Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
901,750
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 30 ; Video Dato Z dan Wiwi

Bab 30

Malaysia digegarkan dengan video Dato Z

Pukul 12 tengahari hujung minggu tersebut… Hani melipat bajunya di ruang tamu… emaknya sedang leka menonton siaran Irama… rancangan kontroversi nombor satu di Malaysia. Hani memang tidak berminat untuk menontonnya,,, rancangan tidak membina fikiran langsung… hanya mengosipkan artis sahaja….. mencari gaduh sesame artis… dan juga mengejar skandal artis-artis baru. Tapi yang hairannya rating rancangan tersebut mencapai 3 juta setiap minggu…. hanya emaknya sahaja yang menonton. Manakala Ayahnya pula tidur di bilik utama ( memang hari ahad ayah Hani bercuti dari membawa teksi… dan masanya hanya dihabiskan untuk tidur ). Selepas melipat kainnya.. Hani masuk ke dalam bilik untuk menyusunnya pula… semasa Ani sedang menyusun baju ke dalam almari.. emaknya memanggil ;

“Hani… mari cepat.. ada cerita pasal bos kau” emaknya menjerit memanggil Hani. Hani bergegas keluar dari bilik… di televisyen Nat Ahmad sedang mengacara… dengan latar belakang bangunan tempat Nat Ahmed bekerja……

“Dato Z sering menafikan yang beliau ada hubungan dengan artis.. dahulu dengan Ika Farhana… kemudian Shasha Aziz dan kini Dato Z dikatakan amat rapat dengan seorang artis wanita realiti TV… hendak tahu siapa? Kita pergi ke tempat pertemuan mereka… peace” kemudian Nat Ahmad masuk ke dalam keretanya… tidak berapa lama kemudian satu vitae menunjukkan tempat dimana aku menginap… Oh! My God… Hotel Angkasa… hotel tempat aku menginap hari itu… takkanlah dengan Wiwi!!!!

“Ok… para penonton sekelian… dikatakan Dato menginap di Hotel ini.. dan Wiwi juga membuat persembahan dan menginap di hotel ini… kita akan intip mereka secara sembunyi. Kita dapatkan visual mereka. Sebab itu saya pakai rambut palsu dan cermin mata… untuk mudahkan siasatan” Nat Ahmed bercakap secara berbisik… kamera seolah-olah disembunyikan” kemudian tukar vitae lain;

“Ok.. sekarang saya berada di meja hujung… posisi saya agak tersorok… mereka tidak perasan saya lagi. Dulu Dato Z minta bukti dia ada hubungan dengan mana-mana artis… sekarang ini.. saya Nat Ahmed akan cari bukti tersebut dan terpulanglah kepada anda untuk menilainya” kemudian kamera difokuskan kepada Dato dan juga Wiwi yang sedang berbual.. selepas itu ditunjukkan pula Dato sedang berduet dengan Wiwi lagu Budi setahun intan.. tah apa-apa… Hani sudah lupa.

“Dan ini rakaman yang akhir tetapi akan mengemparkan Malaysia… kanak-kanak bawak 13 tahun perlu bimbingan ibubapa apabila menontonnya” ditunjukkan adegan Dato Z sedang mengusap tangan Wiwi… dan juga perbualan mereka ;

“I lah bos… tapi you tahulah I nikan nakal. Dia pula jenis yang tegas. I ok sahaja… sebab apa yang dia kata itu betul. Janganlah panggil Dato… formallah. Panggillah abang Z” kata Dato lembut… meluat aku!

“Boleh ker?” Wiwi pun tergedik!

“Boleh,”

“Dato malam ini tinggal dengan siapa?”

“Malam ini saya tinggal seorang sahaja. Takkanlah saya tinggal bersama dengan PA saya” mereka berdua ketawa.. sempat lagi kenakan aku.. cis!

“Hahahahahahaha… Dato ini kelakarlah. Saya pun tinggal seorang juga. Sunyilah” kata Wiwi. Tamat sahaja Nat Ahmed muncul ;

“Jadi Dato… apa yang hendak dinafikan lagi. Kami sudah kemukakan bukti Dato… kita tunggu Dato Z jawab minggu hadapan… jawab untuk satu kepastian. Peace!” dan kamera tertutup.

“Dato kau itu… memang dasar buaya” kata emaknya sebaik sahaja segmen Nat Ahmed tamat.

“Memang buaya emak. Semua perempuan yang berdahi licin dia sapu. Tak kiralah orang tu artis ker,.. anak dara ker. Mulalah tergedik…”

“Entahlah… kamu pula kerja dengan syarikat itu. Risau pula emak.. manalah tahu dia apa-apakan kamu. kamu orang yang paling rapat dengannyakan?”

“Sudah rezeki saya di situ emak. Lagipun syarikat itu menjalankan perniagaan yang halal. Perangai Dato sahaja yang macam haram.”

“Kamu berhati-hatilah yer.. kamu itu antara perempuan yang dekat dengannya.”

“Emak jangan risau… belum dia buat apa-apa lagi. siaplah saya belasah dia” kata Hani sambil menunjukkan penumbuknya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.