" Kalau tak silap, ni Adil kan..?! Adil Hafiz. Betul tak?!" Faliq menghampiri kami dan tertanya pada abang. Aku terdiam. Mula rasa pelik.
" Iya.. Adil.." jawab abang ringkas.
" Ya Allah..!! Bro, kau tak kenal aku ke?! Aku lah Faliq Alfie, adik Asnida. Ex girlfriend kau dulu masa study.. Ingat tak?! Tak kan sahabat kau ni pun kau lupa kut.."
" Aliq?? "
" Iyalah. Aku lah Aliq.. "
" Allahuakhbar.. Ingat-ingat. Apa khabar kau.." mereka bersalaman dan berpelukan.
Dah pula, jejak kasih . Aku pula tersentak, terpaku, terkedu segala terrr lah. Boleh pula mereka ni kawan lama. Aduhaiii... Gagal plan aku. Hampa!. Aku menyaksikan dua sahabat yang dah lama tak jumpa dan terjumpa di sini pagi ini. Aku diam membisu.
" Lain sangat kau sekarang ni, tak kenal aku beb.. " kata abang pada Faliq.
" Adalah sikit berubah tapi ingatan aku tak pernah lupa kau Dil. Rindu gilalah dekat kau.."
Hmm.. bila lelaki berjumpa, kalah perempuan. Rindu sampai gila konon, dah memang awak tu gila. Gerutuku didalam hati. Hmm...
" Eh! Lupa pula. Ni kenalkan adik kesayangan aku merangkap buah hati aku. Aliaa.. " Alamak abang ni, nak kenal-kenalkan pula. Kalau boleh tak ingin aku nak kenal dengan mamat gila ni. Aku buat muka bosan.
" Ha? Ni adik kau? Aliaa Sofea ni adik kau? Bukan tunang kau? " Tanyanya bertubi-tubi. Terkejutlah sangat konon. Hmm..
" Iyalah . Nilah satu-satunya adik aku. Mana datang tunang pula.. "Abang memandangku pelik. Seperti faham je maksud Faliq. Aku selamba je. Hehe..
" Alhamdulilah.. Allah permudahkan segalanya.." Aku menjeling padu pada Faliq, dia boleh pula tersengeh, senyum sampai telinga. Yang tak boleh blah tu, sempat pula menyengitkan mata dekat aku. Geram je.
" Eeee.. tak payah nak mengada-ngada sangat ye.."
" Korang kenal ke?!" abang meneka.
" Hahaha.. Siapa jelah yang tak kenal dengan Si Singa meroyan ni bro.." makin membakar hati aku. Berani dia cakap aku singa meroyan. Dengan pantas kilat, aku terus pijak kaki dia dengan hujung kasut tumit tinggiku. Ambil kau, dahlah tajam kasut tumit ni. Mahu berlubang kaki. Ada aku kisah. Padan muka!!
" Aduhhh!!! Sakitlah.." Faliq mengerang kesakitan.
" Padan muka. Berani cakap saya singa meroyan depan abang saya kan. Rasakan..!!"
" Adik?! " abang menarik tanganku rapat kepadanya. Abang hanya senyum je.
" Kau okey ke tak? Sorrylah adik aku ni memang kasar sikit.." kata abang.
" Okey.. Okey.. sikit je ni.." berkerut-kerut dahi dia menahan sakit. Aku gelak kecil.
" Jom breakfast sekali. Boleh borak panjang.." pelawa abang. Aduhaii abang. Dipelawa pula. Menyirap darah aku.
" Okey juga tu. Jom.. jomm..!!" Sudah ngantuk disorong bantal. Pantang dipelawa. Jom aje. Aku nak tak nak terpaksa ikut jugalah.
Mereka berdua rancak berbual. Aku berjalan sebelah abang. Gelak tawa mereka sungguh meriah. Sampai di cafe, aku terus ambil makanan. Aku hanya ambil dua sandwich tuna dan air nescafe suam saja. Abang dan Faliq masih memilih makanan lagi. Biarlah mereka. Aku meghirup air nescafe. Nyaman rasa tekak. Sekeping Sandwich ku telan perlahan-lahan. Satu habis satu lagi ku ambil. Perut lapar pula.
Hampir habis dua keping sandwich. Baru mereka tiba. Banyak makanan abang ambil. Ada tiga jenis kuih iaitu kuih bingka tepung,kuih keria dan kuih pau kelapa serta sepinggan nasi lemak telur mata. Abang meletakkan kuih itu di hadapanku.
" Banyaknya abang ambil makanan. Siapa nak makan semua ni?" tanyaku. Abang duduk disebelahku, manakala Faliq duduk dihadapan abang tapi badan menghadap aku. Sikit pula mamat ni makan. Hanya sekeping roti bakar dan air teh tarik.
" Adik lah makan,tadi kata lapar kan.." jawab abang.
" Adik dah makan dua keping sandwich dah bang.." kataku.
" Kalau tak habis nanti bungkus bawa ke office, kang boleh makan.."
" Sikit kau makan Liq? Bukan kau kuat makan ke?" Tanya abang pada Faliq pula.
" Hahahaa.. tu dulu. Sekarang tak lagi dah. Lagipun aku dah makan dekat rumah tadi, mama buat mee goreng.." jelasnya. Aku terus mengunyah. Malas nak layan perbualan mereka. Padahal malas nak menghadap Faliq.
" Mama papa kau sihat? Lama sangat tak jumpa mereka.."
" Alhamdulilah, sihat walafiat. Bro.. aku memang tak tahu kau abang Aliaa, kalau aku tahu, lama dahhh..." Faliq manja pada aku. Eeee menyampah pula.
" Apa lama??" Aku membeliakkan biji mata pada Faliq. Boleh pula buat " peace " dekat aku.
" Hahaha.. Kau lupa ke, kan aku ada adik perempuan.."
" Memang tahu tapi mana pernah kau kenalkan ke tunjuk ke. Just kau cakap je kut.." Mamat ni kadang-kadang pelik juga. Tak kan semua benda nak info dia.
" Habis.. tak akan abang saya nak info semua pasal saya dekat awak kut. Tak kenal awak pun lagi baiklah.." aku sengaja menyampuk. Abang cuma gelakkan je.
" Elehhh.. sekarang memanglah cakap tak kenal pun lagi baik tapi kang menyesal sebab tak kenal saya dari dulu tau. Calon suami terbaik ni tau tak.." Makin gelak besar abang.
" Perasan tak sudah. Apalah nasib abang dapat kawan macam ni. Gila.."
" Memanglah gila, awak yang buat saya gila, mujur Adil abang awak, senang sikit.. kan Dil kan.. hahaha.." dia mengenyitkan mata dekat abang. Abang gelak dan gelak.
" Sakit jiwa betul layan dia ni. Abang.. adik naik office dululah ye, lama-lama duduk sini, tak pasal-pasal adik jadi senget macam dia ni juga.. " aku mengambil handbag dan meletakkannya di bahu.
" Okey.. jaga diri. Apa-apa kang call.." aku salam dan cium tangan abang. Faliq memerhati dengan senyuman. Aku buat tak reti je. Malas tengok muka poyo dia.
" Eh dik! Kuih ni.."
" Taknaklah.. abang bagilah si senget tu makan. Okey abang. Byee!!!" Aku terus berjalan meninggalkan mereka berdua.
Huh!! Pagi- pagi lagi dah cari pasal. Arghhh!!! Geramnya. Boleh pula tak menjadi plan aku, dah cantik dah aku atur. Boleh pula mereka kawan baik. Aduhaiii.. Aku berjalan dengan hati yang menyirap. Bertuah punya Faliq. Hilang mood aku nak kerja. Macamana dia boleh muncul dalam hidup aku. Tak kenal dia pun tak rugilah dan tak menguntungkan pun. Malah makin menyakiti adalah. Suka sangat cari pasal. Aku membebel sorang-sorang.
Tapi semua kan sudah ditentukan Allah. Mesti ada sebab kenapa dia muncul dalam hidup aku.
"Bersangka baik je Aliaa, jangan negatif sangat dekat orang. Kut-kut itu jodoh kau, Ha!!! baru kau tahu.. " kata hatiku berbisik.
Huhu.. okey lah.. okey lah.. lepas ni tak nak benci sangat dah, benci biasa-biasa je.