Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,822
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 31 ; kecoh satu pejabat

Bab 31

Pejabat Mega Group kecoh

Pagi isnin.. tenang…. Hani datang awal hari ini ke pejabat ( maklumlah.. bawa kereta ke pejabat… kena keluar awal sedikit… kalau tidak jalan sesak ). Hani sampai ke pejabat pukul 7.50 pagi.. semasa Hani hendak mengetip kad kedatangan.. kebetulan Kak Qalisha menegurnya ;

“Tengok tak Irama semalam” tanya Kak Qalisha sambil mengetip kad kedatangnya.

“Tertengok kak” tertengok disebabkan emaknya yang memanggil.. kalau tidak minta maaflah dia hendak menonton rancangan tersebut.

“Boss kita pula masuk TV. Glamourlah Dato Z…” Glamour? Rasa macam menjatuhkan maruah sahaja.

“Glamour? Akak.. dialog tu macam menjatuhkan maruahlah.”

“Di KL ini… kalau ucapkan dialog seperti itu.. kira herolah lelaki tersebut” lah.. macam itu pulak. Buat maksiat dikatakan hero? Tak paham aku.

“Entahlah.. agak-agak Dato Zainal mengamuk tak?” sampuk Aisyah… kerani jabatan akaun.

“Maunya tidak mengamuk.. tapi Dato di Australia sekarang ini. Selamat Dato Zaffran buat seketika” sampai di pejabat mereka berpisah dan duduk ke tempat masing-masing. Hani melepaskan keluhan… Dato… Dato.. lepas satu satu….

{{{{{{{{{{{{{{{{

Dato Z masuk ke pejabat pada pukul 8.45 pagi…. Beliau memanggil Hani masuk.. sebaik sahaja Hani duduk ;

“Awak… kenapa semua orang macam buat perangai pelik berjumpa dengan saya?” Hani kehairanan… Dato tidak tahu ke pasal hal semalam? Dato Z tidak tengok rancangan Irama?

“Pelik? Apa yang pelik Dato?” tanya Hani buat-buat tidak tahu apa yang berlaku semalam.

“Ialah.. pagi ini.. semua staff senyum kambing apabila saya lalu di hadapan mereka. Pengawal di bawahpun tersenyum-senyum menyambut saya. Ada tidak kena dengan dengan saya.. atau pakaian saya. Zip saya terbuka ker?Saya nampak pelik ke hari ini?” katanya sambil meraba-raba seluar dan bajunya. Sah! Memang Dato tidak tahu pasal semalam.

“Pakaian atau seluar Dato tiada masalah… yang masalahnya Dato.”

“Saya? kenapa?” dia mengaru kepalanya… masih tidak faham.

“Dato tidak tahu lagi? satu Malaysia sudah heboh pasal Dato dan Wiwi.”

“Ha?” kata Dato terperanjat.

“Marilah saya tunjukkan” Hani ke sisi Dato dan membuka komputer.. kemudian klik ke laman You Tube. Menaip skandal Dato Z dalam Irama… sekejap sahaja video dimaksudkan keluar.

“Dato tengok sampai habis” Hani kembali semula ke tempatnya duduk tadi. Dato melihat video tersebut;

“Damn!!!!!” Dato menepuk meja apabila dialog manja Wiwi kedengaran.

“Ini semua fitnah! Saya tidak tidur dengannya!!!” bentak Dato marah.

“Dato… walaupun Dato menafikannya atau sengaja menafikannya. Tapi dialog itu menunjukkan sebaliknya.. orang akan percaya Dato!!”

“Saya bukan seperti yang awak sangka!!! Saya tidak menidurinya… dialog ini hanya mengambil yang sensasi sahaja.. ada lagi dialog dimana saya menolaknya” kenapa aku macam susah hendak percaya?

“Aduh! Masak kalau bapa aku tahu ni” Dato Z berdiri.. tangannya menepuk dinding.. kesal… nasi sudah jadi bubur Dato…berani buat kau tanggunglah sendiri

“Jadi Dato hendak buat apa sekarang?”

“Call my Lawyer.. Dato Zaman” perintah Hani.. itulah dia orang kaya… bila aib sendiri terbuka… mulalah panggil peguam.hendak samanlah tu.

“Ok” baru sahaja Hanu hendak bangun dan menelefon Peguam… tiba-tiba Dato Zainal membuka pintu pejabat Dato Z dan meluru ke arah anaknya ;

“Z.. apa kau buat ni?” marahnya.

“Abah.. bila abah sampai? Bukankah abah di Australia sekarang ini?”

“Disebabkan kau.. aku balik ambil jet ke sini tahu. Eh! Engkau ini tidak tahu makan simpan sendiri ke? Malu abah semalam bila berita ini tersebar… mana abah hendak letak muka abah ini di hadapan degelasi… di hadapan Menteri.. apa kau buat ni?” marah Dato Zainal…

“Dato.. saya minta diri dulu” Kata Hani… beliau tidak mahu mencampuri urusan keluarga.

“Kau tunggu sini Hani.. tutup pintu bilik ” Hani akur… beliau menutup pintu bilik Dato Z.

“Abah… saya tidak tidur dengan Wiwi.. percayalah cakap saya ini. Apa yang dipaparkan hanya perbualan yang sensasi sahaja. Irama tidak siarkan sepenuhnya perbualan saya dan Wiwi. Saya menolak ajakannya abah” terang Dato Z bertungkus lumus.

“Satu Malaysia sudah tahu tentang ini Z… aduh… habis reputasi abah.. habis karier politik abah. Aku suruh uruskan syarikat ini supaya aku boleh tumpukan pada politik.. sekarang apa dah jadi. Malu bapa” Dato Zainal duduk di sofa.. tangannya memicit kepalanya. Mungkin kecewa melihat perlakuan anaknya. Kalau aku.. dah lama aku lempang Dato Z.. memalukan emak bapak.

“Abah.. dari PRU 10 lagi abah dijanjikan untuk dicalonkan.. sampai PRU 12… takde pun. Bapa bukan muda lagi. sudah 65 abah… takkanlah diorang hendak pilih abah lagi.”

“Kau diam! Itu cita-cita aku yang masih belum aku capai.. hendak jadi ahli parlimen. Tapi kau dah rosakkan reputasi aku. Musnah segala-galanya.. Hancur berkecai cita-cita aku” Dato Zainal bangun.. berang dengan kata-kata anaknya.

“Maafkan saya abah.. tapi percayalah cakap saya ini abah… saya tidak tidur dengan dia” Dato Zainal memandangku ;

“Hani.. kamu ada masa di Ipoh itukan?”

“Ya Dato.. saya ada menemani Dato Z melawat projek di sana” jawab Hani.

“Adakah kamu rasa anak saya ini berjumpa dengan Wiwi” aduh! Berat soalan ini.. aku tidak boleh menipu.

“Ada Dato.”

“Adakah anak saya tidur dengan Wiwi?” tanyanya serius.

“Saya tidak tahu Dato.. tapi saya rasa tak” entah kenapa aku berkata begitu.Dato Zainal memandang anaknya semula ;

“Kalau betul engkau tidak tidur dengan Wiwi.. aku hendak kau cari peguam… saman Nat Ahmed dan produksi Irama… saman juta-juta… cari peguam yang terbaik… Dato Zaman pun boleh. Kalau dia sibuk. Dato Kiram Singh… Dato Hadi pun boleh. Mereka itu terkenal dan VVIP selalu cari mereka. Abah akan bagi duit. Tapi.. kalau betul kau ada hubungan dengan Wiwi tu.. kau kena kahwin dengan Wiwi.. aku tak kira apa pun alasan kau. Faham?” Dato Z mengangguk.

“Abah hendak balik. Semalaman ayah tidak tidur memikirkan hal kau ni.”

“Maafkan saya abah” Dato Z bersalam dan mencium dan memeluk ayahnya.

“Z… engkau ini sudah besar. Sepatutnya engkau tahu mana baik.. mana yang buruk. Sekarang ini.. engkau selesaikanlah sendiri.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.