Home Novel Thriller/Aksi Epidemik T
Bab 17 Yusoff Ong

Markas Yusoff

12.30 Tengah Hari, 1 April 2013

Yusoff tercungap-cungap kepenatan. Dia berjaya melepaskan diri daripada sebuah fasiliti yang menempatkan makmal yang luar biasa canggihnya. Fasiliti itu dijadikan tempat persembunyian oleh anak buah Luis Darren. Dia baru sahaja di bawa oleh Enrique ke situ, tetapi berkat bantuan Farah, dia berjaya melepaskan diri. Kini, dia sedang berlindung di dalam sebuah rumah kosong yang terletak di pinggir itu.

Rumah itu telah dipilih olehnya dan Farah Ahmad untuk dijadikan tempat mereka bertemu. Ya, mereka juga merupakan perisik yang dihantar oleh Datuk Hidayat, menteri pertahanan Malaysia itu untuk membantu Harish menyelamatkan Shila yang diculik oleh Asstrold Pharmacy. Tetapi, itu hanya tugas sampingan yang diberikan kepada mereka. Sebenarnya mereka ada tugas yang lebih berat.

Yusoff menghempaskan punggungnya di atas sebuah kerusi kayu di dalam rumah kayu itu. Dia mengeluarkan sebuah tiub yang di dalamnya terdapat cecair yang berwarna unggu. Yusoff tersenyum melihat tiub itu.

“Aku akan cari vaksin kepada virus T,” tutur Yusoff Ong yang juga merupakan seorang saintis.

“Yusoff, dah dapat dah benda tu?” tanya Farah yang tiba-tiba muncul dari belakang. Yusoff yang merupakan seorang yang cuai itu terlepas tiub kaca yang mengandungi spesimen virus T yang dicurinya.

Shit!” Farah membersut marah. “Kau cuai sangat!”

“Tapi... aku dapat curi beberapa buah fail tentang virus T!” Yusoff cuba menenangkan keadaan.

“Mana benda tu?” kata Farah. Nada suaranya masih lagi tinggi.

Yusoff menundingkan jarinya ke arah beberapa keping kertas berwarna kuning yang tergeletak di atas katil tidak jauh daripadanya. Farah menghampiri katil itu lalu mencapai fail yang didakwa oleh Yusoff mempunyai maklumat mengenai Virus T.

They were much more dangerous at night, a conclusion I arrived at early on in his research. Quickly, I discovered that the Virus T were extremely sensitive to light—enough of it could actually kill them. I spent many hours in the dark, since it was the only way that I could study the live organisms. Because the virus thrived at night, they were more likely to expose themselves, usually in the fashion of bursting out of their hosts. They were capable of this sudden burst after the virus reached full maturity inside the host, which also meant that they had full control over the central nervous system of said host. They induced seizure-like symptoms, cutting off or severely restricting the air supply to the lungs. The brain, deprived of oxygen, shuts down, taking the body with it.

-Dr Hassan Muthalib-

“Aku ada hal. Aku pergi dulu. Pastikan kau dapatkan balik sampel Virus T dekat makmal lama tu,” kata Farah sambil melipat fail yang ditemui oleh Yusoff itu ke dalam poket seluarnya.

“Kenapa aku? Aku kena masuk balik ke dalam tempat tu?” tanya Yusoff tidak percaya.

“Amanah kau. Kau pun tahu aku ada tugas lain, bukan?”

Yusoff mengeluh berat, Dia memerhatikan sahaja Farah melangkah meninggalkannya.

“Oh ya, aku ambil kertas ini ya?” kata Farah lagi sebelum menghilang daripada pandangan Yusoff. Kelihatan rambut gadis itu beralun ditiup angin. Cantik, tetapi kecantikan itu terasa kurang oleh kerana sikap Farah yang garang dan seringkali mengusung pistol ke mana sahaja dia pergi. Siapalah yang mahu memperisterikan perempuan seperti itu... Yusoff tergelak kecil.

Tasik Gergasi

3.45 Petang, 1 April 2013

Harish membuka matanya. Tangannya sedang erat diggengam oleh Aulia. Melihat sahaja Aulia yang tertidur, senyuman terukir spontan pada wajah Harish. Gadis itu setia menunggunya sehingga waktu... Harish melihat jam tangannya. Sudah pukul 3.45 rupanya. Ertinya dia sudah lama pengsan, mungkin tidur...

“Aulia...” bisik Harish di telinga Aulia. Comel pula wajah Aulia pada saat itu.

Kelihatan Aulia terpisat-pisat membuka mata. Dia juga tersenyum melihat Harish kembali sedar. Jari hantu Haris tiba-tiba menyentuh sudut di bawah matanya.

“Ke...napa?” tanya Aulia, mula tergagap-gagap.

“Tahi mata,” kata Harish pendek membuatkan wajah Aulia terus sahaja mencuka.

“Pengotor,” ejek Aulia.

Harish tergelak kecil.

“Pengotor ini yang selamatkan awak tadi,” kata Harish.

“Mengungkit,” kata Aulia sambil menjelirkan lidahnya.

Harish tergelak lagi.

“Gelakkan kita?” tanya Aulia.

Harish menggelengkan kepalanya.

“Awak tu comel sangat,” usik Harish lagi.

Wajah Aulia semakin merah. Harish duduk. Dia memeriksa pistol Berreta M9. Hanya sekeping magazine sahaja yang tinggal.

“Kita kena pergi. Saya kena hubungi Emma,” kata Harish mencari telefon bimbitnya. Fon telinganya masih dalam keadaan yang baik.

“Terlupa nak bagitahu awak, tadi Emma telefon. Saya tolong jawabkan,” kata Aulia.

“Apa awak kata dan dia kata?”

“Saya beritahu Emma yang awak pengsan. Saya juga ceritakan pertarungan awak dengan raksasa tasik itu. Emma susah nak percaya. Dia suruh saya beritahu awak kalau awak dah sedar yang awak kena berjumpa dengan Yusoff Ong di sebuah tempat,” jelas Aulia lagi yang sedang mengingati butir-butir perbualannya dengan Emma. “Dia juga baru sahaja menanda lokasi Yusoff di dalam perisian peta di dalam telefon bimbit awak.”

Harish mengangguk. Jejaka itu bangkit daripada katil lalu mendekati tingkap. Hujan sedang lebat membasahi bumi Eurasia pada hari itu. Patutlah dia merasa sejuk tadi. Harish melihat kapak yang diambil daripada mayat seorang perempuan. Senjata itu sedang tergeletak di sebelah Aulia yang masih duduk di sebelah katil yang menempatkannya.

“Kita bertolak sekarang,” kata Harish.

Namun langkah kaki Harish mati apabila bunyi sesuatu yang aneh datang daripada perut Aulia. Pandangan curiga Harish hanya dibalas sengihan oleh Aulia sambil memegang perut.

“Awak, saya lapar,” tutur Aulia.

***

Harish memerhatikan sahaja Aulia yang sedang lahap menghabiskan beberapa biji buah-buahan yang dijumpai oleh Harish ketika dalam perjalanan ke lokasi yang ditanda oleh Emma di dalam petanya.

“Awak dah lama tak makan ke?” tanya Harish.

Aulia menunjukkan isyarat dengan dua jarinya.

“Dua hari?”

Aulia mengangguk. Mulutnya kelihatan comot. Comel...

“Nah, ambil sapu tangan ni. Lap mulut tu,” kata Harish yang sedang duduk di atas sebatang kayu balak mati. Dia memerhatikan sahaja tingkah Aulia itu. Kebuluran rupanya dia ni... Harish tersengih lagi.

Perkampungan Kecil

4.00 Petang. 1 April 2013

Harish dan Aulia baru sahaja tiba di sebuah kawasan perkampungan kecil. Perkampungan kecil itu dalam erti kata lain merupakan sebuah ladang kecil yang kelihatan uzur. Terdapat beberapa ekor lembu yang sedang meragut rumput. Sekali-sekala kedengaran bunyi lembu itu.

“Tempat ni nampak menyeramkan...” komen Aulia ketika melintasi sebuah rumah kayu yang terdapat percikan darah di dinding.

Betul kata Aulia. Tempat ini nampak menyeramkan. Udara dipenuhi oleh bau tahi lembu dan mayat mereput. Pada pengelihatan mata, perkampungan itu mungkin sekadar sebuah penempatan orang miskin yang jauh daripada kemajuan kota, di tengah-tengah hutan tebal. Tetapi, semuanya sangat berlawanan sekali.

Penduduknya dahagakan daging manusia. Tasiknya dihuni oleh raksasa yang tidak pernah dilihat oleh manusia manakala ketua kampunganya merupakan lelaki yang bagi Harish setaraf Superman. Kebal daripada kesakitan. Buktinya peluru pistol Harish tidak dapat membunuh Enrique. Entah apa lagi rahsia perkampungan misteri itu yang bakal menemui Harish nanti.

Harish dan Aulia meneruskan langkah kakinya. Laluan kaki tempat mereka berpijak menghubungkan mereka ke sebuah laluan yang agak curam. Di bawahnya kelihatan sebuah terowong yang di mana mengalir anak sungai. Di sebelah laluan itu terdapat sebuah bukit yang agak tinggi. Patutlah laluan itu curam...

Aulia tidak habis-habis merungut sejak tadi. Langkah kaki Harish agak laju untuk dikejarnya. Staminanya semakin kering. Dia sudah beberapa kali menyuruh Harish berhenti tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya, sebaliknya meneruskan perjalanan. Kata Harish, kalau dia mahu melihat Shila selamat, dia harus mengagahkan dirinya. Paling pedih, Harish menuduhnya sebagai lembik. Aulia mengambil satu batu kecil lalu melontarkan mengenai belakang tubuh Harish.

“Aulia, apa ni?” marah Harish sambil memegang belakang tubuhnya.

“Sombong,” kata Aulia sambil mencebikkan wajahnya.

“Perempuan memang...” gumam Harish geram.

Tiba-tiba, tanpa dijangka, Harish menyambar tubuh Aulia. Gadis itu didukung Harish seperti guni.

“Eh, apa ni!” teriak Aulia cuba melepaskan diri.

Shut up!” balas Harish.

Aulia merasakan bumi tempat mereka berpijak bergegar aneh. Dari atas sana, Aulia dapat melihat sebuah batu yang sangat besar sedang bergolek ke arah mereka. Wajahnya berubah pucat. Ketakutan mula menjalar ke seluruh tubuhnya.

“Lari cepat!” teriak Aulia.

Harish kelihatan sedang memecut laju. Kekuatan yang dimiliki oleh Harish sangat mengagumkan. Lariannya masih deras walaupun sedang mendukung seorang gadis yang beratnya mungkin separuh daripada berat Harish sendiri.

Bunyi batu tongkol itu menghancurkan kawasan perkampungan kecil di belakang mereka menyapa cuping telinga Harish. Harish cuba menambahkan lagi kelajuan kakinya dan... rasa sakit daripada luka terjatuh daripada helikopternya tempoh hari tiba-tiba menyerang. Rasa yang paling bisa sedang menjalar di kakinya.

Tidak... tidak... jangan kali ini!

Mata Harish sedang ditala ke arah terowong yang mungkin akan menyelamatkan hidupnya. Saiznya memungkinkan dua orang untuk masuk serentak. Batu tongkol itu tidak mungkin akan muat masuk ke dalamnya.

Harish kuatkan diri kau...

Suara tangisan Aulia menyentuh cuping telinga Harish. Air mata Aulia menyentuh pipinya. Entah kenapa tangisan gadis itu seolah-olah memberikan tenaga baru untuk Harish. Seolah-olah gadis itulah yang menjadi inspirasi kepada Harish untuk meneruskan perjuangan. Ya... perjuangan!

Harish melompat masuk ke dalam terowong sambil mendukung Aulia di bahunya. Batu tongkol itu merempuh pintu masuk terowong yang di bina. Runtuhan batu menutup jalan masuk ke dalam terowong dan Harish terbaring lemah di atas anak sungai yang mengalir di bawahnya. Alhamdulilah...

“Terima kasih awak. Dah banyak kali awak selamatkan saya,” kata Aulia yang tertunduk malu.

Harish tidak peduli. Dia kembali bangkit sambil membersihkan seluarnya yang basah itu. Kesan selut terdapat di beberapa bahagian seluar hitamnya itu. Tanpa mempedulikan Aulia yang sedang duduk berpeluk tubuh di atas lantai. Harish mempercepatkan langkah kakinya ke arah sebuah rumah kayu yang sedang samar-samar di hujung terowong.

“Awak nak ke mana?” teriak Aulia sambil mengejar langkah kaki Harish yang semakin laju meninggalkannya.

“Kita dah sampai ke tempat yang ditandakan oleh Emma dalam telefon bimbit kita. Kemungkinan Yusoff Ong ada di dalam sana,” gumam Harish sambil memberikan isyarat supaya Aulia memperlahankan suaranya.

“Nampak tak tu?” tanya Harish sambil menundingkan jarinya ke arah rumah kayu itu. “Ada zombi yang mengawal rumah kayu itu.”

“Zombi?” tutur Aulia tidak percaya.

“Tapi.. bukan ke mereka tu bodoh? Sekadar mayat hidup?” tanya Aulia.

“Saya tak rasa macam tu. Pernah dengar tak tragedi Racoon City? Ketika itu Virus T yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Umbrella Corporation. Namun, Umbrella Corporation rugi besar selepas tragedi zombi appocalypseberlaku. Syarikat itu terpaksa ditutup kerana muflis. Tapi, entah bagaimana Virus T itu boleh terjatuh di tangan Asstrold Pharmacy, sebuah syarikat farmasi terbesar di Sepanyol. Luis Darren ialah presidennya. Harish rasa mereka dah bangunkan virus T ini kepada satu tahap yang baru. Tahap di mana mereka mampu mengawal zombi dengan memberikan zombi ini kebijaksanaan!”

Aulia terganga tidak percaya. Dalam masa yang singkat ini, Harish mampu mengagak apa yang sedang terjadi si sekeliling mereka. Padanlah lelaki itu dilabelkan sebagai salah seorang daripada ejen perisik yang terhebat pernah dimiliki oleh Malaysia.

“Macam yang aku dah agak...” tutur Harish sambil tersenyum sinis.

Rumah kayu yang menempatkan Yusoff Ong sedang dikawal oleh tiga zombi yang masing bersenjata. Seorang daripada mereka bersenjata bom dinamit manakala dua lagi bersenjatakan gergaji automatik.

“Mereka... tahu guna senjata,” tutur Aulia.

“Awak tunggu sini. Sana bahaya,” arah Harish.

Aulia mengangguk sambil melihat Harish melangkah ke arah zombi yang sedang berjaga di keliling rumah kayu itu. Kehadiran Harish jelas tidak disedari oleh mereka. Harish sempat berlindung di balik semak. Dia mengintai untuk memerhatikan zombi yang berjaga itu.

“Gaya berjalan memang serupa zombi.”

“Mereka ada bom dinamit,” bisik Harish lagi. Dia mengacukan pistolnya dari jauh, menyasarkan ke arah bom yang berada di dalam tangan zombi itu. Selepas dia berasa yakin dengan sasarannya, Harish melepaskan tembakan tepat mengenai dinamit itu.

***

Yusoff yang pengsan tersedar terus sebaik sahaja bunyi letupan menyapa cuping telinganya. Sedar-sedar sahaja dia berada di dalam sebuah almari, dalam keadaan berikat. Yusoff meronta cuba melepaskan dirinya.

“Tolong aku!” Itulah perkataan yang cuba diungkapkan oleh Yusoff namun tidak berjaya keluar dari kerongkongnya. Hanya bunyi menggumam yang kuat sahaja berdendang dari mulutnya. Mulutnya sudah diikat menggunakan sehelai kain.

Bam! Yusoff terjatuh tersembam menyembah lantai sebaik sahaja pintu almari itu dibuka oleh Harish. Harish sedang berdiri sambil mengacukan senjata ke arah Yusoff.

“Aulia, bukakan ikatan mulut!” arah Harish.

***

Harish dan Aulia sedang duduk di atas kerusi kayu manakala Yusoff sedang berbaring di atas katil empuk yang putih itu.

“Mana Shila?” tanya Harish membuka perbualan.

“Orang Luis Darren dah bawa dia masuk ke Makmal Asstrold Pharmacy tu,” gumam Yusoff malas.

“Makmal?” tanya Harish ingin tahu. “Ada makmal ke kat sini?”

Yusoff mengangguk. Kemudian dia bangkit lalu menghampiri sebuah meja kayu yang terdapat di dalam rumah kayu itu. Kelihatan Harish mengambil sesuatu dari laci meja itu.

“Nah ini gambarnya,” kata Yusoff sambil menyerahkan beberapa keping foto kepada Harish.

“Besarnya...” tutur Harish tidak percaya.

“Jadi, Shila ada di dalamnya?” soal Harish lagi.

“Aku akan bawa kau ke sana. Tapi, aku tak akan ikut kau selamatkan dia. Aku ada hal lain yang nak dilakukan di dalam sana.”

“Err... maaf menyampuk. Shila baik-baik aje bukan?” tanya Aulia tiba-tiba.

Yusoff dan Harish saling berpandangan.

“Benda itu kau jangan risau. Shila amat penting untuk Asstrold Pharmacy,” kata Yusoff sambil tersenyum.

“Maksud kau?” tanya Harish.

“Shila dipercayai merupakan salah satu daripada manusia yang kebal daripada virus T. Dalam tubuh badan dia, terdapat sejenis antibodi yang kuat, mampu melawan Virus T. Hanya beberapa jenis orang sahaja di dunia ini yang mempunyai antibodi yang mampu melawan Virus T,” terang Yusoff.

“Jadi, mereka menculik Shila kerana Shila kebal dari Virus-T?” tanya Harish.

“Ya, mereka mahu menjadikan Shila sebagai induk yang akan membiakkan virus T. Shila akan menjadi bahan eksperimen mereka. Virus T akan disuntik dalam kuantiti yang banyak di dalam tubuh Shila,” jawab Yusoff. 

Aulia menutup mulutnya, cuba menahan jeritan yang spontan mahu keluar dari anak tekaknya selepas mendengarkan penjelasan Yusoff.

“Kalau macam tu, kita sama-sama selamatkan Shila!” kata Harish lagi.

Kali ini, Yusoff yang sedang berbaring di atas katil itu kembali duduk. Permintaan Ashraf ini agak berat untuk ditunaikan. Dia pernah masuk sekali ke dalam sana ketika mencuri spesimen Virus T dan kali ini, dia harus masuk buat kali kedua ke dalam neraka dunia itu? Aku tidak mahu!

“Kalau kau suruh aku potong kaki aku sekarang ni pun aku lebih rela daripada masuk buat kali kedua ke dalam sana!” kata Yusoff sambil menggelengkan kepalanya.

“Tapi... ini soal nyawa seorang gadis yang tak berdosa!” bantah Harish.

“Aku juga seorang lelaki yang tak berdosa!” bidas Yusoff pula.

“Tapi... ini ialah sebuah misi!” kata Harish pula.

“Itu misi kau Harish. Misi aku ialah mencuri spesimen Virus T untuk membantu penciptaan vaksinnya,” jelas Yusoff lagi.

Harish mengeluh kecewa.

“Sekurang-kurangnya kau berikan aku senjata. Untuk misi menyelamat itu?” pinta Harish.

“Ikut aku!” arah Yusoff sambil bangkit dari katil itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.