Wajah Aliaa seringkali bermain di kelopak matanya. Boleh dikatakan tak pernah tak fikir pasal Aliaa. Wajah itu yang membuat hidupnya tak keruan. Seperti ada satu tarikan yang buat hatinya terpaut pada si kecil molek itu. Angau sudah. Makan tak kenyang mandi tak basah, tidur tak lena, itulah umpamanya Faliq.
Bila teringat saja akan Aliaa, pasti senyuman terukir. Rasa bahagia hidupnya. Tak sia-sia dia tukar kerja di Bandar Metropolitan ini. Bertuahnya badan. Handphone masih lagi dipegang, baru sebentar tadi dia cuba menghubungi Aliaa. Tapi seperti biasa, memang tak akan dijawab. Susah betul nak dengar suara Aliaa. Hanya menghantar whatsapp saja, itupun jarang Aliaa balas.
" Susah betul nak dekati Aliaa ni. Kalau orang lain mesti on je, tak apalah usaha sampai penghujung.." katanya perlahan. Tak putus asa.
" Alang.. tak tidur lagi ke? Dah lewat dah ni, biasa jam 9.00 malam dah masuk bilik.." trkejut Faliq apabila secara tiba-tiba Puan Asmah menepuk bahunya. Fuhh!!
" Tak ngantuk lagi lah ma.." jawabnya ringkas.
" Alang ada masalah ke? Kalau ada cerita kat mama. Mana tahu ma boleh tolong bagi nasihat.." teka Puan Asmah. Beberapa hari ini, dia nampak anak bujangnya itu selalu bersendirian. Lepas tu senyum sorang- sorang. Risau juga dia.
" Hmm.. Macam mana ye nak cakap.."
" Cakap jelah.." Puan Asmah memandang tepat wajah Faliq. Faliq tersengeh-sengeh. Dalam hati segan nak cakap tapi pada siapa lagi dia nak meluah. Mama lah tempat dia meluah.
" Sebenarnya macam ni ma. Alang ada berkenan dengan sorang budak ni. Tapi dia langsung tak layan Alang.." Faliq memulakan cerita.
" Hmm.. Pasal perempuan rupanya. Tu yang termenung sorang-sorang tu kan.." perli Puan Asmah.
" Hahahaa.. Iyelah ma, mana taknya. Macam ada something special kat budak ni tau ma. Susah sangat nak dekati dia. Nak berkawan pun dia tak nak. Ish!! Kalau perempuan lain. Jangan cakaplah. Sampai bagi hadiah kat Alang adalah.." sambung Faliq.
" Satu office Alang ke?!"
" Taklah.."
" Macamana boleh berkenan dengan dia?! Cuba cerita.." tanya Puan Asmah ingin tahu.
Dengan bersungguh-sungguh Faliq pun ceritalah dari A to z, dari peristiwa terrrlanggar Aliaa hingga kini. Berseri-seri wajahnya penuh semangat bercerita. Memang tak lekang senyuman.
" Alkisahnya.. cinta pandang pertamalah ni ye.." usik Puan Asmah.
" Hahahaha.. " Faliq hanya gelak. Merah muka menahan malu.
" Buatlah yang terbaik, cuba ambil hati dia. Cuba berkawan dengan dia dulu, kenal hati budi dia, jangan terus tangkap je pula. Kadang-kadang perempuan yang susah nak dapat ni 1000 dalam satu. Apapun pastikan dia bukan hak orang, itu je mama pesan.. " nasihat Puan Asmah. Faliq menganggukkan kepala tanda faham.
" Insha Allah ma. Alang ingat semua nasihat mama. Alang minta mama doakan untuk Alang ye.." tangan Puan Asmah di genggam erat minta sokongan.
" Insha Allah. Jangan putus asa, selagi dia bukan dan belum jadi hak orang , selagi itu Alang masih ada peluang. Doa banyak-banyak, semoga dia dibukakan hati oleh Allah untuk Alang. Mama pun tak sabar nak terima menantu ni.."
" Aamin..Aamin.. terima kasih mama.."
" Apa nama dia?!" tanya Puan Asmah.
" Aliaa Sofea.."
" Sedap namanya. Okeylah, dah lewat malam dah ni. Pergilah masuk tidur, moga mimpi indah. Mama masuk dulu ya.. Assalammualaikum.."
" Hahaha.. Iya ma, Waalaikumsalam.." Puan Asmah meninggal Faliq. Senyuman masih lagi terukir. Semakin semangat dia mahu mendekati Aliaa. Lagi-lagi bila disokong oleh mamanya sendiri. Seorang ibu yang sungguh sporting dan memahami. Bersyukur dia mendapat seorang ibu yang sebaik mamanya. Satu-satunya ibu yang paling terbaik di dunia ini.
Tak sabar mahu tunggu esok. Alangkah indahnya cinta pandang pertama. Tak pernah dia rasa sebegini bahagia. Entah apalah yang Aliaa buat sampai dia jadi angau.
Walaupun Faliq agak glamour sewaktu bekerja di Singapore dulu, tapi belum terbuka hatinya untuk menerima perempuan. Lebih suka berkawan dan memang semua perempuan dia layan tapi sebagai kawan sahaja. Lebih dari itu, dia tolak mentah-mentah. Belum terfikir , belum bersedia, katanya.
Bila umur sudah masuk ke angka 30an, baru terfikir mahu mencari suri hati. Itupun bila mama dan kakaknya selalu membebel padanya. Ada benar juga.
Dan bila berpindah kerja, hari pertama masuk kerja dan hari pertama jugalah hatinya dicuri oleh Aliaa. Panahan cinta pandang pertama. Semua pertama. Bertuah sungguh. Tapi masih terlalu awal, belum sah dan belum tentu cinta pandang pertamanya akan menjadi miliknya. Dia kena usaha lebih lagi untuk mengambil hati si kecil molek itu. Iya!! Dia akan usahakan sampai Aliaa menjadi miliknya. Tak akan pernah kenal erti putus asa. Apapun terjadi, dia akan terus berusaha. Dan akan terus berdoa dan berdoa.
" Andai dia sudah tertulis untuk aku, pasti akan jadi milikku jua. Andai dia bukan untuk aku, aku redha.." bisik hatinya.
Tinggi harapannya.