Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 25
Alhamdulilah, solat isyak dan maghrib kami dapat berjemaah bersama. Bahagianya hati. Abang yang mengimamkan kami. Dah lama tak berjemaah bersama. Selesai solat, aku terus turun ke dapur bersama Mak Long. Manakala abang dan Pak Long duduk di beranda dapur. Aku menolong Mak Long menyediakan air kopi. Setelah selesai, Aku membawa dulang yang berisi air kopi dan sepinggan pisang goreng. Pisang yang dibawa oleh Pak Long siang tadi. Aku meletakkan hidangan diatas meja kopi, lalu menuang air kopi ke dalam cawan yang beralas itu. Ku beri satu persatu cawan kepada abang, Pak Long, Mak Long dan untukku sendiri. Aku duduk di sebelah Mak Long.

" Esok nak ikut Pak Long pergi kebun tak? Boleh petik rambutan, cempedak, langsat. Tengah banyak kat pokok tu.." pelawa Pak Long. Aku pun tersenyum lebar, mengangguk-angguk kepala. Setuju sangat. Abang pun sama.

Kami berborak kosong. Sungguh nyaman suasana malam ni. Hanya dengar bunyi cengkerik sahut menyahut. Hmm.. cengkerik tu macam mana ya. Kurang pasti pula. Hehe..
Sunyi dan sepi. Sesekali kedengaran bunyi enjin motor yang lalu di atas jalan. Memang tenang dan aman je rasa.

Aku mengambil handphone diatas tiang batu. Ku buka whatsapp. Mataku fokus di skrin handphone saja. Apa yang abang, Mak Long dan Pak Long borak pun aku tak dengar. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Biasalah  aku kan. Memang macam tulah. Tak ambil port pun.

" Assalammualaikum Aliaa..

Hanya untukmu..
Menghitung detik dalam kesedaran,
Menunggu masa untuk lena,
Memintal mimpi di kamar beradu,
Hanya mahu temu bayangmu,
Sambut rinduku, pejamkan mata,
Aku untukmu.."

Uit!! Terkejut beruk aku jadinya. Serta-merta dahiku berkerut seribu. Dah kenapa dengan si Faliq ni. Buang tabiat ke apa? Tiba-tiba je bagi ayat-ayat jiwang dekat aku. Parah ni parah!!
Bila aku baca dua tiga kali ayat-ayat tu. Oh okey!! Ni lirik lagu Akim ni, yang bertajuk Obses.
Ceh!! Nak jiwang tapi tak reti. Ada ke jiwang dengan ciplak lagu orang. Tak patut. Ingat aku tak tahu ek, aku ni dari pagi sampai petang duduk dekat office menghadap fail yang bertimbus dan mendengar lagu je. Jadi, kiranya lagu-lagu sekarang, dulu semua aku tahu. Tak payah tipulah kalau dia cakap ayat dia. Hahahaa..

Nak je aku gelak besar-besar, tapi takkan nak gelak depan Mak Long dan Pak Long kut. Malu lah pula. Okey!! Tahan gelak. Tapi senyum tak boleh tahan.

" Adik ni dah kenapa, tersengeh dari tadi.."
Alamak!! Mak Long perasanlah. Mereka memandang aku serentak. Aku tersengeh jelah. Takkan nak cakap tengah whatsapp dengan Faliq pula kan.

" Biasalah Mak Long. Putera kayangan tengah bertanya khabarlah tu.. " perli abang. Abang memang boleh agak pun, sebab hanya Faliq je yang akan kacau aku malam-malam macam ni.

" Ish!! Abang ni. Saje je kan. " gerutu aku.

" Tak payah Putera kayangan sangat lah dik oii. Terima aje kalau dah berkenan. Senang cerita.." Dah kenapa Mak Long ni tiba-tiba. Percaya benarlah cakap abang tu.

" Mana ada Mak Long, abang ni ha, saja cari pasal.. Nak kenakan adik je.." aku menjeling manja pada abang. Abang gelak kecil. Mereka sambung berbual. Aku pula tengah mencari idea nak balas ayat jiwang lagu dia ni.

" Kalau rasa gembira tepuk tangan,
Kalau rasa gembira  beginilah caranya,
Kalau rasa gembira , ambik ni .."

Kikiki..!! Kau bagi aku love kan, ambil kau penumbuk padu aku untukmu,  bisikku didalam hati. Aku mengambil cawan berisi air kopi. Ku teguk perlahan. Lalu, aku ambil pula sehiris pisang goreng. Ranggupnya.. walaupun dah sejuk tapi tetap sedap. Memang- memang lah airtangan Mak Long ni, memang terbaik tau. Sedang mengunyah dan menikmati kelazatan pisang goreng Mak Long, handphone ku berbunyi lagi, whatsapp.  Dengan pantas aku mengambilnya.  Mak Long menggeleng kepala melihat aku. Aku membalas senyuman manja dekat Mak Long.

"  Garangnya.

Waktu.. Dengarkanlah..
Selalu dekatkanku denganmu,
Hingga ku menutup mata,
Satukanlah hati..!"

Satukan hati konon. Dua hati ke tiga hati ke memang taklah. Faliq ni peminat Akim ke?! Tadi lirik lagu Obses, ni lirik lagu Mewangi pula. Mungkin juga kut. Aku pun suka lagu-lagu Akim & The Majistret. Paling aku suka lagu Potret. Memang layan. Ada maksud tersirat di sebalik lagu tu. Aku terus fikir mencari idea nak balas dengan lirik lagu apa.. Oh Okey!! Dapat dah..

" Aku bukan si dara biasa,
Dambakan kasih nak dimanja-manja,
Lidahku tajam bila berkata,
Niat di hati cuma untuk berjaga-jaga"

Kemudian, aku sent. Tak sabar pula nak tunggu . Mesti lirik lagu Akim juga tu. Aku punyalah confident. Balas membalas dengan lirik lagu. Hahaha.. Pelik juga kadang-kadang kami ni. Mengalahkan budak kecil pula padahal umur dah tua. Alamak!! Tua ke?! Aku muda lagi yang tua si Faliq dan abang.

" Mak Long.. Abang Man masih dekat Sabah lagi ke?! " tanyaku pada Mak Long. Teringat pula dekat abang sepupu yang sporting tu. Abang sepupu yang gila juga macam kami. Yang paling rapat .

" Iya. Masih dekat sana. Dah tinggal sana pun. Rumah pun dah buat, rumah apa tu yang rumah sewa-sewa tu. Lupalah Mak Long.." Mak Long cuba mengingati. Aku gelak je.

" Homestay lah.." Pak Long mencelah.

" Ha iyalah tu, homestay.." ulang Mak Long.

" Wah!! Best tu. Ada masa kang nak pergi sana lagilah. Kundasang best.." kataku.

" Mak Long dah pergi sana tak?!" tanyaku lagi.

" Dah pernah pergi dah. Tapi taknak pergi lagi. Pening kepala, jalannya pusing-pusing, cukuplah sekali.." cerita Mak Long.

" Bestlah Mak Long. Kan sejuk sana tu. Adik suka Kundasang tu, tengok gunung, cantik sangat. Tulah tak tahu pula Abang Man buka homestay, kalau tahu boleh stay sana.."

" Bila adik pergi Kundasang?! Abang tak tahu pun.." abang mencelah pula.

" Tahun lepaslah. Yang adik pergi dengan officemate adik tu. Adik ada info abang ye, jangan kata tak ada.. Abang lupalah tu.. "

" Oh..!! Okey.. Okey..!! Ingat-ingat.."

" Orang dah tua, macam tulah cepat sangat lupa.." Abang baling aku dengan  bantal. Aku gelak.

Okey.. Handphone berbunyi, whatsapp masuk. Cepat-cepat aku capai handphone di meja.

" Telah lama ku rasa sebegini,
Meniti masa silih berganti,
Ku harapkan engkau datang kepadaku,
Walau sekadar mimpi...

Datang dalam mimpi saya malam ni ya,
Rindu awak."

Aku terdiam sebentar. Macam serius pula mamat ni. Ah!! Tak payah nak serius sangat okey. Ni semua auta ni. Alamak!! Dia main lagu Roni Hussin pula. Sedih tu.Hihii..  Aku mencari idea lagi untuk balas. Yup! Dapat..

" Kau fikir engkau siapa,
Fikir engkau siapa,
Fikir engkau siapa,
Boleh blah!!

Lariiii...!!!

Selamat malam .."

Okey.. aku terus sent. Aku gelak sendiri.

" Oo Dik..!! Dari tadi Mak Long  duk perhatikan adik  sengeh-sengeh, senyum sorang-sorang. Apa yang lawak sangat tu dik.." Makin kuat aku gelak.

" Orang tengah bahagia tu Mak Long, macam itulah rupanya.. Putera kayangan.." perli abang.

" Memandai je abang ni, mana ada. Orang whatsapp dengan Naim lah " aku menafikan. Abang mengejek. Aku buat selamba je lah.

" Dah sudah. Sambung je esok boraknya ye. Dah lewat dah ni, Segala cengkerik semua dah senyap, dah tidur dah. Kita je masih pot pet pot pet..." Lawak betul Mak Long aku ni. Aku angkat dulang dan gelas-gelas kotor bawa masuk ke dapur dan cuci bersih. Ku susun ditempat pengering. Setelah siap semua, aku naik ke atas rumah dan masuk ke dalam bilik.

Aku baring di katil besi yang agak usang itu. Tapi masih kuat dan cantik cuma warnanya saja agak pudar. Susun atur bilik masih sama.
Badan mula rasa dingin, duduk di kampung tak perlu guna penghawa sebab penghawa dingin semulajadi dah ada. Lagi dingin daripada penghawa dingin.

Tet..tet..!! Okey whatsapp masuk.

" Kenapa boleh blah?!
Sedihnya saya
Tak apalah..
Bole blah pun boleh blah lah..
Yang penting, saya tetap rindu awak.
Selamat malam dan selamat tidur.
Moga-moga saya yang muncul dalam mimpi awak malam ni, baru tahu. Hahaha.. "

Tak ada maknanya, kataku sendiri. Faliq oh Faliq..!! Kau selalu buat aku bengang tapi dalam masa yang sama kau menghiburkan aku juga. Hmm.. 
Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs