Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 37
Aku duduk termenung di sofa. Terasa rindu sangat pada arwah ibu dan ayah. Malam tadi aku mimpi ibu, aku mimpi ayah. Mereka datang jumpa aku, ibu ayah peluk aku, erat sangat. Mereka lengkap berpakaian putih,bersih kemudian mereka pergi dengan senyuman manis sangat. Mereka melambai tangan pada aku dan abang. Aku memanggil-manggil ibu, aku jerit memanggil ayah, tapi abang pegang kuat badanku. Aku meronta minta abang lepaskan, aku nak ikut ibu dan ayah. Tapi abang terus peluk aku. Aku hanya melihat mereka pergi meninggalkan kami dalam dakapan abang. Abang mengesat airmata aku, abang pujuk aku.. Ya Allah!! Betapa rindunya aku dengan ibu dan ayah. Rindu teramat sangat.

Tanpa ku sedar, airmata jernihku menitis membasahi pipi. Betapa sunyi hidupku tanpa ibu dan ayah, sejak pemergiaan mereka menghadap ilahi, aku terasa kosong. Ibu dan ayah terlibat dalam kemalangan ketika mahu melawat abang di Uitm, Shah Alam. Kereta mereka dirempuh pacuan empat roda yang hilang kawalan ketika memandu. Sekelip mata aku dan abang hilang kedua orang tua. Sejak itu, abanglah yang menggalas tanggungjawab besar hingga kini. Tak dapat nak balas budi abang. Adik sayang abang sangat-sangat.

" Kenapa ni?! " Abang duduk disebelahku. Aku terus menangis teresak-esak di bahu abang. Abang memahami apa yang aku rasa. Abang tahu aku rindu ibu dan ayah. Aku terus menangis. Meluahkan rasa rindu melalui tangisan. Abang membiarkan esakkan ku.

" Dahlah. Tak elok tangisi orang yang dah tak ada, lebih baik adik doakan  dan sedekahkan al fatihah untuk mereka.." abang memujuk aku , lembut suaranya. Kasih sayang seorang abang sangat murni. Aku terharu.
 
" Alalalaaaaa.. Manjanya dia..." aku sangat terkejut. Tiba-tiba je muncul disebelah ku. Bila masa pula dia sampai. Abang pun tak cakap apa-apa. Mujurlah aku dah siap pakai tudung. Kalau tak, tak naya namanya. Lagipun abang dah suruh siap-siap nak pergi pasar beli barang dan lauk. Abang nak masak special sebab ada tetamu special nak datang. Tapi aku tak tahu siapa tetamu abang.

Cepat-cepat aku kesat airmata yang masih berbaki di pipi. Faliq senyum melihat aku. Aku masih disisi abang. Sayu wajah abang merenung aku.

" Abang.. malam tadi adik mimpi ibu dan ayah. Ibu ayah datang jumpa kita, ibu ayah peluk adik, adik nak ikut mereka tapi abang tak bagi.." aku mula bercerita. Airmata jatuh lagi. Aku tak pedulikan Faliq. Aku luah dekat abang mengenai mimpiku malam tadi. Abang senyum je.

" Kalau adik ikut ibu dan ayah, habis abang macamana? Adik nak tinggalkan abang sorang dekat sini? Adik dah tak sayang abang lagi ke?!" Kata abang. Aku pandang tepat wajah abang, sedih.. Airmataku jatuh lagi dan lagi. Entah kenapa, aku terlalu emosi pagi itu.

" Adik sayang abang. Adik minta maaf.." Abang peluk aku. Dicium dahi aku. Kasih seorang abang.

" Dahlah.. abang faham apa adik rasa, sabar ye.. Sekarang ni, kesat airmata ni, jom.. kita pergi pasar, cari lauk. Abang nak masak special hari ni.." Abang kesat airmata aku. Faliq hanya memerhati saja. Aku mengukir senyuman. Kembali tenang. Lega rasa bila sudah luah semua.

" Siapa tetamu special abang. Bagitaulah.." tanyaku.

" Tunggu je ye.."

" Ha..!! Abang mesti nak bawa bakal kakak ipar ye.." aku senyum sinis.

" Ish..!! Kesitu pula dia. Taklah.."

" Habis kalau bukan. Siapa?! Faliq.. awak mesti tahu kan... " Aku masih tak puashati. Aku bertanya pada Faliq pula.

" Biarlah rahsia." jawabnya. Mereka berdua ni sama je. Aku diam. Tak apalah. Tunggu dan
 lihat.

Tanpa membuang masa kami bertiga terus bertolak. Jam sudah menunjukkan tepat 10.15pagi. Giant pun sudah beroperasi, hari ni kami shopping barang dapur . Biasa berdua saja dengan abang tapi boleh pula si mamat ni join, mesti ada plan mereka ni kut. Hmm.. biarlah. Seronok juga shopping dengan mereka ni. Sorang tolak troli sorang bayar, aku ambil je barang apa aku nak, kikikii. Jalan dengan mereka ni dah macam bodyguard aku, abang kanan Faliq kiri, dua-dua tinggi, aku tengah-tengah paling rendah, bangga jugalah apabila menjadi perhatian umum. Jangan main-main. Hahahaa.. Yang penting kami happy.


Sementara menanti abang membuat bayaran, aku dan Faliq berbual kosong. Bergurau dan gelak. Ada saja dia nak menyakat aku, kalau tak buat aku bengang memang tak sah. Sengaja cari pasal.

" Cakaplah.. Siapa tetamu abang yang special tu?!" Aku masih bertanya dan bertanya. Tak sabar nak tahu.

" Biarlah rahsia.." Faliq senyum. Itu je jawapannya dari tadi.

" Aduhh!! Sakitlah.." Geram aku, kan dah kena cubit padu. Dia menggosok-gosok lengannya. Berkerut dahi menahan kesakitan.

" Padanlah muka. Ingat Dato' Siti ke, biarlah rahsia.. biarlah rahsia.. cakap jelah.." Terus je Faliq gelak. Pelik. Apa yang lawak entah.

" Saya tak tahulah.." jawabnya.

" Tipu?! "

"Ya Allah.. Betullah, saya tak tahu. Ada muka penipu ke ni?!"

" Hmm.. ada sikit. Mana mungkin awak tak tahu, awak kan sahabat sejati abang, semua benda awak tahu kut.."

" Memanglah tapi saya memang tak tahu siapa. Sumpah..!! Saya tak tahu.."

"Habis yang awak cakap, biarlah rahsia tu apa?!" Selagi aku tak dapat jawapan yang pastu, selagi tu aku akan bertanya sampai ada jawapan yang yakin.

" Hahahaa. Dengar ni, saya memang nak datang rumah awak jumpa Adil, tak sangka pula dapat tengok drama Korea pagi tadi, dan kebetulan Adil cakap ada tetamu, saya ingat sayalah tetamu special tu dan belasah jelah cakap biarlah rahsia. Tak tahu pun ada tetamu lain kang. Okey?! Jelas?! Puashati?! Ada apa-apa nak tanya lagi tak Cik Aliaa ku sayang.."
Dengan panjang lebar dia jelaskan. Aku mengangguk perlahan.

" Okey.." jawabku ringkas.

" Tengok ni, habis lebam lengan saya awak cubit. Berbisa.  Siapa nak tanggung ni?! "Keluhnya perlahan. Minta simpati konon.

" Hahahahaa. Padan muka. Tanggunglah diri sendiri.." aku terus meluru ke arah abang. Dia senyum dan senyum.

Aku cuba menolak troli, fuh!! Gila berat, tak larat nak tolak pun. Berganjak pun tak. Rasanya taklah banyak barang sangat, tapi beratnya troli ni macam ada batu sebesar gajah.

"Kalau tak kuat jangan berlagak kuat, badan tu dah serupa cicak kubing ada hati nak jadi kuat serupa Harimau. Awak tu cuma layak jadi Singa je Cik Aliaa oiii.. Garang..!!  Dah sana, biar Mr.Eagle yang tolak.." Cicak kubing dia cakap aku. Hampeh betul.

" Amboiii.. suka-suka je cakap saya cicak kubing. Kalau saya dah jadi dinasour baru tahu..Huh!!" Faliq gelak. Abang hanya senyum melihat kami. Kami melalui kedai makan mamak, bau roti canai memikat selera aku pula. Lantas ku ajak dua orang bodyguard aku pekena roti canai. Mereka setuju je. Yess!! Kuat pula selera makan aku, padahal pagi tadi dah breakfast mee goreng. Bukan selalu.

Aku order roti canai kosong dan nescafe tarik. Abang hanya order teh tarik je, dah kenyang katanya. Faliq pun order roti kosong dan teh tarik. Ramai juga pelanggan, mana-mana tempat pun kedai mamak tak pernah tak ramai.  Kalau dah nama kedai mamak, tak pekena roti canai memang tak sah. Tak sampai 10minit, sampailah roti canai kami. Perhh!! Baunya je pun dah menyelerakan. Lembut, sedap, cicah pula dengan kuah kacang dal, campur sikit sambal tumis ikan bilis. Memang terbaiklah..

" Abang.. rasalah. Rugi tak rasa. Sedap tau..!!" Kataku sambil mengunyah. Buruk benar rupa aku. Makan sambil bercakap.

" Abang dah kenyanglah.. " Faliq makan sampai tak brsuara, fokus. Hahahaaa.. Habis sekeping aku makan. Ku minum pula nescafe tarik. Fuh!! Layan..

" Dik.. ni abang nak bagitahu, ni abang dah balik, lepas ni abang lama dapat balik lagi tau.." kata abang. Aku berkerut.

" Aik!! Kenapa pula?!" tanyaku. Aku dah mula tak sedap hati. Faliq hanya mendengar.

" Abang kena hantar ke Sudan.." aku membeliakan mata. Terkejut.

" Ha?! Bila?? Berapa lama??"

" Insha Allah bulan depan. Paling cepat tiga bulan, paling lambat enam bulan.. Tapi tak tahu lah.." perlahan-lahan abang jelaskan. Sayu wajah abang. Aku terdiam, apa lagi harus aku cakap. Sudah tugas abang. Tak apalah. Abang pun senyap. Aku tahu, berat hati abang nak tinggalkan aku lama macam tu. Jujur cakap. Aku sedih!!! Huwaa..!!

"Okeylah.."jawabku ringkas. Senyum tawar. Aku merenung air nescafe yang tinggal setengah cawan. 


Abang senyum kelat. Aku tahu abang serba salah nak cakap. Kami terdiam seketika.

" Tak apalah. Pasal Aliaa kau jangan risau, insha Allah aku akan tengokan dan jaga dia." Kata Faliq. Menepuk bahu abang.

" Terima kasih sahabat. Terima kasih..!!" Aku senyum. Cuba menyembunyikan perasaan sedih. Jauh tu abang nak pergi, bukan dalam Malaysia tapi luar. Macam- macam boleh terjadi. Walaupun hanya tiga bulan, aku rasa macam tiga abad. Kalau enam bulan? Bertambah-tambah rindu aku dekat abang nanti. Abang dekat JB je pun kalau abang tak balik boleh juga call, whatsapp selalu. Bila abang dah dekat Sudan, mesti susah nak call nak whatsapp, nak balik memang taklah. Sabarlah wahai hati. Abang kerja untuk cari rezeki halal untuk jalankan tugasnya. Fikir positif.. !

Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs