Bab 6
Aku menyandarkan badan di kerusi. Terasa sakit pula tengkuk ni, rehatkan badan sekejab. Jam sudah menunjukkan tepat 12.50 tengahari. Baru tadi Naim datang mengajak aku makan tengahari, tapi ku tolak. Belum lapar lagi perut aku. Mana taknya, dua cawan nescafe dah aku minum. Kenyang minum je. Ni kalau abang aku tahu aku tak makan, mahunya kena bebel 24jam. Mengalahkan mak nenek. Aku je yang degil. Kalau dah sakit baru padan muka aku.
Rindunya dekat abang. Sibuk memanjang, aku call pun tak dijawab, mungkin outstation kut. Tak apalah, nanti kalau abang rindu aku mesti dia call. Hmm.. Aku mengeluh kecil.
" Tut..tutttt..." cepat-cepat aku capai handphone. Dengan harapan abang yang call. Tapi bila tengok skrin handphone, bukan abang tapi nombor yang missed call banyak kali pagi tadi. Aku merenung nombor itu. Dua hati, nak jawab atau tidak. Okey lah aku jawab, mungkin emergency ke kan. Bersangka baik je.
" Assalammualaikum.."
" Waalaikumsalam wbt.." satu suara lelaki.
" Aliaa Sofea.. "sambungnya.
" Iya saya.. Siapa ni?!" tanyaku lembut.
" Suka tak bunga tu? " soalanku tak dijawab. Faliq rupanya. Mana pula dia dapat nombor aku ni, sah kerja Naim. Hampeh punya kawan.
" Hmm.. Terima kasih..!! Rasanya tak perlu kut nak bagi bunga bagai, saya dah maafkan awak pun.." jawabku endah tak endah. Malas layan.
" Saya bagi sebagai tanda Salam Perkenalan. Saya nak berkawan dengan awak, awak taknak kawan dengan saya ke?!" katanya.
" Eeee... Tak ingin pun.."
" Hahahaa. Iye ke taknak, dalam hati tu nak kan..kan..kan.." gelak Faliq. Sukanya dia menyakat aku. Sabar jelah.
" Perasannya. Dari saya kawan dengan awak lebih baik saya kawan dengan security kat bawah tu tau.."
" Ooo jadi taste awak ni, mat bangla lah ye. Hahahaha.. " gelak lagi. Aku tersenyum sendiri. Terkena pula aku kali ni.
" Aikk.. lebih nampak.."
" Okey.. okey.. sorry..sorry..!! Kenapa tak lunch. Jenuh saya tunggu awak kat bawah, sampai berjanggut ni ha.." lembut suaranya.
" Siapa suruh tunggu, saya tak suruh pun.."
" Iya.. memang awak tak suruh pun tapi saya nak belanja awak lunch tanda mohon maaf saya.." jelasnya.
" Kan saya dah cakap, saya dah maafkan .." balasku.
" Selagi awak tak keluar makan dengan saya, selagi tu saya akan rasa bersalah tau. Please Aliaa.. " rayunya.
" Tak payah nak rasa bersalah sangatlah Encik Faliq. Dengar sini, untuk pengetahuan awak, saya tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki dan tak suka pun. Kecuali dengan Naim dan abang saya sendiri. So, tak payah nak merayu bagai, maaf sangat-sangat okey.." tegasku.
" Macam tu pula? Sekali je Aliaa.. Atau ajak Naim sekali, boleh kan?!" terus merayu.
" Maaf Encik Faliq. Saya hormati wali saya.."
" Okey.. Kalau macam tu, saya sanggup minta izin kat wali awak, boleh?!"
" Tak boleh..!!!! Okeylah, Saya busy, Salam.." Aku terus mematikan talian.
"Dia ni memang gila. Dah orang cakap tak nak, tak nak lah.. Entah apa-apa entah.. Gila..!"
merugutku sendirian.
Aku membuka laci meja, memasukkan handphone didalamnya. Aku segera bangun dan keluar dari bilik. Mataku meliar memandang sekeliling. Sunyi sepi. Tiada seorang pun kelihatan. Lambat pula mereka masuk office. Aku je seorang yang tinggal.
Sekejab lagi masuklah tu mereka. Kalau mereka dah masuk jadi gamatlah. Lagi-lagi lepas makan, masing-masing dah kenyang, duduk berbual dan bergosip. Itu perkara biasa. Yang paling bikin kecoh adalah Kak Intan. Jangan cakaplah kekecohannya, kalah Mat kepoh. Sekali join si Naim, memang huru-haralah jadinya.
Walaupun mulut Kak Intan kecoh, tapi hatinya baik dan yang paling aku suka dekat Kak Intan ni satu je, dia penyayang dan sangat mengambil berat. Dah ku anggap dia macam kakak aku sendiri. Almaklumlah, aku mana ada kakak. Yang ada cuma seorang abang je, satu-satunya abang kandungku. Dialah ayahku, ibuku,abangku, sahabatku. Dialah segalanya.
Aku melangkah perlahan menuju ke surau. Senyum, senyum dan senyum. Itulah aku.
Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.
Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.