Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 10
Selesai meeting. Lega rasa. Sebenarnya mata aku dah mengantuk sangat ni. Boleh pula mengantuk waktu meeting, menguap-nguap je aku. Sampai Naim tegur. Entah kenapa jadi mengantuk gila macam ini. Tak pernah kut sebelum ni. Dugaan. Mungkin sebab terlebih makan tengahari tadi kut. Ada ke orang macam tu, ke aku je. Hehehe. Apa yang di meetingkan pun aku tak tahulah,  menahan ngantuk punya pasal. Selamatlah tak berapa nak penting.

Tamat je meeting, akulah orang pertama yang keluar dari bilik meeting. Cepat-cepat aku keluar. Semua mata tertumpu pada aku. Nasiblah. Aku terus menuju ke bilik. Kemas apa yang patut, matikan segala suis. Sedang aku menyusun fail yang berselerak, sebatang pen entah dari mana jatuh ke lantai. Aku menundukkan kepala dan badan mengambil pen yang terselit di kaki meja. Bila aku mahu bangun saja, punyalah sakit kepala. Gelap seketika pandangan. Cepat-cepat aku duduk di kerusi. Memicit-micit kepala. Mata aku pejam rapat. Dah kenapa dengan aku ni. Mungkin sebab aku tahan ngantuk kut. Entahlah..

Aku mengambil air mineral di satu sudut meja. Ku tuang air itu ke dalam gelas, memang aku sediakan air mineral dan gelas supaya senang nak makan ubat bila aku sakit. Sihat sakit tak tahukan, jadi standby lah apa yang patut. Aku teguk segelas air. Aku ambil ubat tahan sakit, paracemol di dalam laci dan telan dua biji sekali. Lalu ku teguk lagi air. Aku sandarkan badan seketika sambil memicit kepala.

" Beb..kau kenapa ni?! Tadi punyalah cepat nak balik. Kau okey ke tak ni.. ?!" muncul Naim dengan wajah yang agak kerisauan melihat keadaan aku.

" Entahlah. Tiba-tiba je sakit kepala. Tahan ngantuk kut.." jawabku .

" Pula. Habis kau nak balik macamana ni. Nak aku call abang kau.."

" Eh! Tak payah. Aku okey dah ni. Dah makan ubat dah.." aku menolak. Rasa kurang sakit sikit dah kepala ni. Lagipun aku tak nak menyusahkan abang. Sakit sikit je kut.

" Pucat sangat muka kau ni.."

" Kau ni macam tak biasa pula. Dah kau kata aku kalau tak sihat sikit pun dah macam mayat kan. Hahahaa.. " aku bergurau. Nampak benar risau diwajah Naim. Terima kasih sahabat.

" Kau ni.. Aku punyalah risau tengok kau macam ni. Boleh pula kau bergurau ek..!! Alia.. Aliaa.." keluh Naim.

" Masalahnya aku okey lah. Dahlah, tak payah nak risau sangat. Aku dah okey, so, sekarang aku nak balik.. Jumpa esok ya!! Byee..!"

" Oiii.. bertuah punya kawan.. " Naim menjerit kecil. Bengang dengan aku sebab tinggalkan dia sendiri di bilikku. Sengaja aku buat dia bengang. Lalu, dia pantas mengekoriku sambil mulut membebel. Aku hanya gelak, gelak dan gelak.

Kepala ada sikit ringan. Tak boleh nak layan sangat bila sakit, nanti makin mengada-ngada sakitnya. Selagi boleh lawan, lawan je. Nampak tak kedegilanku.

Aku dan Naim terus keluar dari office. Di depan lif, kelihatan Mira dan Kak Intan sedang rancak berbual. Entah apalah yang digosipkannya. Aku mencuit Kak Intan. Terkejut dia dan melatah ringan. Kami gelak semahunya. Lawak melihat reaksi Kak Intan. Wajahnya agak lucu.

" Apa yang syok sangat borak ni, sampai tak sedar saya dan Naim kat tepi akak ni." Tanyaku ingin tahu. Sengaja.

" Borak pasal kau lah, siapa lagi.." jawabnya selamba.

" Dah kenapa pula pasal saya?!" tanyaku lagi.

" Iya Cik Aliaa.. Cerita hot..!! " Mira mencelah.

" Hahaha.. Kau dah glamour sekarang beb, kalah retis kau.." Amboi Naim, sukanya. Aku mengeluh kecil. Bosan.

" Tadi tengahari, ada officemate Encik Faliq, nampak Cik Aliaa keluar pegang tangan dengan lelaki. Lepas tu, diaorang tanya dekat tunang saya, siapa lelaki tu? Tunang saya cakaplah tak tahu.. punyalah busy body diaorang nak tahu juga, naik rimas tunang saya. Kalah penyiasat.." jelas Mira dengan panjang lebar. Aku dan Naim berpandangan sesama sendiri dan terus gelak besar. Nak terburai perut gelak. Mira dan Kak Intan pelik melihat kami. Sungguh lawak.

" Hahahaa. Kejab.. kejab.. Tunang awak siapa Mira? Dia kenal saya?" tanyaku.

" Kenallah pun. Tunang saya,Nizam. Pembantu Encik Faliq. Yang selalu dengan Encik Faliq tu lah. Yang tukang hantar bunga dekat Cik Aliaa tu.." sambungnya lagi.


"Laaa.. Itu tunang awak ke!! Ya Allah.. mati-mati saya ingat itu orang yang kerja kat kedai bunga tu ha.. Sorry Mira.." Aduhai.. kasihan Mira. Jujur, aku memang tak tahu Nizam tu tunang Mira.

" Kau ni Aliaa. Agak-agaklah.. Hahahaa.." Sambung lagi gelak. Kali ini kami berempat gelak sakan.

" Gelak-gelak juga. Ni ha, akak pun nak tahu juga. Siapa lelaki yang keluar dengan kau tadi. Sampai kecoh office Encik Faliq tu dibuatnya. Akak ingat, akak lah yang paling kecoh rupanya dalam office dia pun ada lagi yang kecoh.." Kak Intan mencelah. Macam tergugatlah pula dengan kekecohan mereka. Aduhai..

" Untuk pengetahuan Kak Intan dan Mira, lelaki yang datang tadi, yang keluar dengan Aliaa dan yang Aliaa pegang tangan tadi tu sebenarnya abang kandung Aliaa lah.." terang Naim penuh keyakinan. Wakil aku. Aku hanya senyum jelah.

" Oooooooo okey.. Baru kami tahu.." panjang benar Ooo mereka ni. Serentak pula tu.
Sungguh lawak.

" Eh! Tapi selama akak kenal kau, akak tak tahu pun kau ada abang sehensem tu.." tanya Kak Intan lagi.

" Abang saya tak tinggal sini. Dia tinggal dan kerja kat JB. Jarang balik pun. Hari ni je entah apa mimpi dia nak buat surprise kat saya." kataku.

" Okey.. Okey.. Okey..!! Baru kami faham. Nanti saya kena info tunang sayalah, perbetulkan keadaan.."

" Eh..!! Rasanya tak payah dulu kut Mira, biar jelah dulu. Kang tunang awak mesti cerita kat Faliq. Biarlah Faliq tak tahu,.. " Aku sengaja tak bagi Mira cerita hal sebenar dekat tunangnya. Habislah kantoi nanti. Aku ada plan baik punya. Harap- harap plan aku ni menjadi.

" Pula.. okey Cik Aliaa, bisa diatur.." Mira memang sporting.

Kami terus menaiki lif padahal dah banyak kali pintu lif terbuka dan tertutup. Kami sibuk layan borak. Dalam lif pun tak habis borak. Terasa glamourlah pula. Ni semua sebab Faliq. Tak pasal- pasal aku pun terlibat. Sabar jelah.

Sampai di lobi, kami berpisah arah. Aku  berjalan menuju ke parkir kereta. Naim pula dijemput oleh kawannya. Tinggallah aku sendirian. Sampai sahaja di kereta, baru saja aku mahu masuk ke dalam kereta. Faliq menjerit memanggil aku berkali-kali. Aku menutup semula pintu kereta.

" Hmm.. Kenapa?" tanyaku malas setiba dia dihadapanku.

" Cepatnya nak balik. Minum jom.." pelawanya.

" Terima kasih jelah ye Encik Faliq. Saya dah penat, nak balik, nak rehat.." jawabku acuh tak acuh.

" Awak ni kan, lama dah saya ajak minum. Langsung tak nak. Tak kasihan dekat saya ke.?!" merajuk konon. Ada aku kisah.

" Alalaaa, kasihannya. Kan saya dah cakap banyak kali, saya tak suka dan tak boleh keluar dengan awak.." kataku tegas.

" Iya saya tahu dan ingat pun tapi dengan saya awak tak nak keluar, dengan orang lain, boleh je.." Mahu tergelak aku. Nada jelous nampak. Hahaahaa.
 
" Orang lain apa? " sengaja ku tanya. Padahal aku tahu dah maksud Faliq tu.

" Tadi tengahari saya nampak awak keluar dengan lelaki, cuma saya tak nampak je muka lelaki tu. Kalau saya nampak mahu je saya siasat. Officemate saya pun nampak. Siapa lelaki tu?!" Sah!!! Faliq memang jelous. Kiikikikiki.. Plan hampir menjadi. Yessss!

" Ohhh!! Hmm.. Itu tunang saya. Dia datang buat surprise kat saya.. Okeylah, saya nak balik dah ni. Malam ni nak jumpa tunang saya. Assalammualaikum. Bye..byee!!!"

" Ha!! Tunang?! Tapi awak cakap.. Eh! Aliaa sekejab.." terkejut beruk dia.

Tanpa mempedulikannya, aku terus masuk ke dlaam kereta dan mula memandu meninggalkan Faliq yang masih terpinga-pinga dengan jawapan ku tadi.

" Hahaha. Kan dah kena, tulah. Suka sangat cari pasal dengan aku. Ambil kau.." Jahatnya aku. Tak apa, biar dia rasa susah nak dekati aku. Bukan senang nak berkawan aku tau. Amboii.. Berlagak pula aku ni.

Aku tahu, Faliq memang nak sangat berkawan rapat dan rapat lagi dengan aku. Nak aku jadi Teman tapi mesra. Tapi aku tak endahkan. Aku tetap jual mahal. Aku tetap bertegas. Faliq memang seorang yang baik. Walaupun macam-macam aku cakap, tapi dia tetap cool je. Tapi sampai bila? Sampai bila dia nak mencuba dan terus mencuba? Sedangkan hati aku masih ku simpan untuk Zahwan. Ya! Hati aku untuk Zahwan. Hanya untukmu Zahwan.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs