Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
911,834
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 48 ; Hani sudah keluar dari Hospital

Bab 48

Hani mula bekerja semula

Seminggu kemudian Hani dibenarkan keluar dari wad. Beliau diberi cuti selama seminggu sebelum dibenarkan keluar dari Hospital. Jahitan di belakang pinggangnya sudah dibuka. Dato Z kembali bertugas 2 minggu selepas peristiwa Hani ditikam. Beliau melakukan rombakan besar-besaran di dalam pengurusan syarikat. Adik bongsunya yang kini bekerja dengan GLC di mana ayahnya menjadi Pengerusi telah dipanggil semula untuk berkhidmat dengan Mega Group. Adiknya lulusan perakaunan dari UK telah dilantik menjadi Pengurus Besar Kewangan menggantikan Hasdi. Adiknya ini bernama Hafiz.. berumur awal 30 an.. sudah berkahwin. Dahulu beliau bekerja dengan Dato Seri.. tetapi oleh kerana perselisihan faham dengan Hasdi.. beliau berhenti dan bekerja dengan syarikat lain.

Petang itu, Tasya melawat Hani di rumahnya.. sudah 2 Hani pulang ke rumah.. beliau merasa sangat bosan duduk di rumah keseorangan dan tidak sabar untuk bekerja. Apa yang mengembirakannya adalah abang longnya akan berhenti kerja di Johor Bharu dan akan cuba mencari peluang pekerjaan di Kuala Lumpur.

“Anak kau macamana? Dah sihat?” tanya Hani kepada Tasya yang melawatnya di rumah.

“Anak aku lasak dah. Tak reti duduk diam.”

“Jadi… tak jadilah kau pindah Bangi yer?”

“Begitulah gamaknya.. nasib baik ada jawatan kosong kerani kanan di PJ. Maka abang aku berpindah dekat situ ler.”

“Perut kau makin besarlah” Hani melihat perut Tasya yang semakin memboyot. Besarnya lain macam.

“Hahahahahaha.. mengandung. Memang lah. Kau besok akan mengalami perkara yang sama juga nanti.”

“Tapi besarnya lain macam. Kembar ker?” memang.. perut Tasya semakin membesar.

“Kau jangan nak mengada. Kalau kembar kesian pula abang aku nanti. Entah-entah aku terpaksa bekerja untuk bantu laki aku.”

“Heheheheheeheheh… ala. Apa salahnya. Setiap anaknya ada rezekinya itu.”

“Banyaklah kau. Kalau duduk kampung takpelah anak ramai. Hendak makan.. ada pucuk paku, ada ubi, ada ayam. Dekat Bandar ni. Ni dekat rumah flat. Kalau takde duit.. kau hendak makan apa? Paling-paling koman kena beli sardin” Hani tersengih.

“Ha.. tersengih macam kerang busuk. Engkau tu bila lagi… aku dah 3.”

“Hahahahaahha… lawaklah kau ni. Terhibur juga aku bila kau ada dalam rumah ni. Aku? Lambat lagilah. Pakwe pun takde.”

“Dato?”

“Kau ni asyik.. Dato.. Dato.. Dato. Takde orang lain ke kau nak kaitkan aku. Kau kaitkanlah aku dengan Anuar Zain ker? Aaroon ke? Ini Dato juga kau sebut.”

“Dah itu yang aku tengok rapat dengan kau sekarang ini. Selera tinggi.. nak Aaron jer. Dato tu hensem apa. Aku cakap kau dengan Dato ini bukan apa. Dari apa yang aku lihat masa aku lawat kau beberapa kali di hospital. Aku dapat rasakan kau dengan Dato itu seperti”

“Seperti apa? Apa yang kau tengok?” sampuk Hani..

“Ialah.. seperti orang yang bercinta. Dato take care engkau sangat. Teman kau pula tu di Hospital. Suap Epal.. sweet. Romantiknya Dato.”

“Dah.. jangan hendak berangan. Aku dengan dia takde apa-apalah. Walaupun dia ada hati dengan aku” Opssss!!! Terlepas sudah.

“Ha!!! kan aku dah kata… Dato itu memang syok dengan kau. Kan dah kantoi.”

“Iyalah.. aku berterus teranglah dengan kau. Dia beritahu aku, memang dia suka dekat aku. Tapi”

“La… ada tapinya pula. Kenapa?”

“Tapi dia kena buktikan yang dia cinta aku. Dia kena buang tabiat buruknya tu, macam selalu keluar dengan perempuan.. dan lain-lain lagi. baru aku boleh terima dia.”

“Iya? Jadi Dato setuju?”

“Aku tidak pernah beritahu segala syaratnya itu. Tetapi aku mahu Dato berubah bukan kerana aku. Tetapi berubah kerana kehendak sendiri. Aku tak mahu, bila dia dah dapat aku atau berkahwin dengan aku, dia buat semula perangai kasanovanya itu.”

“Hmmmmmmm.”

“Lagipun aku masih belum lagi mencapai apa yang aku hendak. Aku hendak beli rumah untuk kedua orang tua aku. Kau tahukan, kita sudah 20 tahun tinggal di flat ini. Dari kita kecil lagi. Kita membesar bersama-sama. Tapi aku dah tak tahan duduk flat ini.. terutama mulut Kak Joyah.”

“Kau hendak tinggalkan aku?”

“Tasya.. satu hari nanti… kita akan tinggalkan flat ini. Dulu, kau nyaris-nyaris hendak berpindah di Bangikan. Kita ada kehidupan kita sendiri Tasya. Ala… walaupun aku jauh. Tetapi kita tetap boleh jumpakan” Hani memeluk Tasya.

“Betul juga kata kau.. sampai bila kita hendak duduk di sini” mereka terus berbual.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.