Bab 16
Kereta memasuki perkarangan rumah dua tingkat itu. Rumah sederhana besar dan indah, dipenuhi dengan pohon-pohon menghijau, yang paling menarik di satu sudut halaman rumah, terdapat taman kecil yang dipenuhi dengan bunga mawar pelbagai warna yang cantik dan segar. Bunga kegemaran Puan Asmah, bunga mawar. Setiap bulan pasti dia akan membeli benih bunga itu dan tanamnya semula. Menjadi sungguh tangannya.
Suasana persekitaran rumah itu sangat tenang sekali. Redup mata memandang. Bersih dan kemas saja susun atur pasu-pasu bunga. Semuanya hasil kerja Puan Asmah sendiri. Kreaktif seperti anak bujangnya jua. Temannya di rumah, hanya pokok-pokok bunganya saja. Apalagi dia mahu lakukan di rumah, hanya melayan pokok sajalah. Anak-anak dah besar, dengan kehidupan masing-masing. Cucu pun tidak tinggal bersama, kadang-kadang saja kalau cuti sekolah balik rumahnya. Itu pun jarang, disebabkan ibubapa sibuk bekerja. Nak harapkan cucu dari Asnida, memang entahlah bila. Bila ditanya mengenai cucu, lantang saja mulutnya menjawab. Belum sedia. Tak boleh nak cakap apa, anak yang seorang tu memang keras hati. Kepala batu. Yang lagi sorang pula, si Faliq. Memang lagilah, kahwin pun tak, macamana nak kahwin kalau calon pun tak ada.
Macam- macam alasan budak sekarang ni. Hanya tinggal tiga orang anak yang jadi kebanggaannya. Adik perempuan Faliq, sudah meninggal lima tahun lepas akibat kemalangan jalanraya sewaktu mahu pergi kerja. Allah lebih menyayanginya.
" Lalalaaa..." menyanyi-nyanyi lagi. Tak habis gembiranya sejak pagi tadi. Penangan si garang. Agak lewat Faliq balik petang itu, elok-elok rancang nak balik rumah awal, dapat pula panggilan telefon minta dia ke tapak projek kerana kecemasan. Kelam-kabutlah dia jadinya. Rancangan terbatal. Letih juga lah badan, terkejar-kejar. Tapi apa boleh buat, sudah tanggungjawab. Ikhlas bekerja insha Allah dapat keberkatan .
" Amboiii.. Happy nya..!" tegur Puan Asmah. Sambil menyelak-nyelak helaian majalah Saji di ruang tamu dengan ditemani suami tercinta.
Faliq terus menuju ke arah Puan Asmah. Duduk di sebelahnya. Melabuhkan badan di sofa yang empuk itu. Arhh!! Nikmatnya.
" Lewat balik hari ni?!" Sambung Puan Asmah.
" Hmm.. ada emergency kat side tadi ma.." jawabnya ringkas.
" Mama.. nak cerita ni, hehe.." Faliq mengalihkan badannya menghadap Puan Asmah. Excited nak cerita kisah siang tadi. Senyum.
" Cerita apa? Cerita lah.." Majalah Saji masih dibelek-beleknya. Encik Kamaruddin hanya mendengar sambil mata tertumpu pada tv besarnya.
" Mama dan Papa ingat lagi tak dengan Adil? Kawan Alang tu. Exboyfriend Angah.." Faliq memulakan cerita.
" Eh! Mestilah ingat. Alang ada jumpa dia ke?" tanya Puan Asmah. Majalah Saji diletakkan diatas meja. Mahu tahu perkembangan Adil.
" Iya ma.. Pagi tadi Alang tersempak dengan dia dekat office. Tak sangka ma.. Lama tu kami tak jumpa. Memang rindu gila dekat dia.." excited Faliq bercerita.
" Terserempak?!" Puan Asmah berkerut dahi.
" Iya ma..!! Mama tahu tak.. Sebenarnya kan, Aliaa tu adik kandung Adil maa.. Fuh!! Memang tak sangka, tak duga.."
" Laa iyeke..?! Baguslah kalau macam tu. Patutlah happy semacam je, alkisahnya.."
" Hahahaaa.. " Faliq gelak.
" Aliaa tu siapa?" Encik Kamaruddin pula menyampuk yang dari tadi hanya mendiamkan diri dan hanya mendengar perbualan dua beranak itu. Teringin juga dia nak tahu.
" Anak bujang awak ni, dah terpikat dengan Aliaa. Budak yang kerja dekat dengan office dia. Dah angau dah ni bang.." terang Puan Asmah. Encik Kamaruddin hanya mengangguk perlahan. Faliq tersenyum malu.
" Kejab lagi, kita dapat menantu lah ni bang.." sambung Puan Asmah lagi.
" Awal lagilah ma.. Masalahnya nak kawan dengan Aliaa tu pun, punyalah payah. Dia langsung tak layan Alang. Tapi bila tahu dia adik Adil, rasanya cerah masa depan kut." Yakin sungguh Faliq ni. Dasyat!!
" Kalau susah nak dapat, usahakan dan banyak berdoa. Moga Allah bukakan pintu hati dia dengan ikhlas terima Alang. Tapi jangan pula kalau dah dapat tak dihargai. Itu papa taknak.." nasihat Encik Kamaruddin. Memang sporting lah ibubapa Faliq.
" Insha Allah pa.." seronok hati Faliq, ibubapa nya setuju. Bertambah bersemangatlah dia. Yess!! Jeritnya didalam hati. Bahagianya hati.
" Adil kerja kat mana?! Dia dah kahwin ke blum?! Ajaklah dia datang rumah, lama dah mama papa tak jumpa dia.." Puan Asmah terus bertanya.
" Insha Allah ma, nanti Alang ajak dia datang. Dia kerja dekat JB, jarang balik sini, sibuk kerja. Masih macam Alang juga ma, nak tunggu adiknya kahwin dulu baru dia kahwin katanya.." terang Faliq.
" Habis Aliaa tinggal dengan siapa?! Menyewa ke?!"
" Taklah. Rumah mereka. Aliaa tinggal sorang-sorang je.."
" Pula. Kasihannya. " Puan Asmah bersimpati.
" Iya.. Sejak ibubapa mereka meninggal lagi kan, mereka dah berdikari, semua sendiri. Jadi, dah biasa kut.."
" Nanti ajak mereka datang, boleh dinner sama-sama kan bang.. Mama pun nak juga jumpa Aliaa dengan Adil.." pinta Puan Asmah. Encik Kamaruddin mengiyakan saja. Sejak peristiwa itu, langsung tidak pernah dengar berita tentang Adil. Hilang tanpa berita. Kerana kesalahan anaknya sendiri, Asnida.
"Insha Allah ma. Alang akan bawa juga mereka tu nanti. Adil pun nak jumpa mama dan papa juga tu.." semakin berbunga-bunga hatinya. Bila dalam hati dah ada taman.
" Adil? Untuk apa bawa dia ke sini?" Tanpa mereka sedar, rupanya Asnida sudah mendengar perbualan mesra mereka anak beranak. Dengan muka yang bengis, dia melangkah menghampiri Faliq.
" Untuk apa Alang nak bawa Adil ke sini? Angah tak izinkan..!!!" tegas Asnida.
" Angah sudah-sudah lah tu. Cerita lama kan.." Puan Asmah menenangkan hati Asnida.
" Angah ni dah kenapa? Salah ke Alang nak bawa Adil jumpa mama? Salah? "
Faliq mula menyirap dengan Asnida.
" Memang salah pun.." pantas saja Asnida menjawab. Encik Kamaruddin menggeleng-gelengkan kepala saja melihat Asnida.
" Okeylah ma, Alang naik atas dulu ya. Nak mandi, solat lepas tu nak makan. Malas layan Angah yang habis-habis cari pasal.." Faliq terus melangkah. Malas dia mahu menghadap kakaknya yang sorang itu. Kalau duduk lama lagi, memang boleh gaduh. Tak habis-habis dengan dendam amarahnya. Dia je nak betul tapi padahal sendiri memang tak betul.
Kadang bila diingatkan semula. Malu sebenarnya dia pada Adil. Malu diatas perbuatan kakaknya sendiri tapi alhamdulilah Adil bukan seorang pendendam. Segala peristiwa itu sudah lama dibuangnya, sudah terpadam dalam hidupnya. Bersyukur dia punyai sahabat sebaik Adil dan kembali bersahabat semula. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Puan Asmah sangat menyayangi Adil, sudah dianggap seperti anak sendiri. Yang paling Puan Asmah kagum dengan Adil adalah sikap tanggungjawabnya pada adiknya. Walaupun ketika itu, Puan Asmah tidak mengenali siapa adik kandung Adil. Sikap bertanggungjawab, sifat kasih sayang dalam dirinya untuk si adik sangat besar pengorbanannya. Memegang amanah dari kedua arwah ibubapanya supaya menjaga, mengajar, membimbing dan mendidik si adik. Bukan mudah nak jumpa seorang abang yang baik seperti Adil.
Masuk saja ke dalam bilik, lampu dipasang. Handphone dikeluarkan dari poket seluar. Dia duduk di birai katil. Membuka aplikasi galery di handphone, merenung wajah Aliaa di handphone. Gambar kandid yang diambilnya awal mengenali Aliaa tempoh hari. Sungguh manis dan ayu wajahnya. Mata yang memikat.
"Ini kalau Aliaa tahu aku simpan gambar dia, mahu meletup gunung Everest, hahaha.. Oh..Aliaa!! Kau buat hidup aku huru-hara tau tak.. Apalah jampi kau pakai ni.. Hahahaa.. Aliaa.. Aliaa." Gelak besar dia sendiri.
Lalu handphone diletakkan diatas meja tulisnya, terus mencapai tuala mandi yang tergantung kemas. Masuk ke bilik air untuk membersihkan badan. Kemudian, mahu menghadap ilahi. Mahu berdoa agar hati Aliaa dibukakan untuknya. Doa yang tak pernah putus. Semoga Allah kabulkan.. Aaminnn...
Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.
Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.