Home Novel Cinta Ops! Dia Buah Hatiku
Sinopsis (cover belakang)
Muhammad Akif Raihan, seorang pemuda yang tidak pernah mengenali Rana Fathiah a.k.a Thia. Namun, dia sering menjadi mangsa keganasan gadis berlesung pipit itu. Sesungguhnya dia berasa aneh dengan sikap Thia yang begitu sukar untuk diduga.

Rana Fathiah, seorang gadis belasan tahun yang hidup tanpa adik-beradik dan dibesarkan oleh ibunya seorang diri. Sepanjang hayatnya, Thia tidak pernah berkawan dengan hamba ALLAH yang berlainan jantina. Hal ini menjadikan Rana Fathiah begitu sensitif apabila berbicara tentang lelaki, cinta atau apa saja isu yang ada kaitan dengan lelaki.

Kemunculan Rizqi, Hafiz dan Yaya membuat hidup Thia semakin kusut. Satu per satu musibah menimpanya. Dan dia tertanya-tanya, adakah Raihan menyimpan perasaan terhadapnya juga? Jika benarlah mereka saling menyimpan dan menyulam perasaan cinta dan kasih, mengapa begitu sukar untuk mereka mengecapi bahagia?

****

“Menjadi isteri kau adalah satu perkara yang paling mengejutkan pernah berlaku sepanjang hidup aku. Tetapi menjadi insan yang dicintai dan dikasihi kau, merupakan satu hadiah yang paling berharga sepanjang aku bernafas dalam dunia ini.” ~Thia

“Alasan budak taska macam nilah. Kau saja pakai tudung sebab malu dengan aku, kan? Macamlah aku tak pernah nampak rambut kau yang keras, kejang macam ekor kuda tu.” ~Raihan

“Thia cinta pertama saya. Tak semudah itu saya dapat lupakan Thia. Apatah lagi Thia sentiasa ada di depan mata saya. Macam mana saya nak pandang Thia sebagai adik ipar saya?” ~Rizqi

Previous: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hanani Bahadin