Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,907
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 46B ; kau suka Hani ke Zaffran?

Selepas sarapan pagi di restoran mamak….. Dato Z, ayahnya dan Jidin berangkat ke Hospital. Hani masih lagi tidak sedarkan diri.. pelawat hanya dibenarkan melawatnya petang nanti. Mereka hanya menunggu di luar bilik unit rawatan rapi. Dato Seri Zainal berbual-bual dengan ayah Hani.. beberapa ketika kemudian… abang Hani datang dan bersalam dengan ibunya ;

“Emak… ampunkan along emak. Along bersalah… along melawan cakap emak. Along kurang hajar dengan adik beradik. Along berdosa dengan Hani mak” abang Hani melutut di kaki emaknya.

“Emak sudah lama maafkan kamu.. tapi kamu sahaja yang merajuk sendiri” jawab emaknya.

“Maafkan saya.. disebabkan wang 2 ribu.. saya tidak balik ke rumah. Saya merajuk hati dengan kata-kata angah.. sedangkan kata-kata angah itu betul. Angah sanggup membahayakan nyawanya demi untuk menyelamatkan Along.. Ya Allah” nampaknya abang Hani benar-benar menyesali akan perbuatannya.

“Itulah kasih sayang seorang adik kepada abangnya.. bila dengar Along diculik.. beliau terus buat apa yang penculik itu buat. Dia tidak mahu along susah.”

“Along bodoh!!! Kenapalah selama ini along tidak cuba melayan adik-adik dengan kasih sayang. Along hanyut dengan kemewahan dunia.. along terlalu ikutkan kata hati.”

“Sudahlah tu long.. nasi telah pun menjadi bubur. Sekarang ini kita pandang ke hadapan. Kita berdoa agar angah cepat sedar dari komanya” abang Hani bersalaman pula dengan ayahnya.

“Macamana kamu diculik long… cuba cerita… ayah hendak tahu” abang Hani duduk di sebelah ayahnya.

“Kelmarin.. selepas saya sarapan pagi di gerai berhadapan kilang. Saya jalan kaki balik kilang.. tsecara tiba-tiba ada van berhenti.. pintunya dibuka.. kemudian 3 orang keluar dan masukkan saya ke dalam Van.. saya cuba melawan… kawan-kawan pun datang membantu.. rupanya mereka ada pistol. Seorang penculik tembak kawan saya di kaki. Saya berjaya dimasukkan ke dalam Van… dalam van saya melawan lagi.. akhirnya mereka pukul belakang kepala saya. sedar-sedar saya sudah ada di bangsal usang itu. Saya melawan… bertubi-tubi saya kena belasah sampai lembik” cerita abang Hani. Ayahnya mengangguk..

“Syukurlah.. semuanya selamat. Terima kasih kepada Dato kerana bertindak bijak menghubungi pihak Polis. Kalau tidak… tak tahulah apa jadi dengan Hani dan abangnya.”
“Itulah pakcik.. saya pun tidak menyangka Hasdi sanggup menculik Hani semata-mata mahu menghapuskan bukti. Dan nasiblah juga saya bertindak mengupah Jidin untuk memerhatikan gerak-geri Hasdi. Jika tiada dia… susah kita hendak jejak Hani.”

“Terimakasih Jidin.. sekarang kita berdoalah agar Hani cepat sedar dari komanya” kemudian Dato Z menelefon Dato Ahmad. Beliau mahu tahu perkembangan kes Hasdi ;

“Hello Dato… Zaffran disini. Bagaimana Hasdi?”

“Hasdi? Dia belum sedar lagi.. tapi pelurunya sudah dikeluarkan pada malam tadi.”

“Hidup lagi?”

“Ya… sebab pihak Polis hanya menembak di lututnya sahaja.”

“Jadi… Hasdi akan dicaj kes apa Dato?”

“Satu.. kes cubaan membunuh. Kedua… kes menculik dan ketiga… kes yang sedang dihadapinya kini.. iaitu kes pecah amanah.”

“Baiklah… jika ada perkembangan.. jangan lupa beritahu saya Dato.”

“Insya Allah” Dato Z menamatkan perbualan. Dato Z melihat ayahnya meminta diri untuk pulang dari keluarga Hani.. kemudian ayahnya mendapatkan Dato Z.. sambil mengiringi ayahnya keluar ke tempat meletak kenderaan ;

“Apa cerita Hasdi?” tanya Dato Seri.

“Dia belum sedar… peluru telah dikeluarkan daripada kakinya ayah.”

“Panjang umurnya… kamu… sampai bila kamu mahu bercuti?”

“Saya minta izin ayah untuk bercuti selama 2 minggu. Boleh?”

“Nampaknya aku kena pangku tugas kau. Kenapa kau mahu bercuti? Bukan kau sakitpun.”

“Saya hendak menemani Hani” Dato Zainal mematikan langkah dan memandang anaknya.

“Kamu ada perasaan terhadapnya?”

“Tidak ayah.. ini tanggungjawab saya. sepatutnya saya di katil itu. Bukan dia… kita yang bertanggungjawab menyebabkan dia terjebak” Dato Z cuba untuk memberi alasan yang lain.

“Nak… ayah ini sudah lama hidup… kamu jangan hendak berdolak dalik atau membuat alasan. Katakan sahaja kamu sebenarnya suka dengannya. Buat apa hendak berdolak dalik… ayah bukan tidak tahu perangai kamu long” Dato Seri dapat membaca penipuan yang cuba dilakukan oleh Dato Z.

“Ya ayah” akhirnya Dato Z mengaku,

“Go on… kalau dengan Hani ayah izinkan.. tetapi kalau dengan artis seperti Ika, Wiwi.. As dan siapa entah lagi. ayah tidak mahu… mereka itu pisau cukur.. hanya hendak duit engkau sahaja. Tapi Hani.. ayah yakin dia bukan orang seperti itu” mereka meneruskan perjalanan.

“Tapi hendak ke dia menerima saya ayah.. ayah tahukan reputasi saya.”

“Kalau kau ikhlas… dia akan menerimanya.. tapi jangan dipaksa pula” Dato Z mengangguk.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.