Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 17
Malam ni aku rajin sikit,aku menyediakan kopi 'o' dan goreng keropok ikan. Keropok ikan dari Terengganu pemberian Cik Erisya. Sedap keropok ni, terasa keenakkan ikannya, dicicah pula dengan sambalnya. Perhh!! Memang terangkatlah. Sambil lepak-lepak dengan abang sekejab lagi, sambil mengunyah. Mesti best!!

 Aku menuang air kopi O itu ke dalam cawan. Sementara tunggu abang balik, sempatlah suam-suam air ni. Handphone ku letak di tepi dulang. Sunyi pula handphone malam ni. Ku lihat jam di skrin handphone, sudah jam 9.10malam. Biasa time macam ni, bertubi-tubi whatsapp dari Faliq. Tapi ini, senyap pula. Eh.. Eh!! Kenapa tiba-tiba teringat dekat Faliq ni. Jangan macam-macam Aliaa. Haahaha.. aku gelak sendiri.  Memang takku nafikanlah, walaupun Faliq tu menyakitkan hati tapi sebenarnya dia menghiburkan. Aku senyum sendiri.

Teman tapi mesra. Itulah yang dipinta oleh Faliq padaku, agar aku terimanya menjadi teman tapi mesranya. Ya!! Teman dan mesra. Tapi sampai sekarang aku tak bagi jawapan lagi. Apa salahnya kan sekadar teman tapi mesra, berkawan biar seribu. Bercinta biar satu. Okey.. okey.. Bab cinta-cinta ni,aku malas nak fikir, buat sakit jiwa je.

Keropok ikan ku ambil sekeping, ku cicah sambal dan masukkan ke dalam mulut. Ku kunyah perlahan-lahan sambil melayan perasaan. Kemudian, ku cicah keropok ikan itu ke dalam air kopi pula, memang sedap!! Ada ke orang cicah keropok ikan dengan air kopi 'o' , aku rasa aku je seorang, hehehe!! Apa-apalah, yang penting sedap..!!

Sedang syok melayan keropok, tiba-tiba teringat pula pada Zahwan. Seperti dia berada dihadapanku kini. Senyum memandangku. Atau sebenarnya dia mengejek aku? Ish!! Kenapa asyik teringat dia je ni. Kenapa dia menganggu fikiran aku lagi? Macamana nak lupakan dia? Tadi teringat Faliq, ni muncul Zahwan pula. Lama-lama aku jadi gila pula nanti. Aduhaiii..

Tidak lama kemudian, kereta abang masuk ke perkarangan rumah. Silau mata aku kena dek lampu kereta. Abang pula sengaja pasang lampu tinggi, sabar jelah. Enjin kereta dimatikan, abang keluar dari kereta dengan wajah yang tersenyum indah. Berseri muka abang. Hensem juga abang aku ni. Patutlah adiknya pun comel dan sweet. Hahaha.. Perasanlah pula.

" Wow!! Sedapnya keropok. Dapat mana ni?!"  tanya abang . Duduk di tepiku.

" Cik Erisya bagi tadi.." jawabku. Aku menuang air kopi ke dalam cawan dan berikan kepada abang. Abang menghirup air kopi dengan nikmat sekali.

" Kenapa buat kopi pula ni, nescafe dah habis ke" tanya abang lagi. Macam pelik pula aku buat air kopi. Mana taknya, selalu nescafe je kan.

" Ada lagilah. Saja nak minum kopi malam ni. Kan sedap keropok ikan cicah air kopi. Abang try lah.." kataku. Abang mengunyah keropok ikan . Berkali-kali dia cakap sedap. Lawak pula tengok abang ni, macam tak pernah makan keropok pula.

" Oh ya.. Faliq kirim salam.. "

" Waalaikumsalam.." balasku.

" Beriya-iya betul dia nak kawan dengan adik. Kalau call, mesti tanya adik. Faliq tu baiklah dik.." aku berkerut dahi. Pandang sinis pada abang. Dah kenapa abang ni, tiba- je.  Mesti Faliq ada cerita sesuatu dekat abang ni. Dugaku.

" Hmm.. " aku layan endah tak endah je.

" Hmm aje??"

" Iyalah.. Hmm... Habis nak cakap apa.."

" Taknak bagi dia peluang ke?! " Dah agak dah.

" Peluang?! Maksud abang? " aku sengaja bertanya semula.

" Iya peluang. Peluang untuk lebih mendekati adik, mengenali adik, menyayangi dan menyintai adik.."

" Hohohoo. Sekadar teman tapi mesra sahaja,  Titik..!!! ." kataku tegas.

" Aik!! Itu je..?! "

" Ha lah.. Untung adik nak kawan dengan dia. Tu pun sebab abang tau.."jelasku.

" Kenapa pula"?

" Ha lah, kawan abang kut. Nanti tak kawan kang cakap adik sombong pula, kan..kan.." sajaku sindir. Senyum sinis.

" Ini kerana terpaksa ke apa ni.."

" Hahahaha.. No komen.." aku gelak.

" Abang.. apa kata, lusa petang kita balik kampung nak tak? Rindu Mak Long, lama tak balik.." cadangku buat muka sedih.

" Elok gak tu.. Terlanjur cuti ni. Okey boleh..  Eh! Tapi lusa adik tak kerja ke?!"

" Minta halfday.. " jawabku ringkas. Abang menganggukkan kepala.

" So, kena bersiap sedia untuk mendengar bebelan Mak Long ye.., hehehe.." kata abang.

" Ha' ah kan.. Redha je lah.." kami gelak serentak. Tak kisahlah kena bebel pun kenalah, dah salah kami kut jarang nak balik jenguk Mak Long. Biasalah busy katakan.

Rindu sangat dengan masakan Mak Long. Masakan paling sedap di dunia. Paling aku suka ayam masak merah dan masak lemak pucuk ubi, tak dapat digambarkan kesedapannya, terliur pula malam-malam ni terbayang masakan Mak Long. Memang menyelerakan. Kalau tak dua tiga kali tambah nasi, memang tak sah lah. Tak fikir dah diet bagai, kalau duduk kampung seminggu je pun mau boleh naik berat sampai 10kg. Hahaha..

" Jom masuk, dah lewat dah ni.. " arah abang. Aku mengemas sisa hidangan tadi dan mengangkatnya bawa ke dapur. Abang pula mengunci pintu pagar. Setelah selesai mencuci pinggan dan cawan tadi, aku kembali ke ruang tamu. Layan tv sekejab. Bersembang kosong.
Aku menguap beberapa kali. Mata dah mula mengantuk.

" Adik masuk tidur dulu ek.."

" Okey.. Esok nak abang hantar ke tak?!"

" Tak payahlah. Adik pergi sendiri je . Abang..!!  esok buat nasi goreng kampung boleh.." pintaku .

" Okey!! Tapi jangan sampai tak makan pula.."

" Oraite!! Okey abang, good night!!" Aku terus melangkah masuk ke bilik.

Bertuah tak aku, sepatutnya aku yang sediakan  breakfast untuk abang. Ni tak, abang pula yang sediakan untuk aku. Hehe.. Abangkan sayang aku, pandai masak pula tu. Mestilah kena buatkan untuk adiknya kan. Aku ni, apa yang pandainya. Setakat tumis-tumis biasa tu boleh lah.

Abang ni ikut arwah ayah, bakat terpendam adalah memasak. Kalau arwah ayah masih ada lagi, cakap je nak makan apa, confirm arwah ayah akan buatkan. Sekarang ni bakat itu turun pada abang pula. Dulu,ayahlah orang yang paling penting dekat kampung, kalau kebetulan kami balik kampung dan ada masjid kenduri-kendara pasti ayah akan diminta untuk masak dan sekarang tugas itu diambil alih oleh Mak Long. Tapi ayah tak minta pun upah, ayah tolong ikhlas. Kalau orang kampung bagi upah pun, upah tu ayah masukkan ke dalam tabung masjid. Ayah memang seorang yang baik. Bakat turun temurun.

Aku melabuhkan badan diatas katil. Baru saja mahu menutup mata, pesanan whatsapp berbunyi. Ku mencapai handphone di meja lampu. Siapa lagi kalau bukan si Faliq. Aku tersenyum. Tak tidur lagi ke mamat ni. Hmm..

" Dah tidur ke?!
Saya nak minta tolong sikit.
Hanya awak je yang boleh tolong saya,
Please!! "

Aku berkerut. Dah kenapa pula dia ni. Kenapa nak minta tolong dekat aku pula.

" Macamana nak tidur, awak kacau.
Tolong apa?!"

Balasku. Jarang aku mahu balas whatsapp dia ni. Tapi tak apalah, mana tahu memang betul dia perlukan pertolongan aku ke kan. Bersangka baik je.

" Tapi problem saya ni terlalu besar.
Boleh ke awak tolong?"

" Iyalah.. tolong apa?"

" Saya nak tidur tapi setiap kali saya nak pejam mata je, awak muncul.10 kali pejam mata, 10 kali jugalah awak muncul. So, macamana saya nak atasi problem saya ni?!"

Eee mamat ni, gila!!

" Pergi ambil wuduk, baca ayat kursi, alfatihah, 3qul,dan doa tidur. Kalau tak boleh tidur juga, pergi terjun bangunan. Okey selamat malam. Salam.."

" Okey.. dapat tidur.
 Selamat malam cute"

Ada-ada je dia ni. Senyum sendiri. Aku meletakkan semula handphone diatas meja tadi. Dalam kesamaran lampu. Sunyi dan sepi. Selamat malam kejauhan. 
Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs