Faliq duduk di luar rumah. Sementara menunggu Adil. Masih belum berkesempatan mahu cerita pada Adil yang dia ada jumpa Wan kelmarin. Tak sabar sebenarnya mahu cerita. Niatnya datang ke rumah Adil sebab mahu cerita tapi apabila berjumpa dengan Aliaa, semua niatnya entah ke mana. Hilang kerana Aliaa. Hari yang menggembirakan hatinya. Seronok tak terkata. Senyuman tak hilang lagi, masih kekal dibibir. Wajah sentiasa berseri.
" Senyum lebar nampak?!" Muncul Adil dengan membawa sebekas tupperware berisi Brownies . Diserahkan pada Faliq. Faliq mengambil.
" Thank you..!! " ucap Faliq. Adil duduk dihadapan Faliq.
" Mana Aliaa?!" tanyanya.
" Masuk bilik katanya, kepenatan. Tidurlah tu kut.." Faliq mengangguk perlahan.
" Aku harap, selama aku tak ada kang, tolonglah tengokkan adik aku ya. Berat hati sebenarnya nak tinggalkan dia.. " kata Adil perlahan. Nada sayu, sedih.
" Jangan risau, Insha Allah aku jaga dia dengan baik. Kau kerjalah elok-elok nanti.."
" Bukan apa bro, walaupun dekat sini aku jarang balik, tapi kalau ada emergency aku boleh gak balik, dekat kan. Kalau dah dekat sana, ada emergency, macamana aku nak balik.. Aku dah buat rayuan untuk cancelkan nama tapi tak dapat. Terpaksalah.." luah Adil.
Faliq hanya mendengar.
" Mesti ada hikmah semua ni, Dil. Sekarang ni kau jangan fikir negatif, niatkan kerja kau kerana Allah. Allah akan lindungi kau dan lindungi Aliaa.. Jangan risau.. " Adil senyum.
"Terima kasih banyak-banyak. Kau tahu kan, Aliaa tulah satu-satunya adik aku, dia penyeri hidup aku, buah hati aku. Segala-galanya bagi aku.." luah Adil lagi.
" Iya.. aku faham. Aku tahu hati kau, dari dulu pun kau memang utamakan dia dari diri kau sendiri. Amanah dari ibu ayah kau kan.." Adil mengangguk. Lega dia, sahabatnya amat memahami apa dia rasa. Terharu!
" Aku bagi kepercayaan ni dekat kau ya. Aku harap kau jaga dia baik-baik selama aku tak ada ni, jangan sampai kau buat tak elok dekat dia dahlah ye.."
" Ish!! Kau ni, janganlah cakap macam tu. Insha Allah, macamana aku jaga mama aku, jaga hati mama aku macam tu jugalah aku akan jaga dia.. Okey?!" Faliq senyum beri keyakinan pada Adil. Dan, Faliq juga selalu ingat pesanan Puan Asmah supaya tidak ambil kesempatan atas kebaikan Adil padanya. Lebih-lebih lagi pada Aliaa. Kena jaga semuanya.
" Syukurlah kalau macam tu.. Aku nak tanya kau sesuatu ni, jawab jujur boleh??"
" Insha Allah, jujur. So, Kau nak tanya apa?" Adil senyum. Faliq menanti soalan dari Adil.
" Kau sayang Aliaa? Kau cinta dia?" Faliq gelak kecil. Ingatkan soalan apalah tadi. Kalau itu soalannya, bukan jujur je dia jawab. Segala ikhlas, setia sekali.
" Kau tengok aku layan dia pun kau tahu kan.. Iya broo.. Memang aku sayang dia, memang aku dah jatuh hati pada dia. Tapi tulah, setiap kali aku tanya dia soal hati perasaan, dia mengelak, dia cuma cakap. Jangan terlalu mengharap nanti kecewa. Tu je dia cakap.."
Jelas Faliq.
" Atau dia memang dah ada kekasih?" tanya Faliq lagi. Sebenarnya ada dia terfikir perkara itu. Tapi diabaikan.
" Tak kut. Aku tahu kawan dia cuma Naim jelah dari dulu sampai sekarang. Nak kata dia keluar dengan lelaki pun, tak pernah sebab apa-apa dia akan info aku. Layan lelaki dekat handphone pun, aku rasa sejak dia kenal kau jelah dia selalu pegang handphone. Kalau tak, handphone dia tu batery seminggu tahan. Payah nak contact, asyik terletak je handphone.." detail Adil cerita.
" Betul tu, baru-baru ni je dia layan whatsapp aku. Sebelum ni.. Hmm. 10 whatsapp aku sent sekali pun payah dia reply.." Faliq mengadu.
" Tau tak apa. Haha. Okey.. Kalaulah contoh, ni contoh je tau. Kau tunggu dia, dan satu hari dia pilih orang lain. Kau macamana bro?"
" Alamak bro.. Soalan kau ni, takut bro aku dengar.."
" Relax.. relax.. ni just cerita kosong je.."
" Berat nak jawab ni.. Apa yang penting, aku berdoa, aku dah buat sehabis baik dan andai memang dah tak ada jodoh nak buat macamana bro. Redha jelah.. Tapi selagi dia belum jadi hak orang, selagi tu aku masih berpeluang, selebihnya aku serah pada Allah."
Jelas Faliq penuh keyakinan. Apapun yang dia lakukan, tak boleh terlalu mengharap pada cinta manusia. Cinta seadanya kerana cinta Allah melebihi segalanya. Adil mengangguk perlahan. Dia sendiri pun takut andai perkara ni terjadi. Takut sahabatnya itu kecewa. Dan jika Aliaa terima Faliq, itu dah cukup buat dia tenang. Tak perlu fikir dan risau dah siapa bakal suami Aliaa, macamana sikapnya dan hatinya. Segala mengenai Faliq dia sudah tahu. Kan mudah.. Tapi siapalah dia untuk menentukan jodoh Aliaa, semuanya kerja Allah. Andai jodoh mereka insha Allah, akan bersatu juga, andai bukan jodoh, redha..
" Eh ! Lupa pula nak cerita berita gembira .." kata Faliq. Senyum terukir.
" Berita gembira? Berita apa pula ni. Naik pangkat ke?" teka Adil. Faliq gelak kecil.
" Hahaha.. cukup-cukuplah pangkat yang ada ni, tak tertanggung aku broo.. Kelmarin aku jumpa Wan.."
" Wan?! Si ustaz tu?! Kau biar betul.." Adil tak percaya.
" Betul lah.. aku jumpa dia dekat masjid, tapi tak dapat nak borak lama sebab dia nak balik Sarawak. Lain dah ustaz tu, aku sendiri pun tak kenal, dia yang tegur aku.. Hahaha.." excited benar Faliq bercerita.
" Alhamdulilah.. dapat dah jumpa kawan kita sorang tu.." Adil senyum. Faliq menganggukkan kepala.
" Kan.. Nanti ada masa kita jumpa sekali nak. Lama tak jumpa, tak lepak sama. Macam- macam cerita ni kang.. " cadang Faliq.
" Korang bolehlah jumpa, aku ni ha. Jauh..." keluh Adil.
" Alaaa relax lah. Bukan kau tak balik sini langsung pun kan. Nanti kita set time lah.. " Jam dilihat, sudah menunjukkan jam 3.40 petang. Lama juga Faliq dirumah Adil. Nak balik awal tadi tapi ditahan oleh Mak Long. Seronok berbual katanya. Terpaksalah Faliq ikutkan. Sesekali melayan. Bolehlah dia mengenali Mak Long dan Pak Long dengan lebih rapat lagi. Sambil menyelam minum air. Borak punya borak sampai jam tiga. Tak perasan. Sampai Aliaa tertidur di sofa kerana keletihan.
" Okeylah.. aku minta diri dulu. Lama dah dekat sini. Thanks bagi Brownies ni. Kirim salam semua.." Faliq bangun dari kerusi. Mengambil bungkusan tupperware diatas meja. Bersalaman dengan Adil.
" Apa-apa info ek!" kata Adil. Menemani Faliq hingga ke kereta. Faliq pulang dengan hati yang gembira, hati yang ceria. Memang sepanjang hari ni dia pasti akan tersenyum lebar. Tak sabar nak sampai rumah nak cerita semua pada mamanya. Dan yang paling penting tak sabar nak bagi mamanya rasa Brownies yang sedap ni.
Masuk ke perkarangan rumah, kelihatan kereta Lokman ada. Lama dah dia tak jumpa abang iparnya itu. Tapi tak pasti empunya diri yang datang atau Asnida yang guna keretanya. Dia terus masuk ke dalam rumah. Sunyi saja, terus menuju ke dapur. Puan Asmah sedang menyediakan minum petang. Cucur bilis bersama pisang goreng sudah terhidang diatas meja.
" Dah balik..." tegur Puan Asmah dengan senyumannya.
" Iya ma.. Ada tetamu ke ma?! Awal ma buat minum petang ni.." Tanya Faliq.
"Taklah.. Ni, Abang Ngah dan Papa nak pergi mancing, mama bekalkan mereka makanan. Sekali buat minum petang.." terang Puan Asmah dengan tangan ligat membacuh air kopi didalam teko.
" Oo.. Patutlah.. Abang Ngah datang sorang ke?!" Tanya Faliq lagi.
" Dengan Angah lah.."
" Aik!! Naklah pula. Angin baiklah tu kut ek!!"
" Ha.. tulah.." Puan Asmah senyum, faham dengan maksud Faliq.
" Ni ma.. Ada Brownies ni, Alang nak mama rasa dan komen ya.." Faliq mengeluarkan tupperware dalam beg plastik dan membuka penutup tupperware , lalu memberikan pada mamanya.
" Sedapnya bau. Alang beli dekat mana ni? Nampak macam sedap.." Puan Asmah menghidu dan mengambil sepotong Brownies dan masukkan ke dalam mulut. Perlahan-lahan dia mengunyah. Faliq memerhati dengan senyuman . Tak sabar nak tunggu jawapan.
" Hmm.. Sedaplah. Angah beli dekat mana ni.." Puan Asmah mengulang lagi pertanyaannya tadi. Makin lebar senyuman Faliq.
" Tak beli. Tapi minta Aliaa. Dia buat ni ma.. Sedapkan.. !!"
"Iyeke?! Memang sedaplah Alang.." Puan Asmah menyusun potongan brownies ke dalam piring kecil dan diletakan bersama hidangan tadi. Faliq bercerita penuh semangat.
" Alang dah balik. Apa khabar, sihat tak?!" Muncul Lokman. Faliq terus bersalaman dengannya. Lama benar tak jumpa.
" Alhamdulilah, sihat walafiat.."
" Jom join kami mancing.." pelawa Lokman. Terus duduk di hadapan Faliq.
" Mancing ek..?! Hmm, maybe next time lah Abang Ngah, rasa letih pula badan ni ha.." Faliq tersengeh. Menolak pelawaan dengan baik. Lokman hanya mengangguk.
Tidak lama kemudian, muncul pula En. Kamaruddin dan diikuti oleh Asnida. Mereka duduk di meja makan sambil menikmati minum petang. Berbual dan bergurau senda.
" Brownies.. Hmm.. sedap!! Mama buat ke.." tanya Asnida. Puan Asmah dan Faliq tersenyum saja. Puan Asmah tidak menjawab. Dibiarkan saja Asnida menikmati keenakan brownies itu.
" You.. try brownies ni. Sedap tau!! Rugi tak rasa.." sepotong lagi dimakannya. Menyelerakan sungguh. Lokman mengiyakan juga. En. Kamaruddin memandang Faliq dan Puan Asmah yang tersenyum lebar itu, dia pun turut senyum. Dapat mengagak sesuatu.
" Ha ma.. Mama buat ke? Boleh Angah order kalau macam ni, promote dekat clien untuk buat hantaran kahwin pun okey juga ni.." cadang Asnida penuh semangat. Asnida ni pelik sikit, bab-bab makanan dia memang cerewet. Biasalah orang lagak vvip kan, tapi kalau dia cakap sedap, memang sedaplah maknanya tu. Puan Asmah masih tidak menjawab. Dia berpandangan dengan Faliq.
" Papa tahu siapa yang buat ni.." tiba-tiba En. Kamaruddin bersuara. Mata semua tertumpu pada dia. Berkerut dahi Asnida. En. Kamaruddin pandang Puan Asmah dan kemudian pandang Faliq pula. Dan, senyum.
" Ni yang buat si buah hati Alang lah, siapa lagi.. Kan alang.." Faliq gelak. Terasa malu pula dia. Sporting sungguh papanya.
" Aliaa ?! Hmm.." terus Asnida buat muka. Terdiam seribu bahasa.
"Aik! Makanlah lagi, memang sedap ni. Papa pun suka.. Angah, jangan menghukum orang seperti kita ni perfect 100%, kadang-kadang kesalahan tu semua dari diri kita sendiri tapi kita tak sedar.." Masing-masing senyap. Lokman membisu. Dia pun dah tak mampu nak cakap apa. Cuma sebagai seorang suami dia sentiasa memberi nasihat pada isterinya itu. Mereka terus menikmati hidangan. Bekalan untuk En. Kamaruddin dan Lokman sudah siap tersedia. Semangat benar En. Kamaruddin mahu pergi memancing. Faliq hanya senyum. Lalu meminta izin untuk naik ke biliknya. Mahu merehatkan badan.
Tak ada manusia yang perfect didalam dunia ni, semua manusia ada melakukan kesilapan dan kesalahan. Siapalah kita untuk menghukum. Muhasabah diri dan sentiasa istiqamah itu adalah lebih baik dari sentiasa mencari kesalahan orang lain sedangkan diri kitajua terlalu banyak kesalahan tanpa kita sedar.