Bab 1
Aku masih lagi duduk termenung memandang kosong ke dinding. Rasa malas betul hari ini. Nak buat kerja pun tak ada mood. Fikiran ni asyik pada dia je. Gilalah macam ni, aku sendiri pun tak tahu sampai bila aku masih nk mengharap dia, nak menunggu dan menanti dia. Sedangkan dia, entah ingat aku lagi atau tak. Oh Aliaa!! Dah kenapa dengan kau ni. Serabut dah kepala.
Ini semua kerana janji dia, janji yang aku pegang dari dulu sampai sekarang. Hati aku sudah ku tinggalkan di lautan kasih Zahwan. Mengapa semua ini harus berlaku.
" Oiii makcik..." terjah Naim .terkejut beruk aku. Tiba-tiba je muncul si Naim depan mata. Fuhh!! Mahu mati sakit jantung aku. Terhenti segala lamunanku.
" Kau ni... terjah je masuk, apasal tak ketuk pintu dulu ?" marah aku , berkerut dahi.
" Helloooo... banyak kali aku ketuk pintu sampai nak tumbang pintu tu ha. Kau yang termenung tak sedar.. Nak marah aku pula.." Naim mencebik, merajuk lah konon. Ceh! tahulah hati tu banyak sangat bunga-bunganya.
" Oyeke..sorrylah.." aku perlahankan suara. Tak ada mood nak borak. Naim memandang aku sinis, seperti memahami apa yang sedang bermain di fikiran aku. Aku selamba je lah.
" Kau ni mesti ingat Zahwan kan?! " teka Naim.
" Eh! Mana ada. Memandai je kau kan.." aku mengelak.
" Sudah lah tu Aliaa. Sampai bila kau nak tunggu dia. Lupakanlah dia Aliaa, bukan nya dia ingat kau pun.." aku memang tak boleh tipu si Naim ni. Tahu je dia. Aku menyandarkan badan ke kerusi. Bermain-main dengan handphone.
" Entahlah Naim. Makin aku nak lupakan dia, makin aku rasa dia dekat dengan aku. Ishh!!! entahlah.." aku menekup muka dengan tapak tangan. Mencari kekuatan.
" Kau boleh Aliaa. Tak payahlah kau mengharap dia lagi. Beb.. 7 tahun beb, 7 tahun kau tunggu dia. Apa kau dapat? Kau sia-siakan hidup kau dengan menunggu dia. Hey Aliaa.. dia dah bahagia dengan isteri dia kut. Tapi engkau??" Tepat biji mata Naim pandang aku. Macam singa.
" Tak apalah kalau dia bahagia, aku pun tumpang bahagia. Aku cuma nak tahu khabar dia je dan janji dia." jawab aku.
" Kau tak habis-habis dengan janji dia. Janji tinggal janji je Aliaa..hmm.." Nada suara Naim perlahan. Aku senyum je.
Memang Naim selalu nasihatkan aku supaya lupakan Zahwan. Tapi aku tetap degil, aku tetap tunggu dia,tetap ingat dia. Bukan mudah nak lupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku yang pernah buat hidup aku bahagia walaupun sebentar cuma. Iya..memang semua kerana janji dia. Kerana janji aku masih setia menanti .
Dasyat betul penangan cinta Zahwan. Kadang bila aku fikirkan semula. Memang tak sangka, 7 tahun aku menanti dia , lama. Kalau lah aku kahwin, anak dah 3 atau 4 orang. Tapi apa daya aku, hatiku hanya untuk Zahwan seorang. Aku yakin dan aku pasti, suatu hari nanti dia akan muncul dalam hidup aku. Ya!! Dia akan muncul. Tapi .. Apakah dia masih ingat padaku lagi? Ingat lagikah dia pada janji yang pernah dia lafazkan dahulu? Adakah dia juga menunggu dan menanti aku? Ahhh!! itu tak penting. Yang penting dia muncul depan aku. Degilnya aku.
Kalau abang Adil tahu perkara ini, mesti dia marah aku bertubi-tubi. Ni lagi sorang, sibuk dengan kerja sampai dengan adik sendiri pun lupa. Oh!! abangku sayang. Tahu tak adik rindu abang. Huwaaa!!!
Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.
Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.