Hutan Simpan Eurasia
8.00 pagi, 21 Disember
Panggilan
daripada ibu pejabat risikan telah mematikan langkah Harish dan Aulia. Pasti Emma
yang ditugaskan untuk menjadi pembimbing misi Harish dari jauh yang
menelefonnya. Harish dan Aulia yang baru sahaja tiba di sebuah ladang yang
menempatkan beberapa buah kandang lembu dan kambing. Kelihatan beberapa ekor
ayam yang sedang mencari makan.
“Assalamualaikum,
Emma di sini.” Kedengaran suara Emma yang sedang baru sahaja menyambungkan
komunikasi dari HQ dengan alat hubungan yang dibekalkan kepada Harish.
“Ya, ada
apa?” tanya Harish. Dia sempat memberikan isyarat supaya Aulia mematikan
langkah kakinya.
“Kami
nak kamu berjumpa dengan seorang penduduk kampung misteri itu. Sumber maklumat
kami memaklumkan bahawa dia akan membawa kamu kepada tempat Shila diculik,”
jelas Emma. Nada suaranya kedengaran agak hati-hati.
“Roger. Nyatakan lokasi penduduk kampung tu?”
tanya Harish lagi.
“Cuba
kamu semak telefon bimbit kamu. Saya sudah muat turun aplikasi peta yang
bertindak sebagai pemberitahuan lokasi kamu di dalam hutan ini. Juga, saya ada
tandakan lokasi yang sepatutnya kamu pergi. Sebuah rumah tumpangan di tepi
tasik gergasi,” tambah Emma lagi.
Harish
mengangguk walaupun reaksi yang ditunjukannya itu tidak dapat dilihat oleh Emma.
Kemudian, Harish lantas mematikan alat komunikasinya yang merupakan radio
berteknologi tinggi.
“Kita
nak ke mana?” tanya Aulia yang sedang bersandar di sebuah rumah kayu yang
bersebelahan dengan kandang lembu tempat mereka melepaskan lelah itu.
“Ke
sebuah tasik. Sumber daripada HQ mengatakan bahawa ada seseorang di sana yang
boleh membantu saya menyelamatkan Shila,” jelas Harish yang sedang
membelek-belek pistolnya.
Aulia
sekadar mengangguk.
“Shit...,” bersut Harish bengang. “Peluru
tinggal sikit.”
Putrajaya
9.00
pagi, 1 April 2013
Perdana
Menteri Shahrin sedang mengusutkan kepalanya. Datuk Hidayat sedang berdiri menemani
lelaki tua itu. Pemimpin Malaysia itu semakin tidak terurus sejak peristiwa
kehilangan Shila.
Piring cekera
yang berformat DVD yang mengandungi rakaman Shila itu sedang berada di tangan
Perdana Menteri. Dengan berat hati, Perdana Menteri Shahrin memasangkannya.
Skrin
televisyen yang tergantung di sudut pejabatnya tiba-tiba menyala. Skrin itu
memaparkan Shila yang sedang diikat di atas sebuah kerusi di dalam sebuah rumah
kayu. Seorang lelaki yang berketinggian dalam 2 meter sedang berdiri sambil
berpeluk tubuh. Lelaki itu botak dan mempunyai janggut yang lebat sehingga ke
paras dadanya.
“Sekarang,
aku berikan peluang untuk kau luahkan isi hati kau kepada ayahanda tersayang,”
suara garau lelaki botak yang tidak berbaju itu, hanya berseluar jeans.
“Aku
tahulah Enrique!” bersut Shila marah. Wajah Shila yang seharusnya jelita
kelihatan comot. Manakala kesan darah masih berbekas di bibir merah gadis itu.
Air matanya mengalir tiba-tiba.
“Ayah...
selamatkan Shila. Shila tak sanggup... tak sanggup. Diaorang buat Shila macam
binatang!” teriak Shila sambil menggelengkan kepala. Kemudian, lelaki botak
tadi menghadiahkan sebuah tamparan yang tepat mengenai pipi Shila.
Kekuatan
yang dipamerkan membuatkan Shila jatuh terperosok dengan kerusi yang masih
terikat di badannya. Kemudian, lelaki botak itu mendekatkan wajahnya di skrin
kamera yang merakamkan adegan itu.
“Kau
nampak tak apa yang kami boleh buat dengan anak kau? Kalau kau tak nak apa-apa
terjadi pada anak kau, arahkan Mejar Harish berambus dari sini,” kata Eric.
Kemudian, skrin terus padam. Tidak lagi memaparkan Shila dan Eric.
“Sudahlah
tu Shahrin. Masuk kali ini, dah enam kali kau mainkan benda yang sama,” nasihat
Datuk Hidayat sambil menepuk-nepuk belakang Perdana Menteri Shahrin yang sedang
menekapkan wajahnya di lengan.
“Anak
aku Hidayat....” gumam Perdana Menteri Shahrin. “Kenapa dia yang harus menjadi
mangsa?”
Datuk
Hidayat tidak mempunyai jawapan kepada soalan Perdana Menteri Shahrin.
“Aku
yakin yang Harish mampu menyelamatkan Shila. Dia tak pernah gagal,” kata Datuk
Hidayat cuba memberikan kata-kata semangat. Tanpa diketahui oleh Perdana Menteri
Shahrin, Datuk Hidayat telah mengirimkan dua orang lagi ejen perisik negara ke
Hutan Simpan Eurasia, Farah dan Yusoff untuk membantu Harish yang keseorangan
menangung beban negara itu.
Hutan
Simpan Eurasia
9.30
pagi, 1 April 2013
Aulia
hampir sahaja menjerit ketika mereka memasuki sebuah rumah kosong untuk berehat
ketika dalam perjalanan menuju ke arah tasik yang dikatakan oleh Harish. Bau
busuk yang menarik mereka ke situ rupanya membawa mereka pada penemuan mayat
seorang wanita yang melekat di dinding. Sebilah kapak terbenam di dahinya lalu
menyentuh bahagian dinding membuatkan mayatnya tergantung begitu sahaja.
“Astagfirullahalazim...”
ucap Aulia sambil mengurut dadanya. Dia tidak sanggup melihat keadaan wanita
itu lalu berlari keluar dari rumah itu.
“Kejamnya...”
tutur Harish sambil menggelengkan kepalanya.
Aulia
sudah mula muntah-muntah. Keadaan mayat itu sangat menyayatkan hati. Aulia tidak
mempunyai kekuatan seperti Harish untuk melihat keadaan mayat itu. Beberapa
saat kemudian, Harish keluar dari rumah tersebut sambil memegang sebilah kapak.
“Kalau
macam tulah keadaan mangsa penduduk kampung ini, kita kena cepat kalau kita tak
nak sesuatu terjadi pada Shila,” kata Harish sambil menghayunkan kapak yang
masih berlumuran darah itu di udara.
“Kapak
itu...” tutur Aulia sambil mengusap kerongkongnya. Dia mengamati kapak tadi,
kemudian tangan Harish. “Tangan awak berdarah...”
“Jangan
risau. Ini bukan darah aku. Ini darah mayat tadi,” kata Harish apabila
menyedari reaksi Aulia yang agak berlebih-lebihan.
“Awak
ambil kapak tu dari mayat tadi ke?” tanya Aulia.
“Saya
ambil kapak ni dari kepala mayat tu. Tapi, saya sempat baringkan dia,” balas
Harish seolah-olah benda yang dilakukannya ialah perkara biasa, dan orang lain
pun akan melakukan perkara yang dilakukannya.
“Pengotor...”
gumam Aulia.
“Untuk survive, memang ini caranya,” jawab
Harish pendek. “Saya akan basuh tangan aku dekat tasik tu nanti. Lagipun, kapak
ini akan menjadi senjata aku kalau aku kehabisan peluru.”
Suasana
kembali bisu. Harish kembali meneruskan perjalanan sambil Aulia
termengah-mengah mengejar langkah kaki Harish yang agak laju itu. Pernah Aulia
terjatuh lalu tersembam pada lopak yang dipenuhi oleh lumpur.
“Hahahaha...”
gelak Harish. “Nanti kat tasik tu, awak basuh muka tu. Kalau macam tu, zombi
pun takut.”
Aulia
membersut marah. Dia menepuk-nepuk seluar jeansnya yang kotor itu. Kemudian,
gadis itu sendiri yang mendahului Harish yang belum berhenti ketawa itu.
“Eh,
nanti dulu,” panggi Harish apabila Aulia sudah jauh berjalan merentasi kawasan
hutan itu meninggalkanya yang masih tercegat berdiri. “Awak tahu ke jalan nak
ke sana?”
Langkah
kaki Aulia serta-merta mati di situ. Dia menoleh ke belakang, menunggu Harish
yang berlari-lari anak-anak mengejarnya.
“Jangan
merajuk lagi dah. Tak cantik. Jom pergi,” tutur Harish sambil tersenyum.
Tampannya...
Tasik
Gergasi
10.00
pagi, 1 April 2013
Sebuah
rumah kelihatan dalam kepekatan kabus yang menyelubungi kawasan Hutan Simpan
Eurasia pada pagi itu. Aulia sudah mula menggigil kesejukan manakala Harish
bersiap sedia dengan pistol di tangannya.
“Awak...
saya sejuk...” tutur Aulia.
“Saya
pun,” jawab Harish acuh tak acuh. Dia mengeluarkan pistol dari poket seluarnya.
Suasana
sekeliling sangat menyeramkan. Perasaan takut makin bertambah dengan suhu yang
tiba-tiba menjunam, seolah-olah alam sedang memberi peringatan kepada Harish
dan Aulia bahawa sesuatu yang buruk sedang berlaku.
Tiba-tiba
lengan sasa Harish dicapai oleh Aulia sekaligus membuatkan hayunan kaki Harish
mati. Wajah jelita Aulia ditatap oleh Harish. Dia tidak pernah sehampir itu
dengan Aulia sejak beberapa jam yang lalu, itu pun secara tidak sengaja. Tetapi
kali ini...
“Awak...
rumah dekat dengan jeti tu macam berhantu....” tutur Aulia sambil menundingkan
jarinya ke arah rumah yang sudah tidak jauh daripadamereka. Berhampiran dengan
rumah kayu itu, terdapat sebuah jeti kecil yang di mana terdapat sebuah bot
yang ditambat kemas. Di dalam bot tersebut terdapat ratusan bilah lembing yang
mungkin digunakan oleh penduduk asli hutan itu untuk menangkap ikan. Tasik
gergasi sedang terbentang luas di hadapan rumah kayu itu.
“Mana ada
hantu... mengarut ajelah awak ni. Er... boleh tak tolong lepaskan lengan saya?”
pinta Harish.
Serentak
itu, Aulia melepaskan rangkulan erat di lengan Harish lalu menjauhi Hairsh.
Harish terus tidak mempedulikannya lalu menerukan perjalanan ke arah rumah yang
dimaksudkan oleh Emma dalam panggilan telefon.
***
Pintu
rumah kayu itu berkeriut aneh ketika Harish membukanya dengan sangat perlahan.
Aulia tidak mengikutinya memasuki rumah itu sebaliknya bersembunyi di semak
yang berdekatan.
Keadaan
ruang tamu rumah itu sangat berselerak membuatkan perasaan curiga mula timbul
dalam lubuk hati Harish. Kelihatan tiga buah bilik di dalamnya dan
masing-masing elihatan tertutup rapat.
Tiba-tiba
sahaja salah satu daripada pintu bilik itu tercabut. Seorang lelaki
terpelanting keluar lalu mengenai dinding kayu. Rumah itu bergegar ketika tubuh
lelaki itu menghentam dinding.
Spontan
picu pistol Harish diacukan ke arah lelaki yang sedang kesakitan itu.
“Harish...
jangan tembak aku...” ujar Yusoff sambil memegang dadanya. Darah merah meleleh keluar
dari mulutnya. Baju-T putihnya berbekas kesan seperti kesan tapak kasut. Harish
pantas menyimpan pistolnya lalu menghampiri Yusoff yang sedang terbaring
kesakitan. Dia kenal lelaki itu, pernah bersama-sama dalam Akademi Risikan
Negara dahulu.
“Apa kau
buat kat sini?” tanya Harish sambil meriba Yusoff.
“Jangan
simpan pistol kau. Musuh ada...” Belum sempat Harish menghabiskan kata-katanya,
bahunya disentuh oleh seseorang. Pantas Harish menoleh, cuba mengacukan
pistolnya namun tangannya sudah disepak. Pistol itu tercampak jauh.
Seorang
lelaki tinggi lampai, berbadan sasa, berkepala botak dan berjanggut lebat dan
panjang sehingga paras dada sedang merenung Harish yang terduduk tidak percaya.
Lelaki botak itu tingginya 2 meter setengah.
“Enrique...
ketua kampung ni dan orang suruhan Asstrold Pharmacy...” gumam Yusoff sambil
cuba bangkit, membantu Harish.
Harish
seakan-akan tidak percaya mendengarkan kata-kata Yusoff itu. Jadi, siapakah
orang penting yang dikatakan oleh Emma? Yusoff atau Enrique?
Harish
mengeluarkan sebuah kapak yang diikat di belakang tubuhnya. Dia cuba menyerang
Enrique namun lelaki botak itu berjaya menangkap pergelengan tangan Harish
sebelum sempat Harish menghayunkan kapak itu. Pergelangan tangan Harish dipulas
sekuat hati oleh Enrique.
Menjerit
Harish menahan kesakitan. Namun, belum sempat Harish melepaskan diri, tangan
kiri Enrique pula mencapai leher Harish. Hanya berbekalkan satu tangan, Harish
terangkat di udara, meronta-ronta untuk melepaskan diri.
“Hadiah
untuk kau...” tutur Enrique sambil mengeluarkan jarum suntikan dari dalam poket
jaket labuh hingga ke kaki Enrique. “Virus T untuk penganggu misi Asstrold
Pharmacy.”
“Jangan...
buat macam ni...” tutur Harish ketika jarum suntikan itu hinggap di lehernya.
“Tidak!”
teriak Yusoff sambil mengambil pistol milik Harish lalu melepaskan sedas
tembakan yang kemudiannya tepat mengenai dada Enrique. Aneh, walaupun darah
merah merembes keluar namun Enrique tetap gagah berdiri. Harish pula sudah tidak
bermaya selepas disuntik virus T. Tubuhnya longlai jatuh ke tanah.
Kemudian,
Yusoff diheret oleh Enrique. Harish hanya mampu memerhatikan dengan mata yang
sedang kuyu sambil terbaring lemah di lantai. Enrique meninggalkan rumah itu.
Kedengaran suara Aulia menjerit meminta tolong dari luar rumah, Harish mahu
bangkit membantu dan... dirinya akhirnya tewas... lalu matanya terpejam.
Pengsan kerana penangan jarum suntikan Enrique.
Aulia... maafkan aku..