“
Masyaalah….apa yang berlaku kepada kau Su?” Tanya Hakimah teman rapat Suraya.
Kunjungannya di rumah teman baiknya pada pagi ini benar-benar mengejutkan
dirinya. Dahi Suraya yang berbalut menimbulkan tanda tanya di dalam dirinya.
Suraya
hanya mampu mendenggus. Luka yang dalam ini cukup menyayat hatinya. Bebanan
yang dipikul sudah tidak tertanggung untuk dirinya menggalasnya lagi. Apatah
lagi apabila mengenangkan sikap Adam yang terus membiarkan dirinya kesakitan
tanpa rawatan. Hanya minyak gamat yang di sapu di kepalanya untuk menyembuhkan
lukanya itu. Seminggu Suraya terlantar
sakit keseorangan manakala Adam terus menghilang diri tanpa berita. Entah di
mana lelaki itu bermalam Suraya sendiri kurang pasti.
Perkenalan
Suraya dengan Adam bermula sebagai majikan dan orang gaji. Tidak di duga
hubungan yang serius itu membibitkan perasaan cinta di hati Adam membuatkan
Adam nekad menyunting Suraya sebagai isterinya walau di halang keras oleh
ibunya. Suraya yang pada mulanya tidak yakin dengan Adam disebabkan sikap Adam
yang suka berfoya-foya akhirnya menerima Adam apabila melihatkan kesungguhan
yang dipamerkan oleh Adam.
Walaupun
sudah lapan tahun mereka mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak
namun ibu Adam masih tidak menerima Suraya sebagai menantunya. Dia di halang
untuk menjejakkan kaki ke banglo milik keluarga Adam. Namun begitu keluarga
Adam menerima Darius sebagai cucu mereka. Apatah lagi Darius adalah
satu-satunya cucu dalam keluarga mereka.
Suraya
sangkakan panas hingga ke petang sebaliknya hujan di tengahari. Belum setahun
usia rumah tangga mereka, Adam sudah kembali ke perangai asalnya. Segala janji
yang di tabur hanya tinggal janji semata-mata. Adam pantang di tegur pastinya
sepak terajangnya akan menjadi santapan Suraya. Hati Suraya terus merintih
namun tiada siapa yang mahu mendengar rintihan hatinya.
“
Suami kau pukul kau lagi?” Tanya Hakimah setelah dia melihat begitu lama Suraya
termenung. Pasti ada sesuatu yang terjadi.
Suraya
adalah teman rapatnya sejak mereka sama-sama membesar di rumah anak yatim. Dia
kenal benar dengan setiap riak yang terpancar di wajah teman baiknya itu.
“
Tak delah, Kimah. Aku terjatuh bilik air,” bohong Suraya.
Tidak
pernah sekali pun dia membuka keaiban suaminya kepada sesiapa. Lagi pun dia
takut dengan ugutan suaminya itu. Dia terlalu rindukan Darius. Namun dia tidak
boleh berbuat apa-apa jika Adam tidak membawa Darius pulang. Kehadirannya di
rumah mertuanya akan membangkitkan kemarahan mertuanya.
“
Kau jangan tipu akulah. Aku bukannya bodoh. Tak kan jatuh bilik air sampai
kepala berbalut begitu. Suami kau pukul kau, betul tak?”
“
Tak Kimah. Aku rasa kau patut pulang. Lagi pun suami aku tak suka kalau dia
nampak kau di sini. Dia tak suka aku bergaul dengan orang luar.”
“
Bagus juga kalau dia balik. Boleh aku tanya dia sendiri kenapa tergamak dia
pukul bini dia sampai begini? Dia ingat kau ni binatang ke? Ah binatang pun
orang tak sanggup buat begini,” renggus Hakimah yang begitu benci dengan Adam.
“
Kan aku dah cakap, aku jatuh bilik air. Adam tak pernah pukul aku.”
“
Sampai bila kau nak sembunyikan kejahatan Adam? Sampai bila kau nak biarkan
diri kau di aniaya begini Su? Kau juga ada hak untuk mempertahankan diri kau!”
Nasihat Hakimah penuh sesal.
Walaupun
Suraya tidak pernah berterus terang dengannya namun dia dapat meneka apa yang
sedang dihadapi oleh temannya itu. Apatah lagi Hakimah kenal benar dengan sikap
Adam yang panas baran dan kaki perempuan itu.
Suraya
hanya tersenyum tawar. Cuba menyembunyikan apa yang sedang bergolak di dadanya.Kini
bagi Suraya, Adam dan Suraya menjadi
suami isteri hanya di atas sekeping kertas. Ruang untuk Adam sudah tiada tetapi
Suraya bertahan demi Darius. Tentang jodoh Suraya dan Adam, Suraya hanya
berserah kepada takdir.
“
Kau ni suka sangat berparasangka buruk terhadap suami aku sebab itulah suami
aku tidak suka kau datang ke sini. Sudahlah Kimah, lebih baik kau balik sebelum
suami aku mengamuk melihat kedatangan kau di sini,” kata Suraya lembut sekali.
Bukan
niatnya untuk menghalau teman baiknya itu. Namun kedatangan Hakimah ke rumahnya
akan mengundang kemarahan suaminya. Lagi pun dia bimbang dengan ugutan Adam
tempoh hari.
Hakimah
mendenggus geram. Sikap Suraya yang sering berahsia itu membuatkan Hakimah
semakin tertekan. Dia tidak mahu membiarkan Suraya terus-terusan hidup terseksa
begini. Apatah lagi Suraya sebatang kara. Simpatinya semakin menggunung.
“
Su, sampai bila kau nak sembunyikan sikap jahat suami kau itu? Kau nak tunggu
sampai dia bunuh kau ke? Jangan biarkan nasi menjadi bubur Su. Kalau kau tak
nak fikirkan tentang keselamatan kau, fikirkanlah tentang keselamatan Darius,”
nasihat Hakimah panjang lebar.
Suraya
semakin sebak. Sedaya upaya dia cuba menyembunyikan gejolak hatinya. Kalau
diikutkan hatinya mahu sahaja dia menjerit dan meraung di hadapan Hakimah.
Sebenarnya apa yang terkepung di dada sudah tidak tertanggung lagi untuk
batinnya menanggung. Dia perlukan seseorang untuk dia meluahkan semuanya tetapi
apakan daya disebabkan ugutan Adam dahulu dia terpaksa merahsiakan semuanya. Ya
Allah, kau berikanlah ketabahan dalam diriku untuk menempuhi dugaan ini.
“
Tolonglah Kimah, kau pulang sekarang. Aku tak nak Adam tahu kau datang ke
sini,” kata Suraya sambil menarik tangan Hakimah untuk bangun daripada
menikmati keempukan sofa buatan Itali itu.
Hakimah
yang terkejut dengan sikap Suraya itu hanya menurut. Suraya menarik tangan
Hakimah hingga ke muka pintu.
“
Lebih baik kau balik. Terima kasih Hakimah kerana sudi melawat aku,” kata
Suraya yang telah membuka pintu.
Kemudian
dia menolak tubuh Hakimah ke luar pintu. Hakimah hanya terkebil-kebil. Dia mahu
berkata lagi tetapi apabila secara tiba-tiba Suraya menutup pintu rumahnya
membuatkan Hakimah mengeluh lemah.
Tidak
lama kemudian dia mendengar raungan Suraya di sebalik pintu. Hatinya di himpit
sayu.
“
Su, bagaimana aku boleh membantumu?” Kata Hakimah sendirian.
Tanpa
di pinta airmata kesedihan bertakung di kolam matanya.