Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 33
Minggu ini, aku agak busy dengan kerja. Nak siapkan kertas kerja untuk pembukaan cawangan baru syarikat Dato' di Terengganu tidak lama lagi. Memang agak kelam-kabut, memandangkan majlis perkahwinan Cik Erisya pun akan berlangsung pada bulan yang sama.  Jadi, sikit-sikit aku kena cover kerja Cik Erisya. Mujurlah aku tidak dihantar kerja di Terengganu tu. Lega rasa.. Fuh!!

Aku merehatkan badan sebentar. Sakit pula pinggang ni asyik duduk je sejak pagi. Aku kalau dah menghadap laptop, menghadap segala kerja memang fokus. Selagi tak habis selagi tu tak bangkit. Kecuali solat, ke tandas dan makan je. Kalau tak, memang sampai kematulah punggung. Minggu yang sangat busy, bukan aku je busy, Faliq pun sama. Dah berapa hari kami tak berjumpa. Aku beberapa hari ni pun asyik balik lewat je, yang dia pula rasa outstation kut. Aku pun tak ingat. Ada juga dia info tapi biasalah aku. Tak ambil port. Tiap malam Faliq tak pernah lupa whatsapp aku, walaupun sekadar ucap Selamat Malam saja. Tapi aku layan pun tak. Bukan tak nak layan tapi kadang tak sempat. Dan, kadang aku dah tidur. Tak kan tengah tidur nak balas whatsapp pula kut. Mengigaulah pula..

Tengah duk fokus layan kerja, handphone ku berbunyi. Ku mencari-cari handphone diatas meja tapi tiada. Satu persatu fail ku angkat, kut-kut terselit dalam fail ke, pun tiada. Aik!! Mana pula handphone ni, bunyinya ada, handphone tak ada pula. Beberapa kali berbunyi, jenuh aku mencari. Lalu, ku buka laci. Ya Allah..!! Aku ketuk dahi sendiri. Dalam laci rupanya. Macamana boleh tak perasan, hahaha.. gelakku sendiri. Tertera "Abang" di skrin handphone. Aku senyum.

"Iya abang.. Waalaikumsalam..." jawabku perlahan.

" Lambatnya jawab, busy sangat ke?!" Tanya abang .

" Handphone lupa letak manalah, bunyi ada tapi cari-cari tak jumpa, rupanya dalam laci.. hahaha.." jelasku.

" Macam tu pula. Balik jam berapa ni?!"

" Tak tahu lagi. Nak siapkan kerja sikit lagi ni.." mataku masih fokus menghadap laptop. Jariku ligat menaip.

" Dua-dua busy ye.. Abang call Faliq pun dia cakap busy.. Okeylah, jangan balik lewat tau, abang on the way balik KL ni.."

" Okey abang.. jumpa nanti, bye.." aku terus mematikan talian.

Tiba-tiba je abang balik. Mesti ada hal kut. Entahlah. Aku memang tak faham dengan cara kerja abang ni. Banyak kali abang explain pun aku tak faham-faham. Sampai abang boring . Hehe.. Yeah!! Sikit lagi siap. Tak sabar nak balik. Nak rehat, nak tidur puas-puas. Kalau siap sebelum waktu balik ni, memang tercapai target aku. Ingat kerja aku ni tak ada target ke.. Ada tau, target sendirilah. Sebab kalau tak ada target nanti buat kerja pun lengah-lengah, malas-malas. Sudahnya, sampai waktunya tak siap, tapi stress yang dapat sebab buat kerja last minute. Kecuali kalau big boss bagi kerja last minute, itu tak boleh buat apalah. Bertindak mengikut arahan jelah. Huhu..
Hari ni Naim cuti, jadi aku rasa kebosanan juga lah si kecoh tu tak ada. Kalau tak, selalu je dia masuk bilik aku, borak-borak hilangkan stress kerja, katanyaa.. Yang lain, masing- masing sibuk dengan kerja masing-masing.

Setengah jam kemudian, Alhamdulilah, siap!! Aku tutup fail dan ku susun kemas. Tersenyum lebar aku, siap lebih awal dari target. Aku angkat tiga buah fail dan ku hantar pada Kak Intan.

" Woww!! Dah siaplah..!! Hebat kau ni.." puji Kak Intan.

" Letih kak oii.. Berapa hari nak siapkan ni, asyik balik lewat je.." Kak Intan mengangguk.

" Kak..saya balik dululah ye. Ada hal sikit.." kataku meminta izin.

" Nak dating ke tuu" perli Kak Intan. Sengeh.

" Ish!! Taklah.. abang saya nak balik, kang kalau saya lewat balik. Membebel pula dia.. makin stress saya kang.."

" Ooo okeylah. Kirim salam dekat abang kau ya.." Aku mengangguk perlahan. Baru je nak melangkah. Mira jerit memanggil aku. Terbantut langkahku.

" Cik Aliaa.. kejab-kejab..!" Berkerut Kak Intan tengok gelagat Mira. Aku senyum.

" Ni ha.. saya nak bagi kad jemputan perkahwinan saya. Tinggal Cik Aliaa je saya tak bagi lagi, jemput datang tau.." Mira menghulurkan kad jemputan bersampul berwarna pink. Aku mengeluarkan kad itu. Cantik!!

Aku membaca. Senyum dan senyum.

" Jemput datang ye.. Sekali Encik Faliq tau.."

" Insha Allah.. Kalau tak ada halangan saya datang. Terima kasih menjemput. Apapun Tahniah!!" ucapku lembut.

Aku meninggalkan mereka. Jalan perlahan ke lif, rasa lain pula badan ni. Lemah semacam je, sebab tak makan tengahari tadi kut. Lif lapang, tiada penumpang pun. Oh ya..!! kan awal lagi waktu habis kerja. Aku je yang paling awal keluar. Sekejab je dah sampai groundfloor. Lega!! Aku memberi senyuman pada security yang lengkap beruniform putih. Orang lain pula, mana mat bangla yang biasa tolong Faliq tu. Tak nampak pula. Ke dah berhenti kerja ataupun balik kampung kut. Memandai je aku, hehe.. Aku menuruni anak-anak tangga lobi. Fuh!! Panas terik hari ni, berpinar mata sekejab apabila terpandang silauan dari arah cermin kereta.

Sebuah kereta berhenti, muncullah seseorang yang amat ku kenali. Tersengeh serupa kambing. Aku membalas senyumannya.  Di tangannya ada beberapa buah fail. Balik dari side kut. Tekaku dalam hati.

" Nak balik dah ke?! Awalnya.." tanyanya.

" Hmm.. kerja dah siap.Jadi, baliklah.." jawabku selamba.

" Okey.. tunggu kejab.. Hmm.. Nizam..!!" Faliq memanggil Nizam sebaik saja Nizam keluar dari kereta. Nizam segera datang ke arah kami.

" Minta tolong bawakan ke atas ek. Kalau bos tanya, cakap je saya balik.. " Aku berkerut. Selamba je dia nak balik. Nizam hanya mengikut arahan.

" Nizam.. Tahniah ya!!" Ucapku pada Nizam. Dengan memberi senyuman manis.

"Terima kasih Cik Aliaa.. Jemput datang ye..!!"

" Insha Allah.." balasku. Faliq terpinga-pinga tak tahu cerita. Muka blurr je . Hahahaa..

Nizam meninggalkan kami. Aku dan Faliq masih lagi tercegat. Kami pun tak tahu kenapa kami tercegat kat situ. Aku pandang Faliq, Faliq pandang aku.

"Yang kita ni kat sini je dah kenapa?! Dah lah, saya nak balik.."  tanyaku pada Faliq. Terus dia gelak. Pelik sekejab. Faliq tersenyum je dari tadi. Risau pula aku, ada apa-apa yang pelik ke dekat aku ni. Aku menoleh padanya.

" Awak ni kena sawan senyum ke. Dari tadi senyum tak sudah.." perli aku.

" Senyum tu kan sedekah.." jawabnya.

" Memanglah.. tapi masalah tak ada orang pun, yang ada ni kereta banyaklah.."

" Habis.. awak bukan orang?! Ke hantu?! Tak pun tiang?!" Dia gelak kecil. Cit..!! Aku pula yang terkena balik. Malu jugalah aku.Kikikiki..

" Hmm.. iyalah.."

" Lama kita tak jumpa kan. Awak tak rindu saya ke?!"

" Sikit pun tak.. Dari saya rindu awak, lebih baik saya rindu abang saya tau.." jawabku.

"Tu abang,lainlah.. Ni saya, saya kan special.." Dia ni, kalau tak perasan memang tak sah kan.

"Tak payah nak special sangatlah ye. Abang on the way balik ni.."

" Tahu.. dia info pagi tadi.."

" Aik!! Kenapa saya baru tahu tadi petang?!"

" Haa.. Nampak tak! Kan saya dah cakap, saya ni special.. Saya lebih tahu dulu dari awak tau.." makin membangga pula mamat ni. Pijak kaki tu baru tahu.

Sampai saja di keretaku, Faliq minta tunggu sebentar. Kemudian dia datang semula dengan bawa beg kertas berwarna maroon dan memberikannya padaku. Aku mengambil.

" Apa ni..?! Tanyaku.

" Tengoklah.. Special untuk orang yang saya sayang.." Eeee, mengada betullah.

" Wow!! Cantiknya!! Saya suka warna ni. Lawa sangat..!!" Kataku jujur, senyum.

" Suka tak?! Saya yang pilih warna tu.."

"Suka.. terima kasih banyak-banyak. Eh! Ni kertas apa pula ni? Dah macam segulung ijazah je, siap ikat lagi,." tanyaku.

" Lebih bermakna dari segulung ijazah. Buka dan tengok.."Tanpa membuang masa, aku terus buka ikatan tali itu dan terpegun seketika.

" Cantiknya!! Eh! Saya ni kan.." Faliq menganggukkan kepala.

" Awak lukis ke?!" tanyaku lagi. Faliq mengangguk lagi. Senyuman tak putus dari tadi.

"Tipulah.."

"Awak tengok, muka saya ni muka penipu ke?!"

" Adalah sikit.."

" Penipu pun penipulah. Yang penting awak suka kain dan potret tu. Tu dah buat saya rasa bahagia sangat.. " jelasnya. Terharu pula aku.

"Iyalah..saya percaya. Terima kasih sangat-sangat. Semoga awak dimurahkan rezeki, panjang umur, bahagia dunia akhirat. Aaminn"

"Aaminn.. tapi satu doa awak lupalah? "

" Lupa?? Doa apa pula?!" tanyaku.

" Doa semoga jodoh kita ke syurga.." jawabnya selamba. Senyum.

" Ishh!!! Jangan nak merepek ye.. Okey lah, saya gerak dulu. Apapun, terima kasih tau.. Bye.." Aku terus masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin kereta. Beg kertas itu ku letak rapi diseat sebelahku. Cermin tingkap ku turunkan. Faliq masih lagi berada di situ. Masih lagi dengan senyuman.

"Hati-hati.. " pesannya. Hanya senyuman yang kuberikan. Faliq oh Faliq..!! Sampai bilalah kau nak tunggu aku. Hati aku sudah diisi dengan Zahwan. Maafkan aku.. !!

Zahwan? Kenapa aku rasa Zahwan dekat sangat dengan aku? Kenapa aku rasa dia seperti ada disini. Eh! Tak.. tak.. tak mungkin. Tolong lupakan Zahwan, Aliaa. Tolong lupakan Zahwan!!  Lelaki yang tak hargai kau, kenapa kau masih tunggu? Lelaki yang hargai kau, yang menyayangi kau, kau tak nampak.. Fikirlah Aliaa.. Jangan jadi bodoh menanti orang macam Zahwan, yang selalu buat kau menangis, sedangkan orang yang selalu buat kau ketawa dan bahagia ada di depan mata kau. Buka matamu, buka hatimu Aliaa..


Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs