Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,871
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 23 full ; bercuti di Port Dickson

Bab 23

Bercuti di Port Dickson

Ahad pagi…. Mereka sekeluarga bertolak ke Port Dickson dengan menaiki kereta. Mereka sampai di Port Dickson pada pukul 10 pagi…. Mereka berjalan di sekitar Bandar Port Dickson yang menghadap laut untuk mengambil angin dan membeli belah. Kemudian mereka sekeluarga ke Muzium Tentera dan akhir sekali ke pantai Batu 8 ( Tidak mandi.. hanya makan tengahari dan berjalan-jalan di bazaar.. orang ramai.. sesak.. maklumlah hari minggu ). Dalam pukul 3.00 petang baru mereka sekeluarga mendaftar masuk ke Selesa Inn Beach Resort yang terletak di Blue Lagoon. Sewanya hanyalah 250 semalam bagi Apartment dua bilik. Satu bilik dikhaskan untuk ibu dan ayahnya manakala satu bilik lagi dikhaskan untuk dirinya sendiri ( adik tidur luar di ruang tamu… nasiblah ).

Pukul 5.00…. mereka ke pantai yang teletak berhampiran hotel untuk mandi air laut. Hani turut sama mandi.. rasanya sudah lama beliau tidak mandi laut. Adiknyalah yang paling riang sekali. Mereka balik ke hotel pada pukul 6.30 petang. Setelah mandi dan solat.. Hani melihat mesej fonselnya.. ada mesej dari Hasdi ;

“You di Melaka duduk mana? I di A Farmosa” Hani melihat pukul berapa mesej dihantar… pukul 4 petang tadi. Hani membalas ;

Saya tidak jadi bercuti di Melaka… hanya dekat-dekat Kuala Lumpur.. balasnya. Beberapa ketika kemudian Hasdi menelefonnya.

“Hello assalaimualaikum” kata Hasdi ;

“Waalaikumussalam.. iya Cik Hasdi… apa-apa yang boleh saya tolong?” tanya hanya jengkel… Tak faham bahasa ker?

“Awak dekat mana.. awak kata awak dekat Melaka? Ya yalah saya pergi Melaka” katanya hampa.

“Encik Hasdi… walaupun saya ke Melaka… macamlah saya boleh atau berjalan berdua dengan Encik Hasdi. Saya bercuti dengan keluarga saya” katanya.

“Ooooo.. jadi dimana awak bercuti?”

“PD sahaja”

“Dekatlah… bolehlah saya datang,”

“Encik Hasdi… boleh tak jangan terlalu mendesak… inilah peluang saya hendak bercuti dengan keluarga saya.. dan bagilah saya berehat di sini dan bergembiranya dengannya. Lagipun jika saya berjumpa dengan Encik Hasdi… mengamuk Aisy nanti,”

“Aisy tidak ikut sayalah.. sayapun hendak berseorangan tanpanya sekali sekala. Bersama dengan awak… bolehlah” pujuk Hasdi… nak muntah aku mendengarnya.

“Memanglah Aisy tidak ada… tapi saya takut dia pasang spy atau terserempak dengan dia. Mahu haru nanti Encik Hasdi. Tolonglah Encik Hasdi….”

“Ok… enjoy your vacation.. jumpa di pejabat Rabu nanti” nada hasdi kecewa.

“Ok” susahlah kalau orang tidak faham bahasa ni. Tapi selang 2 minit telefonnya berbunyi lagi. tanpa sempat melihat siapa yang memanggil Hani menjawab ;

“Encik Hasdi tidak faham-faham lagi ker?” kata Hani bengang;

“Woi! Apa kau merepek ni?” marah pemanggil.

“Eh! Siapa ni?” tanya Hani

“Akulah Jidin” Hani menepuk dahi.

“Alamak.. minta maaflah. Aku ingat Hasdi… apasal aku telefon ni?” tanya Hani.

“Aku hendak jumpa kau… ada perkembangan terbaru. Secepat yang mungkin. Boleh?”

“Jumpa aku? Tak boleh ker cakap melalui telefon” malas betul aku nak jumpa si sengal ni…

“Jumpa dari face to face lagi senang. Aku boleh bagi bukti yang kau nak. Nanti kau cakap aku main petik jer.”

“Dan engkau senang nak caj aku kan?”

“Hahahahahaha.. kau ni. Terlalu berterus terang. Tapi kali ini jangan risau.. aku buat free of charge. Kerana kes engkau ni makin menarik. Aku semakin teruja untuk menyiasatnya,”

“Iya… ok. Hari selasa bila kau free.. dan dimana. Satu lagi… aku taknak menunggu kau lama dan jangan pakai pelik-pelik semasa berjumpa dengan aku” pinta Hani.

“Ok… aku pakai smart nanti… kita jumpa di rawang”

“Apa kejadahnya hendak jumpa dekat Rawang… aku ni ada motor je.. bukan ada keretapun. Kau ni peliklah… jumpa dekat Serembanlah.. Rawanglah.. besok-besok nak jumpa kau kat hutan Pahang… aku cekik kau nanti.”

“Aik… gaji mahal pakai motor jer? Apakehe?”

“Aku baru order kereta… aku simpan duit muka. Aku bukan kerja macam kau… satu job ribu-ribu” perli Hani.

“Oklah… kita jumpa dekat Mines?”

“Mines? Ok. Tapi pakai senonoh sikit!” Hani mengingatkan Jidin.

“Iya” Hani meletakkan telefon. Kemudian beliau keluar dari bilik.. ayah da ibunya telah bersiap… kami berjanji hendak makan ikan bakar di pasir panjang ;

“Mana adik mak?”

“Apalagi.. tengah bersiaplah tu” Hani duduk di sofa. Dalam 5 minit kemudian adiknya keluar ;

“Macam orang perempuan bersiap”

“Akak.. saya ni takde bilik sendiri. Kenalah selepas emak dan ayah siap… baru saya boleh pakai bilik tu. ke akak hendak saya bersiap depan ruang tamu ni? Buat free show.. hendak?”

“Sudahlah tu.. korang berdua asyik bergaduh je.. dah jom bapaknya” Ayah mengangguk dan menutup TV. Kami ke medan ikan Bakar di Pasir Panjang.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Besoknya hari Isnin… pagi-pagi lagi Hani dan adiknya Ikhwan turun mandi ke pantai.. disebabkan hari ini hari kerja.. maka pantai itu lengang dengan pengunjung. Malah harga sewa dan makanan lebih rendah dijual pada hari tersebut. Selepas mandi sepuas-puasnya, mereka bersarapan di kedai berhampiran bersama ayah dan ibu. Kemudian mereka balik ke Apartment berehat. Petangnya mereka terus balik ke rumah….

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.