Aku mengambil handbag diatas meja solek dan memasukkan handphone ke dalamnya. Sebelum melangkah keluar dari bilik, aku singgah melihat wajah di cermin. Okey puashati, aku senyum pada wajahku sendiri. Lalu tanpa berlengah ku terus menutup lampu dan menutup pintu bilik. Berjalan ke dapur pula, mengambil mug berwarna putih dan menuang air suam. Lega tekak. Tiap pagi sebelum keluar wajib aku minum air suam. Sarapan? Memang taklah kalau dekat rumah ni. Malas nak buat sarapan. Lagipun aku tinggal seorang saja, sarapan dekat office je dengan Naim.
Tapi kalau abang balik, akulah orang paling bahagia. Sebab abang suka masak dan dialah yang akan buatkan aku sarapan tiap pagi. Masakkan abang memang sedap. Beruntunglah siapa dapat suami macam abang aku yang macho tu. Masak pandai, macho pun macho, kerja bagus, kereta, rumah semua ada. Cuci kaki je bakal isterinya nanti. Kalau tanya dia bab kahwin, memang tak dilayannya. Dan jawapan yang sudah aku hafal ialah selagi aku tak kahwin selagi itu dia tak akan kahwin. Macam tu pula. Abang..abang.. Rindunya dekat abang. Bila abang nak balik. Huwaaa!!!!
Aku memulakan pemanduan. Semangat pula aku pagi ini, masih awal sebenarnya. Baru jam 7.25 pagi, biar betul. Biasa jam 8.00 pagi baru aku keluar rumah. Jalan pun tak sesak sangat. Kira okey-okeylah tu. Dari rumah ke office kalau tak sesak hanya setengah jam saja tapi kalau jalan sesak. Fuhh!! Mahu sejam lebih ke dua jam. Masak ranum tengah jalan.
Sambil memandu sambil aku layan lagu. Melayan perasaan sendiri. Habis satu lagu, satu lagi berkumandang. Eh! Lagu ni?! Kenapa pula lagu ni keluar, aku baru nak happy. Aku taknak ingat dia buat masa ni. Arggghh!! Kenapa susah sangat nak lupakan dia. Lagu ini punca. Lagu penuh kenangan bersama Zahwan. Relaku pujuk, nyanyian Kumpulan Spider. Lagu yang memang top waktu itu dan lagu inilah menjadi saksi janji Zahwan pada aku dulu.
Tak apalah. Layan jelah. Kuatkan semangat Aliaa, kuatkan semangat. Aku berkata sendiri. Dalam hati, menangis.
Setelah parkir kereta. Aku segera keluar. Kereta ku lock dan terus melangkah kesopanan dan kesusilaan. Bunyi tapak kasut tumit tinggi ku memecah kesunyian kawasan parkir itu. Aku masih lagi melayan perasaan, nyanyi perlahan. Bila terserempak dengan orang, aku senyum. Sedekah senyuman awal pagi.
Anak tangga aku daki satu persatu. Menyusun langkah.
" Haiii..morning!! Dah breakfast?!" tegurku pada security yang sedang berdiri di tepi tangga. Security itu megangguk mesra.
Aku menuju ke lif. Menekan butang dan menunggu. Lif berada di tingkat 20. Lamalah menunggu jawabnya. Aku seorang saja di situ.
Aku meraba-raba mencari handphone didalam beg, melihat jam. Tepat jam 8.00pagi.
" Assalammualaikum Cik Singa.." Satu suara membisik ke telingaku. Terkejut aku. Aku menoleh ke arah suara itu dan badan mamat ni rapat dengan aku tapi tak tersentuh. Aku berganjak sedikit ke tepi.
"Waalaikumsalam.."jawabku lembut. Muka macam biasa, kelat.
"Hmm.. Macamna bahu awak, masih sakit lagi tak?!" tanyanya lembut.
" Okey dah. Terima kasih ambil berat.."
" Taklah. Saya tak ambil berat pun, saja je tanya. Sementara tunggu lif ni kan.." Eee geramnya dengan jawapan dia. Baru nak berbaik tapi jawapan buat aku makin menyirap, membandung, melimau semua ada.
" Buang masa je layan awak.."
" Tak suruh layan pun.."
" Kenapalah saya boleh terserempak lagi dengan orang gila macam awak ni ha.." aku menjeling padanya.
" Jodoh kut. Allah tak mendatangkan seseorang tanpa sebab. Jadi, awak terserempak dengan saya ni lagi mungkin dah tertulis jodoh kita. Betul tak?!" Perasannya mamat ni.
" Hohohooo.. Jangan nak merepeklah ye Encik.. Encik siapa? Ooo Encik Arkitek.." aku senyum sinis padanya. Dia pula sambut dengan senyuman manis.
" Tak merepeklah. Kalau dah jodoh tak kemana. Kan..kan..kan.." katanya. Aku berdengus.
Sebaik saja pintu lif terbuka, aku terus meluru masuk. Menekan butang 11 dan berdiri jauh dari Faliq. Dua orang wanita muda masuk ke dalam lif. Tersenyum-senyum melihat Faliq.
" Awal Encik Faliq sampai.." tanya salah seorang wanita itu.
" Oyeke?! Memang waktu macam inilah saya masuk office. Kamu memang biasa datang lewat ke?" tanya Faliq pula pada mereka. Macam perli je,hehe. Nak tergelak aku tapi kutahankan.
" Eh! Taklah. Iyalah kan, biasanya kalau yang berpangkat-pangkat ni masuk office, kalau tak jam 10.00 pagi memang tak sah.." jelas wanita itu. Rakan sepejabat dia kut.
" Oohh!! Itu diaorang, saya lain sikit kut.. " jawabnya.
Aku tergelak kecil. Nak termuntah pula rasanya. Faliq memandang aku, perasan kut aku gelakkan dia. Haahahaa. Boleh tahan perasan gak mamat ni.
" Iyeke.. Bukan sebab tu ke..hihihii.." Wanita itu memuncungkan mulut ke arah aku dengan senyuman. Dah kenapa pula. Tak pasal-pasal aku pula terlibat ni. Aduhh!!
" Eh..eh!! Tak lah.. Dia pun saya tak kenal. Siapa tah.." jawabnya selamba. Muka belagak je. Aku buat tak dengar je. Kang kata perasan pula.
" Kami nampak Encik tadi, tunggu dekat sebalik tiang besar kan. Nampak je Cik tu, Encik terus lari dekat dia. Kan..kan.." Aku berkerut memandang Faliq. Buat muka bengang. Merah muka dia menahan malu. Tapi di cover dengan senyuman dia. Kantoi. Ingat filem hindustan ke main sorok-sorok.
" Tingg!!" Yeah!! Sampai sudah tingkat 11. Aku laju melangkah keluar lif. Lega hati. Malas nak berhadapan dengam mamat poyo tu.
" Cik Singa.. Tunggu kejab, tunggu kejab.." langkahku terbantut. Terkefu sekejab. Dah kenapa dia ikut aku pula ni. Aduhai. Geramnya..! Aku memalingkan badan ke belakang. Berkerut memandangnya. Nak cekik-cekik je mamat ni. Eeeeeeee!!!
"Awak nak apa? Ni bukan office awak kut. Kenapa ikut saya ni? Jangan cari pasal ya.." aku membebel lah apa lagi.
" Iya-iya. Saya tahu ni bukan office saya. Janganlah marah. Cool okey, cool ya.. " Dia meredakan marahku. Tahu takut. Senyuman tak lekang dari muka dia ni. Sejuk pula tengok muka dia. Aku tepat pandang mukanya. Sengaja buat muka marah. Padahal nak gelak pun ada.
" Saya cuma nak tahu nama awak je, please Cik Singa ? Please.. please..!! " Boleh pula dia buat muka kasihan. Ingat aku hairan. Sorry..!!
" Awak panggil saya apa?" tanyaku.
" Hmm..Cik Singa.." jawabnya perlahan. Tersengeh macam kerang busuk.
" Dah itu awak panggil saya kan, so,nak apa lagi.."
" Habis.. saya tanya nama awak, awak tak bagitahu. Saya panggil lah awak Cik Singa.."
" Dahlah, dari saya layan awak ni lebih baik saya siapkan kerja saya.. bye.." aku baru je nak melangkah, Faliq terus berdiri di depan aku. Tahan aku. Aku betul-betul dihadapannya. Mendongak juga aku pandang dia, separas telinga dia je. Ni pun sebab aku pakai kasut tumit tinggi, kalau tak separas bahu je kut. Almaklumlah, aku ni pendek dan kecik je. Comel kan,hahaha.. Perasan sekejab. Sama je tingginya dengan abang aku.
" Tapi saya nak tahu nama awak, tak salahkan?!" masih memujuk.
" Untuk apa? Tak penting kut.."
" Tapi penting bagi saya.." lembut suaranya.
" Saya nak belanja awak lunch nanti tanda salah saya sebab langgar awak semalam. Boleh ya?" Sambungnya lagi.
" Terima kasih banyak- banyak ye En. Arkitek. Simpan jelah duit awak tu ya. Assalammualaikum. Tumpang lalu.."
" Tapi...."
Aku terus meninggalkannya seorang. Terpinga-pinga dia sendiri. Tak kuasa nak layan. Kalau dia nak nama aku, pandai-pandailah cari sendiri. Nak tunggu aku bagi, minta maaflah. Dahlah panggil aku Cik Singa. Lepas tu sibuk nak tahu nama pula. Lelaki tak boleh bagi muka. Biar jual mahal jangan jual murah. Biar dia tahu, bukan mudah nak dekati seorang wanita. Kang dah dapat, suka-suka tinggalkan. Macam Zahwan. Sama je. Geram.. geram.. geram..
Aku membebel sendiri dalam hati.