Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 43
Sakitnya hati. Kalau boleh mahu saja disiat-siat wajah Aliaa. Geram, benci semua ada. Kerana Aliaa, hidupnya tak seindah yang di inginkan. Kerana Aliaa kebahagiaannya diragut . Kerana Aliaa, kekasih hatinya melepaskannya. Semua kerana Aliaa. Sampai bila-bila pun dia tak kan maafkan Aliaa. Takkan terima Aliaa. Wajahnya merah menahan api kemarahan. Turun naik nafasnya. Perut yang lapar terus jadi kenyang, mood yang baik terus hilang dek kerana Aliaa. Apa dosa Aliaa? Apa yang Aliaa sudah lakukan sampai begitu sekali dendamnya.

Dia menutup pintu kereta sekuat hatinya. Enjin kereta dihidupkan dan dibiarkan. Berdengus sendiri. Elly dengan termengah-mengah mengejar Asnida masuk ke dalam kereta. Melepaskan lelah. Asnida fokus memandang ke hadapan dengan bengis sekali.

" You ni dah kenapa? I lapar lah.." Elly merungut. Asnida tetap diam.

" Eh you.. Betul ke budak perempuan tadi tu bakal tunang adik you? You cakap adik you solo lagi, melepaslah i macam ni.. Huhu.." tanya Elly.

" Bakal tunang??" berkerut wajah Asnida.

" Ha laa! Faliq cakap tadi.." balas Elly.

"Huh!! Tak mungkin.. i tak kan biarkan Aliaa masuk dalam family i. Tak akan.." kata Asnida.

" Tak akan?? Kenapa tak akan pula, i tengok budak tu pun baik je, sweet- sweet couple mereka tu. Tapi tulah, i dah jatuh hati dekat Faliq. Sedihnyaaaaaa!!!"

" Macam mana dia buat hidup i menderita, i akan balas semuanya. Sebab dia i tak bahagia.. Sebab dia Adil lepaskan i.. " Elly tercengang mendengar. Memikirkan sesuatu.

" You tak bahagia? Iyeke..?! I tengok you bahagia je, ada rumah besar, kereta besar, bisness ada, family ada, suami ada, ada adik yang hensem lagi. Apa je yang you tak ada? Hmm.. Ooo.. cuma anak je tak ada.."

" Sengal lah you ni.. i tengah serius kut.."
Suara Asnida meninggi, dahlah tengah terbakar dengan Aliaa,  si Elly pula cakap macam tu, makin terbakarlah hatinya.

" I pun serius, tak betul ke apa i cakap. Betul kan..?!" Elly senyum sinis pada Asnida.

" Apa yang buat you marah sangat dengan Aliaa tu. Cuba cerita, kut-kut lah i boleh bagi nasihat sikit dekat you..." sambung Elly lagi.

" Cehh!!  Nak nasihatkan i konon. Hellooo!! Lebih baik you nasihatkan diri you tu dulu,  biar tak gedik sangat.."

" Hello.. kalau tak gedik bukanlah Elly namanya. Disebabkan gedik i lah, butik kita maju tau. Tarikkan pelanggan. Dan, ramai lelaki yang syok dekat i tau.." Elly membangga.

" Sebab sampai sekarang lah you tak kahwin, banyak sangat lelaki. Semua ambil kesempatan atas kegedikan you tu. Tau tak..." Asnida membalas lagi.

" Biar i lambat kahwin, akan ada seorang yang akan buat i bahagia dunia akhirat. Dari you tu, kahwin awal tapi tak bahagia. Untuk apa? Entah celah mana tak bahagianya pun tak tahulah. Semua ada, you ni memang tak reti nak bersyukur lah kan Ash.. Kalau i lah jadi you, tenang hidup..."  Asnida memandang tepat ke arah Elly. Wajah selamba.

" Eee minah ni. Mulut you ni dah tak ada insurans ke.. atau nak kena cili.. " sentap jugalah Asnida. Mereka berdua ni memang tak habis-habis. Akan gaduh, gaduh dan gaduh. Dua pendapat yang tak sama. Seorang keras kepala seorang cakap lepas. Tapi diluar butik sajalah mereka selisih pendapat. Jika dalam urusan bisness, mereka sepakat. Bertukar-tukar idea. Memang tak dinafikan. Elly memang pandai menarik pelanggan, pelanggan pun seronok dan mengikut kehendak pelanggan. Memang layak dia jadi wedding planner. Disebabkan mulutnya jugalah. Laser- laser pun, bijak.

Sepanjang perjalanan asyik fikir pasal Aliaa. Mencari idea. Bila teringat akan kenangan bersama Adil. Memang buat dia bertambah sakit hati. Bertambah membara dendamnya. Manusia bila diselindungi dengan perasaan dendam. Buatlah apa cara sekalipun, selagi dendam tak tertunai selagi tu hatinya tak tenang. Syaitan sentiasa menghasut dan menghasut. Hingga melakukan sesuatu diluar kawalan kerana dek nak puaskan hati berdendam. Allahukhbar..

" Kenapa susah sangat i nak jumpa you sekarang ni ha?" tanya Asnida nada marah.

" Kan i baru je start kerja.." jawab Adil ringkas.


"Ya.! i faham you baru start kerja. Tapi takkan weekend pun you kerja juga.." Adil meghirup air fresh orange untuk menghilangkan dahaga. Kemudian senyum dan memandang wajah Asnida.

" Memang weekend i tak kerja tapi i  kenalah balik kampung , i kan ada tanggungjawab.." jawab Adil lembut.

" Tanggungjawab apa Adil. You belum kahwin kut, parents you pun dah tak ada. Lainlah kalau parents you masih ada.." Asnida masih tak puashati.

"You lupa ke..?! Tanggungjawab i pada adik kandung i."

"Huhh!!! Tak habis-habis Adik.. Adik.. Adik..
Hey you.. Adik you tu dah besarlah. Pandailah dia jaga diri sendiri, bukan budak umur lima enam tahun. Tak kan you nak... ishhh!! I tak fahamlah you ni.." Asnida marah. Sangat marah.

" Ash.. i tak ada adik beradik lain, yang ada dia seorang je. Amanah dari parents i dan amanah dari Allah. I kena bagi perhatian dekat dia, macamana parents i bagi segalanya dekat i macam tu juga i nak bagi pada dia. Adik i adalah segalanya. Sebab i yang kena tanggung dan jawab depan Allah nanti. Tangungjawab i besar. I lah ibu, i lah bapa, i lah abang pada dia. I taknak adik i rasa kurang kasih sayang.. " jelas Adil panjang lebar. Satu persatu dia menyusun ayat.

" Habis i ni macamana?! I perlukan you. I pun nak rasa kasih sayang dari you. I nak rasa macamana bahagianya  seperti pasangan lain. Kita ni nama je couple tapi macam tak je.." keluh Asnida.
 
" Perjalanan hidup kita masih jauh. You masih ada family. Masih berpeluang merasai bahagia bersama family you. Ash.. Jangan cintai insan melebihi cinta Allah.. i tak nak janji apa-apa dan i tak pernah janji pada you apa-apa. I harap you faham.." Asnida menjeling pada Adil. Adil hanya senyum.

Memang Adil tidak pernah janji apa-apa pada Asnida. Sejak di kuliyah lagi. Asnida yang beriya sangat mahu mendekati Adil. Adil seperti Faliq juga dengan semua dia berkawan. Tapi beza antara Adil dan Faliq. Adil lebih banyak berdiam dan bertegas. Sifat kepimpinannya tinggi. Walaupun Asnida lebih tua dari Adil tapi Asnida tetap mahu memiliki Adil. Bab umur dia tak kisah. Dia mahu buktikan pada kawan-kawannya dia boleh dapat lelaki sebaik Adil. Cabar demi cabar hingga hati terpaut. Pada permulaannya, perkenalan baik saja. Asnida pun berubah dari berpakaian agak menjolok mata kepada menutup sopan. Dari sehari ke sehari akan perubahan itu, Adil pun terpikat. Faliq lah menjadi posmen mereka diawal perkenalan. Tapi sejak kematian kedua orang tua Adil, Adil sudah fokus pada Aliaa. Pantang ada cuti, pasti Aliaa yang difikirkannya. Balik kampung, kerja dengan Pak Long untuk mencari sedikit kewangan. Bolehlah tambah duit poket. Sejak itu juga, Asnida akan buat hal. Cemburu dengan Aliaa. Setiap kali jumpa Adil pasti bergaduh sebab Aliaa. Selepas tamat belajar, mereka masih bersama tapi seperti biasa. Selalu gaduh, jarang jumpa. Hingga timbul perasaan dendam dalam hati Asnida kerana Adil abaikannya. Seolah-olah Adil mempermainkan hati dan perasaannya. Asnida mulai berubah, sikapnya kembali pada asal. Pakaian sudah kembali seksi, semakin liar, keluar dengan lelaki kaya, balik lewat malam. Selalu kena marah dengan En Kamaruddin tapi kerana keras kepalanya, dia tak ambil kisah pun. Sewaktu itu, Faliq baru sahaja bekerja di Singapore. Tak tahu menahu mengenai Asnida.

Hingga sampai satu tahap, apabila Asnida di tangkap khalwat di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Menconteng arang ke muka keluarganya. Mengamuk En Kamaruddin. Malu dengan perbuatan anak daranya. Lelaki yang bersama Asnida pada mulanya mahu bertanggungjawab atas perbuatannya. Apabila berbincang dan dapat kata sepakat antara kedua-dua belah pihak. Akhirnya, mereka setuju untuk menikah. Majlis diadakan serba simple. Asnida cantik didandan. Tapi rupanya,Asnida merancang sesuatu di luar pengetahuan keluarganya. Iya. semua ini rancangan Asnida. Asnida menghubungi Adil dan memintanya datang kerumahnya. Kebetulan Adil berada di KL waktu itu. Terus datang tanpa fikir panjang. Lagipun sudah lama tidak menziarahi En Kamaruddin dan Puan Asmah yang dianggap seperti ibubapanya sendiri. Sampai sahaja dirumah Asnida, Adil terpinga-pinga.


Seorang andam lelaki meminta Adil menukar pakaian pengantin. Tapi Adil menolak keras. Seperti diperbodohkan.

" Apa semua ni, Ash?! " tanya Adil tegas pada Asnida. Asnida ke ruang tamu apabila ada sedikit kekecohan.

" I buat semua ni untuk kita Adil. I sayangkan you. I tak boleh tanpa you.. "Airmata Asnida mula menitis. Semua tetamu fokus padanya.

" Angah.. apa Angah buat ni? Sanggup Angah malukan mama dan papa.." En Kamaruddin mengeluh kesal.

" Pa, mama.. Angah terpaksa, Angah sayang Adil. Angah nak Adil jadi suami Angah.." jelas Asnida.

" Bukan dengan cara macam ni Ash. You ada family yang sayang you. I tak pernah janji apa-apa dekat you. Maafkan i Ash.. Maafkan i.. "

"Tapi kenapa Adil. I sayang you. I sanggup buat apa saja kerana you. Oo... sebab adik you kan. Sebab adik you, You tolak i kan..semua pasal adik you kan.. I bosanlah, kenapa dia tak mati sekali dengan mak ayah you..."

" Pangggg!!!" Tanpa sedar, satu tamparan hinggap ke pipi Asnida. Semua tersentak dan terkejut. Termasuk En Kamaruddin dan Puan Asmah. Turun naik nafas Adil. Asnida memegang pipinya sendiri. Kesakitan.

" Jaga sikit mulut you. Adik i adalah nyawa dan hidup i. Segala-galanya. Tak kan ada siapa yang menyakiti hati dia. Kalau sekarang ni you tak boleh terima dia, belum tentu you akan terima dia walaupun kita dah kahwin. Maafkan i Asnida. Maafkan i.. " airmata dendam Asnida mengalir deras. Terdiam seribu bahasa. Malu teramat malu. Semua tetamu menyaksikan .

" Pakcik, Makcik.. saya minta maaf. Tak ada niat saya nak tampar Asnida, saya minta maaf. Saya tak boleh terima pernikahan ni. Saya tak tahu apa-apa, saya.. saya minta maaf.." Adil memohon maaf diatas perbuatan sebentar tadi. En Kamaruddin dan Puan Asmah lah yang rasa bersalah. Mereka sendiri pun tak tahu semua ni rancangan Asnida sendiri. Mereka masing-masing memohon maaf. Dan kemudian, Adil terus pergi meninggalkan mereka tanpa menoleh pun. Asnida masih terpaku memegang pipi yang merah akibat tamparan Adil.

"Maafkan saya. Jadi, macamana ni. Majlisnya dibatalkan lah ye..." tanya Tok kadi yang sudah standby dari tadi.

En Kamaruddin dan Puan Asmah memandang Asnida. Dan mengangguk.

" Tunggu..!" Muncul seorang lelaki bertubuh agak gempal menghampiri En Kamaruddin dan Puan Asmah. En Kamaruddin cukup mengenalinya.

" Pakcik.. Jika pakcik dan makcik izinkan dan restukan, terima saya untuk menikah dengan Asnida. Dah lama saya menyintai dia. Pakcik tahu kan.." lembut tutur kata anak kepada sahabat En Kamaruddin. 

" Baiklah.." ringkas jawapan.

" Apa ni pa.. Angah tak naklah.." Asnida menbantah. Keras.

" Tolong jangan bantah. Tok kadi.. Teruskan majlis.. " arah En Kamaruddin. Tok Kadi hanya menurut perintah. Majlis akad nikah berjalan lancar. Dalam hati Asnida mula menyimpan dendam kesumat pada Adil dan Aliaa. Selagi dendam tidak dicapai selagi itu dendam terus membara.

"Arhhhh!!!! " Asnida menjerit sekuat hati. Mahu bergegar keretanya.

"Oiii.. you ni dah kenapa?! Dah macam orang gila menjerit-jerit. Gugur jantung i tau tak.." Terkejut beruk Elly.  Asnida membiarkan saja kawannya membebel.

" Kerana kau Adil. Kerana kau. Aku akan buat hidup kau dan Aliaa menderita macam aku. Tak kan pernah bahagia. Tak akan.." cakapnya sendiri. Dengan wajah amat bengis. Dendam semakin membara. Semakin kemuncak.

" Dah gila lah dia ni. Tiba-tiba menjerit, cakap sorang- sorang. Apalah nasib aku dapat kawan gila ni.. Hmm.. Sabar Elly sabar...!!" Elly mengurut-urut dadanya. Lalu menghadap handphone semula.

Hidup mewah macamana sekalipun, Bahagia macamana sekalipun tapi jika didalam hati menyimpan perasaan dendam, hidup tak akan tenang. Tak kan dapat kehidupan bahagia sebenar. Rugikan..

Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs