Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
902,800
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 3 ; jawapan yang tidak terduga

Bab 3

Jawapan yang tidak diduga

Seminggu selepas kejadian di bangunan Mega group… Hani hanya duduk di rumah sahaja sambil mengisi borang pekerjaan kosong di syarikat lain. Malah Hani sudah mengisi borang untuk menjadi pegawai Polis. Hani merasakan pekerjaan ini sesuai untuknya yang perwatakan kasar malah Hani memang berminat dari dulu lagi untuk menjadi pegawai Polis. Keluarga pun tidak menghalangnya.... katanya carilah pekerjaan yang Hani suka asalkan dia bahagia. Dia merasakan peluang untuk bekerja di Mega Group hancur kerana tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Dato Zaffran ( podah.. ingat aku kebulur ke hendak bekerja dengan Dato Z… sorilah,,, aku lebih rela menyapu sampah dari bekerja dengan Dato gatal ).

Sedang Hani leka melayan Facebook… adiknya yang bongsu ( Ikhwan ) meneriak memanggil namanya.

“Kakak! Ooo kakak. Keluarlah ada surat ni” apalah lagi si Ikhwan ni nak. Hani keluar dari bilik..

“Kau ni kenapa Wan… panggil akak macam hendak pecah rumah ni? Kau ingat aku ni pekak ker?”

“Tadi saya bagi salam akak bukannya dengar.. berangan yek? Ke sedang main SMS dengan pakwe?”

“Ko jangan hendak mengada-ngada. Aku mana ada pakwe. Asal kau memekak?”

“Ada surat saya ambil dari peti surat bawah” Ikhwan menghulurkan surat itu kepada Hani.

“Ha surat?” Hani mengambilnya. Ha? surat dari Mega Group… ah sudah…. Dia hendak saman aku atas kelakuan aku terhadap Dato Zaffran ker?

“Alamak… apasal pulak ni?" Hani bimbang

“Lah… termenung jer. Bukaklah kak” kata Ikhwan tidak sabar.

“Sibuk jer” Hani membuka surat tersebut.. dalam hati Hani berdebar-debar. Tahniah anda bla.. bla.. bla… bla… habis sahaja Hani melompat kegembiraan.

“Yahooo.. ya beda bedu” adiknya memandang kehairanan.

“Gila ek? Menang loteri ker?” Hani menyerahkan surat tadi untuk dibaca oleh adiknya.. sambil adiknya membaca beliau menyanyikan lagu Ombak rindu… hujan kau bawakan rinduku untuk dirinya yang jauh darinya

“Akak tolonglah jangan menyanyikan… hujan karang” Hani meluku kepala adiknya.

“Sakitlah kak! Suka hati je luku kepala orang”

“Buwek… padan muka” Hani menjelir lidah.

“Tahniahlah kak! Akhirnya selepas 6 bulan akak makan tidur dalam rumah ini.. akhirnya kerja juga” perli adiknya

“Siot kau” Hani mengejar adiknya yang telah membuka langkah seribu.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Hani mula bekerja atau melapor diri pada pertengahan bulan 4 tahun 2013 iaitu seminggu selepas tarikh surat tersebut. Maka selama seminggu itu Hani buat persiapan untuk mula bekerja… membeli mekap ( selama ini Hani memang tidak suka bermekap… semasa dia pergi temuduga pun beliau pinjam mekap kawan baiknya di perumahan awam ini.. si Tasya.. kawan baik dari sekolah kemas hinggalah tamat tingkatan 5.. selepas tingkatan 5 si Tasya ini terus berkahwin… sudah ada 2 orang anak pada usia 23 tahun ), membeli baju kerja, kasut, bag dan bermacam-macam lagilah. Memang Hani gembira hendak bekerja… mana tidak gembiranya… gaji yang ditawarkan 2,000 ringgit sebulan. kawan-kawannya yang baru bekerja paling tinggipun gajinya RM 1500 sebulan… ini 2 ribu sebulan.. duduk dengan keluarga lagi. Mana tak gembira…. tapi di sebalik kegembiraan itu nanti akan terselit kedukaan, rintangan, fitnah dan juga pengkhianatan sepanjang bekerja dengan Mega Group!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.