Aku melipat baju yang terakhir. Lalu ku masukkan ke dalam beg pakaianku. Ku zip rapi. Ku angkat dan bawa turun ke dapur. Abang bersama Mak Long dan Pak Long sedang menikmati sarapan . Mereka berbual rancak. Aku menuruni tangga turun ke dapur. Lalu, ku letakkan beg pakaian di atas kerusi panjang. Ku duduk di sebelah Mak Long.
" Dah siap kemas?!" Aku mengangguk perlahan.
" Wah!! Sedapnya.. cempedak goreng.. " aku mengambil sebiji buah cempedak goreng. Lalu, menyumbatkan ke dalam mulut. Menikmati keenakkan cempedak goreng. Gila sedap!!
" Nanti dah balik KL, jaga kesihatan tu, jaga diri baik-baik. Jangan kerja kuat sangat. Kalau dah sakit kang, siapa yang susah. Diri sendiri juga yang susah. Ingat tu Dik..!!" Pesan Mak Long padaku. Aku hanya senyum dan mengangguk perlahan. Sambil layan cempedak.
" Adil pun sama juga. Kerja jangan sampai tak ingat dunia. Rajin-rajinlah balik jenguk adik. Kalau tak balik pun rajin-rajinlah telefon. Jangan sampai langsung tak telefon dan tak balik.." giliran abang pula Mak Long pesan.
" Insha Allah Mak Long.. " jawab abang ringkas.
Satu persatu pesanan dari Mak Long dan Pak Long. Insha Allah kami akan ingat. Rasa sedih je Mak Long kami mahu pulang KL. Sunyi kembalilah dia. Berkali-kali dia pujuk aku supaya terus tinggal di kampung tapi ku tolak baik dengan memberi alasan yang munasabah. Alhamdulilah, Mak Long memahami. Sebenarnya dia tiada teman dan mahu ditemani. Anak-anak Mak Long pun semua tinggal jauh. Abang Man anak sulungnya, tinggal di Sabah. Abang Fir pula tinggal di Kelantan dan Kak Siti pula tinggal bersama suaminya di Penang. Kalau mereka balik pun tunggu hari raya. Itu pun jarang balik sebab masing-masing ada tanggungjawab dan tugas.
Itulah.. Bila anak-anak dah besar dan berkeluarga. Kadang nak balik kampung pun susah. Tinggallah mak dan ayah berdua dikampung menanti kepulangan anak menantu dan cucu.
" Mak Long dan Pak Long pun jaga diri baik-baik ya.. " kataku.
" Insha Allah.. Ni Mak Long bekalkan cempedak goreng dan air kopi ni, buat makan dalam perjalanan nanti. Baik-baik buka penutupnya ni, panas air ni. Korang sampai KL pun masih panas lagi ni.." Mak Long menghulurkan beg kertas berisi semangkuk cempedak dan sebotol termos kecil. Aku mengambil.
Setelah selesai bersarapan. Kami keluar. Abang mengangkat beg pakaianku dan memasukkannya dalam bonet kereta. Penuh bonet kereta dengan buah-buahan. Wangilah kereta abang dengan bau cempedak. Tak payah letak pewangi kereta pun tak apa. Bau cempedak memang kuat. Mahunya kalau berhenti dekat traffic light ni, bau sampai ke kereta sebelah. Hehe..
Aku bersalaman dan peluk cium Mak Long. Mak Long pun mencium pipi dahi aku bertubi-tubi. Dah macam budak kecil pula rasanya. Terubat rindu dekat ibu bila Mak Long pelukku erat dan cium aku. Kemudian aku bersalaman pula dengan Pak Long, ku cium tangan Pak Long. Rindu ayah. Diikuti abang juga.
Aku dan abang terus masuk ke dalam kereta. Abang menghidupkan enjin kereta dan memulakan pemanduan. Kami melambaikan tangan pada Mak Long dan Pak Long. Mak Long dan Pak Long memerhatikan kami hingga hilang dari pandangannya. Abang memandu perlahan. Memasuki satu lorong di hujung kampung ke tanah perkuburan. Abang meletakkan kereta dibawah pokok. Sayu saja suasana perkuburan tersebut. Kami melangkah melalui jalan kecil ke pusara ibu dan ayah. Sayu hati tatkala melihat batu nisan putih yang tertera nama si mati terpacak di tanah.
Rasa insaf berada diperkuburan ini. Suatu hari nanti aku juga akan disemadikan disini. Yang hidup pasti akan mati. Bersediakah aku? Allahuakhbar..
Sampai di pusara ibu dan ayah, kami duduk di batu. Pusara ibu dan ayah bersebelahan. Kami mencabut rumpun-rumpun yang tumbuh diatas tanah ini. Lalu, kami menyedekahkan surah yassin untuk arwah ibu dan ayah. Aku tak dapat menahan emosi, betapa aku rindu ibu dan ayah. Sangat rindu. Airmata jernih mengalir ke pipi. Angin bertiup sepoi-sepoi menyapu kulitku. Kami meneruskan membaca surah yassin hingga habis.
" Dahlah.. Kesat airmata tu ya.." tegur abang suara lembut. Abang tahu, aku rindu ibu dan ayah.
" Jom.." Aku bangun. Dan mengekori abang. Kami jalan perlahan sampai ke kereta. Kami masuk ke dalam kereta. Sebelum menghidupkan enjin kereta, abang menoleh kepadaku. Aku membiarkan saja.
" Abang tahu adik rindu ibu dan ayah kan.. Sabarlah ye.. Kuatkan semangat tu. Yang hidup pasti akan mati, kita pun akan menyusul nanti tapi kita tak tahu bila masa kita. Jadi, yang hidup ni kena teruskan hidup. Tingkatkan amal ibadah untuk kita bawa bekal ke sana nanti.. " nasihat abang pada aku. Terharu!
" Insha Allah abang.. Cuma ada masa adik rasa sunyi sangat, ni pula abang nak balik JB, entah bila abang nak balik lagi. Sekurang-kurangnya kalau abang balik, adik ada kawan.." luahku sedih. Abang senyum. Memahami apa yang kurasa. Aku menahan rindu pada abang kesayangan. Siapa lagi kawan aku kalau tak abang.
" Habis nak buat macamana. Abang kan kerja.." jawab abang.
" Tapi abang cakap abang nak minta tukar ke KL kan. Lama dah kut. Tapi tak tukar-tukar pun.." keluhku lagi.
" Iya adikku sayang. Abang dah apply pun tapi terpaksa ditolak sebab tak ada orang nak cover. Insha Allah.. ada rezeki pasti abang akan dapat tukar nanti.. " jelas abang. Aku menganggukkan kepala.
" Tak apa.. Lepas ni, adik mesti tak sunyi dan tak rasa sorang-sorang lagi.." sambung abang lagi.
" Ha! Maksud abang ?! " tanyaku semangat ingin tahu.
" Dah tahu lagi tanya.."
" Tahu apa pula. Kalau adik tahu, taklah adik tanya abang oiii...!!!"
" Kan ada Faliq. Dia boleh temankan adik. Dan, memang nak sangat temankan adik.. " aku tercengang. Amboii abang... lebih nampak.
" Aik.. Abang..!! Lain macam pula ni. Abang jangan macam-macam ek.." aku berkerut .
" Hahaha.. tak betul ke apa abang cakap.. Betul kan..kan..kan..!" Abang menghidupkan enjin kereta dan memandu terus.
Aku hanya diam. Malas layan abang, sengaja je cari pasal. Orang tengah rindu ibu ayah boleh pula dia sakat aku.
" Alololo.. Janganlah marah. Cuba senyum sikit. Marah kang cepat tua, awak tu dah tua dah pun.." ceh!! Ni kira pujuk ke kira menyakat ni.
" Helloo..!! abang tu yang da tua tau.. Dahlah, makan cempedak lagi sedap.. "aku terus mengambil beg kertas yang dibekalkan Mak Long tadi. Tak sempat sampai setengah perjalanan mahu habis dekat kampung ni juga cempedak ni. Abang hanya senyum dan senyum.
Sampai ke KL,mulalah episod kesesakan lalulintas dan kesibukan warga kota. Nak menghadap semula. Hampir tiga jam jugalah perjalanan kami, cempedak dan air kopi dah awal-awal habis. Perut aku dah mula berdangdut ni. Abang ni pula entah bila nak cari kedai makan. Dari tadi aku tanya, dia cakap kejab-kejab je. Apa yang kejab pun aku tak tahulah abang ni.
" Adik nak makan apa ni..?!" Tanya abang.
" Pekena nasi ayam best ni bang.. Tapi nak yang sedap tau!!" Pintaku. Abang mengangguk. Aku terus melayan game Super Mario Run. Syok habis layan game ni. Menghilangkan kebosanan. Nak tidur memang tak dapatlah, kalau abang memandu aku memang tak pernah nak tidur. Mengantuk macamana sekalipun memang aku tak akan tidur. Temankan abang, walaupun tak berbual.
Sampai dihadapan restoran Nasi Ayam Hainan di Taman Melawati. Abang memberhentikan kereta. Kami melangkah masuk ke dalam restoran. Nasi ayam dan air limau suam menjadi pilihan aku, abang juga nasi ayam dan air teh o ais. Abang ni busy pula main handphone, dari tadi duk menghadap handphone je. Tak pernah pun aku tengok dia macam ni. Biarlah, ada hal lah tu kut. Aku pun layan game lah sementara tunggu nasi ayam sampai.
" Laaa.. Game Super Mario ? Game budak-budak dilayannya.." terkejut gila aku. Mahu tercabut jantung. Bukan berkerut seribu dah dahi aku ni, berkerut sejuta dah. Menahan marah ni. Abang senyum je.
" Gilalah dia ni. Terkejutkan orang je. Bagilah salam. Kalau mati terkejut macamana?" Aku menjeling tajam setajam-tajamnya. Dia duduk di sebelah abang. Senyum tak habis.
" Kau dari mana ni?!" tanya abang memulakan perbualan. Aku terus melayan game.
" Kebetulan kau whatsapp tadi aku baru keluar beli barang, lepas tu terus ke sinilah.." terangnya.
" Bila kau ke Terengganu ?! " tanya abang lagi.
"Lepas asar kang aku gerak... "jawabnya ringkas. Tidak lama kemudian, hidangan kami pun tiba, bau nasi ayam sangat menyelerakan. Lagi-lagi perut tengah berdangdut ni. Lagilah tak sabar minta diisi. Faliq pun memesan makanan yang sama juga, nasi ayam dan jus oren. Tanpa mempedulikan dia, aku terus je makan. Aku tahu, dia memerhatikan aku je, lepastu tersengeh-sengeh. Aku buat selamba je. Anggap dia tak ada. Aku makan je macam biasa, tak ada nak cover-cover cun bagai. Tak hairan pun dengan Faliq. Aku tengok abang pun fokus makan.
Tak sampai lima minit, nasi Faliq pula sampai. Kami layan nasi masing-masing.
" Eh! Kau balik JB bila pula?" Tanya Faliq pula pada abang.
"Esok malam.. "jawab abang ringkas. Aku meletakkan sudu diatas pinggan. Licin aku makan, lapar punya pasal. Air limau suam yang dah tak suam aku teguk. Pun habis. Pecah rekod hari ni. Makanan dan air habis licin. Biasa kalau makan mesti tak habis. Naik buncit perut aku.
" Amboii.. Licin pinggan, lapar sangat ke?!"
Aku diam je. Tak jawab pun.
" Berapa lama kau dekat Terengganu?!"
" Tak pasti. Siap je kerja aku terus baliklah. Sebab tu aku bawa kereta sendiri. Kalau naik flight belum tentu tiket ada dan nak tunggu bagai. Lambat.."
" Bagus sangatlah tu. Terlanjur aku jumpa kau ni, aku nak minta tolong sikit ni, kalau bolehlah.." kata abang. Eh! Abang ni buat suspen pula. Aku memandang tepat ke wajah abang. Abang nak minta tolong apa dekat Faliq ni? Risau pula aku dengar. Bersangka baik je .
" Insha Allah.. Kalau boleh aku tolong, kalau tak boleh pun aku akan usahakan untuk tolong. Kau punya pasal Dil.. Insha Allah.." amboii ayat. Ni ayat ciplak lagu mana pula ni. Aku senyum sinis padanya.
" Ke sebab Aliaa ni.. Hahahaa.." Aik abang..! Kaitkan dengan aku pula. Dua sahabat ni memang bikin aku gila. Huhu!
" Dua-dualah beb.." sempat pula dia mengenyitkan mata kat aku. Aku menjeling lagi dekat Faliq.
" Kau nak minta tolong apa?!" Sambungnya lagi.
" Esok malam aku balik JB dah. Nak balik lagi tak tahu bila. Sibuk-sibuk aku kerja pun, fikiran aku ni 24jam dekat adik aku. So, disebabkan aku percaya dekat kau. Ni aku nak amanahkan kau untuk tengok-tengokkan dan kalau boleh jagakan dia sekali..."
Terkedu, terpaku, terkejut aku dengar abang cakap. Amanahkan dekat Faliq? Aku? Tengok-tengokkan aku? Jagakan aku? Abang ni biar betul. Aku masih tercengang.
" Ooooooooooo... Kalau yang itu, memang boleh sangatlah.. Anytime beb..!" Amboiii... panjangnya "O" dia.
" Eh! Abang.. kenapa nak dia pula? Adik okey je pun jaga diri sendiri selama ni. Tak apa adik okey.. Abang janganlah risau ya.." kataku agak kurang setuju dan kurang selesa.
" Selama ni abang kerja dengan hati yang tak tenang dik oii.. ingat tak masa adik jatuh sakit dulu, mujur Mak Long datang rumah, kalau tak. Tak tahu nak cakap apa. Abang percaya dekat Faliq, kalau ada apa-apa boleh minta tolong dia. Dia dekat sini " jelas abang. Tak ada pilihan. Aku tahu apa abang buat ni semata-mata untuk kebaikan aku. Aku akur. Aku mengangguk tanda setuju.
" So, boleh kan Liq?!"
" Boleh sangat-sangat beb. Jangan risau. Aku akan tengok-tengokkan dan jaga adik kau sehabis baik.. " Makin lebar senyuman Faliq. Sukalah dia. Oh Tuhan! Tabahkan aku untuk hadap si Faliq ni lepas ni. Huwaa!!
" Alhamdulilah. Terima kasih banyak-banyak Liq. Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Tapi, jangan kau buat sesuatu dekat adik aku dahlah ye, aku suruh tengokan dan jagakan je, jangan kau buat benda yang tak elok sudah. Ada pula yang mati dipanah petir kang.." Abang bagi warning dekat Faliq. Punyalah besar gelak dia. Memang tak reti malu kut. Kalau gelak tak ingat dunia. Hampeh!
" Insha Allah Dil.. Selagi iman masih di dada, Allah sentiasa bersama aku.. " katanya. Boleh tahan juga ayat dia ni. Tapi ni ayat ciplak lagu ke atau ayat dari hati. Hmm.. musykil-musykil.
Aku hanya mendiamkan diri dari tadi. Cuma sesekali buat muka pelik dekat Faliq. Dia senyum dan senyum. Aku buat muka dan buat muka..
" Okey Aliaa.. Abang awak amanahkan awak dekat saya ni. Dengar kan..?!" tiba-tiba pula dia ni. Macamlah aku tak tahu.
" Abang cuma amanahkan untuk tengok-tengokkan saya je okey. Bukan kacau saya, faham?!" kataku tegas.
" Dan jagakan awak.." dia mengenyitkan mata lagi. Eee.. nak je aku cucuk mata dia ni, biar jadi Kassim Selamat, dari tadi asyik kenyit mata je. Rimas pula aku.
Makin senyum lebar mamat ni. Apa yang best sangat entah. Aku terus layan game. Lagi baik. Abang dan Faliq terus berbual. Hmm.. Aku dah tak boleh nak mengelaklah lepas ni dari jumpa dia. Memang kena juga menghadap. Tapi tak apalah, bila abang percaya dekat Faliq maknanya aku pun kena percaya jugalah. Tapi okey juga kut, kalau ada apa-apa ada juga orang yang abang boleh percaya untuk tolong aku. Aku percaya dan yakin tapi percaya dan yakin sebab abang je tau. Kalau aku sendiri, memang taklah nak percaya. Tak percaya pun tak rugi...