Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 49
Message siang tadi menghantui diri aku. Aku jadi takut. Hatiku berdebar- debar sejak dapat message ni. Ku baca lagi. Siapa sebenarnya ni?  Aku nak bagitahu Faliq tapi tak boleh. Aku takut nanti orang ni buat sesuatu dekat aku. Aku nak bagitahu abang, tapi banyak kali aku call abang tapi tak dapat. Abang busy mungkin. Aku belek- belek handphone.

Tet..tett... Message masuk. Cepat-cepat aku buka. Dari nombor yang sama seperti siang tadi.

" Ingat Aliaa..!! Jauhi Faliq.."

Hmm.. aku mengeluh. Aku menekup muka dengan bantal. Arh!! Pedulilah. Buat apa aku nak takut. Aku dengan Faliq bukan ada apa-apa pun. Kawan je. Lantaklah orang ni. Nak ugut ke nak apa ke, sukahatilah. Buat apa aku nak takut, bukan aku buat salah pun. Orang ni kut yang sakit. Sakit hati tengok aku dengan Faliq happy je. Cemburu tak tentu pasal. Huh!! Dari aku buang masa nak fikir pasal ugutan ni lebih baik aku tidur. Ku cuba pejam mata, tapi kenapa tak nak tidur. Pusing kanan pusing kiri. Aduhai.. mata dah ngantuk tapi tak nak lelap. Apakah?


Aku duduk bersandar. Lampu ku buka semula. Ku capai handphone. Okey.. whatsapp Zahwan lah.

" Assalam Wan..
Dah tidur ke?
Sorry ganggu.."

Kemudian, aku sent. Aku memandang sekeliling bilik. Hmm.. bosannya. Whatsapp masuk. Tak tidur lagilah Zahwan.

" Waalaikumsalam..
Belum lagi.
 Aliaa buat apa tak tidur ni?"

Aku senyum. Berbalas-balas whatsapp. Masing-masing bercerita tentang kenangan lama. Mengimbau kembali kenangan itu. Tapi bila sentuh bab hati. Aku lemah.

" Saya pernah cakap pada awak, saya ni berpegang pada janji, tapi awak cakap, awak akan buat apa yang awak cakap. Awak suruh saya tunggu dan sampai sekarang saya tunggu. Tunggu awak, tunggu janji awak.. kerana janji awak.." jelasku.

" Maafkan saya. Saya memang tak ingat. Saya tak tahu pun pasal janji tu.." Bagai nak jatuh jantung aku. Tersentak.

" Tak tahu?? Awak janji awak tak tahu. Ya Allah..!! Sampainya hati awak. Awak buat saya menderita menanggung ni semua. Lama Wan, lama sangat. Saya cari awak, saya doa siang malam, saya tak putus asa, saya sabar,  saya kunci hati saya semata-mata untuk awak dan bila dah jumpa awak, ini  yang awak cakap?!" Airmataku menitis. Hatiku hancur lagi.

" Maafkan saya Aliaa.. Awak tak patut cari saya lagi. Benda ni dah terlalu lama. Saya tak pernah fikir pun dan tak ingat pun..." mudahnya dia berkata. Ya Allah..!! Ampunkan aku.

"Ooo.. Okey..!!  Memang saya tak patut cari awak kan, memang saya yang bodoh selama ni terlalu mengharap awak, terlalu mengharap janji-janji awak. Saya tak patut muncul lagi dalam hidup awak. Tak apalah. Saya sedar siapa diri saya. Saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Maafkan segalanya. Anggap je kita tak pernah kenal. Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya. Cuma satu saya nak pesan, jangan pernah berjanji andai tak mampu untuk tepati. Kerana janji boleh buat orang menderita dan sengsara tanpa sedar. Kerana janji awak, saya masih setia tapi semua tu hanya sia-sia. Dulu saya pernah tinggalkan hati saya di lautan biru di Sabah. Ingat tak? Tak apalah, sampai masa saya akan kembali dan kutip semula sisa-sisa hati yang hancur kerana janji awak. Saya akan doakan awak bahagia dunia akhirat. Andai awak jumpa dengan insan yang layak untuk awak, jagalah hatinya, jangan sia-siakannya dengan tabur janji. Terima kasih atas janji yang tinggal janji. Izinkan saya simpan segala kenangan itu untuk lebih berhati-hati dengan lelaki. Terima kasih Zahwan. Terima kasih segalanya...
Assalammualaikum.."

Airmataku semakin deras. Ya Allah..!! Sakitnya. Pedihnya. Andai ini takdirku, aku terima. Sampai hati kau Zahwan. Sampai hatimu..

" Cukuplah Aliaa.. Sudah- sudahlah. Kau nampak tak sekarang, penantianmu hanya sia-sia. Harapanmu hanya tinggal harapan. Kuatkan semangatmu Aliaa. Teruskan hidupmu. Sabar dan tabahlah.. Menangislah Aliaa, menangislah semahumu, menangislah agar hari esok ada sinar pelangi yang menantimu..." hati kecilku berkata.

Iya.. aku menangis dan menangis. Kecewa lagi. Kenapalah mudah sangat aku dikecewakan. Kenapa? Hanya kerana janji.


Mudahnya menabur janji tapi bukan mudah untuk menepati janji. Lelaki memang tak guna. Sanggup buat aku macam ni, kau memang kejam Zahwan. Kau memang lelaki tak guna. Kau permainkan hati perasaan aku. Kau memang tak layak jadi lelaki sejati, kau hanya layak jadi lelaki pondan. Arrhhhh!!! Geram.. gerammmm. Aku membebel-bebel sendiri. Menyumpah seranah lelaki yang bernama Zahwan itu. Mulalah aku negatif dengan lelaki. Semua lelaki sama je, lelaki memang tak pandai nak hargai wanita. Senang-senang kau ambil hatinya dan senang-senang kau campak hatiku. Ingat hatiku ini apa, barang mainan? Bola? Yang boleh kau tendang sepak. Lama kut, kalau aku kahwin mahu anak dah tiga orang kut. Tapi kerana kau aku jadi anak dara tua.  Huwaaa!!! Belum tua lagi. Masih muda. Aku taknak stress dengan apa yang berlaku. Terima kasih Ya Allah.. Kau beri aku petunjuk, siapa Zahwan tu sebenarnya. Aku terima aku redha.

 Aku teringat pesanan abang, aku teringat juga nasihat Naim. Semua yang abang dan Naim katakan, betul terjadi padaku kini. Inilah risiko yang harus ku tanggung kini. Maafkan adik, abang. Maafkan aku, Naim. Maafkan saya, Faliq.

Aku menangis dan menangis. Mahu bengkak mataku ni. Pedulilah. Yang penting aku nak nangis lagi dan lagi. Nak buang segala yang tersimpan dihati selama ini. Nak buang segala kenangan pahit ini. Buang dengan airmata. Biar airmata ni habis kering kontang pun tak apa. Yang penting habis segalanya. Kali kedua aku dikecewakan, tiada lagi ruang dan peluang untuk Zahwan. Tak akan ada. Tutup. Rapat. Padat dan semualah. Blacklist, redlist, bluelist semu list, nama Zahwan dalam hidup aku. Akan aku kuburkan  100kaki ke dalam tanah. Tak akan jumpa dan tak kan dapat digali lagi. Yupp.. tak akannnn!!! 

Kali ni aku betul-betul nekad. Aku nak rawat hatiku yang kecewa ni sendiri. Aku perlu bersendiri. Aku perlukan masa, aku perlukan ruang, aku perlukan nyawa, aku perlukan nafas. Aku akan kembali dengan semangat baru, aku akan kembali dengan diriku yang baru. Semuanya baru-baru belaka. Tapi macam mana aku nak mulakan. Dari mana aku nak mulakan. Aku bingung. Aku blurr. Aku celaru segala. Aku tekup muka dengan bantal dan Arhhh!!! Lagi sekali aku menjerit .

Tet.. tett..  whatsapp masuk lagi. Aku baca whatsapp dari Zahwan.

" Saya minta maaf Aliaa..
Saya tak bermaksud nak sakiti hati awak,
Maafkan saya.."

Tiada maaf bagimu. Aku block whatsapp dia. Aku benci kau. Aku benci kau, Zahwan. Aku sambung menangis lagi. Sampai bila nak nangis ni. Sampai airmata kering, sampai aku tertidur sendiri. Tapi mata ni segar pula lagi. Huwaa!!!

Tak lama kemudian, handphone ku berbunyi pula. Tertera nama Zahwan. Eeee.. nak apa lagi si kejam ni. Tak payah nak rasa bersalah sangat lah. Tak payah nak minta maaf bagai. Kau minta maaflah dekat Allah. Munafik. Geram aku.. Aku block pula nombor telefonnya. Dah, lega... Semoga lepas ni aku tak jumpa kau lagi, dan tak ingin nak jumpa pun. Pergilah kau jauh dari hidup aku.

Setiap yang berlaku mesti ada hikmah kan. Bertabahlah wahai hati. Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita mesti ada sebab. Teringat kata-kata Faliq siang tadi. Faliq?
Aku perlukan kau sekarang. Hanya kau yang boleh buat aku happy. Kalau boleh nak je call Faliq, nak share kesedihan dekat dia tapi tak boleh. Takut dia fikir lain pula. Lagipun, dah lewat malam. Confirm dia dah mimpi ke bulan.  Tak apalah. Aku happy kan diri sendiri.

Aku bangun dan berdiri dekat depan cermin. Melihat wajah sendiri. Gelak besar. Uisss!! Bengkak mataku. Alamak!! Agak-agak esok boleh okey tak mata ni. Malulah pula. Lepas menangis puas-puas aku rasa lega sikit. Aku senyum didepan cermin. Buruk betul wajahku. Huhu..!!

Aliaa.. Tenangkan fikiran, buka buku baru. Buangkan segala kenangan itu. Isilah dengan kenangan baru. Insha Allah akan lebih indah. Perginya seseorang yang tak pandai menghargaimu pasti akan hadir seseorang yang lebih menghargaimu. Sabar dan tabahlah.. Sabar itu indah..!!!

Previous: Bab 48
Next: Bab 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs