Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,888
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 45 B ; Hani!!!!!

Dato Z sampai di pintu masuk Mimiland… 2 orang pengawal Hasdi keluar dari tempat persembunyian. Mereka melihat sekeliling memastikan Dato tidak diekori..

“Seorang sahaja Dato?” tanya salah seorang daripda kuncu Hasdi.

“As you see.. saya seorang sahaja” jawab Dato.

“Buka pintu kereta.. saya hendak masuk Dato.. saya tunjukkan dimana Hani ditempatkan” kata salah seorang kuncu tersebut.

“Ok” Dato membuka kunci keretanya.. dua orang penyangak itu masuk.

“Dokumen Hasdi hendak ada bawa?”

“Ada” Dato menunjukkan dokumen yang terletak di tempat duduk belakang.

“Ok.. jalan terus” penyangak menunjukkan jalan kepada Dato.. sampai di sebuah bangsal tua.

“Berhenti Dato.. di sini Hasdi hendak berjumpa dengan Dato” Dato Z mengangguk dan memberhentikan keretanya. Kemudian mereka semua dari kereta.. fail dibawa oleh kuncu-kuncu Hasdi… kuncu Dato membukakan pintu… Dato Z masuk ke dalam bangsal.. beliau melihat Hani duduk… manakala Hasdi juga duduk di sebelah Hani ;

“Ha Dato.. datang pun ingatkan tadi tidak jadi datang. Lama juga saya menunggu.”

“Aku bukan macam kau takde telurlah. Culik perempuan untuk paksa aku datang… aku datang seorang.. kau berteman sampai 6 orang apa cerita. Takut ka?” provoke Dato.

“Lu lagi banyak ranggi Dato Z. Kau jangan hendak jadi herolah. Mana barang yang aku minta?”

“Ada kat anjing kau” kuncu Hasdi memberi fail kewangan kepada Hasdi.. Hasdi membuka dan membelek kesemua fail. Beliau tersenyum ;

“Bagus Dato.. bagus. Kau beri apa yang aku hendak. Apapun.. selamat datang ke Mimiland Dato.”

“Mimiland… tempat dimana ayah selalu membawa kau.. dan keluarga kau berkelah.”

“Hahahahaahahahhaah.. betul. Pak long selalu bawa aku berkelah disini. Sahaja aku hendak mengimbau kenangan lama. Tempat di mana aku dan kau sama-sama bermain di taman Dino… main air… main golf mini dan juga berkelah di bawah pokok. Memancing.. alangkah indahnya waktu tersebut Z.”

“Sekarang.. lepaskan Hani dan juga aku. Aku sudah beri apa yang engkau hendak Hasdi. Pegang pada janji engkau.”

“Hahahahahahaahahaha….. tidak semudah itu Dato. Hani dan abangnya aku akan bawa ke siam.. kami akan mulakan hidup baru di sana along.”

“Sial kau” Dato Z bergerak ke arah Hasdi.. tapi beliau telah dihalang oleh kuncu-kuncu Hasdi.

“Ikat dia dekat tiang itu” walaupun Dato Z meronta-ronta… tetapi 4 orang kuncu-kuncu Hasdi berjaya mengawal Dato Z… Dato Z diikat di tinag yang terdapat di dalam bangsal tersebut.

“Bangsat kau Hasdi!!! Kalau kau anak jantan… marilah sini.. lepaskan aku!!!”

“Hahahahahahahahaha… Dato.. Dato. Aku bukan bodoh Dato. Tak kisahlah kau anggap aku bukan anak jantan ker. Pengecut.. aku sudah dapat yang aku hendak” Hasdi menepuk-nepuk fail yang ada di tangannya.. kemudian.. tidak semene-mena.. pintu bangsal dikopak. Polis menyerbu masuk… senjata di tangan mereka diarahkan kepada kepala penjenayah.. jelas pancaran laser bercahaya tepat ke kepala penjenyah ;

“Sial kau!!!” Hasdi menarik Hani dan meletakkan pisau di lehernya.

“Jangan bergerak.. letakkan senjata di atas tanah…. Jika kamu berbuat sesuatu.. kami tembak. Tempat ini telah dikepung” kata seorang anggota Polis… kuncu-kuncu Hasdi berpandangan sesame sendiri.. mereka tiada pistol.. hanya parang dan kayu menjadi senjata mereka. Akhirnya mereka membuang senjata ke atas tanah dan meletakkan tangan di atas kepala.

“Oi bodoh!!! Kenapa kau menyearah.. samseng apa kau ni?” Hasdi berang dengan tindakan kuncu-kuncunya.

“Oi Hasdi… cakap dengan ikut sedap mulut. Laser sudah ada di atas kepala kami.. takkanlah kami hendak melawan!!” kata salah seorang penyangak.. mungkin ketua penyangak.

“Bodoh!!! Ketepi semua… biar aku lalu. Kau tak nampak pisau di leher Ani ini? Aku bunuh Hani” Polis memandang sesama sendiri.. kemudian satu laser tepat ke arah kepala Hasdi.

“Hasdi… menyerahlah. Kau takkan ke mana. Tempat ini telah dikepung oleh Polis” kata Dato Z.

“Tak guna kau along.. bawa Polis!!” Hani mencari titik kelemahan Hasdi.. beliau perlu melepaskan diri dari cengkaman Hasdi.. beliau perlu menggunakan ilmu silat yang beliau ada. Akhirnya.. pautan Hasdi longgar di bahagian tangannya.. dengan sekuat tenaga.. Hani memukul perut Hasdi dengan menggunakan sikunya.. pisau di leher terlerai.. Hani menolak Hasdi jatuh

“Tak guna kau Hani!!!!” Hasdi melemparkan pisau di tangannya ke arah Hani… pisau melayang ke arah belakang Hani

“Haniii!!!!!!!!!!” jerit Dato Z… Hani menoleh ke belakang.. pada masa yang sama pisau menembusi belakang badannya… Hani terjatuh… Hasdi bangun…. 2 das tembakan dilepaskan oleh Polis.. kedua-duanya mengenai lutut Hasdi.. Hasdi terduduk. Hani terbaring dengan pisau tercacak di pinggangnya ;

“Tuan tolong buka ikatan saya” pinta Dato.. seorang anggota Polis membuka ikatan Dato Z.

“Rahmi.. panggil medic yang ada di pekan sekarang!!!” tegas ketua polis yang mengetuai serbuan.

“Baik tuan!!!” selepas ikatan Dato dileraikan.. Dato Z segera menuju ke arah Hani yang terbaring.. beliau memangku Hani.

“Hani.. Hani!!! Buka mata Hani” perlahan-lahan membuka matanya.

“Sakit Dato…” kata Hani lemah.

“Hani bertahan… kain… tuan ada kain tak!!! Perlu hentikan pendarahan ini” Dato Z meminta kain kepada Polis.. seorang anggita Polis memberikan bajunya… Dato Z memgambil dan meletakkan di sekeliling luka.. lukanya tidak dalam… Dato Z dengan berani mencabut pisau.. darah membuak keluar… Dato menekan kain di tempat yang luka tadi…. ternyata ia berkesan… pendarahan semakin perlahan dan ianya berhenti..

“Hani… darah awak sudah berhenti keluar.”

“Terima kasih Dato” Hani menutupkan matanya….

“Hani….Hani” Dato Z mengoncang tubuh Hani.. dari jauh siren embulans kedengaran.. tiba-tiba Hasdi tergelak.. Dato Z memandang Hasdi ;

“Kesian… kau akan merana seumur hidup along. Orang yang kau minat… orang yang kau sayang. Mencintai di dalam dia. Akhirnya mati di tangan aku!!”

“Engkau!!!” Dato Z meluru ke arah Hasdi yang terbaring.. beliau melepaskan satu tumbukan. Baru Dato hendak melepaskan tumbukan kedua… 2 orang anggota Polis memegang Dato ;

“Celaka kau Hasdi!!!”

“Sabar Dato.. sabar!!!” kata Jidin yang telah masuk ke dalam bangsal.

“Celaka betul Jidin si Hasdi ini.. akan aku bunuh dia dengan tangan aku sendiri!!! Lepaskan aku Jidin” pinta Dato Z yang berang dengan kata-kata Hasdi tadi.

“Beristifar… biarkan dia Dato” 2 orang paramedik masuk dan terus merawat Hani.

“Ok.. luka tak kena arteri utama.. hanya urat kecil sahaja.. pendarahan dah berhenti… bawa dia ke hospital.. ikat dengan kain” mereka membawa Hani menaiki ambulans.. Dato Z menemani Hani ke hospital.. Hasdi juga di bawa ke dalam ambulans… semua kuncu-kuncu Hasdi digari dan di bawa ke Balai Polis.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.