Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 2

Jam menunjukkan tepat 1.45 petang, aku dan Naim melangkah keluar dari cafe itu,satu-satunya cafe yang berdekatan office kami. Cafe itulah tempat kami sarapan dan makan tengahari. Kadang-kadang kalau rajin barulah makan diluar. Sebenarnya malas nak menghadap kesesakan jalanraya waktu lunch hour ni. Buang masa dekat jalanraya je.

Kami jalan beriringan, sambil berbual, gelak tawa memang meriahlah kami ini. Lagi-lagi kalau Naim bercerita, memang bersungguh-sungguh. Dengan gaya dan suaranya buat orang lain ikut gelak sekali. Siapalah tak kenal Naim si bunga, tak pernahnya tak meriah. Glamour satu bangunan dengan nama dia. Sampai pak security guard pun selalu melayan Naim ni. Tak apalah, janji dia happy dan bahagia.

Borak punya borak,gelak punya gelak, sampai gak kami di hadapan pintu lif. Butang bernombor 11 ditekan oleh Naim. Bayangkan, pejabat kami ditingkat 11, kalau lif rosak tak naya kami. Mati..mati. Tapi alhamdulilah tak pernah rosak lagi,hehe.

"Tinggg!!" pintu lif terbuka,tiada orang didalamnya. Baru sahaja mahu melangkah masuk ke dalam lif. Tiba-tiba, seorang lelaki berbadan sasa, berkulit cerah melanggar aku dengan kuat sekali dan....

" Aduhhhh!! " Punyalah sakit bahu aku terkena pintu lif. Kuat pula tu,seperti mahu patah bahu ni.

" Alamak.. minta maaf cik, minta maaf banyak-banyak. Saya tak sengaja.." kata lelaki itu dengan membawa beberapa fail tebal berwarna hitam.

" Awak ni dah kenapa langgar-langgar, sakit tau tak?!  Gilalah.." aku mulalah menyirap, kan tak pasal-pasal kena "gila" dengan aku.

" Aik.. Cakap saya gila pula. Kan saya dah minta maaf cik.." lembut saja suaranya.

" Kau okey tak ni ?! " tanya  Naim. Risau. Aku mengangguk .  Kami masuk semula ke dalam lif. Bahu aku terasa berdenyut-denyut, sakit. Lelaki ni dengan wajah sikit bersalah hanya tersenyum je. Geram pula aku tengok dia ni, boleh pula tersenyum macam tu,  nak je aku terajang.

" Cedera parah ke bahu tu?! Kalau cedera parah ,saya boleh panggilkan ambulans."  selamba je  dia perli aku.

" Eee.. Awak ni memang gila kan. Dahlah langgar orang pastu nak perli-perli lagi.." aku menjeling tajam padanya. Geram,sakit hati,sakit jiwa semua ada.

"Amboiii..tajamnya jelingan tu. Boleh buat saya  gila kat awak ni kang.." tersengeh-sengeh pula dia. Ish!! Memang gilalah mamat ni. Aku menggosok-gosok bahu dengan tangan .Naim senyum je melihat aku.

" Maaflah bro terlanggar si Singa ni. Nak cepat ni, ada meeting.." katanya.

" Tak apa,dia okey. ."

 Okey?? Bertuah punya Naim. Aku menjeling pula pada Naim, mulalah si Naim ni menggedik dengan lelaki itu. Huh!!

" Tak pernah nampak, baru kerja sini ke?!" teka Naim memulakan perbualan.

" Iya, baru hari ni. Tu yang kelam kabut ni, dah lambat sebab ada meeting.." jelasnya.

" Kalau tahu ada meeting, masuklah office tu awal. Ni tak, dahlah lambat pastu langgar orang. Tah pape tah.." aku merungut sendirian.

" Tadi saya dah masuk office awal lah cik Singa tapi tertinggal fail dalam kereta, tu yang ambil ni. Tak sangka pula terlanggar cik Singa cute ni.." Makin menyirap aku,suka-suka je panggil aku singa. Aku berdengus.

" Ni kad saya, salam perkenalan ya cik Singa.." Lelaki itu menghulurkan kad namanya padaku. Aku buat tak nampak je. Jual mahal kononnya. Tak payah nak bebaik dengan lelaki buat sakit hati je. Terus si Naim mengambil kad tersebut dari tangannya.

" Faliq Alfi bin Kamaruddin..Oo.. Mr. Arkitek rupanya. Aku Naim. Salam perkenalan.."  Naim berjabat tangan dengannya.

Mata Faliq tepat memandang aku,aku mula rasa tak selesa. Dengan senyuman manisnya terukir. Boleh tahan juga mamat ni. Tapi taklah hensem sangat, kira ada rupalah. Ishh!!! ke situ pula aku ni. Aku tetap buat muka selamba. Senyum tak. Semua tak. Garang.

" Tingggg...!"  lega. Sampai dah pun tingkat 11. Rasa lama pula lif ni. Hmm.. Sebaik saja pintu lif terbuka, dengan pantas aku terus keluar tanpa pandang sikit pun pada Faliq. Naim ikut je aku, Naim tahu aku tengah marah.

" Eh! cik Singa sekejab..." jerit Faliq memanggil aku, aku langsung tak layan. Menyampah. Geram.

" Aliaa.. Dia panggil kau lah.."

" Tak payah...!
Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs