Haa!! Jam 8.20pagi?! Biar betul!! Berkali-kali aku menggosok mata, ku tengok jarum jam tu betul ke tak. Tak puas hati, ku tengok pula di handphone. Alamak!! Aku terlewat bangun. Matilah, dahlah pagi ni ada janji dengan Cik Erisya. Tak tahu pula dia nak bawa aku kemana. Katanya jam 9.00 pagi, dia ambil dekat office. Setahu aku, dia tengah cuti sekarang ni. Hmm.. Ikut jelah.
Kelam-kabut sungguh aku pagi ni, selamatlah baju sudah ku gosok awal, kalau tak memang bertambah huru-haralah hidup aku. Boleh pula tertidur selepas subuh tadi, terus terlajak pula tu. Aku menyumpah diri sendiri, tak nak dah tidur lepas subuh lagi. Aku juga yang susah jadinya. Selamat jugalah aku ni jenis simple, pakai tudung bawal je, mudah pakai. Kalau pakai shawl, nak belit sana sini, melecehkan aku. Kadang-kadang je, kalau rasa mood rajin. Aku ni semua ikut mood. Iyalah.. hidup sorang, pakwe tak ada, suami tak ada. Lainlah kalau ada, iya tak.. Tapi, bagi akulah, kalau ada pakwe pun rasanya tak perlu kut nak lawa-lawa bagai mengalahkan artis. Tak payah jadi hipokrit sangatlah. Tunjukkan diri sebenar lagi baiklah kan. Lainlah kalau dah bersuami.
Aku terus mengambil handbag dan mencapai handphone diatas meja. Ku mencari kunci kereta diatas meja lampu tidurku, mana pula perginya ni. Dahlah nak cepat, hilang pula. Ke aku yang lupa letak mana. Aduhaiii... aku cari pula di dalam handbag, pun tiada. Masak macam ni masakk!! Aku meluru ke ruang tamu pula, fuh!! Terletak cantik kunci kereta atas meja kopi. Aku senyum. Terlupa dah..!! Kalau dah kelam-kabut macam ni, memang semua boleh lupa. Apapun tak boleh. Huhu..
Aku terus melangkah keluar, kasut bertumit tinggi berwarna hitam ku sarung dikaki. Jalan laju menuju ke pintu pagar pula. Ada sebuah kereta di hadapan rumah. Kereta siapa pula ni? Tanyaku sendiri. Risau pula aku, kut-kut penyangak ke. Sekarang ni macam-macam kes terjadi. Lagi pula aku duduk sorang. Seramlah pula. Aku tak jadi buka pintu pagar tu. Ku perhatikan je kereta tu, mengintai dari celah-celah besi. Aku keluarkan handphone dari handbag, kalau ada je yang mencurigakan aku terus call balai.
" Kereta siapa pula ni, dahlah aku dah lambat. Cari pasal lah.. " merungutku sendiri. Tak boleh jadi ni, takkan nak tunggu je macam ni. Aku ambil keputusan, buka pagar, beranikan diri hampiri kereta tu. Apa jadi pun jadilah, nekad punya pasal. Yang penting aku nak office sekarang ni. Aku intai ke dalam kereta tu, satu apapun tak nampak. Gelap tak nampak apa-apa pun. Boleh pula letak cermin gelap, kalau kereta aku letak tinted gelap macam ni, confirm kena saman dengan JPJ, agaknya ni kereta anak Tuan JPJ kut. bisikku lagi. Yang macam-macam pula aku merepek. Aku ketuk-ketuk tingkap dan pintu kereta tu. Mahu bergegar jugalah.
" Hellooo.. helloo.. kereta siapa ni?! Tolonglah alihkan, aku dah lambat ni.. aduhaiii lah. Kalau iya pun, parkinglah depan lagi, yang pergi block rumah aku ni dah kenapa. Tak ada kesedaran sivik betullah. Harap kereta je besar, otak kecil.. " aku terus membebel. Geram bercampur bengang. Apa aku nak buat ni. Sakitnya hati. Okey.. Tak apa. Aku bagi peluang lima minit je, kalau tuan punya kereta ni tak datang dan tak alihkan kereta ni, aku call polis. Biar padan muka dia. Mengganggu ketenteraman awam betullah.
" Haaa !! " Terkejut gila aku. Disergah dengan seseorang. Mahu tercampak kunci kereta ni. Turun naik nafasku. Ni bukan nak bercabut jantung lagi dah ni, terputus nyawa terus.
" Ooiiii... Gilalah dia ni. Awak rupanya. Eee.. geramnyalah. Boleh pula main-main. Ingat ni lawak ke.. Gelak.. gelak..." kalau ikutkan hati marah aku ni, nak je aku cekik-cekik si Faliq ni tau tak. Biar rasa nak putus nyawa. Dia terus gelak berdekah-dekah.
" Hahahahahaaa... Sorry.. sorry..!! Hahaha.. Aduhaii.. sakit perut gelak.. Okey.. relax!! Cool..!!" Aku sikit pun tak senyum.
" Apa relax.. apa cool.. Saya dah lambat tau tak? Dahlah, malas layan. Tolong alihkan kereta awak sekarang juga.." aku tegas .
" Jom saya hantar.." pelawa Faliq.
" Eee tak payah.. tak payah..!! Saya boleh drive sendiri lah.." aku melangkah ke dalam semula.
" Kalau awak taknak saya hantar, saya pun tak nak alihkan kereta ni. Dah lambat kan.. kan.. kan..?!" Faliq menjerit. Aku memberhentikan langkah.
" Faliq.. Please lah..!!" Aku menoleh padanya.
" Jom saya hantarkan.." lembut je suaranya. Hmm.. aku tak ada pilihan lain. Terpaksa setuju juga. Memandangkan sudah jam 8.55pagi, berdebat punya berdebat kang. Tak pasal-pasal lagi lambat. Aku tak jawab iya atau tidak, menghampiri kereta itu. Sebelum masuk ke kereta aku mengunci semula pintu pagar.
Tersenyum lebar Faliq.
" Lama saya tunggu awak tadi. Saya bagi salam tak berjawab. Saya call pun tak berjawab.. " katanya memulakan perbualan.
" Pernah ke saya jawab panggilan awak? Tak kan..!" Balasku.
" Memanglah.. " jawabnya ringkas. Aku terus mengeluarkan handphone.
" Banyaknya missed call..!"
" Ha!! Tahu tak apa.." Aku sengeh. Lebih dari 30 panggilan tak berjawab. Semua dari Faliq. Terasa bersimpati pula.
" Sorry lah. Lepas subuh tadi, saya tertidur. Sekali bangun tengok jam dah lapan lebih, huru-haralah jadinya. Handphone saya tengok jam je. Tak perasan pula bunyi handphone.. Sorry ek?!" Jelasku. Ini pertama kali tau aku minta maaf. Rasa bersalah. Tapi dia relax je. Tak pula marah ke membebel ke. Senyum adalah. Kalau abang ni, confirm dah bernanah telinga aku.
" Tak apa. Lepas ni, kalau saya call. Jawablah ye. Risaulah. Macam tadi, saya tunggu lama dari 7.30pagi, saya call tak jawab, whatsapp tak reply. Tapi kereta ada. Kalau ada apa-apa terjadi dekat awak kat dalam rumah macamana? Apa saya nak jawab dekat abang awak? Sikit je lagi saya nak panjat pagar, tak lama awak keluar. Baru lega hati.." katanya panjang. Aku membisu. Betul juga apa dia cakap.
"Okeylah.. lepas ni saya jawab dan terima kasih ambil berat.."
" Saya taknak jadi munafik tau.."
" Aik!! Kenapa munafik pula..?" Tanyaku kurang faham.
" Bila bercakap didustai. Bila berjanji dimungkiri dan bila dibagi amanah dikhianati. Saya dah janji dengan abang awak, dah terima amanah dari dia untuk jaga dan tengokkan awak. So, kalau saya tak buat ni semua ni saya dah dikira golongan munafik. Ish!! Taknak saya..."
Jelasnya dengan panjang lebar. Terharu pula rasanya. Nak berjanji dan menerima amanah itu memang mudah tapi nak tunaikan janji dan amanah tu bukan mudah. Terima kasih Faliq, sikit-sikit kau menyedarkan aku. Aku ni pun, tak pernah ambil berat bab-bab ni. Biasalah, aku ni. Kena diketuk baru tersedar. Huhu.. Aku senyum. Eh..Eh!! Cik Erisya. Aku nak call dia tadi, boleh lupa pula. Dah 9.00 pagi dah ni.
Tanpa buang masa, aku terus menghubungi Cik Erisya. Lega!! Cik Erisya pun terlewat juga, ada hal sikit. Dalam jam 11.00 pagi nanti baru dia ambil aku. Kalau aku tahu, tak lah aku kelam-kabut pagi tadi dan taklah aku naik dengan Faliq ni. Salah aku jugalah, kenapa tak baca whatsapp. Cik Erisya dah whatsapp awal-awal pagi tadi. Apalah malang nasib aku hari ni. Tulah akibatnya tidur selepas subuh. Semua benda jadi tak kena.
" Eh! Awak tak kerja ke?! " tanyaku.
" Hari ni saya cuti. Letih.. Ingat nak duduk rumah je.." katanya.
" Dah cuti tapi datang ambil saya pula. Kan menyusahkan namanya. Elok tidur je kat rumah.."
" Tak ada istilah menyusahkan untuk awak ,Aliaa. Apapun untuk awak.." Senyum. Aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Nanti cakap lebih-lebih kang dia pula buka cerita pasal hati perasaan ni. Taknak aku. Dari tak terus bercerita lebi baik aku diamkan. Hmm.. kalaulah disebelah ku ini adalah Zahwan. Bahagianya hidup. Aduhai.. Aliaa oh Aliaa..!!
Jangan buat hal. Kasihan Faliq. Aku tampar pipi sendiri, biar sedar dari bayangan Zahwan. Pedih jugalah tampar pipi sendiri. Ku gosok pipi.
" Yang awak pergi tampar pipi sendiri tu dah kenapa? Mimpi ke!! Hahahaa.." Alamak!! Faliq perasan lah pula. Jujur cakap, malu gila aku. Merah semerah-merahnya muka tahan malu. Apa yang ting tong sangat aku hari ni. Tulah, tidur lagi selepas subuh. Huhu... Aku sengeh lagi. Takkan nak cakap aku ingat Zahwan pula kut kan, tak pasal-pasal aku kena naik bas kang.
" Kita breakfast dulu ya.." sambungnya.
" Ha?! Breakfast..??
Aduhaiii.. Lupa lagi. Pagi ni kan sepatutnya aku kena breakfast dekat office, semalam dah plan. Macamana ni ek..
" Alaa.. tapi saya dah plan nak breakfast dengan officemate pagi ni. Kak Intan buat makanan.. Next time je boleh tak?!" jelasku.
" Tapi saya lapar ni, tak makan apa-apa lagi ni tunggu awak punya pasal. Sekejab je ya.. atau awak call Naim, info dia suruh tinggalkan makanan tu untuk awak. Boleh kan..kan.." Pula dah. Hmm.. Tulah aku apasal tak jawab panggilan dia tadi. Kan dah masalah jadinya. Aku terus whatsapp Naim.
" Okeylah.." jawabku ringkas.
" Macam tulah. Ni yang bertambah sayang dekat awak ni.." katanya gurau. Eeeee.. mengada pula dia.
" Eeee.. tak payah nak sayang sangat ye. Ni saya temankan awak , naik kereta awak ni pun sebab simpati dan nak tebus salah saya sebab awak tunggu dari pagi tau. Silap saya tak tengok handphone.. Kalau tak, jangan haraplah.." kataku sambil menjeling padanya.
" Ooo macam tu pula. Tak apalah, simpati pun simpati lah. Janji dapat breakfast dengan Cik Aliaa si garang ni kan.. Hahahaa..!!" Amboii.. besarnya dia punya gelak.
" Ni awak ada minta izin abang saya tak ni.."
" Dah abang awak amanahkan awak dekat saya kan. Tak payah minta izin lah.. kira green light je lah.. Betul tak.." Faliq mengenyitkan mata dekat aku.
" Apa awak ingat awak boleh buat suka-suka lah ye.."
" Hahaha.. taklah macam tu. Saya dah info dialah dari semalam lagi. Kalau tak caya, call lah dia, tanya dia.. Saya pun nak call dia sekejab lagi, nak minta upgrade sikit.."
Aku tercengang. Upgrade apa pula ni?
" Upgrade apa?!" Tanyaku ingin tahu.
" Minta upgrade lah.. Dari amanah tengok-tengokkan awak kepada amanah untuk jadikan awak bidadari saya. Okey kan?!" Selamba je dia.
" Eeeeee.. dah startlah gila dia ni datang. Jangan nak cari pasal ye... " Aku menjeling padanya. Dia sambung gelak dan gelak.
Ada je idea nak kenakan aku. Redha jelah Aliaa.