Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 15
Masih lagi rancak berbual dua sahabat itu. Gelak tawa silih berganti. Dari ramai pelanggan hingga sudah lengang. Masing-masing melepaskan  rindu setelah hampir lapan tahun tak jumpa. Mengalahkan perempuan. Dari cerita semasa study sampai sekarang, detail punya cerita.

Mengimbau zaman muda remaja, saat suka duka bersama. Mereka tiga sahabat sejak semester pertama di Uitm hingga tamat belajar.  Adil dan Faliq lah yang paling rapat. Kemana- mana mesti bersama. Tapi antara Adil dan Faliq, yang paling kecoh dan glamour sudah tentulah si Faliq. Siapalah tak kenal dengan Faliq Alfi, seorang yang sentiasa happy, sentiasa dengan senyuman dan peramah. Dengan sesiapa saja dia boleh masuk, dengan budak kecil , dewasa, tua, lelaki perempuan semua ngam dengan kepala gila-gila dia.

" Jadi, kaulah orang yang adik aku cerita tu ek! Yang selalu kacau dia."

" Dia mengadu dekat kau ke? Hahaha.. Sorry lah bro, aku suka usik dia. Aku nak sangat berkawan dengan dia, tapi nak berkawan je pun susah yang amat. Macam-macam dah aku buat. Dia layan pun tak. Fuh!!"

" Adik aku tu lain sikit, dia bukan jenis suka melayan, nak bersosial pun bukan dia suka. Yang dia tahu balik kerja duduk rumah, kalau tak kerja pun  duduk rumah. Kadang aku ajak tengok wayang pun, dia tak nak.." terang Adil.

" Itu yang bagus, bukan senang nak cari perempuan macam tu sekarang. Kalau aku tahu dia adik kau, lama dah aku try..." Semangat benar Faliq. Berbunga-bunga hatinya. Semakin yakin pada diri sendiri.

" Aik! Lain macam je ayat kau ni?!" Sinis.


" Hahahaa.. Mana tahu dapat jadi adik ipar kau ke.. kan..kan.." gelak besar Faliq. Merah muka menahan malu. Adil dapat syak sesuatu.

" Hohohoo.. Itu aku tak janji, kau kena usaha sendiri ya broo.."

" Jadi kau okey lah ni.. "

" Bab hati dan perasaan ni kau kena usaha sendiri dan pandai-pandai kaulah macamana nak pikat Aliaa. Aku tak campur. Tapi kalau sampai kau lakukan sesuatu dekat adik aku dan kalau nak rasa penumbuk padu aku ni. Silakanlah.." Adil memberi warning pada Faliq. Bergurau. Walaupun sekadar gurauan tapi memberi maksud yang sangat mendalam.

" Woii.. Woii.. Ini Faliq Alfi lah. Kalau dah sayang, sayang sampai ke mati. Nak dapatkan pun seksa takkan dah dapat nak sia-siakan pula. Kau bukan tak kenal aku kan. Insha Allah.. Tidak sama sekali broo.." kata Faliq penuh keyakinan. Mereka ketawa .

" Memanglah aku kenal kau dulu tapi berapa lama dah tak jumpa, kut-kut kau dah berubah jadi playboy ke kan.. Tak pasal-pasal adik aku jadi mangsa.." perhh!! Sinis juga ayat Adil.

" Hohoho.. Boleh tahan ayat kau ni. Hahaha.. Kau beb.. agak-agaklah. Aku masih macam dululah, masih bujang teruna, masih suci lagi.. Iman masih didada, Allah tetap dihati.. "

" Hahaha baguslah kalau macam tu. Aku ingat kau dah berubah.. Almaklumlah, Kerja kat Singapore kut.." perli Adil.

" Kalau nak jadi setan, tak payah kat Singapore beb, kat KL ni pun setan melambak, nak taknak je kan.."

Adil mengangguk-anggukan kepala. Dia kenal sangat sahabatnya itu, kenal hati budinya. Bagus juga kalau Aliq jadi adik ipar aku, tak payah pening aku nak fikir. Dah tahu a to z pasal Aliq,kata hati kecil Adil. Tersenyum.

Yang dia tahu, Faliq bukan seorang yang tukar-tukar pasangan. Nak bercinta pun dia menolak walaupun kawan perempuan keliling pinggang. Sekadar kawan saja. Bukan bercinta. Itu yang dia kenal Faliq.

"Okey lah Dil, aku kena gerak dulu ni. Ada kerja sikit.."  kata Faliq mahu minta diri untuk beredar. Jam di tangan dilihat, sudah jam 9.40pagi. Lama juga mereka berborak.

" Okey.. okey.. Sorry lah ambik masa kau."

" Ish! tak ada apalah. Kau kat sini sampai bila?"

" Aku cuti seminggu, lama lagi.."

"Ada free kang kita jumpa lagi. Tapi jangan lupa bawa adik kau sekali ye.."

" Amboiii..!!! Insha Allah.."

Mereka meninggalkan cafe dan menuju ke lobi. Setelah bersalaman mereka beredar. Faliq menuju ke lif dengan membawa bungkusan kuih yang tidak habis tadi. Nak ditinggalkan sayang, jadi dialah yang ambil bawa masuk office. Seronok hatinya hari ini. Hari yang penuh bermakna. Oh Aliaa.. Semakin dekat kau dengan aku, katanya.

Dia berjalan masuk ke office dengan wajah yang begitu ceria, menyanyi-nyanyi kecil. Boleh dikatakan semua rakan sepejabatnya memerhatikannya. Ada juga berbisik-bisik sesama mereka. Faliq buat selamba saja, tetap menyanyi.

" Amboii Encik Faliq. Happy nya hari ni. Berseri-seri muka tu. Umpan dah terkena ke?!" tegur salah seorang rakannya.

" Saya kan memang sentiasa happy. Pernah awak nampak saya marah tak?!" tanya Faliq semula.

" Memanglah, tapi hari ni happy luar biasa sikit lah. Ada berita gembira ke, meh lah share dengan kami.." sampuk seorang lagi.

" Saya rasa tak perlu kut share sebab kamu lebih tahu dari saya. Oh ya! Ni ada sikit kuih, abang kandung Cik Aliaa belanja. Yang keluar dengan Cik Aliaa semalam.." Faliq memerli dengan senyuman. Sengaja. Terkedu mereka berdua. Yang lain gelak perlahan mendengar perlian Faliq. Dua orang tu memang suka menyampai cerita. Kan dah terkena dengan Faliq.

 Bungkusan kuih tadi dihulurkan pada mereka. Mereka mengambil dengan wajah yang berubah kemerahan. Malu sendiri. Semalam punyalah bercakap macam-macam pasal Aliaa. Suka sangat jaga tepi kain orang. Tak tahu hujung pangkal cerita kemudian buat cerita sendiri. Hmm sabar jelah. Semalam Faliq langsung tak bersuara,dia nak pastikan cerita benar atau pun tidak. Dan hari ini, semuanya terungkai.

Faliq meninggalkan mereka. Lalu masuk ke dalam biliknya. Duduk di kerusi, menyandarkan badan. Handphone dikeluarkan dari poket seluar. Membuka aplikasi whatsapp. Menghantar pesanan whatsapp pada Aliaa.

" Hiii teman tapi mesra❀
Seronok berbual dengan bakal abang ipar tadi.
Kerja elok-elok ya,
πŸ˜™πŸ˜™"

Dan sent..

Faliq masih tersenyum sendiri. Dah seperti orang angau. Bila hati berbunga, wajah pun berseri-seri. Indahnya cinta pandang pertama. Oh! Aliaa..

Ting... Whatsapp dari Aliaa. Cepat-cepat dia baca.

" Gila meroyan..!!! πŸ‘ŠπŸ‘Š"

"Uitt.. Gila meroyan dia balas. Hahahaa.. Meroyan pun meroyanlah Aliaa, yang penting aku tak akan putus asa untuk milikimu.
 Ya Allah Ya Tuhanku..!! Bukakanlah pintu hatinya untuk aku.. Aaminn!!" katanya sendiri dan menadah tangan berdoa dan menyapu tapak tangan ke muka.

" Amboi Encik Faliq.. Berdoa nampak.." perli Nizam, yang tiba-tiba tercegat di muka pintu.  Terdengar Faliq bercakap sendiri. Tersengeh lawak.

" Alamak!! Malunya. Hahaha.."

" Tak payah nak malu sangatlah. Kalau saya pun saya buat benda yang sama. Cuma dengan berdoa jelah mampu kita buat, kalau niat kita baik, insha Allah, Allah akan kabulkan.. " kata Nizam.

" Betul juga kan.. Hmm.. Oya! Appointment jam berapa ni?"

" Tu yang saya datang ni. Appointment jam 10.00pagi. Jomlah pergi sekarang. Kang lewat pula.."

Tanpa berlengah mereka terus melangkah. Minggu ini Faliq tidak begitu sibuk, dapatlah dia relax sikit. Tapi minggu depan dia kena outstation ke Terengganu. Nak tengok projek baru di sana. Berapa lama, dia sendiri tak pasti. Harap-harap tak lamalah.

Tapi yang pasti, dia kena tinggalkan si Singa garang. Tak dapatlah tengok wajah ayunya. Sedangkan sehari tak dapat tengok wajah Aliaa pun dia dah macam hilang arah. Tak dapat tengok depan-depan, dapat tengok disebalik tiang besar bawah office pun jadilah. Mengintai disebalik tiang. Hehe..

Itulah yang dia lakukan tanpa Aliaa sedar. Hampir setiap pagi jugalah sebelum masuk office, pasti dia menyorok di balik tiang dan mengintai Aliaa. Sampai Mat Bangla Security tu pun tolong dia, bila nampak je Aliaa berjalan masuk ke lobi, cepat-cepat Mat Bangla tu beritahu Faliq. Punyalah dasyat si Faliq ni. Bukan tak nak terus bersemuka tapi belum masanya. Lagipun, kalau selalu muncul depan Aliaa, makin menyampah pula Aliaa padanya nanti. Jadi, nak atau tak nak, terpaksalah dia mengintai disebalik tiang dengan dibantu oleh Mat Bangla. Jadilah... 

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs