Bawah
Jambatan
11.10
pagi, 1 April 2013
Kereta
perisai yang membawa ahli kumpulan Ashraf berhenti berehat kembali di bawah
jambatan yang pernah menjadi tempat mereka melepaskan lelah beberapa jam tadi.
Proses evolusi telah mengambil alih di dalam zombi-zombi yang bergelandangan.
“Kita
kembali...” gumam Arief sambil memberhentikan kereta perisai itu. Ashraf
membuka pintu perisai sambil memandang jijik tangannya yang berlumuran darah
dengan darah zombi.
Azmir
sekadar tersenyum melihat tingkah Ashraf yang sedang erat membasuh tangannya
yang berlumuran darah. Terima kasih kepada Ashraf yang telah menyelamatkannya
ketika bahaya sedang melingkari lehernya.
Pasar
Raya Mydin
10.
45 Pagi, 1 April 2013
Arief
sedang mengisi peluru ke dalam M16 yang diambilnya dari bonet kereta perisai
itu. Ketika itu Azmir kekurangan perlindungan. Dia tidak menyedari yang seorang
zombi sedang berlari deras lalu melompat ke arah belakangnya. Lidah yang keluar
dari zombi itu menjulur panjang lalu membelit leher Azmir.
Azmir
ditarik oleh zombi itu. Jauh ke dalam lorong yang terletak di antara banggunan
pasar raya tempat Ashraf dan Fera selesai membeli belah. Ashraf tidak sempat
berbuat apa-apa kerana kejadian itu berlaku dalam sekelip mata sahaja. Sebaik
sahaja leher Azmir telah dibelit, zombi tadi membuka langkah seribu ke arah
lorong gelap yang sunyi itu.
“Ashraf,
kau ke sana sementara aku lindungi kau dari jauh!” teriak Arief.
Ashraf
masih tidak berganjak sebaliknya menoleh ke arah bonet kereta perisai. Dia
memerlukan benda yang tajam... untuk memotong lidah zombi itu seperti... dapat!
Sebilah kapak terbaring di atas selaras SMG. Ashraf sempat mengambil SMG dan
kapak merah itu.
“Aku
pergi selamatkan dia!” kata Ashraf sambil mengangguk serius.
Tetapi
sebelum itu, Ashraf telah melontarkan Shotgun Benelli M60 kepada Tasha yang
hanya duduk bercangkung di dalam kereta, ketakutan. Ashraf sempat menyuruh Tasha
supaya berjuang untuk menolong Arief yang keseorangan.
***
Ashraf
melangkah penuh hati-hati ketika menyusuri lorong gelap itu. Dia mengikut kesan
darah yang mengalir di atas jalan. Dia berjaya menyusup keluar dari lautan zombi.
Arief dan Tasha berjaya mencuri perhatian lautan zombi itu.
Bau
busuk menyelubungi udara di keliling Ashraf. Bau yang sangat sebati dengan Ashraf
ketika terperangkap di tengah-tengah Racoon City dahulu. Bau yang biasanya akan
datang dari sebatang tubuh yang telah mati. Itu ialah bau mayat mereput!
Ashraf
terundur ke belakang apabila melihat sekujur tubuh yang kepalanya berlubang
aneh. Lalat pula sedang menghurung wajah mayat yang hancur itu. Kelihatan otak
tidak lagi berada di dalam tempurung kepala mayat itu.
“Astagfirullah...”
ucap Ashraf sambil memegang dadanya. Dia kembali berjalan untuk mendapatkan
kekuatan baru. Semakin dalam lorong itu dijejaki oleh Ashraf, suasana semakin
menggigit keberanian Ashraf.
Tiba-tiba...
satu benda merah dari kegelapan menjalar dengan sangat laju ke arah Ashraf.
Mujurlah Ashraf sempat mengelak. Itu ialah... lidah! Lidah zombi yang Ashraf
ingat memakai hood hitam.
Ashraf
berlari ke arah punca lidah itu. Kelihatan Azmir sedang pengsan di sebelah zombi
itu. Aneh, zombi itu mencangkung. Matanya yang merah kelihatan di sebalik
penutup kepala yang dipakainya.
“Lepaskan
kawan aku!” teriak Ashraf sambil melepaskan beberapa tembakan menggunakan SMG.
Hebat! Zombi
tadi melompat ke udara lalu melekat di dinding lorong yang sedang berdiri di
kiri dan kanan Ashraf. Seperti spiderman,
zombi itu melekat lalu bergerak pantas di dinding lorong. Lidahnya yang panjang
itu cuba mencari Ashraf tetapi Ashraf juga sama lincahnya, berguling di atas
lantai.
“Teruk!
Benda itu hebat,” gumam Ashraf yang sedang melutut di sebelah Azmir yang maish
belum sedar dari pengsan. Mata Ashraf sedang melihat sekelilingnya ketika zombi
itu menghilang dalam kegelapan lorong. Bila-bila masa sahaja, lidah merah itu
akan menyambar Ashraf mahupun Azmir.
“Itu
dia!” tutur Ashraf sambil tersenyum apabila satu benda merah sedang bergerak ke
arahnya. Kapak merah yang tersimpan rapi di poket seluar Ashraf pantas
dikeluarkan, dan lidah itu terputus. Darah merembes membasahi tubuh Ashraf.
Kedengaran suara raungan dari balik kegelapan.
“Habislah...
bunyi bising! Zombi-zombi yang lain pasti akan datang ke mari!” bisik Ashraf.
Dia melihat Azmir yang sedang terbaring lemah. Jejaka itu kelihatan terkejut
akibat dari raungan zombi berlidah panjang.
“Kau tak
apa-apa?” tanya Ashraf sambil memandang ke arah Azmir yang sedang memegang
kepalanya.
“Kepala
aku berdarah...” gumam Azmir sakit. “Aku tak boleh berdiri. Pening sangat
ni...”
“Tak
apa. Biar aku bantu kau untuk berdiri,” kata Ashraf yang melingkarkan tangannya
di lengan Azmir. Terhuyung-hayang Azmir cuba mendapatkan keseimbangan badan.
“Terima
kasih,” ucap Azmir. Namun belum sempat mereka meraikan pertemuan itu, zombi
yang menarik Azmir telah melompat dari kegelapan, sambil menjulurkan lidahnya.
Brepp!
Brepp! Brepp! Peluru SMG dimuntahkan oleh Ashraf. Semuanya tepat membaham
kepala makhluk itu. Akhirnya... makhluk itu rebah ke lantai. Lidahnya terjulur
di atas lantai, kelihatan longlai.
“Hunter...”
tutur Azmir tiba-tiba.
“Maksud
kau?” tanya Ashraf.
“Benda
ini mengingatkan aku pada game Left For Dead. Ada zombi yang mempunyai
ciri-ciri yang sama dengan zombi ini. Namanya Hunter,” jelas Azmir.
“Hunter
ya?” tutur Ashraf perlahan.
Di
bawah jambatan
11.10
Pagi, 1 April 2013
Kelihatan
Arief sedang membahagi-bahagikan senjata kepada semua ahli kumpulannya.
Terdapat belasan senjata api yang tersimpan dan tidak terusik di belakang bonet
kereta perisai itu.
Arief
setia memilih M16 jenis A2. Senjata itulah yang telah menyelamatkan mereka
daripada serangan besar-besaran zombi di hadapan pasar raya Mydin. Ashraf telah
memilih SMG, sejenis sub mesingun yang telah menyelamatkan nyawa Azmir daripada
Hunter. Manakala Tasha dengan Shotgun Benneli M9 dan Fera, hanya memilih
sepucuk pistol M1911.
“Aku
suka pistol ini. M1911, sejenis pistol buatan Amerika. Sepanjang 210 mm.
Menggunakan peluru jenis .45 ACP. Sangat-sangat berkesan untuk pertempuran di
tengah-tengah kota,” komen Fera ketika membelek pistol tersebut. Danny sedang
lena tidur dalam baby carrieryang sempat digapai oleh Fera ketika membeli belah.
“Jadi,
senjata lain yang ada di bonet ini ialah sebagai persedian. Sekiranya peluru
atau situasi tidak menginzinkan kita menggunakan senjata yang kita pilih ini,
di sini ialah sumbernya,” jelas Arief lalu menutup bonet belakang kereta
perisai itu.
“Terima
kasih kawan,” ucap Azmir ketika melintasi Ashraf. Bahu Ashraf sempat di tepuk
oleh Azmir. Ashraf sekadar tersenyum sambil menundukkan sedikit kepalanya.
Jalan
Raya
11.30
Pagi, 1 April 2013
Kereta
perisai yang dipandu oleh Arief berhenti di tengah-tengah jalan raya ketika
mereka mendaki jalan yang curam itu yang sedang menuju ke tempat tertinggi
Pulau Eurasia, Bukit Harapan.
Bunyi
pesanan yang sering berlegar-legar di radio yang dipasang semakin jelas,
menandakan mereka semakin hampir dengan rumah Datuk Hazman.
“Kepada... kepada semua penduduk Pulau
Eurasia. Saya.. sa..ya Da..tuk Ha..zman bercakap daripada rumah agam di atas
puncak Bukit Harapan. Saya..ya menyeru kepada semua penduduk Eurasia agar
datang ke sini... kami menyediakan perlindungan...”
Kemudian,
pesanan itu akan berulang kembali. Sepertinya ia sudah dirakam. Arief tiba-tiba
sahaja membuka pintu kereta, mendahului yang lainnya. Dia kemudian mendongak
memandang ke arah puncak yang kelihatan masih jauh.
Ashraf
dan Azmir menyusul dari belakang.
“Tinggi...”
gumam Ashraf.
“Jauh,”
kata Azmir pula, pendek.
Arief menoleh
ke arah dalam kereta perisai. Tiba-tiba terasa sayang untuk meninggalkan kereta
itu. Mereka tiada pilihan... ratusan kereta yang tidak berpemandu sedang
tersusun di hadapan mata mereka. Jalan raya yang menghala ke rumah agam Datuk
Hazman sangat sesak... dengan kereta yang tidak mungkin akan bergerak.
Tasha
menghampiri mereka dari belakang sambil sedang sarat membimbit plastik di mana
terdapat makanan yang mereka ambil dari pasar raya tadi. Kemudian, Fera
menghampiri sambil menyusukan Danny.
“Apa ni?’
tanya Arief.
“Fera
yang suruh bawa,” kata Tasha sambil tersengih ke arah Fera.
“Kenapa
ni?” Ashraf menyoal pula.
“Persedian.
Buat penat aje kita ambil dan bertarung nyawa kat Mydin tu kalau kita
tinggalkan makanan-makanan ni. Lagi pun kita perlukan tenaga untuk kekal hidup
di tengah-tengah kota yang dah berubah menjadi neraka ini,” bebel Fera.
Ashraf
mengeluh berat manakala Azmir dan Arief saling berkongsi pandangan.