Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
905,859
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 41 B ; Laporan Polis

“Dalam surat itu ada gambar-gambar rakan sekongkol Hasdi dan juga gambar yang menunjukkan hubungan Hasdi dengan kumpulan kongsi gelap” kata Hani.. Dato melihat semua gambar yang ada di dalam sampul. Habis diseranahnya pekerja pejabat yang dia kenal bersengkongkol dengan Hasdi…

“Betul juga kata Hani.. kalau aku panggil dia sekarang… petang ini sebelum sempat Polis tangkap… dia sudah larikan diri atau mengugut kita. Zaffran.. kau pergi jumpa kawan ayah Ketua Polis KL tu… kau buat report.. ayah hendak… sepupu kau yang tidak tahu dek untung itu ditangkap secepat mungkin.. kemudian kau jumpa Dato Zaman… kau suruh dia saman dan minta balik 8 juta yang Hasdi ambil dari syarikat dengan apa juga cara. Paham?” arah Dato Seri kepada anaknya.

“Paham ayah” Dato Z mengangguk.

“Dan kita bertiga.. buat masa ini.. layan Hasdi seperti biasa. Jangan bagi dia syak. Ok? Sehingga dia ditangkap.”

“Ok,,,,,” kami berdua menjawab serentak.

“Pergi balas Polis sekarang. Hani.. terimakasih untuk kau yang banyak tolong syarikat ini. Yang banyak membantu kami berdua. Dulu.. kau tolong rapatkan hubungan Zafrran dengan anak-anaknya, kau tolong Zaffran dapatkan bahan bukti saman si Nat Ahmed dan sekarang kau bongkarkan pengkhianatan Hasdi. Kau jangan bimbang… syarikat akan beri kau insentif yang sepatutnya,”

“Dato… saya buat dengan ikhlas,,, bukan harapkan pembalasan.”

“Tidak.. kamu layak… kalau kamu tidak bongkar… entah berapa juta si Hasdi itu makan duit syarikat. Sudah.. pergilah ke balai” Mereka berdua meminta diri untuk ke balai bagi membuat laporan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.