Aku masuk office dengan happy sangat. Aku mencari Naim. Di biliknya tiada, belum sampai kali. Aku terus mencari Kak Intan, dari jauh dah dengar suara dia sedang berbual rancak. Entah apalah yang diceritakan. Dengan gelak tawa sekali.
" Ooo Kak.. " aku cucuk pinggang dia. Melatah kuat dia. Aku gelak tak sudah. Membebel-bebel mulut dia. Lawak. Hahaha..
" Kau ni kan Aliaa. Kalau tak cucuk-cucuk akak memang tak boleh ye.." bebelnya pada aku. Aku gelakkan je.
" Kalau tak cucuk akak, tak meriahlah kak.." kataku masih gelak.
" Banyaklah kau punya meriah.."
" Relax kak relax.. ni saya buatkan Congo Bar, makanlah..." Aku menghulurkan bungkusan pada Kak Intan.
" Wah!! Mesti sedap ni.." Kak Intan buka penutup tupperware itu.
" Ya Ampun.. Sedapnya bau..!! " Dia terus ambil sepotong dan masuk ke dalam mulut.
" Sedap lah Aliaa.. Air tangan kau ni memang hebat.. Nah korang makan ni, rugi tak makan.." Kak Intan memberikan congo bar pada Nina.
" Amboii.. makan tak ajak. Tak aci tau..." muncul Naim tiba-tiba. Dengan muka merajuk konon. Gedik betul kawan aku sorang ni.
" Macamana nak ajak, kau pun baru sampai.. Nah ni.." Kak Intan beri pula pada Naim. Naim kalau dapat congo bar ni memang menjawablah semua, adalah yang tak dapat makan kang. Gelojoh. Aku gelak je tengok mereka ni.
" Naim.. masuk bilik aku jab. Ada good news aku nak cerita ni. Cepat tau.. !!" Kataku. Lalu terus masuk ke bilik. Aku seronok sangat. Terlalu excited sebenarnya.
Muncul Naim, dengan mulut penuh mengunyah congo bar. Tak cukup kat mulut, siap pegang lagi dua potong. Dasyat!! Dia terus duduk . Aku menggeleng kepala melihat gelagat dia ni.
" Hmm.. apa yang good news sangat tu. Cerita lah.." dengan mulut yang penuh, bercakap. Buruk betul perangai.
"Aliaa minta air sebotol. Cepat..!! Tercekik dah ni.." sambungnya lagi. Bertuah punya kawan. Sempat lagi nak pau air mineral aku. Aku terus bagi.
" Beb.. aku dah jumpa Zahwan beb.." excited aku memulakan cerita.
" Oiii ... pengotor lah kau ni.." tersembur air dari mulut Naim. Selamat tak kena muka aku. Bertuah punya kawan.
" Ha..?!! Apa kau cakap, kau dah jumpa Zahwan? Bila? Dekat mana? Dia masih ingat kau? " terbeliak mata Naim. Bertubi-tubi soalan diberi dekat aku. Aku gelak. Memang lucu muka dia.
" Beb.. aku tanya ni.. Serius please..!!" Tanyanya lagi. Pun excited nak tahu.
" Iya.. aku jumpa Zahwan. Tapi jumpa dekat facebook je.." jelasku. Senyum lebar.
" Facebook?! Wowww!! Dia ingat kau lagi?"
" Masih ingat. Dia cakap, dia ada cari aku tapi tak jumpa. Dia tak tahu nak cari dekat mana. Handphone dia hilang, tu yang tak dapat contact aku.." aku cerita pada Naim apa yang Zahwan cerita.
" Kau percaya?! " tanya Naim.
" Kalau dia tipu, bermakna aku pun tipulah.." kataku.
" Jangan terlalu yakin beb.. Aku tak fikir dia cari kau.."
" Tak kisahlah beb, janji aku dah jumpa dia semula. Allah kabulkan doa aku, setiap hari aku berdoa agar dapat jumpa dia. Akhirnya beb.. Akhirnya..." aku menunjukkan rasa happy, rasa bahagia.
" Kau ni kan Aliaa.. Jangan cakap tak kisah. Kau lupa ke apa yang dia dah buat dekat kau. Tujuh tahun kau menanggung rindu, kau pegang janji dia, kau mengharap dia. Kau sia-siakan hidup kau kerana dia. Memang kau dah jumpa dia tapi kau tak tahu hati dia dekat kau macamana. Jangan terlalu happy Aliaa, aku risau kau akan kecewa lagi.." nasihat Naim.
Aku hanya senyum. Tak hiraukan pun apa Naim cakap. Entahlah, aku tak fikir semua tu dah. Yang aku fikir happy je dah jumpa Zahwan.
" Iya itu aku tahu.. Kau tahu tak, dia belum kahwin. Manalah tahu jodoh kan.. hahaha.. " aku masih gelak.
" Hmm.. Baguslah kalau macam tu. Tapi aku tak rasa dia tunggu kau. Kau je yang iya-iya buang masa tunggu dia. Apapun, tahniah dan jangan terlalu mengharap lagi pada perkara yang tak pasti. Ingat!! Kau dah pernah terkena dengan Zahwan beb..." aku terdiam.
" Entahlah beb.. aku pun tak tahu nak cakap apa. Tapi perasaan aku ni.. ish!! Entahlah. Lama kut aku tunggu, tiba-tiba jumpa semula, jadi rasa macam.." Aku menekup muka dengan tangan. Arhh!!! Aku tak suka perasaan ini.
Naim serius.
" Aku faham perasaan kau Aliaa. Kau fikirlah, kau jumpa dia pun, siapa yang cari siapa. Kau cari dia atau dia cari kau? Kalau betul dia nak, dia boleh usahalah cari kau.." sambungnya lagi.
Aku pandang tepat muka Naim. Kemudian, pandang meja. Pandangan kosong.
" Aku sebagai sahabat kau yang tahu A to Z pasal korang ni, aku tak nak kau kecewa sekali lagi. Aku tak nampak pun kesugguhan dia.. Kau fikirlah Aliaa sebelum kau letak hati kau lagi padanya. Kau kena fikir juga. Antara Zahwan dan Faliq. Mana yang lebih menghargai kau. Bak kata pepatah.. Jangan sampai, Yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.. Menyesal kau nanti.. " nasihat demi nasihat Naim padaku. Naim bangun dan minta diri untuk keluar. Aku hanya mengangguk dan senyum tawar.
Aku berfikir sejenak. Nasihat demi nasihat yang Naim beri memberi kesan padaku. Iya.. memang betul apa yang Naim cakapkan. Semua tu memang betul. Aku tak dapat tipu diriku sendiri. Aku masih mengharap Zahwan. Mengharap janji-janjinya. Kenapa teruk sangat aku ni. Sedangkan aku dah janji dengan diriku sendiri untuk lupakan dia, untuk tidak mengharap padanya lagi. Tapi kenapa aku gagal. Kenapa tak boleh? Kenapa susah sangat? Kenapa.. kenapa .. dan kenapa?? Bikin pusing kepala. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus perlahan-lahan. Mencari kekuatan. Okey Aliaa..!! Relax. Sekarang siapkan kerja mana yang tak siap. Fokus. Kalau dah siap kang, fikirlah lagi. Fikir masak-masak . Fikir sehabis baik. Jangan sakiti hati sendiri. Buat keputusan yang terbaik. Iya atau tidak, bahagia atau tidak. Itu adalah pilihan dari kau sendiri. Kau berhak untuk dapat bahagia. Bisik hati kecilku.
Aku memulakan tugas. Menyiapkan apa yang patut. Kerja tak banyak. Siap je terus ku hantar pada Kak Intan. Aku ke dapur, mengambil mug yang tersusun rapi diatas kabinet. Kemudian, mengambil nescafe 3in1 pula. Aku menuang nescafe ke dalam mug dan isi setengah air panas, ku kacau hingga sebati dan aku tambah air suam. Aku duduk di kerusi, menikmati keenakan nescafe. Sendiri dan termenung. Aku bangun dan jalan ke bilik dengan tangan kiri memegang mug. Dibilik, aku meletakkan mug diatas meja. Belum sempat aku duduk, bunyi whatsapp masuk. Aku mencapai handphone. Aku berdiri di tepi meja.
" Haiii cute.. Dah lunch?!"
whatsapp dari Zahwan.
" Belum lagi. Awal lagi kut.."
Balasku. Kami berbalas whatsapp. Dalam masa yang sama, Faliq pula whatsapp. Busy betul aku hari ni. Layan dua whatsapp dari dua insan yang ku harap cintanya dan mengharap cintaku. Fuh!! Dasyat. Tak pernah aku fikir ini akan terjadi.
" Yuhuuu!! Nak lunch apa hari ni? "
Aku senyum baca whatsapp dari Faliq. Tercuit hati bila dapat whatsapp dari dia.
" Nak sate.." saja nak tengok jawapan dia.
"Haa?!! Mana nak dapat sate tengah-tengahari buta macam ni sayang oiii."
Aku gelak.
" Iyeke tak ada?!"
" Kita makan nasi ye, malam nanti baru makan sate. Okey?!"
"Okey..!"
" Saya tunggu kat bawah ye.. muah!!"
Faliq oh Faliq.. Kau terlalu baik. Sanggup je buat apa untuk aku. Aduhai.. serba salah pula.
" Awak masih macam dulu, masih cute, masih kecil macam dulu.."
Zahwan pula bagi whatsapp. Aku senyum tapi.. entahlah.
" Tak ada apa yang berubah pun Wan. Macamana awak tengok saya dulu, tetap sama seperti sekarang. Begitu juga hati saya, dari dulu sampai sekarang. Tak pernah berubah pada awak.."
" Tapi dah lama dah Aliaa. Saya memang tak sangka semua ni, dan saya tak perasan. Kejab je masa berlalu.."
" Awak ingat janji awak?"
" Maafkan saya kalau saya terlupa. Benda dah lama kan. Apa yang saya dah janji pada awak?"
Ha?! Zahwan lupa? Lupa segala janjinya padaku suatu ketika dulu? Janji yang buat aku yakin dan setia menantinya hingga kini. Dia lupa? Allahuakhbar.. Aku tak balas. Biarlah dulu. Aku lihat jam di dinding. Okey.. Nak turun lunch dulu, mesti Faliq dah tunggu. Iya Faliq.
Sebelum keluar , aku meneguk air nescafe ku dulu. Habis sudah. Ku bawa ke dapur dan cuci bersih. Setelah selesai baru ku melangkah turun ke bawah. Naim awal lagi dah keluar. Nak lunch dengan kawannya.
Sejak aku rapat dengan Faliq ni. Jarang aku keluar dengannya. Selalu juga aku ajak, tapi dia menolak. Risau juga aku, risau dia kecil hati ke, sebelum ni kan kemana-mana aku dengan dia. Tapi dia okey, dia sebenarnya sudah ada bunga dalam taman hatinya. Macam tak percaya je kan. Entah siapalah gerangan si bunga hati dia tu. Tinggi juga saham Naim ni. Jangan disangka lembut, tapi lembut berisi. Sebab tulah setiap kali aku ajak keluar, ada saja alasannya. Baru dia mahu terus-terang padaku. Pandai dia simpan rahsia. Cuma belum bersedia lagi mahu kenalkan denganku. Nanti katanya. Okey Naim.. Yang penting kau bahagia.
Aku macam ni lah.
Sampai saja di lobi. Faliq sedang rancak berbual dengan kawan baiknya. Mat Bangla security. Siap gelak-gelak lagi. Aku menghampiri.
" Okey.. gerak dulu. Jom makan.." pelawa Faliq pada Mat Bangla tu.
" Tak apa.. Tak apa.." Mat Bangla tu menolak baik. Aku gelak kecil. Terus jalan beriringan dengan Faliq.
" Tengahari ni kita makan nasi ya, pagi tadi awak makan kuih je kan.. Malam nanti baru makan sate.. Okey tak?!" Kata Faliq.
"Eh! Tak apalah. Saya gurau je.. Tak payah ya. Terima kasih banyak-banyak.." jawabku. Senyum.
" Alaaa.. saya tahu awak memang suka makan sate pun kan. Abang awak cakap, kalau awak makan sate, tak cukup 30cucuk.. kan..kan.."
" Ish!! Taklah. Mana ada.. " Abang ni, malu aku. Kan dah kantoiii.
" Alaaa iye kan. Taknak mengaku konon. Malulah tu.." Faliq perli aku. Dia ni memang ada je idea nak menyakat aku.
" Buat apa nak malu. Betul kut. So, sekarang nak makan dekat mana?!" Aku tukar tajuk . Ni kalau dilayan, memang tak habis cerita bab sate ni.
" Makan dekat mulutlah.. Hahahaa.." Dia gelak kuat. Sabar jelah.
" Memanglah makan dekat mulut, tak kan makan dekat hati awak pula..." Opsss!!! Terlebih sudah. Terlepas cakap daaa. Aku senyum sipu-siou dan kemudian buat muka selamba.
"Apa.. apa.. Ulang balik perkataan tu?!" Amboi seronoknya dia.
" Perkataan apa?!"
" Tu perkataan tu, tak kan makan dekat apa?!"
" Entah.. lupa pula.. Dah sudah, cepat jom. Lapar dah ni..." aku jalan laju ke depan.
" Hahahaa.. tiba-tiba rasa bahagia pula.." bisiknya perlahan ke telingaku.
" Eeee dahlah cepat.." Faliq menolak pintu cafe dan menbenarkan aku masuk dahulu kemudian baru dia. Boleh tahan juga ramai. Kami mencari meja kosong. Ada satu meja di sudut sana, kami melangkah terus menuju ke meja. Duduk sebentar. Faliq suruh aku duduk je, dia yang order makanan. Takut meja diambil orang. Okey.. aku menurut perintah.
Mataku tertumpu pada Faliq. Insan yang buat aku tersenyum. Yang selalu buat aku bengang. Yang selalu buat aku happy. Insan yang sabar menungguku. Sampai bila? Entahlah.. Tapi hatiku untuk Zahwan. Maafkan aku Faliq..