Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
902,801
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 50 ; tersenyum sendirian

Malam itu semasa makan malam ;

“Kamu ini kan… dari tadi asyik tersenyum sendiri. Tengok mesej tersenyum.. tengok TV tersenyum.. selepas itu kamu riang sahaja selepas balik. Kenapa Hani?” tanya emaknya yang perasaan akan perubahan diri Hani sejak pulang dari kerja petang tadi. Alamak! Emak perasaan ke? Mana tak senyum sorang-sorang.. wang setengah juta ringgit masuk dalam akaun aku. Tapi aku tidak boleh beritahu emak.. aku mahu buat kejutan kepada keluarga aku;

“Tengok tu.. emak tanya dia senyap pula.”

“Akak tu angau mak” sampuk Ikhwan.. cis! Budak ni

“Engkau angau dengan siapa? Dengan Dato tu? ha. Cepatlah suruh Dato tu meminang” balas emak.

“Ish emak ini.. ada pula dengan Dato tu. Bukanlah” tingkah Hani.

“Iyalah.. kalau dah setiap hari Sabtu kamu teman dia jumpa anak-anaknya. Sudah macam kamu ini ibu tiri anak Dato pula… susah-susah nikah aja. Orang pun tak bercakap tentang kamu dengan Dato tu.”

“Emak… kalau si Joyah tu. Saya kahwin ke.. saya kerja ke.. saya tak kerja ker.. saya beli kereta kecil.. saya beli kereta besar. Semuanya hendak dia mengata emak. Sebab itu kalau boleh saya hendak kita pindah.. kita beli rumah baru.”

“Dah ayah kamu mampu beli rumah flat ini. Duduk jelah rumah ini Hani. Manalah ayah kamu mampu hendak beli rumah lain lagi.”

“Insya Allah.. kalau ada rezeki.. saya beli rumah. Kita pindah ye mak.”

“Ikut suka hati kamulah.. dekat Kuala Lumpur ini mana ada rumah teres harga bawah 100,000 yang sesuai dengan gaji kamu. Rumah apartment pun sekarang ini paling murah dekat 150 ribu. Nama sahaja apartment.. tapi macam flat juga. Bertingkat… parkingpun berebut.”

“Insya Allah kalau ada rezeki… saya cuba cari rumah teres di pinggir Kuala Lumpur emak.”

“Ala….. kahwin dengan Dato.. rumah 4 tingkat dato boleh beli” menyampuk lagi budak ni.

“Kau inikan… mulut mengalahkan Kak Joyah. Kau selalu makan bontot ayam ye?” marah Hani kepada adiknya.

“Ala.. orang bergurau je lah.”

“Sekali lagi kau sebut pasal Dato.. aku potong elaun kau yer” gertak Hani.

“Baik Datin” emak ketawa.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.