Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 44
Sampai je rumah, aku terus masuk bilik dan bersihkan diri. Letih juga temankan Faliq shopping. Padahal tak ada apapun yang dia beli. Sengaja nak berjalan-jalan dengan aku katanya. Hmm.. Sabar jelah. Selamatlah aku menumpang keretanya, kalau tak, memang jangan haraplah aku nak keluar buang masa macam tu. Dah makan, kenyang dan balik ke rumah kan mudah. Ni dah kenyang, berjalan-jalan satu mall, jadi lapar semula dan dapat penat. Boleh pula nak ajak aku tengok wayang. Oh tidak!! Aku ni masalah kalau tengok wayang, mula-mula memang excited nak tengok tapi movie tak sampai setengah tayangan, aku dah mimpi sampai ke London. Memang masalah. Dari buang duit, movie yang tengok aku, lebih baik aku balik rumah, tidur dalam guaku. Lagi selesa. Bukan berlagak baik tapi itulah aku, Aliaa Sofea..

Selepas maghrib, aku terus ke dapur. Aku nak buat Congo Bar. Teringin pula tekak ni nak makan. Nak buat lebih, nak bawa ke office bagi mereka rasa esok, dah lama aku tak bawa apa-apa makanan untuk mereka rasa. Kalau dulu, boleh tahan juga rajin aku buat kek dan bawa ke office. Makan ramai-ramai. Sekarang ni je ada malas sikit. Dan boleh  bagi si Mr. Arkitek aku.  Eh!.. Eh..! Peace..!! 

Congo Bar ni senang je buat, tak sampai 15 minit pun. Macam biasa, sambil buat sambil menyanyi. Leka menyanyi, tup tup.. ok siap!! Ku masukkan adunan dalam oven dan tunggu lah congo bar ni masak. Sementara tu, aku bancuhlah nescafe. Ku bawa ke ruang tamu, letak mug diatas meja.

Aku baring di sofa. Bosannya.. Tak ada cerita best , cerita semua aku tak minat. Semua cerita sedih-sedih. Tukar channel itu, artis menangis, tukar channel ni , pun menangis. Airmata manjang. Aduhai.. hari ni mood aku mood happy. Kalau aku tengok cerita sedih-sedih macam ni. Mahu mood happy aku hilang. Huh!!  Last-last, aku tukar channel Astro Ceria. Ni memang channel tak pandai menangis, sentiasa ceria. Malam ni aku layan Didi & Friends. Hahaha.. Layanlah lagunya. Terhibur juga.

" Pak Atan ada kucing, nama dia Binggo.." sesekali layan. Ni kalau Faliq tahu. Memang jadi bahan aku jawabnya. Tak sporting langsung. Alamak..!! Teringat pula dekat Faliq. Aku senyum sendiri. Jangan macam-macam Aliaa.

Kereta aku masih tak dapat repair lagi. Pandai dia, alasan kawannya yang mekanik tu ada emergency pula, tak dapat datang dan tak dapat nak repair keretaku. Padahal dia sengaja plan sebab nak ambil dan hantar aku lagi esok. Dari airmukanya pun aku dapat agak. Hai lah Faliq. Suka sangat menyusahkan diri kerana aku. Aku pula jadi segan. Sedang aku menyanyi, Congo Bar aku pun dah naik bau. Sedapnya..!! Mahu satu taman ni, bau congo bar aku. Aku ke dapur, buka oven dan matikan suis. Wah!! Teliur sendiri. Aku letak Congo Bar diatas meja. Tunggu dia sejuk pula. Kemudian aku ke ruang tamu semula.

" Tit..titt.." whatsapp masuk.
Aku mencapai handphone di atas meja. Senyum. Dah tahu dah siapa yang hantar whatsapp.

" Hii my dear
Awak dah makan tak?
Saya lupa nak belikan awak makanan tadi.
Sorry..! Awak nak makan apa, saya hantar sekarang ?"

Alamak dia ni, kenapalah baik sangat. Aku mengukir senyuman. Rasanya, sekarang kalau dia whatsapp aku, tak pernah aku tak senyum.

" Eh! Tak apa..
Saya masih kenyang lagi.
Tadikan awak paksa saya habiskan semua. Perut pun masih buncit lagi ni, boleh buat stok sampai esok lagi tau.."

Balasku.

"Betul ni?! Tak tipu?!"
Jangan menyesal.."

" Iya..! Tak menyesal pun..
Muka saya ada muka penipu ke?!"

"Adalah sikit.. "

"Tak sabar tunggu esok,
Tak rindu saya ke?! "

Dia start dah.

" Good nite!! Bye.!!"

Last whatsapp dari aku. Aku letakkan handphone semula di atas meja. Aku kembali ke dapur, keluarkan Congo Bar yang telah sejuk dari loyang. Ku potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam dua bekas tupperware. Satu bekas untuk office dan satu bekas lagi untuk Faliq. Jawabnya esok breakfast Congo Bar jelah.
Aku bubuh siap-siap dalam beg plastik. Susun di atas meja makan dan esok tinggal angkut je. Aku makan dua potong kecil, panas-panas. Yummy..!! Kemudian, aku ke ruang tamu semula.

Aku duduk termenung. Teringat pada kata-kata kakak Faliq. Rasa tak sedap hati pula.
" Kau tunggu Aliaa.. Tunggu!!" Masih terniang-niang di telingaku. Apa maksud dia? Macamana dia kenal abang? Oh! Baru aku ingat. Masa mula-mula abang jumpa Faliq. Faliq ada cakap, dia adik kepada ex girlfriend abang. Jadi, abang pernah bercinta dengan Asnida lah kut. Ish!! Peninglah. Biarlah. Dia suruh aku tunggu, so, aku tunggu jelah.

Handphone ku ambil. Bosan pula. Ku belek-belek handphone. Facebook. Dah lama tak buka, kalau buka pun sekadar baca-baca post orang je. Aku minat-minat macam tu jelah sebab tak tahu nak post apa. Lagi pula, aku mana ada kawan. Ini yang buatkan account facebook pun si Naim. Dialah yang ajar aku. Dulu aku aktif jugalah, tapi sekarang ni malas sikit. Kadang-kadang gelak sendiri bila baca post kawan-kawan. Macam-macam cerita. Ada sedih, suka, duka semua ada. Dah lama tak layan, syok pula. Mengisi kebosanan. Layan punya layan. Tiba-tiba teringat dekat Zahwan. Aku pun try lah search nama dia. Punyalah banyak. Tak kan aku nak check satu-satu pula. Tak ada kerja pula. Hmm..

 Mata aku tertumpu pada satu profil. Gambar itu, seorang lelaki  berkacamata hitam berbadan sasa, berdiri bersama seorang lelaki agak rendah. Berpakaian kemas berkemeja putih bersih. Berlatar belakangkan gunung kinabalu. Senyuman itu, menampakkan gigi taringnya yang pernah buat aku tertarik suatu ketika dahulu. Tapi nak dibandingkan dengan Zahwan yang aku kenal dulu, jauh sangat beza. Dulu kurus sekarang sado. Hmm.. Okey.. Aku terus check dan check lagi. Hatiku berdebar-debar. Satu persatu ku tengok di wall facebook dia. Satu gambar yang buat aku yakin dia adalah Zahwan yang aku tunggu selama ni. Satu gambar sewaktu dia kurus, senyuman itu dan tahun pada gambar itu. Serta-merta aku senyum lebar. Aku happy sangat-sangat. Airmata menitis kegembiraan. Terlalu lama aku menunggumu Zahwan. Aku mencarimu, dan hari ini kau kutemu. Walaupun hanya melalui facebook.

Tanpa berlengah dan buat pertama kalinya. Aku memberanikan diri menghantar pesanan messenger facebook pada Zahwan. Aku nekad. Dia kenal atau pun tak. Aku tak kisah dah. Yang penting aku dapat cari dia.

" Assalammualaikum.
Maaf menganggu, nak tanya. Awak ni Zahwan yang pernah kerja dekat kedai alatan sukan di Wisma Merdeka. Tak silap saya tahun 2007 - 2008. Maaflah kalau salah orang.."

Lalu ku sent. Tak sabar nak tunggu jawapan darinya. Hanya Allah je yang tahu hati dan perasaan aku.

Tinggg..!!  Alhamdulilah, Dia balas.

" Waalaikumsalam.. iya saya lah tu , Zahwan. Ni Aliaa ke..?!"

Seperti mahu melompat je aku rasa. Terima kasih Ya Allah, Kau mabulkan doa aku. Terima kasih!!

" Iya Wan.. Saya Aliaa.. Awak ingat saya lagi.."
Aku balas semula.

" Mestilah ingat. Tak sangka dapat jumpa lagi. Saya ada cari awak tapi tak jumpa.. Awak sihat?!" Aku terharu. Dia cari aku?

" Alhamdulilah sihat walafiat.. Awak duduk mana sekarang.." tanyaku.

"Saya duduk Sarawak. Bagi nombor telefon, kita whatsapp ya.. " pintanya.

" Okey..!!" Aku pun terus bagi.

Senyumanku semakin lebar. Tak sangka hari ini hari paling gembira buat aku. Insan yang aku tunggu-tunggu selama bertahun-tahun, akhirnya ku jumpa semula. Masihkah ada peluang untukku semula?  Masihkah ada rasa kasih dan sayang darinya untukku lagi? Arhh!! Itu semua tak penting. Yang penting aku dah jumpa Zahwan. Iya Zahwan!! Semakin aku cuba dan usahakan untuk lupakan Zahwan . Rupanya dia memang semakin dekat denganku. Apakah ini semua? Aku lupa sejenak pada Faliq. Maafkan aku Faliq..

Kami berbalas-balas whatsapp. Ingat mengingati, mengimbau kenangan silam. Bahagianya rasa. Terima kasih Ya Allah!

" Awak tahu tak. Selama ni saya tunggu awak, saya cari awak. Saya tunggu janji-janji awak.."

" Ya Allah..!! Iyaka.. Saya tak tahu. Maafkan saya kalau saya ada berhutang dekat awak. Saya minta maaf.."

Aku senyum. Happy sangat. Tak terucap dengan kata-kata. Mungkinkah bahagia itu milikku?
Jangan Aliaa jangan!!  Jangan mengharap cintanya, jangan mengharap kasih sayangnya. Jangan mengharap lagi padanya. Kelak kau akan kecewa. 
Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs