwon.

Sebaik sahaja mereka tiba di bahagian ruftup, Azim sedang berpeluh membelah tubuh zombi yang cuba menjadikan dirinya dan Izara makanan. Jiwon dan Syamir datang tepat pada masanya, membantu Izara dan Azim. Dalam beberapa minit sahaja, ruftup itu bersih daripada mayat-mayat hidup.

“Sahabatku,” gumam Azim sambil bersalaman dengan Syamir. Tangan mereka berdua berlumuran darah tetapi itu tidak menghalang persahabatan mereka. Izara yang bersembunyi dari balik tangkungan air di atas banggunan sekolah itu keluar sambil menundukkan wajahnya. Azim pula tidak habis-habis mengamati wajah Jiwon.

“Aku macam pernah nampak awek tu aje,” bisik Azim.

“Itu Ha Jiwon, pelakon korea yang terkenal tu,” kata Syamir sambil tersenym. Jiwon kelihatan menghampiri Izara yang kelihatan trauma dengan apa yang berlaku lalu memeluk tubuh gadis itu yang kebasahan.

“Tak kenal langsung,” kata Azim.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.