Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
902,753
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 33 ; Bukti

Bab 33

Serang Nat Ahmed

Sudah seminggu perkara mengaibkan itu berlaku. Ini bermaksud sudah 3 minggu umat Islam berpuasa. Sedang Hani kusyuk membuat kerjanya… Dato telefon dan memanggilnya masuk ke dalam bilik. Di bilik… Hani melihat Dato tersenyum-senyum.. setelah Hani duduk ;

“Kenapa Dato tersenyum- senyum? Menang loteri ker?” tanya Hani.

“Jidin telah berjaya dapatkan video penuh perbualan saya dengan Wiwi” Hani terperanjat.

“Betul ke Dato?” cepatnya? Memang tip top kerja Jidin.

“Iya… mari saya tunjukkan” Dato mengalihkan skrin komputer ke arah Hani. Hani melihat video perbualan tersebut. Memang betul Dato menolak ajakan Wiwi untuk pergi ke biliknya… tetapi di dalam klip video tersebut… Dato menemani Wiwi ke lif.. tak cukup kuat.. Dato Z masuk ke dalam lif bersama Wiwi ;

“Tak cukup kuat Dato.. Dato teman Wiwi ke biliknya juga” Dato Z tersenyum.

“Saya juga telah mendapat salinan CCTV dimana menunjukkan saya teman Wiwi sehingga ke pintu biliknya” Dato mengklik tetikus komputernya..

“Awak lihatlah video ini” Hani melihatnya.. rakaman CCTV yang menunjukkan Dato hanya berbual-bual dengan Wiwi di luar bilik.. Wiwi mengajak Dato masuk.. beliau menarik tangan Dato. Tetapi Dato menolaknya. Kemudian Dato berlalu pergi.

“Ini bukti yang bagus Dato” nampaknya Dato ini bukan seperti yang Hani sangkakan. Dato Z menolak ajakan Wiwi untuk melakukan maksiat.

“Peguam saya dapatkannya dari pihak hotel. Ini boleh mematahkan hujah Nat Ahmed dan juga sebagai alibi yang kuat saya tidak bersama dengan Wiwi.”

“Jadi.. apa tindakan Dato seterusnya? Tersukan saman?”

“Sebab itu saya panggil awak. Panggil semua wartawan hiburan dan juga blogger berpengaruh. Kita serang Nat Ahmed” Hani mengangguk.

“Saman?”

“Ya! Saya akan teruskan saman… suka-suka hati dia sahaja jatuhkan maruah orang. Ini Dato Z ler. Dia hendak jatuhkan saya? biar saya yang jatuhkan dia. Awak tengoklah nanti apa yang saya akan buat” Dato Z tersenyum sinis.. lantak koranglah!

“Baiklah.. dimana kita hendak buat sidang media?”

“Awak tanya Hotel Vistasa.. bilik mesyuarat mereka ada kosong ke tidak? Minum petang sekali yer. Pasal bayaran jangan risau… duit saman ada nanti” Ceh! Berlagak….

“Baiklah… pukul?” tanya Hani acuh tak acuh.

“2 petang. Dan jangan panggil Nat Ahmed ok.” Hani mencatat semua info di dalam buku catatan.

“Baiklah Dato.. jika tiada apa lagi saya keluar” dah satu kerja aku hendak telefon semua wartawan pulak.

“Terimakasih sebab kenalkan saya dengan kawan awak itu.. kerjanya memang superb. Tidak sia-sia bayar mahal sedikit.”

“Bagaimana cara Jidin mengambilnya Dato?” tanya Hani ingin tahu.

“Dia tidak mahu memberitahu saya. tapi katanya cara digunakan smooth dan tidak merbahaya” aku akan korek sendiri dari Jidin. Kemudian Hani keluar dari bilik Dato.. banyak kerja yang hendak dibuatnya.. pertama beliau akan menelefon pihak Hotel samada ada ke tidak kekosongan bilik mesyuarat. Nasib baik ada.. kemudian beliau menelefon kesemua wartawan atau blogger hiburan yang beliau kenal. Akhir sekali beliau menelefon Jidin untuk mengetahui bagaimana beliau mendapatkan video tersebut… Jidin memberitahu esok malam mengajak Hani berjumpa di Kafe Hunny di Shah Alam.. Hani bersetuju.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.