Home Novel Thriller/Aksi Epidemik T
Bab 21 Pengganas

Jalan Raya

1.45 Petang, 1 April 2013

Ashraf dan Azmir sedang meronda-ronda di kawasan jalan rayayang dipenuhi oleh ribuan kereta yang tidak bertuan, sekadar terdampar di atas jalan raya. Fera meminta jasa baik dua orang jejaka itu untuk berkawal sementara Fera menyusukan Danny.

“Comelnya...” tutur Tasha ketika melihat Danny sedang kusyuk menghisap puting botol susu yang sedang dipegang oleh Fera.

“Nak dukung dia ke?” tanya Fera ketika melihat Tasha begitu kusyuk menatap wajah Danny.

“Saya... tak pandai dukung budak kecik. Lagipun budak ni tulang belakang dia belum kuat lagi,” balas Tasha sambil tersengih. Fera pula membalasnya dengan senyuman.

“Belajarlah, lagi pun suatu hari nanti awak akan jadi ibu. Apa salahnya belajar,” kata Fera pula.

Kedua-dua gadis itu menjadikan sebuah taman yang terletak di sebelah jalan raya yang sedang menuju ke arah Bukit Harapan, sebuah kawasan perumahan mewah untuk golongan kaya dan elit yang menjadikan langit Pulau Eurasia sebagai tempat mereka berteduh.

Tasha kelihatan takut-takut untuk mendukung Danny, namun naluri keibuan Tasha menghalang segala perasaan yang sedang bercampur baur di dalam diri Tasha daripada menguasai diri Tasha.

“Kan tak ada masalah tu?” ujar Fera sebaik sahaja Danny bertukar tangan.

Tasha tersenyum.

“Hai Danny. Kakak Tasha dukung Danny ya?” ujar Tasha pula. “Comelnya dia senyum. Macam dia faham apa yang kita cakap pulak.”

“Sebab tu mama sayang Danny,” gumam Fera pula.

Tasha tersenyum mendengar ungkapan ‘mama’ yang dibahaskan oleh Fera. Gadis itu memang mempunyai jiwa keibuan yang tinggi.

“Fera, awak memang nak jaga Danny ke?” tanya Tasha.

Fera yang masih lengkap beruniform polis itu terdiam. Wajah Danny ditatap penuh kasih sayang oleh Fera. Tulus renungan mata Fera. Terpancar rasa sayangnya yang bertimbun untuk bayi yang telah kehilanagn ibu pada usia yang semuda itu.

“Saya dah sayangkan budak ni Tasha. Lagi pun budak ni dah tak ada siapa di dalam dunia. Dia ada saya dan Ashraf aje... dan kamu semua. Lagi pun permintaan terakhir arwah mak Danny suruh saya jaga dia kalau berjaya keluar dari pulau ini hidup-hidup,” gumam Fera.

“Bertuah Danny dapat mama macam Fera,” kata Tasha sambil mencubit lembut pipi Danny.

Kedengaran bunyi tapak kaki sedang menghampiri kawasan taman itu sekaligus mematikan perbualan di antara Tasha dan Fera. Kelihatan Ashraf dan Azmir sedang menghampiri.

“Kawasan sini kosong. Tak ada satu zombi pun yang kami jumpa,” luah Azmir yang kelihatan seperti tidak sedap hati dengan situasi yang sedang mereka hadapi.

“Pelik...” tutur Azmir pula yang tiba-tiba terasa sesuatu yang tidak menyenangkan sedang menyerang hatinya.

“Sekejap... Arief mana?” tanya Tasha apabila menyedari seorang daripada ahli kumpulan mereka sudah hilang. Serentak itu, Ashraf dan Azmir saling berkongsi pandangan.

Apartment

2.05 Petang, 1 April 2013

Kelihatan seorang lelaki menyusuri sebuah lorong yang kelihatan sunyi. Arief semakin jauh daripada kumpulannya kerana mengekori seorang gadis yang telah mencuri perhatiannya ketika mengikut Ashraf dan Azmir berkawal.

“Tak silap aku, perempuan tadi masuk sini,” gumam Arief yang sedang berdiri di hadapan sebuah banggunan usang. Terdapat sebuah pintu di hadapan pintu Arief dan pintu itu terbuka luas.

“Ada orang tak?” teriak Arief sebelum melangkah masuk. Tiada balasan.

Pelik... tak ada zombi ataupun manusia di kawasan perumahan ini...

Gelap. Itulah yang boleh disimpulkan oleh Arief. Sebuah lampu suluh dihidupkan oleh Arief. Senjata kesayangannya iaitu M16A2 kelihatan tergantung di celah ketiaknya manakala Arief memutuskan untuk menggunakan M1911, sebuah pistol kegemarannya.

Arief berhati-hati mengatur langkah ke dalam aparment kosong itu. Di bawah tapak kakinya kelihatan kesan darah yang merata. Kelihatan seperti pernah berlaku peristiwa berdarah, beberapa jam yang lepas.

Lampu suluh Arief tersuluh sesuatu yang sedang berlari ke tingkat atas...

“Tunggu!” panggil Arief namun perempuan itu sudah menghilang ke tingkat atas.

Kedengaran bunyi tapak kaki perempuan itu memanjat anak tangga.

“Apa yang dia nak tunjukkan pada aku?” tutur Arief di dalam kegelapan itu.

Taman Permainan

2.30 Petang, 1 April 2013

“Azmir. Masanya sudah tiba,” tutur Ashraf sambil memeriksa SMG yang ada di tangannya.

“Tasha, berikan aku Shotgun kau,” pinta Azmir pula.

Tanpa banyak soal, Tasha sekadar menyerahkan senjata itu. Azmir tidak mengucapkan terima kasih sebaliknya sekadar menguntumkan senyuman. Shotgun itu dibelek oleh Azmir.

“Mana pelurunya?” tanya Azmir lagi,

“Ini,” jawab Tasha pendek sambil menyerahkan sekotak peluru kepada Azmir.

“Saya pinjam aje tau Shotgun ni. Nanti, bila kita orang balik nanti, Shotgun ini jadi milik awak ya? Awak ambil M16 ni,” kata Azmir lagi.

“Kenapa awak tak guna aje M16 tu?” tanya Tasha.

Azmir sekadar tersenyum.

“Saya ini bukannya penembak tepat macam Arief dan mempunyai ketepatan yang tinggi macam Ashraf masa menembak. Zombi ini tak akan mati sekali lagi kita tak serang kepala mereka. Hancurkan otak mereka atau kita akan mati!” jelas Azmir yang mengambil tempat duduk di sebelah Tasha.

“Mana awak tahu?” tanya Tasha, pendek.

“Kalau saya tak tahu, mungkin saya dah lama mati. Jadi, macam mereka,” terang Azmir.

“Awak...” seru Tasha tiba-tiba.

“Nanti kalau awak balik sini, boleh tak awak ajar saya menembak? Saya tak pernah menembak seumur hidup saya pun,” tutur Tasha lagi.

“Kenapa awak suruh saya ajar? Kenapa tak suruh Ashraf atau Arief?” tanya Azmir.

Wajah Tasha tiba-tiba merona merah. Dia tunduk malu.

“Kenapa Tasha?” tanya Azmir, separuh mendesak.

“Awak ingat tak lagi masa kat lapangan terbang tadi?” tanya Tasha.

“Saya selamatkan awak...” Azmir terdiam. Senyuman sinis terukir di wajahnya manakala wajah Tasha pula semakin bertambah merah.

“Awak nak hero hidup awak yang mengajar awak menembak?” tanya Arief.

Tasha spontan mengangkat kepalanya.

“Azmir...”

“Nurul Natasha...”

“Mana awak tahu nama saya?” tanya Tasha.

“Tag nama awak tu,” jawab Azmir sambil menjuihkan bibirnya ke arah baju kebaya biru yang merupakan baju seragam untuk pramugari syarikat penerbangan nombor satu Malaysia, Malaysian Airlines.

“Maaf,” tutur Tasha yang kembali tertunduk malu.

“Awak nak mengurat saya ya?” usik Azmir lagi yang seperti terhibur melihat telatah Tasha yang kelihatan malu-malu itu. Merah wajah Tasha mendengarkan ungkapan Azmir.

Bunyi tembakan yang berdendang di udara menyebabkan perbualan Azmir dan Tasha terhenti. Ashraf yang sedang kusyuk bermain dengan Danny juga tergamam. Danny diserahkan kepada Fera untuk didukung.

“Itu bunyi tembakan... barangkali Arief dalam bahaya,” gumam Ashraf sambil menghampiri Azmir yang sedang berdiri di sebelah Tasha yang masih duduk.

“Kita kena pergi. Bunyi tembakan yang dilepaskan mungkin akan menarik perhatian ratusan zombi dari jauh,” ujar Azmir pula.

Ashraf sekadar mengangguk. Dia tidak mahu berbicara, kerana perkataan bakal mencuri masa dan sedetik yang dilepaskan membuatkan Arief semakin tenggelam ke dalam lembah maut.

Tap! Pergelangan tangan Azmir dicapai oleh Tasha, secara tiba-tiba.

“Kenapa Tasha?” tanya Azmir.

“Awak kena janji dengan saya yang awak akan balik dengan selamat? My hero...” gumam Tasha.

“Saya Mohammad Azmir Shah bin Azmi berjanji kepada Nurul Natasha akan kekal hidup sebagai hero di dalam hatinya,” tutur Azmir sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara gaya orang bersumpah.

“Terima kasih...”

Penerbangan Malaysian Airlines

2011

Tasha sedang menyiapkan secangkir kopi yang dipesan oleh penumpang pesawat MAS. Kusyuk gadis itu menjalankan kerjanya. Seorang lelaki memanggil Tasha, tidak jauh daripada tempat Tasha sedang menyiapkan kopi tersebut.

“Macam mana rasanya bila teman lelaki jadi boss dalam pesawat ini?” bisik lelaki itu ketika Tasha menghampirinya.

“Awak!” seru Tasha geram sambil mencubit lengan lelaki itu. “Orang nampak nanti!”

“Biar diaorang tahu yang Irwan dah jatuh cinta pada wanita yang paling cantik dunia!” kata Irwan lagi.

“Sudah-sudahlah tu Irwan!” marah Tasha.

Irwan tiba-tiba berdiri. Tangannya tiba-tiba melingkari pinggang Tasha dari belakang membuatkan darah menyerbu terus ke wajah Tasha. Tasha merenung dengan mata yang seolah-olah hampir sahaja tersembul keluar.

“Kawan-kawan sepesawat dengan saya. Dengar sini, saya ada kejutan untuk gadis pramugari ini,” kata Irwan sambil menepuk tangannya, mencuri perhatian penumpang pesawat Boeing 747 itu.

“Kepada Nurul Natasha binti Hazman, sudikah anda menjadi isteri saya, menemani saya dari masa susah dan senang?” tutur Irwan sambil melutut. Tasha hilang kata-kata, dia tidak pernah menyangka bahawa Irwan akan menjadi seberani itu... juga sangat romantis.

“Saya... terima!” ucap Tasha sambil mengangguk kepalanya. Kedua-dua tangan Shila spontan menyentuh bibir. Bunyi tepukan memenuhi seisi pesawat. Tetapi..

Sepucuk pistol sedang melekat di kepala Tasha. Dua orang lelaki arab sedang berdiri di belakang Tasha. Lengan lelaki yang mengacukan pistol itu pula sedang melingkari leher Tasha.

“Maafkan aku sebab merosakkan suasana pesawat ini dan kisah cinta kamu berdua. Kamu boleh simpan adegan cinta itu untuk kemudian sebab sekarang aku ada benda yang lebih penting. Kau, tolong bawakan aku jumpa juruterbang pesawat ini. Kita ada lencongan yang perlu dibuat!” bisik lelaki arab itu ditelinga Tasha.

Rakan subahat lelaki itu pula sedang mengacukan senjatanya ke arah Irwan yang masih lagi melutut di atas lantai. Suasana bisu memenuhi ruang pesawat itu. Kemudian dua orang pengganas itu berserta Tasha bergerak ke arah kopkit.

Sebaik sahaja dua orang lelaki arab dan Tasha menghilang ke dalam kopkit. Irwan terus berdiri mencari dua orang pramugara yang merupakan rakan setugas Tasha pada hari itu.

“Aku Inspektor Irwan, kita kena berbuat sesuatu untuk selamatkan nyawa Tasha dan seluruh penumpang pesawat ini,” kata Irwan sambil menunjukkan lencana polisnya.

Dua orang pramugara yang tinggi lampai itu sekadar mengangguk, namun riak wajah mereka menunjukkan mereka sedang ketakutan dengan insiden yang menimpa mereka.

“Tadi... Tasha ada sediakan kopi bukan? Aku perlukan air panas!” arah Irwan lagi. Mereka tidak mempunyai masa yang cukup sebelum dua orang pengganas tadi memunculkan diri.

“Bagus! Sekarang kamu berdua ikut aku!” arah Irwan lagi.

Mereka bertiga bergerak ke arah kopkit. Jag yang mengandungi air panas itu dipegang erat oleh Irwan.

“Aku beri arahan, kau buka pintu ni?” bisik Irwan. Pramugara itu mengangguk lagi.

Irwan mengenyit matanya. Serentak itu, pintu ke arah kopkit terbuka dan Irwan mencurahkan air panas itu kepada salah seorang daripada pengganas yang berkawal di pintu masuk. Tembakan dilepaskan tetapi tersasar. Kesempatan itu diambil oleh Irwan dengan menendang pengganas yang cuba menembaknya. Pengganas itu terbaring dan pistolnya yang tercampak di atas lantai dicapai oleh Ashraf lalu diacukannya ke arah pengganas yang menjadikan Tasha sebagai tebusan.

“Jangan bergerak atau perempuan ini akan mati!” teriak pengganas itu sambil menujah-nujah kepala Tasha dengan mata pistolnya. Tasha pula sudah teresak-esak menangis.

Irwan bukannya anggota polis yang bodoh. Pengganas yang cuba bangkit itu tiba-tiba dicapai oleh Irwan. Dalam sekelip mata sahaja, Irwan sudah berdiri di belakangnya sambil mengacukan senjata di dahi lelaki itu.

“Sekarang, lepaskan Tasha atau kawan kau ni akan mati!” teriak Irwan.

Pengganas yang memiliki Tasha itu tergamam.

“Kau rela mati bukan? Berkorban untuk sebuah jihad!” kata pengganas yang memegang Tasha.

“Kau nak biarkan aku mati ke?” pengganas yang sedang dijaga oleh Irwan itu tidak puas hati.

“Jihad Rahman! Ingatlah yang kita buat ini kerana untuk agama Islam...”

Irwan tiba-tiba ketawa besar membuatkan kedua-dua pengganas itu mengerutkan dahinya dengan sikap Irwan.

“Kamu bilang apa yang kamu lakukan ini untuk agama Islam?” ujar Irwan sambil tersenyum sinis. “Sekarang bilang pada aku mana-mana hadis atau ayat Al-Quran yang menghalalkan perbuatan kamu menjadikan gadis yang tak berdosa macam dia sebagai cagaran?”

Pengganas tadi terdiam. Dahinya berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Kamu mahu menghancurkan musuh Islam. Aku puji tindakan kamu. Tapi, kamu menjadikan mereka-mereka yang seagama dengan kamu sebagai cagaran! Apa kamu fikir ALLAH akan menghalalkan tindakan kamu itu?”

“Tapi.. kau tak nampak ke apa yang Amerika dan Israel buat pada orang Islam?”

“Aku nampak. Mereka membunuh orang Islam kita seperti nyawa kita tiada harganya. Tapi, kalau kamu bunuh orang Islam seperti mereka, apa bezanya kamu dan mereka?”

Tiada lagi balasan daripada pengganas yang memegang Tasha. Tangannya longlai jatuh... kesempatan itu diraih oleh Tasha untuk berlari ke arah Irwan. Namun, belum sempat Tasha untuk tiba di situ, pengganas tadi mengangkat kembali pistolnya ke udara.

“Tasha!” teriak Irwan sambil menolak Tasha ke tepi. Sedas tembakan dilepaskan dan pelurunya membaham dada Irwan. Darah merah membuak-buak keluar dari dada Irwan manakala si penembak itu tergamam dengan apa yang dilakukannya.

“Kau tak pernah membunuh bukan?” tutur Irwan yang sudah terlutut sambil memegang dadanya. Si pengganas itu menggelengkan kepalanya.

“Aku maafkan kau sebab kau tak tahu apa yang kau lakukan ini salah,” gumam Irwan lagi.

“Jangan sebut benda tu!” teriak Tasha ketika menghampiri Irwan. Irwan diriba oleh Tasha. Air mata sudah mengalir deras dari kelopak mata Tasha, sekaligus merosakkan solekan pada wajahnya yang sudah sedia jelita itu. “Awak tak akan mati... itu janji awak selagi awak tak memperisterikan saya!”

Irwan hanya tersenyum.

“Nurul Natasha, saya cintakan awak!”

***

Azmir... tahukah kau yang wajah kau dan Irwan saling tak tumpah dan sangat seiras? Dan kamu berdua ialah hero di dalam hidup aku.

Azmir dan Ashraf kelihatan melangkah pergi, ke arah punca bunyi tembakan tersebut dilepaskan. Sebuah apartment di tepi jalan raya yang kosong.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.