Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 28
Aku duduk termenung menghadap jalan raya. Pintu pagar ku biar terbuka, sekejab lagi abang nak balik JB dah. Tinggallah aku sendirian di rumah. Lalui perjalanan hidup seperti biasa. Esok mula masuk office, mula menghadap fail, menghadap komputer, menghadap kesesakan lalulintas, menghadap segala-galanya. Hmm.. dan juga menghadap Faliq. Entah apalah agenda dia lepas ni.

Abang tengah bersiap, selepas makan malam tadi beg pakaian sudah dimasukkan awal dalam bonet. Entah apalagi entah dia siapkan. Boleh tahan juga lelaki bersiap, rasanya dah 40 minit aku tunggu kat luar ni. Tak muncul-muncul pula abang ni. Siang tadi, selepas makan, abang bawa aku shopping. Dapatlah rembat sehelai dua baju. Selebihnya, shopping barang dapur je. Begitulah abang, setiap kali nak balik JB, mesti ajak shopping, beli siap-siap barang  dapur barang kering untuk rumah ni. Dia akan pastikan semuanya cukup. Padahal, aku boleh je beli. Aku duduk sorang je kut, bukan rajin masak pun. Masak pun ikut mood. Tapi kata abang, masak atau tak, itu belakang kira. Yang penting barang dapur kena complete. Takut kalau ada saudara mara ke kawan-kawan yang  datang rumah tiba-tiba dan barang tak ada kan susah. Sekurang-kurangnya, dah standby semua. Tinggal beli barang basah je. Itulah abang. Jadi, aku pun okey-okey kan ajelah.

" Jauh menung..?!" opss!! Terkejut aku. Memang jauh benarlah aku menung sampai terkejut macam tu teruk. Huhu..Abang duduk di bangku dihadapanku. Memandang aku dan senyum.

" Cuba senyum sikit, nanti abang ada masa abang baliklah.." aku mengangguk perlahan. Sedih sebenarnya.

" Jaga diri baik-baik, jaga kesihatan, jaga solat. Kalau ada apa-apa terus call Faliq. Minta tolong dia, jangan berlagak pula.." pesan abang.

" Berlagak apanya?!"

" Iyalah.. janganlah garang sangat.."

" Abang.. kenapa abang suruh dia tengok-tengokan adiklah, jagakan adiklah. Tak perlu tu semua lah bang. Nanti dia fikir lain pula. Abang bukan tak tahu dia macamana.." tanyaku ingin kepastian.

" Sebab abang tahu dia macamanalah, abang amanahkan dia tengokan adik. Kalau abang tak kenal dia a to z, abang takkan suka-suka bagi amanah tu tau.. " jelas abang.

" Tapi.... adik boleh je kut jaga diri sendiri. Hidup sendiri dan hidup sampai sekarang pun.."

" Memanglah tapi ada masa adik perlukan pertolongan orang juga, kita manusia tak boleh semuanya sendiri. Contoh ada emergency, adik nak minta tolong siapa? Adik bukan banyak kawan pun, Naim jelah kawan adik, tu pun dekat office je. Abang jauh, saudara jauh, jiran-jiran sini pun , buat hal masing-masing. Habis macam mana?!" Satu persatu abang terangkan dekat aku, bagi aku faham. Aku bukan tak faham, tapi degil.

" Abang bersyukur sangat, Faliq muncul semula, kenal adik pula tu. Rumah dia pun taklah jauh sangat. Jadi, kalau ada emergency boleh minta tolong dia. Dengan parents dia sekali nanti yang tolong adik tau.." Hmm.. Okey abang adik faham. Aku mengangguk dan balas senyuman dekat abang.

" Baiklah. Adik tahu, abang buat semua ni untuk kebaikan dan sebab abang sayang adik. Terima kasih abang. Sayang abang sangat-sangat.." aku pegang tangan abang dan cium tangan abang tertubi-tubi.

" Tapi janganlah mentang-mentang abang dah amanahkan adik dekat Faliq sampai abang langsung tak nak balik sudah.. " sambungku lagi.

" Iya..abang balik. Mana lagi abang nak balik dik oii. Dah ini rumah abang.  Tapi taklah selalu. Balik macam ni lah dik, sekali cuti seminggu, dua minggu. Kalau dapatlah. Kerja abang on call, payah sikit..  "

" Iyalah abang.. Abang pun jaga diri baik-baik ye, hati-hati memandu... "

" Insha Allah.. Okeylah. Abang gerak dulu.. " Aku temankan abang sampai kereta. Sedihnya, macam nak nangis rasa.

" Adik.. Selamat abang cuma amanahkan Faliq untuk tengokan adik je tau, kalau abang amanahkan Faliq untuk jadi suami adik macamana. Nak tak?!!" Ha?! sempat lagi abang bergurau. Geramnya..

" Ishh!! Taknak lah.. merepeklah abang ni. Ke situ pula dia. Sudah-sudah pergilah balik sana.. hati-hati.." Abang gelak semahu-mahunya. Aku mencebikkan muka tanda bengang. Macam tak ada idea lain nak usik aku. Huhu..


Setelah pasti semua pintu berkunci, lampu dah padam, aku melangkah ke bilik. Nak buat apa lagi, masuk bilik layan matalah. Aku ambil handphone dan buka aplikasi whatsapp. Ku cari nama Naim. Dan hantar whatsapp padanya. Aku suruh dia tunggu aku dekat lobi esok pagi, biar dia je yang bawa buah-buah dari kampung  ni. Tak kuasa aku nak angkat.

" Oit pakcik.. Esok pagi tunggu aku dekat lobi,
  ada banyak buah aku bawa dari kampung. Kau tolong angkat bawa naik office ek.."

Dan.. sent. Baru je nak letak handphone. Whatsapp masuk.

" Buah apa? Derian ada derian? "

" Durian tak adalah.
 Esok kau tengoklah sendiri.."

" Okey..!! Roger and out"

Dah agak dah. Naim mesti tanya durian. Hantu durian betul dia tu. Kalau makan tak dua tiga biji sekali makan, memang tak sah. Tahan betul perut dia. Aku bab durian ni, minta maaf banyak-banyaklah. Dibagi duit sejuta pun, aku tak akan makan. Bau sikit je pun dah mabuk, pening pusing-pusing. Lagi nak makan, hohohoo.. Memang tak akan!! Rasa nyawa tu dihujung tanduk je. Orang lain duk sibuk nak durian king lah, durian thai lah, aku hairan pun tak. Nak tengok muka durian tu pun, terima kasih jelah.

Aku melabuhkan badan di atas katil. Main game. Tak tahu nak buat apa lagi dah. Baju kerja dah siap gosok untuk seminggu. Nampak tak, rajin kan. Hahaha.. Kebetulan hari ni ada rajin sikit, so, gosoklah sekali. Memudahkan aku juga, taklah pagi- pagi baru nak pilih baju, baru nak padankan dengan tudung, baru nak gosok. Kan lambat namanya tu.

Sedang fokus layan game. Masuk pula whatsapp ni dari Faliq. Aduhaii.. kacau daun betullah. Dahlah asyik kalah je. Sikit je lagi nak menang Faliq pula kacau. Dan, akhirnya.. Super Mario pun terjunam ke dalam api. Ceh!! Kena ulang main lagi. Hmm..

" Haii orang disana.
 Tengah main game Super Mario ke?! "

Aik!! Mana dia tahu aku tengah main game ni. Ini serkap jarang je ni. Sibuk jelah mamat ni, suka akulah nak main game apa. Aku tak layan pun. Malas nak balas. Aku teruskan layan game. Excited nak menang ni. Nak naik ke level lain pula, level ni dari siang asyik tak lepas-lepas je. Okey!! Super Mario nak lalu rintangan terakhir, hati-hati jangan kena api. Kang terjunam lagi.

Tet..tet..!! Aduhaii.. dia whatsapp lagi. Tertera nama di skrin handphone . Lagi sekali Super Mario pun terjunam. Hmm..geram betullah. Kalah lagi. Ni semua Faliq punya pasal lah ni.Eeeee...

" Sedap sangat buah langsat ni.
Manis.. macam awak juga.."

Ha!! Dia samakan aku dengan langsat? Hampeh..!!

" Awak samakan saya dengan langsat? Apa? Awak ingat muka saya ni muka langsat ke?!"

" Habis nak samakan dengan apa? 
Okla tu saya samakan awak dengan langsat, manis, warna kulit cantik, kulit licin.
Atau nak saya samakan dengan buah cempedak. Mengerutu kulitnya.
Nak.. nak?!!"

Iya tak iya jugakan.. Aku menepuk dahi sendiri.  Hahahaha.. aku gelak sendiri. Apalah yang ting tong sangat aku malam ni.

" Hahaha.. okeylah, awak menang.." balasku.

"Tahu tak apa..
 Abang awak dah balik JB ke?!"

" Dah.. "

" Okeylah. Saya nak tidur dulu.
Penat memandu tadi tak hilang lagi.
Jangan ngadap Super Mario je ,
Tidur awal ya..
Mimpikan saya malam ni
Salam.."

Whatsapp akhir dari Faliq untuk malam ni. Sempat lagi suruh mimpikan dia. Entah apa-apa entah. Aku tersenyum. Walaupun aku layan dia agak kasarlah juga kan tapi dia tetap layan aku dengan baik. Kiranya, perangai dia dengan abang memang ada persamaan jugalah. Patutlah mereka ni boleh jadi sahabat, boleh ngam. Perangai pun lebih kurang sama je. Ada lagi seorang geng mereka ni, tapi masih tak dapat dihubungi lagi. Belum dapat dikesan kata abang. Abang cakap, yang seorang ni gila-gila juga tapi kuat agama, kalau cakap bab agama memang dialah sebagai rujukan masa belajar dulu. Berbanding mereka berdua ni. Gila-gila dan memang gila, lagi-lagi si Faliq. Hehe..

Abang dan Faliq masih lagi menjejaki sahabat yang seorang ni. Alaa tapi tak apa, kalau kita selalu doa, mesti satu hari Allah akan kabulkan doa kita. Insha Allah.. Jumpa juga tu nanti.

Apa yang abang pernah cerita, katanya dia bukan orang Semenanjung, dan tak pastilah pula dia orang Sabah ke Sarawak ke. Kut-kut orang Indonesia ke Thailand ke. Hehe..
Jenuh pula abang nak mencari dia ke sana. Namanya kalau tak silap , Wan. Wan apa entah pun aku tak pasti. Tu jelah yang abang cerita.

Aku terfikir sekejab. Wan? Zahwan ke?!
Ish.. ishh..!!! Tak mungkin. Punyalah banyak orang nama Wan, itu pula yang aku ingat. K9ut-kut nama dia Azwan ke, Izwan ke, Ikhwan ke, Wan Faizul ke.. Ha!! Kan Wan juga tu. Betul juga..

Hmm.. Zahwan oh Zahwan..!! Bila teringat kau, mulalah aku jadi touching sekejab. Huwaa!!
Sampainya hatimu..

Aku menarik nafas perlahan-lahan dan hembuskannya perlahan-lahan juga. Okey Aliaa..!! Relax..!! Coooollll..!! Pejam mata, buka mata, lupakan Zahwan.. Ambil handphone, layan Super Mario.. Layannn...!!! 

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs