Bas Sekolah
10.00 pagi, 1 April 2013
Izara
mengambil tempat duduk di sebelah Syamir. Wajahnya masam mencuka. Sempat juga Izara
melemparkan jelingan ke arah Cikgu Daniel yang sedang berdiri di laluan di
antara kerusi di dalam bas sekolah itu.
“Awak
akan menyesal kerana membenarkan lelaki tu masuk ke dalam bas ini,” gumam Izara
sekali-sekala. Syamir hanya mampu mengeluh berat. Sikap Izara berubah tiba-tiba
sejak kehadiran Cikgu Daniel.
Cikgu
Daniel kelihatan sedang menghampiri Izara yang sedang berpeluk tubuh. Senyuman
sinis diukirkan oleh Cikgu Daniel.
“Kenapa
ni Izara Aishah?” tanya Cikgu Daniel. Nada suaranya kedengaran mengejek.
Izara
menjeling penuh geram ke arah Cikgu Daniel.
“Tak
suka ke cikgu ada kat dalam bas ni?” tanya Cikgu Daniel lagi.
“Cikgu
boleh diam tak?” gumam Izara bengang. “Tak cukup apa yang cikgu dah buat pada saya?
Cikgu sepatutnya bersyukur yang saya masih mahu selamatkan cikgu.”
Cikgu
Daniel mengangkat bahunya. Dia kemudian menghampiri Jiwon yang sedang memandu
bas sekolah itu membelah Lebuhraya Eurasia yang kelihatan sunyi daripada
kenderaan.
“Kau ke
ketua kumpulan kau?” tanya Cikgu Daniel lagi.
“Bukan
aku. Tapi budak lelaki tu,” jawab Jiwon. Cikgu Daniel menoleh ke arah Syamir
yang sedang menatap wajahnya.
Cikgu
Daniel kembali menghampiri Syamir dan Izara.
“Kau
ketua?” soal Cikgu Daniel memerli. “Apa yang kau boleh buat?”
Soalan
Cikgu Daniel itu seolah-olah sedang mencabar Syamir. Namun, Syamir masih
kelihatan tenang.
“Dia
lagi bagus daripada bangsat macam kau!” gumam Izara.
Tangan
Cikgu Daniel spontan terangkat ke udara, mahu menampar Izara dan... tangannya
disambar oleh Syamir. Syamir terlebih dahulu berdiri.
“Jangan
sentuh perempuan kalau tak nak dilabel sebagai dayus,” tutur Syamir sambil
merenung dalam mata Cikgu Daniel.
“Dia
yang kurang ajar dengan aku dan kau, jangan nak...”
“Saya
tak akan kurang ajar dengan cikgu kalau cikgu tak lakukan perkara itu!” teriak Izara
tiba-tiba. Air matanya mengalir. Cikgu Daniel menolak Syamir ke tepi lalu cuba
menerkam Izara.
Bam!
Cikgu Daniel rebah selepas Syamir menghulurkan kakinya. Cikgu Daniel tersandul
kaki Syamir.
Dua
orang pelajar lelaki yang mengikut Cikgu Daniel itu tiba-tiba berdiri, cuba
menyerang Syamir. Namun, Syamir yang sememangnya mahir bersilat mengelak
tumbukan yang cuba dilayangkan ke arahnya lalu menghadiahkan pula sebuah
tumbukan yang tepat mengenai dada penyerangnya.
Seorang
lagi cuba menendang Syamir namun kaki lelaki itu sempat ditangkap oleh Syamir
lalu Syamir menolak penyerangnya ke belakang lalu jatuh terlentang. Cikgu
Daniel berdiri dari belakang dan cuba menyerang curi....
Syamir
pantas memusingkan tubuhnya lalu menangkap penumbuk Cikgu Daniel. Sambil
tersenyum sinis, Syamir mengunci lengan Cikgu Daniel lalu melontarkan tubuh
Cikgu Daniel ke lantai. Pergaduhan telah tercetus di dalam bas sekolah itu.
“Jangan
cari pasal dengan aku,” tutur Syamir bengang ketika Cikgu Daniel cuba
melepaskan diri daripada Syamir.
“Maafkan...
cikgu,” tutur Cikgu Daniel yang tercungap-cungap ketika lengannya dipegang erat
oleh Syamir.
“Saya
nak keluar dari sini,” kata Izara tiba-tiba. “Kakak Jiwon, tolong bukakan pintu
bas ini.”
“Tapi...”
Izara
tidak menunggu lama. Dia menekan satu punat yang terdapat berdekatan dengan
kerusi pemandu bas itu. Tanpa mempedulikan bahaya yang bakal hampir kepadanya
sekiranya keluar daripada bas itu, Izara melompat nekad.
“Izara!”
teriak Syamir. “Aku akan pujuk dia. Hentikan bas.”
Jiwon
mengangguk lalu menekan pedal brek.
Syamir
turun daripada bas.
Sebuah
terowong kelihatan di sebelah kanan mereka. Izara sedang menghampiri terowong
itu, sekadar membawa kakinya berpandukan emosi yang sedang bercelaru. Air mata
yang lebat dikesat oleh Izara.
“Awak...”
panggil Syamir sambil mencapai pergelengan tangan Izara.
“Tolong
lepaskan saya Syamir!” kata Izara tercungap-cungap.
“Kenapa
awak bencikan sangat si Daniel tu?” tanya Syamir.
“Dia
pernah... hampir...”
Kata-kata
Izara tidak dapat dihabiskan apabila Jiwon membunyikan hon, sebagai tanda
amaran. Sebuah bas yang datang daripada arah bertentangan dengan terowong itu
sedang melayang ke arah mereka.
Syamir
sempat melompat menolak tubuh Izara daripada dihempap bas. Bas itu bertembung
dengan pintu masuk terowong lalu meletup. Api yang besar terhasil daripada
kemalangan itu lalu menutup ruang masuk ke dalam terowong.
“Kamu
tak apa-apa ke?” teriak Azim dari luar.
“Aku
dengan Izara okey. Kita jumpa dekatIbu Pejabat Polis Eurasia, Balai Polis Utama
Eurasi,,” balas Syamir.
Azim
mengangguk. Dia kembali ke bas sekolah.
“Jalan
dah tertutup. Kita kena ikut jalan lain,” kata Azim ketika melintasi kerusi
pemandu yang sedang diduduki oleh Jiwon. Katana atau pedang samurainya masih
setia di tangannya.
Lebuhraya
Eurasia
11.00
pagi, 1 April 2013
Kelihatan
Syamir sedang dipapah oleh Izara menyusuri Lebuhraya. Kaki jejaka itu luka
terkena serpihan bas yang meletup ketika merempuh pintu gerbang terowong. Darah
kelihatan meleleh di atas jalan raya.
“Berapa
lama lagi kita nak sampai?” tanya Izara.
“Saya tak
tahu. Tapi perjalanan dalam 100 Kilometer sebelum sampai ke bandar,” tutur Syamir.
Nada suaranya kedengaran lemah.
“Jauhnya...”
tutur Izara. “Mana awak tahu?”
Syamir
menjuihkan bibirnya ke arah papan tanda yang sedang berdiri di hadapan mereka. Izara
tersengih.
Bandar
Eurasia – 100 KM
Pantai
Bilah – 120 KM
Pekan
Bintang – 140 KM
“Saya tak nampak,” tutur Izara lagi sambil tersengih.
***
Syamir
memegang erat lengan Izara apabila telinganya dapat menangkap bunyi sesuatu
daripada belakang.
“Kenapa?”
tanya Izara.
“Ada
motor datang dari belakang,” tutur Syamir.
Beberapa
saat kemudian, Syamir menolak Izara ke tepi. Mujurlah mereka berdua tidak
dilanggar oleh penunggang motorsikal itu. Syamir kelihatan bangkit menggagahkan
dirinya. Dia melihat seorang penunggang motorsikal yang berhelmet hitam dengan sebuah
motorcross sedang menghampiri mereka.
“Abang..
kami bukan zombi...”
Penunggang
motorsikal itu tidak mengendahkan penjelasan Syamir sebaliknya terus memecut ke
arah mereka berdua. Sekali lagi Syamir dan Izara terpaksa melompat untuk
mengelak digilis oleh motorcross itu.
“Kami
tak buat salah...”
Motorcross
itu terus memecut laju ke arah Syamir yang sedang kesakitan di atas jalan raya.
Kakinya makin parah dan dia kelihatan tidak mampu untuk berdiri sekalipun. Syamir
hanya mampu memejamkan matanya sambil memanjatkan doa kepada Ilahi. Dia mungkin
akan mati pada waktu itu...
Motorcross
yang ditunggang oleh manusia misteri itu tiba-tiba tercampak ke tepi. Syamir
membuka matanya perlahan-lahan. Mujurlah Izara melepaskan sedas tembakan
mengenai belakang tubuh pemandu motorsikal itu.
“Mana
dapat pistol itu?” tanya Syamir.
“Jiwon
kata pistol ini milik awak,” jelas Izara. “Jadi, dia suruh saya simpankan takut
nanti ada apa-apa yang buruk menimpa awak ataupun saya.”
“Berikan
pistol itu,” pinta Syamir. Izara mengangguk lalu menghampiri Syamir yang sedang
duduk sambil meluruskan kakinya.
Pistol ini ialah daripada jenis Desert
Eagle. Peluru di dalamnya pula jenis .44 Magnum. Kalau tak silap aku, Jiwon
pernah hadiahkan kepada aku ketika kali pertama aku bertemu dengan dia. Di
hadapan rumah aku...
“Memang
pistol saya,” jawab Syamir. Desert Eagle disimpannya ke dalam poket seluar. Syamir
mahu bangkit, dia hampir sahaja terjatuh namun lengannya sempat dipeluk oleh Izara.
“Terima
kasih,” ucap Syamir.
Syamir
melangkah sambil terincut-incut ke arah jasad penunggang motorsikal yang sedang
terlentang di atas jalan raya. Helmetnya dicabut dan... Izara memalingkan
wajahnya. Tidak sanggup untuk menatap wajah penunggangnya yang sudah dipenuhi
ulat.
“Zombi...”
gumam Syamir.
“Macam
mana zombi tu tahu bawa motorsikal?” tanya Izara.
“Mereka
sedang berubah, tak syak lagi. Mereka yang berada di sini... bukan
calang-calang zombi,” tutur Syamir serius. “Kita tak boleh lama di sini. Bawa
aku ke motor tu.”
“Awak
nak buat apa?” tanya Izara.
“Saya
akan bawa motor tu sampailah kita sampai ke Bandar Eurasia. Balai Polis Eurasia
terdapat di sana,” terang Syamir sambil mendirikan kembali motorcross jenis KMT itu.
“Awak
ada lesen ke?”
Syamir
tergelak kecil mendengarkan soalan Izara itu.
“Siapa
lagi yang peduli tentang lesen kalau dunia di sekeliling mereka sedang runtuh
macam ni?” tutur Syamir sinis lalu menaiki motorcross itu.
Izara
tersengih sambil menggaru kepalanya.
“Pegang
saya kuat-kuat,” tutur Syamir sambil menghidupkan motorcross itu.