Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,911
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 45 ; Mengugut Dato Z

Hasdi ditembak

Sementara itu di Kondo Dato Z, sebaik sahaja Hasdi menamatkan talian… Dato Z kembali semula ke ruang tamu… duduk di sofa adalah Dato Ahmad… Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

“Amacam… Hasdi yang telefon?” tanya Dato Ahmad.

“Iya… dia mahukan fail ini” Dato Z menunjukkan fail yang diletakkan di atas meja.

“Seperti yang kita rancangkan… awak berpura-pura tidak tahu menahu tentang penculikan Hani. Dan pasukan saya akan menyusup masuk ke Mimiland. Sekarang ini saya akan ke Mimiland dahulu… awak pula ke pejabat 10 minit selepas saya keluar. Awak buat-buat mencari fail di pejabat. Buy some times. Kemudian.. awak ke Mimiland.. setuju” rancang Dato Ahmad.

“Saya ikut sahaja Dato. Janji semuanya selamat. Nasib baiklah saya mengupah Jidin untuk memerhatikan gerak geri Hasdi dan juga memantau Hani. Memang betul tekaan saya… Hasdi ingin fail ini dimusnahkan.”

“Tiada apa.. mana spy awak?”

“Entah.. mungkin di Mimiland memantau keadaan di sana.”

“Berani betul budak itu.. sanggup buat kerja seorang-seorang memantau Hasdi dan kuncu-kuncunya. Saya keluar dahulu.. saya kena buat apa yang kita rancangkan tadi. Ingat pesan saya… jadi pelakon terhebat untuk malam ini” boleh ker aku berlakon? Jantung rasa dup dap dup dap je gumam Dato Z di dalam hati.

“Ya.. terima kasih Dato” Dato Z menghulurkan salamnya.

“Sama-sama” Dato Ahmad keluar dari Kondo Dato Z. sepuluh minit kemudian, Dato Z keluar dari kondo dengan menjinjing sebuah beg yang mengandungi transaksi kewangan syarikat yang diinginkan oleh Hasdi. Seperti dirancangkan… Dato Z menuju ke arahnya pejabatnya seolah-olah beliau mencari fail di sana. Setelah setengah jam di pejabatnya, beliau keluar dengan berlakon seolah-olah hendak pergi dengan keadaan tergesa-gesa. Dan memang beliau diperhatikan oleh kuncu-kuncu Hasdi yang mengekorinya sejak dari rumahnya lagi.. setiap pergerakan Dato Z akan dilaporkan kepada Hasdi…

{{{{{{{{{{{{{{{{{

“Ya.. bagus. Kau follow Dato Z.. pastikan tiada Polis yang mengikutnya. Ok.. bye” Hasdi meletakkan telefon di atas meja..

“Bodoh!!” katanya yang ditujukan kepada Dato Z.

“Siapa yang bodoh?” tanya Hani…

“Sepupu akulah.. dia ikut sahaja apa kehendak aku. Kau tahu.. dia sekarang ke pejabat mengambil apa yang aku hendak. Hahahaahahahahahaah” gila!

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Kini Dato Z memandu kereta ke arah Mimiland… beliau perasaan sejak dari kondonya lagi ada sebuah kereta Viva yang mengekorinya… beliau terus berlakon tidak menyedari beliau diekori. Perancangan Polis mahu Hasdi yakin yang Dato tidak memberitahu Polis yang Hani diculik. Pihak Polis kini sedang menyusup masuk dari sebelah kanan Mimiland. Kawasan tersebut bersempadanan dengan hutan… 2 orang penjejak di hadapan untuk menjejaki dimana Hani ditempatkan.. mereka menyusup secara berhati-hati untuk mengelakkan kehadiran mereka disedari oleh kuncu-kuncu Hasdi.

Jidin pula bersembunyi di sebalik semak di hadapan bangunan dimana Hani sedang ditahan. Beliau akan bersiap sedia untuk mempertahankan Hani dari Hasdi… kehadirannya tidak disedari kerana Jidin memakai baju yang sama dengan warna sekeliling… beliau juga menghitamkan mukanya.. ibarat seorang komando yang siap sedia untuk berjuang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.