Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,900
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 43 ; Hasdi mengugut Hani

Bab 43

Hasdi menculik Hani

Sudah 2 hari Hasdi diikat jamin dan dibebaskan oleh Mahkamah.. Hani mula berasa takut jika Hasdi melakukan sesuatu terhadap dirinya. Kebimbangan terhadap ancaman Hasdi dahulu menyebabkan Dato Zainal sentiasa membawa pistolnya kemana-mana. Manakala Dato Z pula sentiasa ditemani oleh 2 orang pengawal peribadi yang lengkap bersenjata. Manakala Hani pula… mungkin Polis ada mengikuti dan mengawalnya dari jauh. Entahlah… reda sahaja… dia tidak akan buat apa-apa dengan aku…kalau aku diapa-apakan.. pihak Polis akan mengecam Hasdi sebagai suspek utama.

Pukul 5.30 petang.. Hani menerima panggilan telefon dari pemanggil misteri.. Hani menjawab ;

“Hello haniku sayang.. kenal abang tak?” kata pemanggil sebelah sana.

“Kau Hasdi!!! Kau hendak apa dari aku” suara yang amat dikenalinya… hani terperanjat.

“Janganlah berkasar sangat dengan aku. Aku cakap dengan cara baik… kau pun kenalah cakap dengan baik juga.”

“Apa yang engkau hendak?” malas aku hendak melayan kau!!

“Aku hendak jumpa engkau.. ada perkara yang aku hendak bincangkan. Lagipun aku rindulah dengan engkau…. dah beberapa tak jumpakan.. mesti kau rindu dengan aku” geli aku mendengarnya.

“Aku tidak hingin jumpa engkaulah!!!”

“Eh! Aku bukan suruh kau jumpa aku.. aku hendak kau berjumpa dengan abang kesayangan kau ini. Abang cakap sedikit.. adik abang hendak bercakap” adakah Hasdi menculik abang longnya.

“Hellllllooo..h….elooo… angah.. telefon Polis cepat!!!!” talian ditamatkan..

“Abang,, janganlah telefon Polis… saya takut sangat” sambil diikuti deraian ketawa… nampaknya mungkin geng samseng Hasdi yang diupah untuk menculik abangnya. Tak guna kau Hasdi!! Main kotor!!1

“Apa kau hendak ha? apasal kau culik abang aku.. dia takde kena mengena dengan kau… pasal kes kau!” bentak Hani.

“Apa pula tak kena mengena… dia kan bakal abang ipar aku” sekali lagi terdengar deraian ketawa. Hani berasa geram..

“Kalau perangai macam syaitan… kau campak aku dalam api pun.. aku takkan kahwin dengan kau.. syaitan!!!” marahnya meledak jua.

“Oi Hani… kau cakap baik-baik sedikit, sekarang ini aku tak kira. Kau buat apa yang aku suruh kalau kau hendak abang kau selamat” nampaknya Hasdi mula berang.

“Apa dia” Hani terpaksa akur.

“Kau kunci bilik fail kewangan kan.. aku hendak kau ambil semua laporan tahun kebelakangan… bawa kesini. Aku nak” tegas Hasdi.

“Kalau aku enggan?”

“Kau akan jumpa mayat abang kat Sungai Kelang besok. Lakukan sekarang.. 15 minit lagi aku telefon.. masa itu semua fail sudah ada dalam tangan kau. Chow!!!” Hasdi menamatkan panggilan. Walaupun berat hatinya untuk membuat apa yang disuruh oleh Hasdi… tetapi kerana nyawa abangnya menjadi taruhan… Hani melangkahkan kaki ke bilik fail kewangan dan mengambil semua dokumen berkaitan. 15 minit kemudian Hasdi menelefon ;

“Sudah ada kesemuanya?” tanya Hasdi tidak sabar.

“Ada.”
“Sekarang pergi ke tempat basement… cari van biru. Dah jumpa.. buka pintu belakang.. kau masuk dan duduk.. pemandu akan bawa kau kepada aku. Boleh?” arah Hasdi.

“Ok.”

“Bagus.. pergi sekarang” Hasdi menamatkan panggilan… Hani ke basement mencari van biru yang dimaksudkan, Hani terjumpa Van tersebut yang agak tersorok.. seperti Van syarikat keselamatan. Hani ke belakang van dan membuka pintu belakang van. Beliau membuka pintu yang tidak berkunci dan masuk kedalam van.. sebaik sahaja Hani menutup pintu van.. enjin dihidupkan dan mula bergerak. Di dalam van tiada tingkap untuk memandang keluar. Sebaik sahaja keluar dari bangunan Mega Group.. telefon Hani berbunyi ;

“Bagus… kau buat kerja engkau. kau buat seperti yang aku uruskan.. jangan bimbang.. kau ikut cakap aku.. abang kau selamat.”

“Benci aku bercakap dengan kau.”

“Hahahahahaahahahahahahaha” panggilan ditamatkan. Van terus meluncur laju meninggalkan Kuala Lumpur.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Apabila Van biru itu keluar dari bangunan Mega Group.. Jidin mengekorinya. Sebenarnya Jidin telah diupah oleh Dato untuk memperhatikan gerak geri Hasdi apabila beliau sudah dijamin. Hasil risikannya… Jidin percaya bahawa Hasdi akan bertindak menghapuskan bukti asal yang boleh menyabitkannya salah di mahkamah. Jidin merasakan bahawa Hani adalah merupakan orang sasaran Hasdi kerana Hani adalah titik yang paling mudah dipengaruhi dan diugut jika dibandingkan dengan Dato Zainal mahupun Dato Z. Sejak pagi tadi Jidin menyamar di dalam MPV tersebut… petang tadi beliau perasaan satu Van yang mencurigakan memasuki Mega Group… tekaannya tepat apabila alat GPS yang dimasukkan kedalam telefon bimbit Hani menunjukkan Hani memasuki Van tersebut. Jidin mengekori Van tersebut daripada jauh. Beliau menelefon Polis dan juga Dato Z untuk memberitahu perkembangan semasa yang berlaku ini. Beliau tidak mahu apa-apa berlaku terhadap Hani.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.