Hari
semakin larut. Suasana di kelab malam pula semakin riuh dengan dentuman muzik
yang bisa membingitkan halwa telinga. Darius pula hanya memerhatikan gelagat
manusia tanpa pegangan dengan perasaan kosong.
“
Minum?” Tanya Zetty yang sudah serasi dengan kerja barunya ini. Bagi Zetty
kerja mudah begini yang bisa mendapat pendapatan lumayan tidak mudah untuk
ditinggalkannya begitu sahaja melainkan dia sudah kepupusan pelanggan. Hal dosa
dan pahala pula ditolaknya ke tepi. Masa muda inilah masanya untuk mengumpul
duit sebanyak mungkin dan apabila tua nanti barulah dia bertaubat.
Darius
menggelengkan kepalanya. Gadis GRO ini tidak pernah berputus asa untuk
mendekatinya.
“
Sorry, I tak minum,” kata Darius tenang sekali. Dia tidak pernah malu
menyatakan pendiriannya. Darius yang sering berpendirian tegas tidak mudah
terpengaruh dengan hasutan teman-temannya. Apatah lagi disebabkan arak ini juga
telah merosakkan bapanya membuatkan dia semakin fobia dengan air yang telah
diharamkan oleh Allah. Dari jauh dia melihat Mokhtar yang semakin hanyut dengan
layanan GRO yang telah dilanggannya.
“
Tak minum?” Tanya Zetty agak kaget. Dia tergelak kecil apabila mendengarkan
pengakuan Darius itu. Mana tidaknya rata-rata pengunjung di sini semuanya
mengambil alkohol sambil berhibur. Dia juga berasa pelik kerana setiap kali
Darius ke sini seringkali dia melihat lelaki itu berseorangan tanpa melanggan
mana-mana GRO. Mungkin benar juga lelaki itu adalah gay yang sering dihebahkan
oleh Mokhtar.
Darius
mengangguk. Sedikit pun dia tidak berasa tercabar dengan ejekan Zetty itu.
Baginya tidak perlu malu untuk menyatakan pendirian diri sendiri.
“
You nampak moden tetapi tak sangka you ni rupanya kolot juga!” Ejek Zetty
selamba.
“ I don’t care what people say about
me and that is my stand and nobody can change it,”
kata Darius tegas.
“
Bagi I, judi, arak dan perempuan boleh memusnahkan seorang lelaki!” Tambah
Darius lagi.
Memang
seorang lelaki yang ego akan berbicara sebegitu. Kononnya tidak memerlukan
wanita di dalam hidup mereka tetapi sebenarnya diri sendiri kaki perempuan. Apa
tidaknya kadang-kala Darius datang juga mencarinya untuk melepaskan nafsu.
Tetapi perbuatannya itu tidak ditonjolkan di khalayak ramai. Mungkin ketika itu
Darius bosan dengan layanan pasangan
gaynya dan memerlukan layanan dari perempuan sejati sepertinya.
Zetty
mula menggeselkan tubuhnya ke tubuh Darius. Dia tahu skillnya ini tidak pernah
menghampakan. Dia sudah faham dengan kemahuan setiap lelaki yang datang ke
sini.
“
you tak rindukan I?” Tanya Zetty sambil memegang tangan Darius dan membawa
tangan itu ke mulutnya. Dia mencium telapak tangan itu sambil mengukirkan
senyuman manja. Walaupun ramai yang mengatakan Darius gay tetapi Zety yakin
lelaki itu masih memerlukan layanannya. Malah dia tahu kelemahan lelaki ego
itu.
Darius
tersenyum lebar. Kemudian dia segera bangun dan menarik tangan Zetty supaya
bangun.
“
Jom! Kat sini terlalu bising!” Kata Darius dengan senyuman lebar.
“
You nak ke mana?” Tanya Zetty apabila melihatkan Darius yang sudah mandi dan
sedang mengenakan pakaian di badannya.
Darius
berpaling ke arah Zetty yang masih berbaring di atas katil. Wajahnya kelihatan
begitu serius sekali. Tiada pula senyuman yang meniti di bibirnya seperti tadi.
“
I nak balik!” Katanya sambil mengikat tali pinggang.
Zetty
mengukirkan senyuman menggoda.
“
Tak kan secepat itu. Berrmalamlah di sini, please.
Temankan I di sini. I takut tidur sorang-sorang,” renggek Zetty agak manja.
Darius
mengeluh mendengarkan renggekan itu. Dia tidak suka dengan perempuan yang tidak
sedarkan diri seperti Zetty ini. Sudahlah perkhidmatannya pada malam ini di
bayar, wanita ini masih lagi meminta-minta daripadanya. Sepatutnya wanita ini
hanya boleh menggangguk dengan apa yang telah dia tentukan. Ah itulah ragam
insan yang bergelar wanita. Sebab itu Darius amat benci kepada wanita.
“
I kena balik dan I tak suka tidur dengan pelacur!” Kata Darius sinis sekali.
Bagaikan
terkena tembakan tepat di dada Zetty apabila mendengarkan bicara Darius yang
pedih itu. Merah muka Zetty tatkala itu. Kalau di ikutkan hatinya mahu sahaja
dia menempelang Darius sekuat hati. Darius memang sombong dan bongkak. Sesuka
hatinya menghina Zetty yang masih mempunyai hati dan perasaan.
Namun
Zetty masih menyabarkan diri. Dia tersenyum jua walau senyuman itu adalah
senyuman paksa.
“
Tak pe lah. May be you ada hal lain
yang perlu dibereskan malam ini. Boleh I dapatkan nombor telefon you? Mana tahu
kita boleh berhubung lagi?” Tanya Zetty masih mahu bermesra dengan Darius. Dia
teringin untuk mengenali Darius dengan lebih dekat lagi. Bagi Zetty lelaki ini
lain daripada yang lain.
Dia
mengenali Darius dan rasanya satu Malaysia mengenali siapa Darius yang
sebenarnya. Namanya sering terpampang di surat khabar mengenai kejayaan demi
kejayaan yang diraihnya di dalam bidang perniagaan. Zetty tahu lelaki seperti
Darius ini mempunyai masa hadapan yang cerah. Mendekati Darius bermakna
mendekati lombong emas.
Darius
pandang Zetty yang masih tersenyum manja kepadanya. Senyuman yang mengharapkan
sesuatu daripadanya. Sesuatu yang sudah lama dapat di bacanya. Ah dia terlalu benci
dengan perempuan! Tambah-tambah lagi perempuan pisau cukur seperti Zetty ini.
“
Sorry, I tak boleh beri nombor I pada
you!” Kata Darius yang tidak pernah
tahu menjaga hati wanita. Baginya perempuan tidak berguna selain daripada hanya
menjadi pemuas nafsu lelaki. Sebab itulah Darius tidak pernah menjalinkan
hubungan dengan mana-mana wanita. Dia terlalu membenci kaum yang bernama wanita
kerana baginya wanita hanya tahu merosakkan lelaki.
“
Kenapa pula? You takut girlfriend you
marah?” Tanya Zetty lagi. Dia sengaja mahu mengusik Darius. Kalau Darius
mempunyai teman wanita masakan lelaki ini mencarinya untuk memuaskan nafsunya.
“
Sorry, I tak berikan nombor kepada
sebarang orang. Tambah-tambah lagi pelacur!”
Zetty
semakin merah mukanya. Hatinya membengkak geram. Dia mendenggus marah.
“ How dare you!”
Marah Zetty garang sekali. Dia sudah tidak peduli Darius yang menjadi
pelanggannya malam ini.
Darius
tersenyum mengejek dengan makian Zetty itu.
“
You tahu bukan siapa youyang sebenarnya jadi kenapa you perlu marah-marah?”
Zetty
mendenggus kasar. Sakit hatinya dengan bicara Darius yang ternyata benar itu.
Hatinya mendongkol marah. Dendamnya semakin berapi kepada Darius yang bongkak
dan angkuh itu.
“
Aku tak akan lepaskan! Tengoklah nanti, hanya kerana pelacur ini kau akan jatuh
tersungkur di kaki aku!” Jerit Zetty kepada Darius.
Darius
hanya ketawa mendengarkan ugutan Zetty itu. Kemudian Darius mendapatkan Zetty.
Dia mencengkam dagu Zetty dengan kuat lalu mendonggakkan dagu itu supaya
memandang muka Darius yang serius itu.
"
Apa yang kau boleh buat? Sedarlah diri itu sikit kau tu wanita yang selalu
dipandang lemah dan hanya menjadi pemuas nafsu lelaki!"