Home Novel Thriller/Aksi Epidemik T
Bab 1: Malapetaka

Pulau Eurasia, lokasinya terletak di tengah-tengah Laut Cina Selatan merupakan wilayah Malaysia. Sebuah bandar kedua terbesar selepas Kuala Lumpur, Eurasia sememangnya memainkan banyak peranan dalam membangunkan ekonomi Malaysia sehingga menjadi harimau asia dalam bidang ekonomi setanding dengan Singapura, Korea Selatan, India, China dan Jepun.

Namun, siapa tahu kota metropolitian ini bakal bertukar menjadi neraka dunia bagi penduduknya, mengheret sebuah konflik yang telah lama dilupai dunia belasan tahun yang lalu, ketika di Racoon City, Amerika Syarikat.

Perjudian yang dilakukan oleh pemimpin Malaysia telah memakan diri dan memberi impak besar kepada Malaysia. Siapa tahu, tragedi yang berlaku itu juga memberikan sejuta pengajaran kepada penduduk kota metropolitian Pulau Eurasia. ALLAH Maha Besar.

Syamir, Harish dan Ashraf, jelas mempelajari sesuatu yang sangat berharga untuk dikutip. Cinta, persahabatan dan kepercayaan teruji dalam kancah permainan tuhan untuk menguji keimanan hambanya.

Taman Mahkota, Pulau Eurasia

1.00 pagi, 1 April 2013

Syamir seperti terkena renjatan eletrik apabila jeritan kakaknya itu menyerang lenanya. Mimpi indah yang baru sahaja dikecapinya hilang bagai dibawa angin. Syamir lengkap berbaju-T dan berseluar jeans yang dipakainya sebelum tidur. Tanpa mempedulikan rambutnya yang serabai dan air liur basi yang membasihi pipi, Syamir terus membuka larian ke arah ruang tamu, punca suara kakaknya menjerit minta tolong.

“Kak Leen!” seru Syamir. Leen sedang terlutut di lantai sambil tangan kanannya berlumuran darah. Syamir hilang keseimbangan melihat situasi yang sedang terpapar dihadapan matanya.

Anak ahli perniagaan terkenal itu tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia tahu bahawa darah itu milik seseorang yang dikenalinya, cuma jasad mereka sahaja yang tidak kelihatan. Leen mendongak melihat wajah adiknya itu, turut berkongsi rasa sedih dan terkejut.

“Apa yang dah jadi ni, kakak ?” soal Syamir sambil menghampiri kakaknya. Bahu Leen disentuh oleh Syamir, lembut. Jelas yang tangan Syamir menggigil. Air mata Leen terus sahaja tumpah sebaik sahaja ditanya mengenai apa yang sebenarnya berlaku di ruang tamu rumah banglo dua tingkat mewah itu.

“Pak cik Kamil. Kakak lihat sendiri dia dibaham oleh makhluk tu lalu diheret keluar.” Pegawai keselamatan mereka baru sahaja ditimpa bala.

Syamir menyedari ada ‘sesuatu’ yang sedang menyerang rumahnya. Dia menolak lembut kakaknya ke tepi lalu berlari ke tingkat atas biliknya. Telefon bimbit dan kayu hoki dicapai oleh Syamir lalu turun ke ruang tamu.

Namun kali ini, benda yang membaham Pakcik Kamil sedang menghampiri Leen yang sedang menggigil ketakutan di atas tompokan darah di ruang tamu.

“Kakak! Lari! Biar Syamir uruskan benda ni!” teriak Syamir lalu melompat dari tingkat dua, tanpa menggunakan tangga dan terus sahaja menghadiahkan sebuah pukulan yang kemudiannya tepat mengenai kepala manusia aneh atau benda itu. Makhluk itu tersembam jatuh.

“Zombi?” Perkataan itu terpacul dari mulut Syamir apabila melihat gaya berjalan dan jatuh benda itu. Syamir lantas menarik kakaknya menjauhi zombi, barangkali namanya. Zombi tadi belum mengalah, cuba untuk bangkit dan... belum sempat untuk zombi tadi berdiri, sebuah pukulan kayu hoki lagi hinggap di tempurung kepalanya. Pukulan yang dilepaskan oleh Syamir kali ini sepenuh tenaga. Darah merah merembes dari kepala zombi itu lalu membasahi tangan Syamir.

Syamir kelihatan tercungap-cungap sambil mencuci tangannya yang berdarah pada langsir yang berdekatan dengannya. Matanya menangkap satu susuk tubuh yang berketinggian sederhana, berambut lurus dan berkulit kuning langsat yang sedang bertarung dengan belasan orang zombi di luar rumahnya menggunakan selaras Shotgun jenis Browning Auto-5 dengan peluru 20 gauge

“Akak! Ada orang kat luar!” seru Syamir sambil memanggil Leen. Leen menghampiri Syamir lalu menyelak langsir itu bagi memudahkan pandangan.

“Jiwon!” Leen tiba-tiba menjadi teruja. Syamir merenung kakaknya itu, terkejut apabila nama yang sangat asing dalam masyarakat melayu yang hinggap di telinganya.

“Jiwon? Kakak kenal dia ke?” soal Syamir pula.

Leen ternganga merenung wajah polos Syamir itu.

“Diakan pelakon korea yang terkenal tu? Akak suka tengok drama dia. Tak sangka pula... macam King 2 Heart dengan Secret Garden.”

“Nanti-nanti... maksud kakak dia adalah aktress terkenal yang dari luar negara, memang terkenal dan... tapi macam mana pula dia boleh ada kat Malaysia? Adik tak fahamlah!”

“Diakan dalam promosi filem Hollywood pertama lakonannya, Resident Evil: Racoon City tu kan? Tak akanlah itu pun adik tak tahu?” balas Leen pula. Peristiwa pegawai keselamatan mereka diseret dalam kegelapan malam entah kenapa lenyap terus dari minda mereka buat seketika apabila heroin asia yang sangat terkenal sedang bertarung seperti dalam filem dihadapan mereka.

You two! Come and help me fight!” teriak Jiwon tiba-tiba membuatkan Syamir dan Leen terdiam. Jiwon sedang bertungkus lumus melawan zombi.

“Syamir nak pergi tolong dia kat luar! Kakak duduk dalam rumah ni, jangan ke mana-mana!” arah Syamir. Leen sekadar mengangguk. Dengan pantas, Syamir terus membuka larian dan tidak sampai beberapa ketika, dia sudah berdiri di sebelah Jiwon. Leen tersenyum, memang tabiat biasa Syamir sekiranya budak lelaki itu tersempak dengan gadis cantik.

How can this happens to the city in just of one night?” soal Syamir sambil mengangkat kayu hokinya di paras kepalanya. Jiwon menoleh ke arah Syamir.

“Saya tak tahu! Saya bangun tidur aje, orang di hotel saya...” Jiwon menundingkan jarinya ke arah sebuah banggunan hotel yang tidak jauh dari rumah banglo dua tingkat Syamir. “Semuanya dah hilang macam diculik. Saya jumpa senjata ni di koridor di hadapan bilik saya! Apa-apa pun sekarang bukan masanya untuk bercakap!” jelas Jiwon sambil melepaskan beberapa das tembakan lagi mengenai zombi yang sedang menghampiri mereka.

Syamir tidak melepaskan peluang itu untuk menjadi hero yang membantu heroin asia yang terkenal seperti Jiwon. Tiada satu kepala pun yang lepas daripada menjadi sasaran hayunan kayu hokinya itu.

“Awak boleh bertutur dalam bahasa Melayu?” soal Syamir tidak percaya sambil menghadiahkan sebuah tendangan mengenai salah satu daripada zombi yang mahu menyerang curi Jiwon dari belakang. Jiwon memalingkan tubuhnya lalu melepaskan tembakan yang membaham kepala zombi tadi.

“Saya belajar. Saya boleh bertutur dalam tujuh bahasa!” balas Jiwon tiba-tiba sambil menarik dan terus memeluk Syamir lalu melepaskan sedas tembakan lagi yang tepat mengenai kepala zombi yang cuba menyerang Syamir. Syamir jadi tergamam...

“Zombi yang terakhir... mujurlah!”

“Terima kasih...” ucap Syamir apabila menyedari bahawa perbuatan Jiwon tadi adalah untuk menyelamatkannya daripada dibaham oleh zombi. Tapi, mereka berdua berada di dalam posisi menjengkelkan itu dalam beberapa minit, apabila masing-masing terkedu dengan apa yang berlaku.

Ha Jiwon ialah seorang wanita yang berambut hitam lurus pada paras bawah bahu, bermata separa sepet persis gadis korea yang lain. Lesung pipitnya yang unik menambahkan lagi tahap kecomelan Jiwon, jelas telah mencuri banyak hati lelaki dari seluruh dunia.

“Syamir!” teriak Leen menghampiri mereka. Syamir terus tersentak dari lamunannya. Jiwon lantas dilepaskan daripada rangkulannya. Dengan sepantas kilat, Syamir memalingkan tubuhnya menghadap arah yang bertentangan dengan Jiwon, berlagak seperti tidak ada apa yang berlaku antaranya dan Jiwon.

“Jiwon ! Are you really Ha Jiwon? The famous actress that play in Secret Garden and King Two Heart?”Leen terus sahaja menghamburkan soalan kepada Jiwon sebaik sahaja Syamir dan Jiwon menamatkan aksi pertarungan mereka.

Jiwon mengangguk sebagai balasan kepada jawapan Leen tadi. Tanpa segan dan silu, Jiwon lantas didakap oleh Leen dengan sangat kejap. Syamir sekadar tersengih apabila Jiwon merenung kembali Syamir untuk mendapatkan kepastian.

Syamir sedar bahawa kakaknya itu sememangnya peminat drama korea. Tidak hairanlah Jiwon aktress dari Korea itu menjadi mangsa rangkulan Leen itu.

Did you know that I’m your greatest fan?” ujar Leen sambil memeluk tubuh Jiwon tidak mahu melepaskannya.

“Tahu. Kalau ya pun, boleh tak awak lepaskan saya?” rayu Jiwon. Leen mula sedar bahawa perbuatannya memeluk Jiwon tadi agak berlebih-lebihan. Syamir tiba-tiba menarik kakaknya menjauhi Jiwon.

“Awak boleh cakap dalam bahasa Melayu?” soal Leen tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Jiwon mengangguk, menjawab soalan yang dilontarkan oleh Leen itu.

“Maafkan kakak saya tadi, Jiwon. Dia memang peminat nombor satu awak. Mungkin dia hilang kawalan tadi lepas jumpa artis yang diminatinya,” jelas Syamir sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Tak apa. Saya dah biasa,” jawab Jiwon pendek sambil menepuk-nepuk jaket kulit yang disarung di badannya. Syamir tersenyum keanak-anakkan. Jiwon kemudiannya mencampakkan sepucuk pistol kepada Syamir, membuatkan Syamir tergamam.

“Untuk apa?” soal Syamir.

“Senjata tambahan untuk keluar dari bandar ini hidup-hidup. Sekarang, bawa saya ke rumah awak. Kita perlukan rehat untuk sebuah perjalanan yang panjang pada hari ini. Bandar ini dah tak ubah macam neraka!” jelas Jiwon yang sedang melangkah penuh bergaya ke arah rumah banglo, tempat tinggal Syamir dan Leen.

Syamir dan Leen berpandangan antara satu sama lain sebelum berlari anak-anak, mengekori Jiwon dari belakang. Pistol yang diberikan oleh Jiwon disimpan oleh Syamir ke dalam kocek seluarnya. Syamir lebih biasa bertempur dengan hanya menggunakan kayu hoki daripada senjata api. Pistol itu ialah daripada jenis Desert Eagle buatan Amerika. Pistol itu menggunakan peluru .44 Magnum dan impak tembakannya sangat hebat.

“Nampak macam ada sesuatu yang buruk baru berlaku tadi,” kata Jiwon lagi sambil membuka pintu rumah Syamir dan Leen. Pasangan adik beradik itu sekadar berbalas renungan apabila ditarik balik ke dalam realiti oleh Jiwon.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.