Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 24
Yeahhh!! Sampai kampung. Melonjak hatiku gembira, dah seperti budak kecil pula. Bukan senang nak bercuti balik kampung dengan abang. Susah sangat. Kadang- kadang setahun sekali je balik kampung, waktu hari raya. Nak harapkan aku balik seorang , memang jangan mimpilah. Aku pun busy kerja juga. Sebenarnya malas nak memandu. Hehe...

Abang memberhentikan kereta betul-betul di depan tangga  rumah. Rindunya rumah ni. Rumah pusaka arwah atuk nenek kami. Masih cantik lagi. Rumah legend ni. Susah nak jumpa rumah papan macam ni sekarang. Majoriti rumah kampung semua tak ada dah papan kayu, semuanya batu. Dah moden katanya. Serupa rumah-rumah bandar juga. Dah tak ada nilai klasik dan dah tak ada nilai tradisionalnya.

Aku bergegas keluar dari kereta dan berlari mencari Mak Long. Beberapa kali ku memberi salam tapi tiada sahutan. Tingkap terbuka, pintu dapur pun terbuka. Mungkin Mak Long ada di dapur kut, aku meneka. Aku masuk ke dapur, pun tiada kelibat Mak Long. Aku kembali keluar. Abang mengangkat beg pakaian dan meletakkannya di tepi beranda.

" Mak Long tak adalah bang.." kataku.

" Ada tu. Kat belakang kut.." Abang berjalan menuju ke pangkin bawah pokok pelam. Masih sama pangkin seperti dulu, tempat kami lepak di waktu petang sambil pekena cucur bilis dan air kopi ketika dulu. Seronoknya. Lama dah tak merasai suasana tu. Rindu zaman kecil. Aku mengekori abang. Motor Pak Long pun tiada, mesti dia pergi kebun. Mengusahakan kebun pisangnya.

" Abang.. apa kata abang ambil kelapa muda tu. Sedap ni minum air kelapa muda.." pintaku.

" Macamana nak ambil.." abang menggaru kepala dan mendongak memandang kelapa di atas pokok. Aku gelakkan.

" Abang panjatlah. Takkan tak tahu panjat kut. Nama je lelaki.."  aku perli.

" Kalau panjat pokok rambutan ke pokok pelam ni ke, bolehlah dik. Ni pokok kelapa.. Ish!!! Tak retilah abang.." jawab abang. Lalu duduk disebelah ku.

" Apasal monyet selamba je panjat.." kataku selamba.

Tukkk!!

" Adoiii.. sakitlah.." Aku menjerit kecil. Abang ketuk kepala aku dengan batang ranting sebesar ibu jari. Sedap jugalah kepala ni kena ketuk.

" Padan muka. Yang pergi samakan abang dengan monyet tu dah kenapa? Hensem-hensem macam ni disamakan dengan monyet pula.."  Aku gelak sekuat hati. Abang hanya senyum.

" Tu ada galah tu kat belakang sana, pergi ambil.." muncul Mak Long tiba- tiba dari belakang pokok pelam dengan membawa sebiji buah nangka muda.

" Mak Long...!!" Aku menjerit dan terus memeluk erat Mak Long. Rindunya dengan Mak Long. Sangat rindu. Rasa tak nak lepaskan je pelukkan.

" Kenapa kurus sangat ni dik. Tak makan ke?! Haa Adil, apasal adik kurus sangat ni.." Mak Long memegang tanganku, melihat setiap inci tubuhku. Abang mencium tangan Mak Long.

" Mana ada kurus Mak Long, adik sama jelah. Mungkin jarang nampak tu yang Mak Long kata adik kurus kut.." kataku. Abang diam.

" Hmm.. Dahlah jom masuk. Mak Long nak masak ni ha, masak lemak ikan masin campur nangka.." Mak Long mengambil nangka yang diletakkan di kerusi kayu. Dan aku berjalan mengekori Mak Long.

Abang mengambil galah dan mengait buah kelapa muda. Wah bestnya, dapat minum air kelapa muda. Suasana kampung macam ni sugguh mendamaikan hati dan jiwa. Tenang setenang tenangnya. Hanya dengar bunyi kicauan burung, bunyi ayam berkokok macam-macam lagilah. Nyaman je rasa.

Aku menolong Mak Long masak didapur, macam-macam yang kami bualkan. Soalan demi soalan kami ajukan. Diselang-seli dengan gelak tawa silih berganti. Terubat rindu dengan Mak Long. Tidak lama kemudian, abang masuk dengan membawa sejug air kelapa muda siap dengan isinya sekali. Terliur aku. Abang masukkan semangkuk ais kiub didalam jug air kelapa itu. Dikacau sebati dan  dituang ke dalam dua gelas. Satu diberi kepada aku dan satu dia. Aku meneguk air kelapa muda, fuh!! Nyaman rasa tekak aku. Sedapnya, manis dan bergas pula tu. Betul-betul power lah air kelapa muda ni. Layan..

Sedang kami rancak berbual, kedengaran bunyi motor Pak Long. Muncul lah Pak Long dimuka pintu dengan membawa beberapa biji buah pisang tanduk kekuningan. Kami bersalaman dengan Pak Long.

Nampak semakin tua dah Pak Long. Sedih tengok  tapi masih kuat lagi. Masih kuat bekerja. Kami duduk semeja berbual panjang.

" Duduk sini jelah dik, tinggal dengan Mak Long je. Adalah tu karang orang datang meminang. Ada juga kawan Mak Long dekat sini.." cadang Mak Long. Abang gelakkan aku.

" Ish..!! Taknaklah.." aku mencebikkan muka.

" Adik ni je yang jual mahal Mak Long. Ada je orang nak dia tapi dia kata nak tunggu putera kayangan datang meminang. Mana datang putera kayangan entah.." Abang mulalah dia kenakan aku. Pandaikan abang aku. Sabar jelah.

" Tak payahlah nak tunggu putera ke puteri bagai. Umur tu kalau makin muda remaja tak apalah juga. Kang sampai dah berkedut seribu tak juga kahwin, bukan putera yang datang tapi atok kebayan datang meminang. Baru padan dengan muka.."

Kami gelak besar dengar Mak Long bercakap. Sampai nak pecah anak tekak, dengan memek muka Mak Long. Memang lawak. Pak Long hanya senyum dan terus melayan rokok daunnya.

" Yang Adil pula, bilanya nak kahwin? Kereta ada, rumah ada, kerjaya ada tapi bini tak ada.." Terdiam abang bila Pak Long bersuara. Senyum simpul lah konon.

" Abang ni pula, dia nak tunggu Puteri Bunian datang melamar. Tu yang sampai sekarang tak nak kahwin. Abang lagilah dah tua.." giliran aku pula kenakan abang. Hahahaa..!! Rasakan, best tak?!

" Alaa Pak Long lelaki tak apa, lelaki besar tanggungjawabnya. Kena betul-betul bersedia.." Ceh!! Mempertahankan diri konon.

" Ha.. baguslah tu. Sorang tunggu putera kayangan yang sorang tunggu puteri bunian. Elok sangatlah tu.  Sampai ke tua macam Mak Long lah jawabnya korang tak kahwin. Budak sekarang ni kalau dicakap, ada je jawapannya. Tak bersedialah, belum buka pintu hatilah, belum itu belum inilah. Jadi, apa yang sudah?! Pening-pening.."  Kan Mak Long dah start membebel. Aku pandang abang, abang pandang aku. Kami gelak serentak. Pak Long pun join gelak sama. Pak Long menggeleng melihat gelagat kami.

Borak punya borak, siap juga hidangan makan tengahari kami. Bau ikan masin masak lemak nangka memang sangat menyelerakan. Ditambah pula dengan ayam masak merah, sotong masak kunyit, sayur campur dan ikan selar goreng,  memang sepinggan makan tak cukup ni. Semua masakan kampung, kegemaran abang.

Seronok sangat dapat makan semeja. Teringat arwah ibu dan ayah. Dulu, kalau kami balik kampung je, Mak Long mesti masakan ayam masak merah untuk kami sampai sekarang  Wajib . Sebab ayam masak merah makanan kegemaran ayah dan ikan masin masak lemak kegemaran ibu pula. Dua lauk ni memang paling best sebab tu aku dan abang pun suka sangat masakan ni. Selera kami sama dengan selera ibu dan ayah. Rindunya dekat ibu dan ayah.

Adik rindu ibu..!!
Adik rindu ayah..!!

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs